Bermula

  • Selamat datang ke Edpuzzle!

    Kami teruja dengan kehadiran anda di sini kerana ini bermakna anda sudah bersedia untuk menyertai komuniti ribuan guru yang melibatkan pelajar mereka satu video dalam satu masa.

    Edpuzzle ialah platform yang mudah digunakan di mana anda boleh menjadikan mana-mana video sebagai pelajaran anda. Dengan hanya satu klik, anda boleh jumpa video pelajaran yang dihasilkan guru lain, termasuk penilaian formatif! Satu lagi klik dan anda boleh mengedit video tersebut dengan memasukkan soalan atau audio anda sendiri. Dengan klik terakhir, tugaskan video kepada pelajar anda dan dapatkan analisis tanpa sebarang kerumitan: lihat siapa yang menonton video, siapa yang tidak memahami pelajaran dan siapa yang melakukan kerja dengan baik. Pelajar boleh menonton semula video seberapa banyak yang mereka perlukan mengikut kemampuan mereka sendiri, sementara anda pula boleh menyemak kemajuan mereka dengan mudah daripada akaun anda.

    Tetapi cukuplah tentang kami, kami ingin mengetahui lebih lanjut tentang anda dan pelajar anda! Jika anda masih kekok dengan teknologi, Edpuzzle amat mudah digunakan, dan pasukan sokongan kami bersedia untuk membantu anda dalam setiap langkah. Jika anda sedang mencari sesuatu yang hebat, Edpuzzle cukup fleksibel untuk membantu anda membina video pelajaran yang menakjubkan dalam beberapa minit. Kami tahu pelajar anda akan menyukainya! Ia bersifat visual, interaktif dan membolehkan mereka belajar mengikut kelajuan mereka sendiri.

    Jika anda teruja seperti kami, sila sertai dan beritahu kami pendapat anda! Mendengar pendapat guru ialah cara terbaik untuk kami menambah baik Edpuzzle dan mencipta platform yang anda benar-benar suka.

     

    – Pasukan Edpuzzle

  • Cara Edpuzzle berfungsi

    Dengan Edpuzzle, anda boleh menjadikan mana-mana video sebagai pelajaran anda dalam tiga langkah mudah:

      1. Cari video di YouTube, muat naik sendiri atau guna semula video pelajaran yang dihasilkan oleh guru lain.
      2. Kemudian, edit video untuk membuat pelajaran anda. Rakam suara anda untuk memperibadikannya dan pastikan pelajar anda menonton dengan memasukkan soalan dalam video untuk mereka jawab.
      3. Berikan video kepada pelajar anda dan semak perkembangan mereka dalam masa nyata sementaral mereka belajar mengikut kelajuan mereka sendiri.

    Itu sahaja – ia sangat mudah!

  • Mendapatkan kebenaran ibu bapa

    Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita fahamkan semula apa itu Edpuzzle. 

    Edpuzzle ialah platform pembelajaran dalam talian yang mengsasarkan guru dan institusi pendidikan (termasuk juga organisasi lain yang terlibat dalam latihan atau pengajaran). Ia membolehkan pelajar melihat video pelajaran interaktif - yang ditugaskan oleh guru mereka- sama ada di dalam kelas atau pun di rumah. 

    Guru tidak boleh menjemput pelajar ke kelas Edpuzzle tanpa bersetuju dengan Syarat Perkhidmatan dan Dasar Privasi Edpuzzle serta mengesahkan alamat e-mel mereka. Pelajar pula hanya dapat menggunakan perkhidmatan dan mengakses Edpuzzle atas arahan guru dan jika guru mereka memberikan kod kelas kepada mereka.

    Ini bermakna, guru dan institusi pendidikan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap maklumat peribadi pelajar dan mesti mengambil semua langkah yang perlu untuk melindungi maklumat tersebut. Selain itu, sekolah juga bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pelajar dan ibu bapa tentang jenis data yang dikumpul, tujuan pengumpulan data, cara data digunakan dan pihak ketiga yang terlibat dalam pengumpulan data.

    Pelajar dari semua peringkat umur boleh menggunakan Edpuzzle. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah situasi, bergantung pada undang-undang dan peraturan yang terpakai di tempat anda menetap,, anda mungkin perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa terlebih dahulu sebelum memberikan Edpuzzle akses kepada data pelajar. 

    Apakah kebenaran ibu bapa?

    Undang-undang dan/atau peraturan privasi kebiasaannya memerlukan persetujuan ibu bapa (atau penjaga yang sah) sebelum maklumat pengenalan peribadi (PII) anak mereka didedahkan kepada pihak ketiga.

    Dalam bidang edtech, ini bermaksud bahawa guru dan sekolah mesti mempunyai bukti kebenaran ibu bapa sebelum pelajar memberikan sebarang maklumat peribadi kepada pihak ketiga seperti Edpuzzle.

    Umur Minimum Kebenaran Ibu Bapa (Mengikut Negara)

    Secara am, kebenaran ibu bapa bergantung kepada keperluan umur yang ditetapkan oleh undang-undang negara masing-masing. Contohnya:

      • Amerika Syarikat (AS): Di bawah Akta Hak dan Privasi Pendidikan Persekutuan (FERPA), kebenaran ibu bapa untuk pendedahan rekod pedidikan pelajar diperlukan sehingga pelajar berumur 18 tahun atau menghadiri mana-mana institusi pascamenengah, di mana hak itu dipindahkan kepada pelajar. Di bawah Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak (COPPA) pula, kebenaran ibu bapa diperlukan untuk pengumpulan maklumat peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun oleh perkhidmatan dalam talian komersial. Namun begitu, jika perkhidmatan sedemikian digunakan oleh sekolah untuk tujuan pendidikan, sekolah—bukan ibu bapa—boleh memberikan persetujuan, di bawah keperluan tertentu (diterangkan dengan lebih lanjut di bawah). 
      • Eropah (EU/EEA): Di bawah peraturan Eropah, pemprosesan data peribadi kanak-kanak berdasarkan persetujuan adalah sah jika kanak-kanak itu berumur sekurang-kurangnya 16 tahun. Namun terdapat beberapa negara Eropah yang menurunkan had umur  ini kepada 13 tahun. 
      • United Kingdom (UK): Di UK, kanak-kanak berumur 13 tahun boleh memberikan kebenaran untuk pemprosesan data peribadi mereka berhubung dengan maklumat khidmat masyarakat, ini bermaksud bagi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, persetujuan ibu bapa diperlukan.
      • Kanada : persetujuan ibu bapa diperlukan bagi tujuan mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi kanak-kanak di bawah undang-undang privasi persekutuan dan wilayah kerana jika kanak-kanak tersebut berumur bawah 13 tahun, mereka dianggap belum cukup matang untuk memberikan persetujuan.

