Untuk menetapkan tarikh mula dan masa mula:
-
- Setelah anda bersedia untuk memberi tugasan video, anda akan lihat tetingkap timbul dengan penyataan "Serahkan kepada kelas" pada bahagian atas. Di sini anda akan lihat "Tarikh Mula" di bahagian atas dan "Tarikh Akhir" di bahagian bawahnya.
- Untuk menetapkan tarikh mula, klik pada kotak berlabel "Tarikh Mula".
- Di sini anda boleh pilih tarikh mula daripada tetingkap timbul kalendar. Tarikh mula asal sentiasa ditetapkan pada hari ini.
- Untuk menetapkan masa mula, dalam tetingkap timbul kalendar yang sama, pada bahagian bawah sebelah kiri, anda akan dapat lihat "Jam" dan "Minit". Gunakan kekunci anak panah untuk menetapkan masa mula dan klik butang untuk memilih a.m. dan p.m.
- Pilih tarikh mula dan masa mula, klik butang "Simpan" yang berwarna biru dan anda telah bersedia!
Nota: Sentiasa ingat untuk memilih kelas dan buat pilihan jika anda mahu mencegah langkau!
Untuk menetapkan tarikh akhir dan masa tamat:
-
- Setelah anda bersedia untuk memberi tugasan video, anda akan melihat tetingkap timbul dengan penyataan "Serahkan kepada kelas" di bahagian atas. Di sini anda akan melihat "Tarikh Mula" di bahagian atas dan "Tarikh Akhir" di bawahnya.
- Untuk menetapkan tarikh akhir, klik pada kotak kiri berlabel "Tarikh Mula."
- Di sini anda boleh pilih tarikh mula daripada tetingkap timbul kalendar. Tarikh akhir asal sentiasa ditetapkan pada hari ini.
- Untuk menetapkan masa tamat, dalam tetingkap timbul kalendar yang sama, pada bahagian bawah sebelah kiri, anda akan dapat lihat "Jam" dan "Minit". Gunakan kekunci anak panah untuk menetapkan masa tamat dan klik butang untuk memilih a.m. dan p.m.
- Pilih tarikh akhir dan masa tamat, klik butang "Simpan" yang berwarna biru dan anda telah bersedia!
Untuk menukar tarikh mula, masa mula, tarikh tamat atau masa tamat:
-
- Dalam paparan tugasan, klik pada kotak dengan "Tarikh Mula" di bahagian atas. Pilih tarikh dan masa mula yang anda mahu, kemudian klik butang "Simpan" yang berwarna biru.
- Untuk menukar tarikh akhir atau masa tamat, klik pada kotak dengan "Tarikh Akhir" di bahagian atas dan ikut langkah yang sama. Itu sahaja!
Anda juga mungkin berminat dengan artikel kami tentang cara memberi tugasan video.