    Bagaimanakah persetujuan ibu bapa berfungsi dalam bidang edtech? 

    Berkenaan dengan persetujuan ibu bapa, peraturan di negara yang berbeza mempunyai keperluan yang berbeza. Di sesetengah negara, persetujuan ibu bapa tidak diperlukan. Sebagai contoh, sila lihat di bawah:

    AS : Di AS, privasi pelajar dikawal terutamanya oleh dua undang-undang persekutuan, FERPA dan COPPA. 

      • FERPA melarang sekolah daripada mendedahkan maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi daripada rekod pendidikan pelajar kepada pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau pelajar yang layak. Lazimnya, sekolah dikecualikan daripada mendapatkan kebenaran ibu bapa di bawah FERPA apabila Edpuzzle dikenal pasti sebagai "pegawai sekolah", ini bermakna Edpuzzle sedang mejalankan perkhidmatan seperti mana sekolah menggunakan pekerjanya sendiri.
      • COPPA: memerlukan penyedia perkhidmatan dalam talian seperti Edpuzzle mendapatkan bukti kebenaran ibu bapa dan memberikan mereka notis makluman sebelum mengumpul, menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, kecuali dalam senario tertentu. Senario demikian berlaku apabila Edpuzzle digunakan dalam konteks pendidikan (iaitu menggunakan Edpuzzle untuk kegunaan sekolah dan bukan untuk tujuan komersial lain). Dalam konteks pendidikan ini, Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) membenarkan pendidik, sekolah dan daerah sekolah (secara kolektif “Sekolah” atau “Institusi Pendidikan”) untuk bertindak sebagai ejen ibu bapa dan bersetuju dengan pengumpulan maklumat peribadi pelajar bagi pihak ibu bapa (ini biasanya dirujuk sebagai “Kebenaran Sekolah”). Sebagai tambahan, anda diberi akses ke Notis Makluman COPPA ke Institusi Pendidikan di Pusat Amanah Edpuzzle kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kebenaran ibu bapa. 

    UK : Di UK, kebenaran ibu bapa mungkin tidak diperlukan kerana persetujuan kebiasaannya tidak menjadi asas yang sah bagi sekolah memproses data peribadi pelajar -termasuk apabila menggunakan perkhidmatan edtech. Kebanyakan sekolah UK bergantung pada asas "tugas awam" yang sah. 

    EU/EEA : Keizinan ibu bapa tidak selalunya diperlukan di bawah Peraturan (EU) 2016/679 (GDPR), kerana asas sah lain untuk memproses data peribadi mungkin terpakai bergantung pada undang-undang negara negara anggota yang melengkapi GDPR. Di Sepanyol, sebagai contoh, bergantung pada jenis institusi pendidikan, asas sah yang digunakan untuk memproses data peribadi pelajar adalah mematuhi kewajipan undang-undang atau dijalankan demi kepentingan awam.

    SEKOLAH DI NEGARA BERBEZA MEMPUNYAI PERATURAN DAN PENDEKATAN YANG BERBEZA, DAN EDPUZZLE TIDAK DAPAT MENASIHATI ANDA MENGENAI PEMATUHAN UNDANG-UNDANG KHUSUS UNTUK SEKOLAH ANDA. ANDA PERLU MENDAPATKAN SEBARANG PERSETUJUAN IBU BAPA YANG DIPERLUKAN DENGAN CARA YANG MEMATUHI UNDANG-UNDANG BIDANG KUASA ANDA DAN PERATURAN/ DASAR SEKOLAH ANDA.

    Jika diperlukan, bagaimana cara mendapatkan kebenaran ibu bapa?

    Hubungi pentadbir IT anda – atau sesiapa sahaja di sekolah anda yang bertanggungjawab terhadap perlindungan data – ini merupakan langkah pertama. Jika sekolah tidak menguruskan hal ini, anda perlu meminta persetujuan ibu bapa SETIAP pelajar yang anda jemput ke Edpuzzle.

    Edpuzzle menyediakan templat berikut untuk membantu sekolah mendapatkan kebenaran ibu bapa (dilampirkan pada artikel ini). Templat ini merupakan rujukan umum dan bertujuan menyampaikan maklumat sahaja; ia tidak memberi nasihat undang-undang yang khusus. Anda harus berbincang dengan pentadbir IT anda atau individu berkaitan di sekolah anda yang bertanggungjawab terhadap perlindungan data atau jabatan undang-undang anda bagi menentukan cara terbaik untuk menggunakan templat. Lengkapkan templat dengan maklumat sekolah dan maklumat perkhidmatan yang didayakan oleh sekolah, dan kongsikannya bersama Syarat Perkhidmatan dan Dasar Privasi Edpuzzle .

    Dengan bersetuju menerima Syarat Perkhidmatan dan Dasar Privasi Edpuzzle semasa mendaftarkan akaun guru anda, anda mengakui bahawa anda telah memahami kewajipan anda atau kewajipan institusi pendidikan anda untuk mendapatkan kebenaran ibu bapa, jika perlu.

    Bagaimana jika saya tidak memerlukan kebenaran ibu bapa atau dikecualikan daripada mendapatkannya?

    Jika anda percaya—atau telah dinasihatkan—bahawa kebenaran ibu bapa tidak diperlukan, atau terdapat pengecualian undang-undang,, tiada tindakan lanjut diperlukan berkaitan persetujuan. Walau bagaimanapun, anda mungkin masih tertakluk di bawah keperluan privasi lain dalam bidang kuasa anda. Kami syorkan untuk anda memaklumkan kepada wakil sekolah sebelum menggunakan Edpuzzle untuk memastikan ketelusan dan pematuhan.

    Ada soalan tentang kebenaran ibu bapa? Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami di support@edpuzzle.com

    PENAFIAN: MAKLUMAT YANG DIBERIKAN DI SINI BUKAN, DAN TIDAK BERTUJUAN, MENJADI NASIHAT UNDANG-UNDANG. SEBALIKNYA, SEMUA MAKLUMAT, KANDUNGAN DAN BAHAN YANG TERSEDIA DALAM ARTIKEL INI ADALAH UNTUK TUJUAN MAKLUMAT AM SAHAJA, DAN MUNGKIN JUGA BUKAN MAKLUMAT UNDANG-UNDANG (ATAU LAIN-LAIN) TERKINI. KAMI MENSYORKAN ANDA MENDAPATKAN BIMBINGAN DARIPADA JABATAN UNDANG-UNDANG/PEGAWAI PERLINDUNGAN DATA YANG DILANTIK SEKOLAH JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG KEBIMBANGAN ATAU PERTANYAAN BERKAITAN PEMATUHAN PERATURAN PRIVASI YANG BERKENAAN.

  • Pengesahan email

    Sebelum anda bermula, kami perlu mengesahkan alamat e-mel anda. Ini membantu kami memastikan anda adalah seperti yang anda katakan dan memastikan maklumat peribadi anda selamat.

    Jika anda baru menggunakan Edpuzzle 

    Apabila anda mendaftar dengan Edpuzzle, kami akan hantar e-mel pengesahan kepada anda. Untuk mengesahkan alamat e-mel anda:

      1. Semak peti masuk e-mel anda.
      2. Buka e-mel pengesahan Edpuzzle.
      3. Klik pada butang "Sahkan e-mel anda" atau pautan yang diberikan.
      4. Ini akan membuka tetingkap yang memberitahu bahawa anda telah disahkan.
      5. Jika anda tidak menerima e-mel dalam masa lima minit, semak folder spam anda.

    Jika anda sudah mendaftar dengan Edpuzzle

      1. Anda akan melihat sepanduk biru di bahagian atas halaman anda yang meminta anda untuk mengesahkan e-mel anda.
      2. Klik butang "Hantar pautan" jika anda memerlukan kami menghantar e-mel pengesahan yang lain.
      3. Semak peti masuk e-mel anda (pastikan ia adalah e-mel sama yang anda gunakan untuk e-mel akaun Edpuzzle anda).
      4. Buka e-mel pengesahan Edpuzzle.
      5. Klik pada butang "Sahkan e-mel anda" atau pautan yang diberikan.
      6. Tetingkap akan terbuka memberitahu anda telah disahkan.
      7. Jika anda tidak menerima e-mel pengesahan dalam masa lima minit, semak folder spam anda.

    Bagaimana jika saya tidak menerima apa-apa e-mel pengesahan dalam masa lima minit selepas mendaftar atau mengklik pada "Hantar pautan"?

      1. Mula-mula, semak folder spam anda. Jika anda menggunakan Outlook, anda harus menyemak folder kuarantin anda.
      2. Jika e-mel itu tiada, kembali ke profil Edpuzzle anda (www.edpuzzle.com/profile). 
      3. Tukar alamat e-mel yang berkaitan dengan akaun anda kepada alamat lain yang membolehkan anda menerima e-mel.
      4. Klik pada butang "Hantar pautan" berwarna biru. Anda sepatutnya menerima e-mel dalam masa lima minit.
      5. Jika anda masih tidak menerima e-mel, sekolah anda mungkin menapis mesej ini. Anda perlu meminta jabatan IT sekolah anda menyenarai putih alamat e-mel no-reply@edpuzzle.com kami sebagai tambahan kepada sebarang penyaring lain yang berpotensi menghalang Edpuzzle daripada berfungsi dengan betul. Sila hantar artikel tentang isu teknikal sediaan ini kepada pentadbir IT anda untuk membetulkannya.
      6. Setelah anda melengkapkan langkah ini, klik pada butang "Sahkan e-mel anda" dalam sepanduk biru di bahagian atas halaman.
      7. Buka e-mel, klik pada butang "Sahkan e-mel anda", dan anda sudah boleh bermula!

    Sila ambil perhatian bahawa jika anda mengemas kini alamat e-mel anda, ia akan menjadi e-mel log masuk baharu anda untuk Edpuzzle.

    Berikut adalah beberapa maklumat berguna berkenaan tujuan kami meminta anda mengesahkan alamat e-mel anda:

      1. Untuk mengesahkan identiti anda
      2. Untuk membantu anda mendapatkan semula akaun anda sekiranya anda kehilangan akses kepadanya
      3. Untuk menghubungi sokongan pelanggan mengenai perubahan pada akaun anda
      4. Untuk memastikan bahawa anda seorang sahaja yang menggunakan alamat e-mel anda
  • Ketercapaian Edpuzzle: VPAT 2.0

    Pertama sekali, apakah itu ketercapaian? Apa yang kami maksudkan dengan ketercapaian?

    Istilah ketercapaian biasanya digunakan untuk merujuk kepada reka bentuk produk, peranti, perkhidmatan atau persekitaran untuk orang kurang upaya. Ringkasnya, ketercapaian memastikan bahawa semua orang, tidak kira apa keadaan mereka, boleh menggunakan produk atau peranti tertentu atau mengakses tempat atau perkhidmatan tertentu.

    Di Edpuzzle kami sangat percaya pada hak untuk mengakses teknologi maklumat dan komunikasi yang diiktiraf oleh Konvensyen PBB mengenai Hak Orang Kurang Upaya. Kami bekerja keras untuk menjadikan perkhidmatan kami boleh diakses oleh semua orang dan, lebih khusus lagi, untuk memastikan pengguna kami dapat melihat, memahami, mengemudi dan berinteraksi dengan perkhidmatan kami dan menyumbang ke arah itu.

    Dalam pengertian ini, kewajipan Edpuzzle terhadap ketercapaian adalah berpandukan piawaian ketercapaian global terkemuka, termasuk Seksyen 508 A.S. dan WCAG 2.0 (ISO/IEC 40500). Dilampirkan pada artikel ini, anda akan menemui Templat Ketercapaian Produk Sukarela (VPAT) Edpuzzle, dokumen yang menilai sejauh mana perkhidmatan Edpuzzle boleh diakses mengikut Seksyen 508 A.S. dan WCAG 2.0 (ISO/IEC 40500).

    Soalan atau komen tentang VPAT Edpuzzle atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan ketercapaian perkhidmatan kami amat dialu-alukan. Sila hubungi kami di support@edpuzzle.com untuk maklumat lanjut!

  • Cara membuat akaun

    Jika anda ingin mula mencipta video pelajaran hebat anda sendiri menggunakan Edpuzzle, anda perlu membuat akaun. Jika anda belum melakukannya, ikuti langkah mudah ini:

      1. Klik butang "Daftar" yang berwarna biru dan kemudian klik pada butang "Saya seorang guru".
      2. Anda akan mempunyai tiga pilihan: anda boleh menggunakan akaun Google anda, akaun Microsoft atau memberikan nama pertama dan akhir anda, alamat e-mel dan mencipta kata laluan.
      3. Untuk mengikuti perkembangan terkini, kami syorkan agar anda memilih untuk menerima pemberitahuan tentang akaun anda dan penambahbaikan pada Edpuzzle.
      4. Pastikan anda menyemak peti masuk anda (dan folder spam) untuk e-mel pengesahan. Ini akan memberi anda akses penuh kepada semua ciri Edpuzzle.

    Tahniah! Anda baru sahaja membuat akaun anda!

    Berikut ialah tutorial video pantas untuk memandu anda melalui langkah di atas:

Lihat semua 7 artikel

Mencipta Video Pelajaran

  • Cara menggunakan Slaid Edpuzzle

    Dengan hanya beberapa klik, anda boleh melibatkan pelajar anda dan memperkaya pengalaman pembelajaran mereka dengan menetapkan Slaid interaktif dalam Edpuzzle!

    1. Klik pada butang "Tambah Baru" di bahagian atas halaman anda.
    2. Pilih "Slaid" dari menu lungsur.
    3. Dari sini, anda boleh sama ada seret fail ke dalam kotak yang dibingkai dengan garis putus-putus, klik "Pilih fail…” untuk memuat naik PDF dari komputer anda, atau klik “Google Drive” untuk memuat naik slaid terus dari Google Drive anda.
    4. Pilih slaid yang anda ingin import, kemudian pilih butang biru “Import”.
    5. Seterusnya, anda boleh memilih untuk mengubah tajuk dan keterlihatan slaid anda. Anda juga boleh seret dan lepaskan slaid untuk menyusun semula!
    6. Pilih “+ Tambah Slaid” jika anda ingin menambah soalan sepanjang jalan.
    7. Pilih “Selesai” di bahagian atas kanan, dan Slaid anda akan disimpan ke kandungan anda, sedia untuk ditetapkan kepada pelajar anda!
  • Bagaimanakah cara untuk saya mencari video?

    Terdapat beberapa cara untuk mencari video bagi pelajaran anda yang seterusnya di Edpuzzle. 

    Kandungan Saya

    Pilih “Kandungan Saya” daripada menu di sebelah kiri untuk mencarii video yang telah anda simpan dalam akaun anda.

    Untuk memuat naik kandungan baharu, klik pada butang "Tambah Kandungan" yang berwarna biru di bahagian atas skrin anda. Kemudian pilih "Muat naik video" untuk memuat naik fail video dari komputer atau Google Drive anda atau "Rakam video" untuk menggunakan fungsi rakaman skrin yang disediakan oleh Edpuzzle untuk sambungan Chrome.

    Edpuzzle Originals

    Edpuzzle mempunyai beberapa koleksi video pelajaran berkualiti tinggi, dihasilkan secara profesional, dan sedia untuk digunakan, yang dipanggil Edpuzzle Originals, ia diatur mengikut tahap subjek dan gred. Video ini menjimatkan banyak masa dan merupakan  titik lompatan yang hebat kerana anda sentiasa boleh mengubah suai soalan yang dimasukkan selepas anda menyalin video ke Kandungan anda.

    Dengan video baharu yang dihasilkan sepanjang masa, anda pasti akan menemui video pelajaran menarik yang memenuhi keperluan anda.

    Rangkaian Saya

    Di sinilah anda boleh melihat dan menyalin pelajaran yang telah disimpan oleh guru lain di sekolah atau daerah anda.

    Terdapat dua cara untuk mengakses kandungan ini:

    • Jika anda sedang mencari kandungan yang disimpan oleh rakan sekerja tertentu, pilih "Rangkaian Saya" daripada menu sebelah kiri dan klik pada nama guru tersebut daripada senarai yang disediakan. Jika anda merupakan sebahagian daripada rangkaian sekolah yang lebih besar, pertama pilih sekolah rakan sekerja itu, kemudian anda akan temui senarai guru di sekolah itu untuk dipilih.
    • Jika anda hanya mahu melihat kandungan yang dibuat oleh semua guru di sekolah/daerah anda, atau menyaring mengikut mata pelajaran dan tahap gred, Pilih "Temui" daripada menu sebelah kiri dan kemudian pilih tab "Rangkaian Saya".

    Temui

    Pilih "Temui" dari menu sebelah kiri untuk mencari video di Edpuzzle.

    Tab "Komuniti" akan menunjukkan kepada anda video pelajaran yang telah dicipta oleh guru lain di Edpuzzle.

    Taip kata kunci anda ke dalam bar carian di bahagian atas halaman anda dan Edpuzzle akan memaparkan hasil teratas. Tidak menemui apa yang anda cari? Jangan ragu-ragu untuk lebih mengkhususkan istilah carian anda atau gunakan penyaring "Subjek", "Tahap gred," "Negara" dan "Sumber" untuk menyesuaikan penemuan anda.

    Pilih tab "YouTube" untuk melayari video dari YouTube sahaja dan gunakan penyaring saluran di bahagian atas halaman untuk mencari kandungan yang dicipta oleh saluran pendidikan popular seperti Khan Academy, National Geographic, Crash Course dan banyak lagi.

    Mencari video terus dari YouTube

    Anda tidak perlu mencari saluran secara eksklusif di Edpuzzle untuk mencari video YouTube kegemaran anda untuk digunakan sebagai pelajaran di Edpuzzle. Hanya salin URL video YouTube yang anda mahukan dan tampalkannya ke dalam bar carian Edpuzzle untuk mula menyunting.

    Jika anda melayari YouTube dan menjumpai video yang anda ingin kongsikan dengan pelajar anda, anda pasti mahu memasang Edpuzzle untuk Sambungan Chrome supaya anda boleh mengimport video terus dari YouTube ke koleksi Edpuzzle anda dengan cepat dan mudah.

    Jika anda menjumpai video yang ingin anda gunakan dengan pelajar anda melalui mana-mana jalan ini, anda boleh salinnya ke Kandungan anda dan, jika perlu, menyuntingnya untuk menjadikan video dan/atau soalan tersebut lebih berkaitan dengan perkara yang anda ajar.

     

    Berikut ialah tutorial video pantas untuk memandu anda melalui pilihan di atas:

  • Saya jumpa video yang saya mahu - sekarang apa yang perlu saya buat?

    Memandangkan anda telah menemui video anda, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan: menyunting video, menonton video atau menyalin video.

    1. Sunting video
      Dengan menandakan kotak di bawah video dan pilih "Edit" dari menu di bawah, anda boleh menyunting video dan menyesuaikannya mengikut keperluan pelajar anda. Anda boleh potong video, masukkan soalan, masukkan nota berserta audio, tambah suara atau menukar tajuk.
      Suntingan video secara automatik akan disimpan ke kandungan anda dan membawa anda terus ke penyunting video.
    1. Tonton video
      Dengan mengllik pada butang main di video, ia membolehkan anda melihat pratonton video, jadi anda boleh menyemak dan melihat sama ada ia sesuai untuk pelajar anda.
    1. Salin video
      Tandakan kotak di bawah video kemudian pilih "Salin" dari menu di bawah untuk menyalin video ke kandungan anda. Video akan disimpan secara automatik ke kandungan anda. Ini membolehkan anda menyuntingnya kemudian dan memberi anda peluang untuk terus mencari video.

    Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lihat artikel kami tentang jenis soalan yang boleh anda masukkan.

  • Bagaimanakah cara untuk saya memotong video?

    Anda jumpa video yang ideal tetapi hanya perlu guna sebahagian daripadanya? Anda boleh potong video tersebut dengan Edpuzzle! Anda boleh gunakan ciri potong dalam bahagian penyuntingan dan cuma simpan bahagian anda perlukan.

    Untuk memotong video, ikuti langkah berikut:

      1. Dalam suntingan video, klik pada tab "Potong".
      2. Di bawah video anda, anda akan lihat bar biru. Seret garis menegak putih di kedua-dua sisi bar untuk memangkas dari permulaan atau penghujung video anda.
      3. Jika anda ingin menambah potongan lain pada video anda (contohnya, jika anda ingin memotong bahagian dari tengah), klik butang "Tambah potongan". Anda boleh ulang langkah ini seberapa banyak yang anda suka!
      4. Apabila selesai, bahagian yang telah anda potong akan muncul dengan warna kelabu dan baki video akan muncul dengan warna biru dalam bar.
      5. Untuk pratonton video anda bagi melihat bagaimana ia kelihatan selepas potongan dibuat, seret bola hitam kembali ke permulaan video.

    Memandangkan anda telah mempunyai video pelajaran anda pada kepanjangan yang sempurna, lihat artikel ini untuk mengetahui jenis soalan yang boleh anda tambahkan bagi menarik minat pelajar anda.

  • Bagaimanakah saya boleh memasukkan soalan pada video saya?

    Jika anda ingin memasukkan soalan ke dalam video anda, pilih video yang ingin anda gunakan dan klik "Edit" untuk membuka penyunting video.

      1. Klik pada tab "Soalan" di atas video.
      2. Dalam garis masa di bawah video, klik pada tempat yang anda ingin masukkan soalan atau nota.
      3. Pilih "Soalan aneka pilihan", "Soalan terbuka" atau "Nota" daripada pilihan di sebelah kanan.
      4. Tambahkan soalan atau nota anda dan klik pada butang "Simpan" yang berwarna biru.
      5. Untuk menambahkan soalan atau nota lain pada titik yang sama dalam video, klik pada ikon "+" untuk jenis soalan atau nota pilihan anda di bawah teks "Tambah nota atau soalan lain di sini".

    Selepas anda menambahkan soalan anda, anda boleh klik pada butang main untuk memastikan bahawa soalan tersebut muncul dalam video pada tempat yang betul. Jika masanya adalah salah, anda boleh seret kotak soalan di sepanjang garis masa ke kiri atau kanan sehingga anda dapat masa yang tepat, atau anda hanya klik pada kotak masa di sebelah kiri soalan atau nota anda untuk memasukkan minit dan saat yang tepat.

    Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, lihat artikel kami tentang cara menyemak soalan pelajar setelah pelajar anda menonton pelajaran.

  • Apakah jenis soalan yang boleh saya tambah?

    Dengan Edpuzzle, anda boleh menyesuaikan pelajaran anda untuk setiap kelas dengan mencipta soalan dan nota anda sendiri. Anda boleh menambah:

    1. Soalan terbuka

    Ini sesuai jika anda mahu pelajar anda memberikan jawapan yang lebih mendalam. Soalan ini tidak dinilai secara automatik kerana setiap jawapan pelajar akan berbeza.

    2. Pilihan berganda

    Di sini anda boleh memilih jawapan yang betul dan salah. Uji pemahaman pelajar anda dengan pelbagai format soalan, seperti benar/salah, jawapan tunggal, jawapan berganda, dan banyak lagi. Soalan ini dinilai secara automatik.

    3. Nota

    Ini adalah alat anda untuk memberitahu pelajar apa sahaja yang anda mahu mereka ketahui tentang video tersebut. Tambah konteks, berikan arahan, atau tambah fakta menarik!

    4. Undian

    Ini adalah cara yang sangat baik untuk mengumpul maklum balas pelajar tanpa perlu memberikan gred.

    5. Refleksi

    Galakkan pemikiran yang lebih mendalam atau kumpul maklum balas dengan soalan jawapan pendek. Tiada penilaian terlibat!
     

    Jika anda ingin melangkah lebih jauh, lihat artikel kami tentang cara menambah teks kaya, pautan, imej, dan formula ke soalan anda.

Lihat semua 21 artikel

Menugaskan Video Pelajaran

  • Bagaimanakah cara untuk saya memberi tugasan video?

    Anda boleh memberi tugasan video secara individu atau lebih daripada satu video sekaligus. Ini merupakan caranya:

      1. Klik pada koleksi "Kandungan Saya" kepunyaan anda daripada menu yang terletak di sebelah halaman kiri anda.
      2. Tandakan kotak di bawah video yang anda ingin tugaskan.
      3. Pilih "Tugaskan" dari menu ke bawah.
      4. Pilih kelas yang anda ingin tugaskan video tersebut. Kebiasaannyai, pilihan "Tugaskan semua" akan dipilih yang menugaskan video kepada semua pelajar dalam kelas pilihan anda, termasuk mana-mana pelajar yang mungkin menyertai kelas anda pada masa hadapan.
      5. Jika anda hanya mahu memberi tugasan video kepada pelajar tertentu dalam kelas anda, tandakan kotak untuk kelas yang anda kehendaki dan pilih pilihan "Serahkan secara manual". Kemudian anda boleh pilih pelajar tertentu untuk menugaskan video anda. (Sila ambil perhatian bahawa pilihan ini tidak tersedia untuk kelas integrasi LMS.)
      6. Tambahkan tarikh mula dan tarikh akhir (jika perlu) dan pilih sama ada anda mahu mencegah langkau atau menghidupkan kapsyen tertutup.
      7. Klik "Tugaskan" dan anda sudah selesai!

    Berikut ialah tutorial video pantas untuk memandu anda melalui langkah di atas:

    Jika anda menggunakan integrasi LMS, lihat artikel kami tentang cara menyiarkan tugasan menggunakan Google Classroom, Canvas, Schoology atau LMS lain.) 

  • Bagaimanakah cara untuk saya berkongsi pautan tugasan dengan pelajar saya?

    Untuk berkongsi tugasan anda melalui pautan, ikut arahan di bawah: 

      1. Pilih kelas daripada menu Kelas Saya di sebelah kiri halaman anda.
      2. Klik pada tugasan yang ingin anda kongsikan.
      3. Apabila melihat tugasan, klik pada butang "Kongsi Tugasan" di bahagian atas halaman.
        Untuk kelas Integrasi Google Classroom dan Microsoft Teams, cuma klik elipsis (...) di bahagian atas halaman dan pilih "Kongsi Tugasan" daripada menu ke bawah. Jika anda menggunakan integrasi LMS lain, ciri ini tidak tersedia.
      4. Tetingkap timbul akan muncul dan memberikan anda pautan tugasan dan kod benam.
      5. Salin pautan atau kod benam dan tampal pada mana-mana tempat yang pelajar anda akan melihatnya.

     

    Nota: Pautan tugasan adalah khusus untuk kelas tertentu, ini bermakna jika anda telah memberi tugasan video kepada beberapa kelas, setiap kelas akan mempunyai pautan tugasan unik yang hanya berfungsi untuk pelajar dalam kelas tersebut.

    Jika anda menggunakan integrasi LMS, cari artikel yang berkaitan dengan LMS anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara membuat dan berkongsi tugasan.

    Jika anda ingin memasukkan tugasan video ke dalam blog atau tapak web, anda boleh mengetahui lebih lanjut di sini.

     

  • Bagaimanakah cara saya menetapkan tarikh mula, tarikh akhir, masa mula atau masa tamat?

    Untuk menetapkan tarikh mula dan masa mula: 

      1. Setelah anda bersedia untuk memberi tugasan video, anda akan lihat tetingkap timbul dengan penyataan "Serahkan kepada kelas" pada bahagian atas. Di sini anda akan lihat "Tarikh Mula" di bahagian atas dan "Tarikh Akhir" di bahagian bawahnya.
      2. Untuk menetapkan tarikh mula, klik pada kotak berlabel "Tarikh Mula".
      3. Di sini anda boleh pilih tarikh mula daripada tetingkap timbul kalendar. Tarikh mula asal sentiasa ditetapkan pada hari ini.
      4. Untuk menetapkan masa mula, dalam tetingkap timbul kalendar yang sama, pada bahagian bawah sebelah kiri, anda akan dapat lihat "Jam" dan "Minit". Gunakan kekunci anak panah untuk menetapkan masa mula dan klik butang untuk memilih a.m. dan p.m.
      5. Pilih tarikh mula dan masa mula, klik butang "Simpan" yang berwarna biru dan anda telah bersedia!

    Nota: Sentiasa ingat untuk memilih kelas dan buat pilihan jika anda mahu mencegah langkau!

    Untuk menetapkan tarikh akhir dan masa tamat:

      1. Setelah anda bersedia untuk memberi tugasan video, anda akan melihat tetingkap timbul dengan penyataan "Serahkan kepada kelas" di bahagian atas. Di sini anda akan melihat "Tarikh Mula" di bahagian atas dan "Tarikh Akhir" di bawahnya.
      2. Untuk menetapkan tarikh akhir, klik pada kotak kiri berlabel "Tarikh Mula."
      3. Di sini anda boleh pilih tarikh mula daripada tetingkap timbul kalendar. Tarikh akhir asal sentiasa ditetapkan pada hari ini.
      4. Untuk menetapkan masa tamat, dalam tetingkap timbul kalendar yang sama, pada bahagian bawah sebelah kiri, anda akan dapat lihat "Jam" dan "Minit". Gunakan kekunci anak panah untuk menetapkan masa tamat dan klik butang untuk memilih a.m. dan p.m.
      5. Pilih tarikh akhir dan masa tamat, klik butang "Simpan" yang berwarna biru dan anda telah bersedia!

    Untuk menukar tarikh mula, masa mula, tarikh tamat atau masa tamat:

      1. Dalam paparan tugasan, klik pada kotak dengan "Tarikh Mula" di bahagian atas. Pilih tarikh dan masa mula yang anda mahu, kemudian klik butang "Simpan" yang berwarna biru.
      2. Untuk menukar tarikh akhir atau masa tamat, klik pada kotak dengan "Tarikh Akhir" di bahagian atas dan ikut langkah yang sama. Itu sahaja!

    Anda juga mungkin berminat dengan artikel kami tentang cara memberi tugasan video.

  • Bagaimanakah cara untuk saya mengedit video pelajaran yang telah saya tugaskan?

    Anda boleh edit nama video pelajaran, edit teks dalam soalan/nota, atau menduplikasi/memadam video. Namun begitu, tidak boleh menukar pilihan jawapan yang betul dalam soalan aneka pilihan. 

    Untuk menyunting video yang diberikan, ikuti langkah berikut:

      1. Pergi ke Kelas Saya.
      2. Klik pada video yang ingin anda sunting.
      3. Klik pada butang Edit Tugasan Video di bawah tajuk video. Dari sini anda boleh edit nama video, edit teks soalan atau nota, atau menduplikasi/memadam video.

    Edit Nama

      1. Klik pada butang Edit Nama.
      2. Klik Tukar Nama untuk menyimpan perubahan anda.

    Edit soalan atau nota

      1. Klik pada ikon pensel di sudut kanan bawah soalan atau nota yang anda ingin edit.
      2. Klik Simpan untuk menyimpan perubahan anda.
      3. Tetingkap timbul akan muncul untuk mengesahkan perubahan yang anda simpan. Nota: Perubahan ini akan terpakai pada semua kelas di mana video tersebut ditugaskan.

    Salin atau Padam video

      1. Klik butang elipsis (...) di sebelah kanan butang Edit Nama.
      2. Dari sini anda boleh memilih sama ada untuk menduplikasi video (untuk membuat salinan) atau memadam video daripada halaman Kandungan Saya kepunyaan anda. Nota: Walaupun anda memadamkan video, gred dan perkembangan pelajar yang berkaitan dengan video ini masih tetap disimpan.
  • Bagaimanakah pelajaran video yang diberikan kepada saya diatur?

    Anda boleh dapatkan video pelajaran yang telah anda tetapkan dengan memilih kelas yang dimaksudkan daripada senarai di bawah "Kelas Saya" di dalam menu sebelah kiri anda.

    Di sana, anda akan lihat semua tugasan adalah disenaraikan mengikut urutan tarikh akhir. Tarikh akhir terawal berada di bahagian atas senarai dan tugasan yang tiada tarikh akhir terletak di bahagian bawah.

    Untuk mengetahui cara menetapkan tarikh akhir, lihat artikel ini.

    Tugasan di halaman ini dibahagikan kepada tiga kategori:

    • Sedang Berjalan
      Tugasan akan berada di bawah kategori ini jika tarikh mula telah berlalu dan tarikh akhir masih belum sampai tempoh, atau jika anda masih mempunyai jawapan untuk dinilai (sama ada tarikh akhir telah berlalu atau tidak). Tugasan tanpa tarikh akhir juga akan berada di bawah kategori ini sehingga semua pelajar menyelesaikannya.
    • Tugasan Akan Datang
      Tugasan akan berada dalam kategori ini jika tarikh mula masih belum bermula.
    • Digred dan Selesai
      Tugasan akan berada dalam kategori ini jika tarikh mula dan tarikh akhir telah berlalu dan anda tiada lagi jawapan yang masih belum siap untuk dinilai.

    Untuk mengecilkan paparan anda atau carian anda bagi tugasan tertentu, gunakan penyaring di bahagian atas halaman anda: Semua, Tarikh Akhir, Tiada Tarikh Akhir, Belum selesai menyemak dan Selesai. Klik pada salah satu pilihan ini untuk melihat jenis tugasan tertentu sahaja.

    Jika anda ingin tahu bagaimana tugasan diatur untuk pelajar anda, sila lihat artikel ini.

  • Apa Itu Mod Langsung?

    Dengan ciri Mod Langsung Edpuzzle, anda boleh menayangkan video anda secara langsung di hadapan seluruh kelas sambil pelajar menjawab dalam masa nyata dengan peranti mereka sendiri!

    Untuk memulakan tugasan langsung, pilih video daripada kandungan anda dan tugaskannya kepada kelas. Kemudian, dari skrin tugasan, klik butang "Mod Langsung" pada bahagian atas halaman anda.

    Untuk memasuki tugasan langsung anda, pelajar anda hanya perlu log masuk ke akaun Edpuzzle mereka dan pergi ke kelas anda. Ini secara automatik akan membawa mereka ke tugasan langsung anda. Apabila pelajar anda sudah bersedia, klik butang biru "Mula!" dan video akan dimainkan pada skrin projektor anda. Perlu diingat bahawa pelajar tidak lagi boleh menyertai selepas anda mengklik "Mula!" jadi sila pastikan semua pelajar sudah berada di dalam tugasan sebelum bermula.

    Soalan akan muncul pada skrin pelajar anda dan juga pada skrin projektor. Anda akan dapat melihat bilangan pelajar yang telah menjawab soalan, ini membantu anda menguruskan masa untuk meneruskan pelajaran.

    Apabila anda mengklik "Teruskan", pelajar akan melihat sebarang maklum balas yang anda sertakan pada soalan di skrin mereka dan jawapan yang betul untuk soalan aneka pilihan. Pada skrin utama, anda boleh mengklik "Tunjukkan respons" untuk memaparkan keputusan dalam peratusan bagi keseluruhan kelas. Nama pelajar tidak akan dikongsi supaya mereka tidak berasa malu jika mereka memberi jawapan yang salah. Anda memutuskan bila masa tamat dan bila masa untuk beralih ke soalan seterusnya.

    Untuk melengkapkan tugasan, klik "Keluar dari mod langsung" di bahagian bawah skrin anda.

    (Anda akan keluar secara automatik daripada Mod Langsung selepas 3 jam jika anda terlupa mengklik "Keluar dari mod langsung.")

    Jika anda tidak dapat menyelesaikan tugasan, anda juga boleh keluar dari Mod Langsung pada bila-bila masa. Apabila anda menamatkan sesi Langsung sebelum video selesai, pelajar boleh meneruskan sendiri kemudian dengan mengakses tugasan seperti biasa. Semua kemajuan pelajar akan disimpan supaya mereka boleh menyambung dari tempat anda berhenti.

     

    Nota: Pada masa ini, Mod Langsung tidak serasi dengan aplikasi Android. Jika pelajar anda menggunakan telefon pintar atau tablet, mereka perlu menggunakan pelayar web dan bukannya aplikasi mudah alih.

Menguruskan Kelas & Pelajar Saya

  • Bagaimanakah cara untuk saya membuat kelas baharu?

    Terdapat dua cara untuk anda membuat kelas Edpuzzle yang baharu: sama ada terus daripada menu "Kelas Saya" di sebelah kiri halaman anda atau semasa proses penciptaan tugasan.

    Buat kelas baharu daripada “Kelas Saya”

      1. Klik tanda tambah (+) di sebelah "Kelas Saya" pada sebelah kiri halaman anda.
      2. Untuk mencipta kelas Edpuzzle klasik atau terbuka, klik "Buat kelas baharu."
        (Jika anda menggunakan Google Classroom, Microsoft Teams atau Clever, anda boleh memilih LMS anda daripada tetingkap timbul dan mengimport kelas anda. Jika anda menggunakan LMS lain, anda perlu membuat kelas anda daripada LMS tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang membuat dan mengimport kelas daripada LMS pilihan anda, lihat artikel ini.)
      3. Masukkan nama kelas dan huraian (huraian adalah pilihan) dan pilih tahap gred kelas dan subjek.
      4. Tentukan sama ada anda mahu kelas klasik atau terbuka.
      5. Selepas anda menetapkan semua pilihan anda, klik "Buat kelas" untuk melengkapkan sediaan!

    Berikut ialah tutorial video pantas untuk memandu anda melalui langkah di atas:

    Buat kelas baharu apabila memberikan pelajaran video

      1. Selepas memilih video daripada koleksi "Kandungan Saya", klik "Tugaskan" untuk membuka tetingkap penciptaan tugasan.
      2. Klik butang "+ Tambah kelas baharu" di bahagian bawah tetingkap.
      3. Masukkan nama kelas dan huraian (huraian adalah pilihan) dan pilih tahap gred kelas dan subjek.
      4. Tentukan sama ada anda mahu kelas klasik atau terbuka.
      5. Selepas anda menetapkan semua pilihan anda, klik "Buat kelas" untuk melengkapkan sediaan.
      6. Anda kemudiannya akan dibawa kembali ke tetingkap penciptaan tugasan untuk selesai menugaskan video pelajaran.

    Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, lihat artikel kami tentang cara menambah pelajar ke kelas anda.

  • Bagaimanakah cara untuk saya menjemput pelajar baharu ke kelas saya?

    Setelah anda membuat kelas anda, anda sudah bersedia untuk menjemput pelajar anda! Anda boleh melakukan ini dengan berkongsi sama ada kod kelas anda ataupun pautan kelas secara terus kepada dengan mereka. 

    Jika anda menggunakan Google Classroom, anda juga boleh mengimport pelajar anda terus dari Google Classroom, lihat artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

    Menggunakan kod kelas anda

    Setiap kelas yang anda buat akan dikaitkan dengan kod kelas unik yang menghubungkan pelajar anda dengan kelas tersebut. Jika pelajar belum mempunyai akaun Edpuzzle lagi, mereka akan diminta untuk membuat akaun bagi menyertai kelas. Begini adalah cara menjemput pelajar anda:

    1. Pilih kelas daripada menu Kelas Saya di sebelah kiri halaman anda.
    2. Klik pada tab "Ahli kelas" dan kemudian butang "Jemput pelajar" yang berwarna biru.

    Berikut ialah tutorial video pantas untuk memandu anda melalui langkah di atas:

    Nota: Jika anda tidak menemui kod kelas anda dan anda kehilangan butang "Jemput pelajar" yang berwarna biru, anda mungkin menggunakan kursus bersepadu LMS, yang beroperasi dengan cara yang sedikit berbeza. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pelajar yang menyertai kelas tersebut, lihat artikel ini.

    Kelas terbuka

    Dengan kelas terbuka, pelajar anda boleh menyertai kelas dan menyelesaikan tugasan tanpa akaun Edpuzzle! Untuk menjemput pelajar ke kelas, klik pada butang "Jemput pelajar" di penjuru kanan sebelah atas halaman kelas. Anda sama ada boleh berkongsi pautan ataupun kod kelas dengan pelajar anda. Pelajar tidak akan dapat menyimpan sesi mereka , jadi jika mereka meninggalkan kelas terbuka anda dan kemudian menyertainya semula pada masa akan datang, mereka akan dianggap sebagai pelajar baharu.

    Berbeza dengan kelas klasik, kelas terbuka tidak mempunyai tab "Ahli kelas". Ini kerana setiap tugasan akan menjana senarai pelajarnya sendiri apabila mereka menyertai kelas terbuka anda.

  • Bagaimanakah cara untuk saya alih keluar pelajar daripada kelas?

    Jika anda perlu mengalih keluar pelajar daripada kelas Edpuzzle anda, ikut langkah berikut:

      1. Pilih kelas pelajar daripada senarai yang berada di bawah "Kelas Saya" dalam menu di sebelah kiri halaman anda.
      2. Pergi ke tab "Ahli kelas".
      3. Cari nama pelajar dan klik elipsis (...) di sebelah kanan.
      4. Pilih "Alih keluar daripada kelas" dalam menu ke bawah.
      5. Sahkan pemadaman dalam tetingkap timbul yang muncul.

    Jika anda perlu mengalih keluar beberapa pelajar serentak, tandakan kotak di sebelah kiri nama pelajar dan pilih "Alih keluar daripada kelas" daripada bar di bahagian bawah yang muncul.

    Mengalih keluar pelajar adalah berguna jika mereka telah membuat akaun tambahan secara tidak sengaja. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa apabila pelajar telah dialih keluar daripada kelas, semua perkembangn dan data berkaitan mereka untuk kelas anda juga akan dipadamkan dan tidak dapat dipulihkan. Jadi, berhati-hati apabila memadam pelajar!

     

    Anda juga mungkin berminat dengan artikel kami tentang cara mengedit nama pelajar atau menukar kata laluan mereka.

  • Cara menyediakan kelas bersama

    Menyediakan kelas bersama ialah proses yang mudah: Apabila anda dan rakan guru anda mengkonfigurasikan penyepaduan Edpuzzle bagi kelas yang sama, anda dan rakan guru anda akan menjadi guru bersama!

    Dengan berkongsi kelas dalam Edpuzzle, ia membolehkan setiap guru untuk:

      • Menugaskan video pelajaran
      • Melihat video pelajaran yang ditugaskan oleh guru bersama anda
      • Melihat kemajuan/gred pelajar untuk tugasan yang anda dan guru bersama anda hasilkan
      • Menggredkan jawapan pelajar untuk tugasan yang anda dan guru bersama anda hasilkan

    Ciri ini tersedia untuk kelas-kelas yang disepadukan dengan kebanyakan LMS di dalam Edpuzzle. Penyepaduan LMS yang berikut mempunyai ciri guru bersama:

    • Google Classroom
    • Microsoft Teams
    • Canvas
    • Schoology
    • Moodle
    • D2L Brightspace
    • Clever
    • ClassLink

    Untuk maklumat tentang cara mengkonfigurasi penyepaduan untuk LMS anda, klik pautan yang sesuai di atas.

     

    Nota: Ciri guru bersama tidak tersedia untuk kelas Edpuzzle klasik atau kelas Edpuzzle terbuka buat masa ini.

  • Bagaimanakah kelas terbuka berfungsi?

    Dengan kelas terbuka, pelajar anda boleh menyertai kelas dan menyelesaikan tugasan tanpa akaun Edpuzzle. Ini menjadikan penggunaan kelas terbuka pilihan yang bagus untuk pelajar yang lebih muda, kumpulan pelajar satu kali dan banyak lagi!

    Untuk membuat kelas terbuka:

      1. Klik tanda tambah (+) di sebelah "Kelas Saya" pada bahagian sebelah kiri halaman anda.
      2. Klik pada "Buat kelas baharu."
      3. Tambahkan nama untuk kelas anda dan perihalan (pilihan), kemudian aras kelas dan subjek.
      4. Pilih "Buka" di bawah "Jenis kelas."

    Harap maklum bahawa sebaik sahaja anda memilih jenis kelas anda, anda tidak boleh lagi mengubahnya.

    Anda boleh pilih untuk membenarkan pelajar anda mencipta nama panggilan mereka sendiri atau meminta Edpuzzle menciptanya secara automatik. Untuk menggunakan nama panggilan yang dijana secara rawak, tandakan pada kotak yang mengatakan "Biarkan Edpuzzle menjana nama panggilan pelajar." Ini bermakna anda akan lihat kemajuan dan gred pada tugasan untuk sesiapa sahaja yang menyelesaikan tugasan itu, tetapi tugasan itu akan menjadi tanpa nama.

    Jika anda tidak menanda kotak ini, pelajar perlu memasukkan nama panggilan apabila menyertai kelas anda. Jika anda ingin memastikan anda boleh mengenal pasti siapa mereka, kami syorkan supaya anda memberikan arahan dengan jelas kepada pelajar anda untuk memasukkan nama sebenar mereka.

    Anda sentiasa boleh menukar tetapan ini kemudian dengan mengklik pada elipsis (...) di sebelah nama kelas pada bahagian atas halaman anda dan memilih "Edit kelas" di menu ke bawah. Kemudian skrol ke bawah untuk menanda atau menyahtanda kotak yang sama.

    Untuk mengetahui tentang memberikan pelajaran video kepada kelas terbuka, lihat artikel ini.

    Untuk menjemput pelajar ke kelas:

      1. Klik pada butang "Jemput pelajar" di bahagian penjuru kanan sebelah atas halaman kelas.
      2. Anda boleh, sama ada berkongsi pautan kelas atau kod kelas dengan pelajar anda untuk meminta mereka menyertai kelas. Jika menggunakan pautan, pelajar hanya perlu mengklik pautan untuk menyertai kelas. Jika menggunakan kod kelas, pelajar perlu ke edpuzzle.com, klik "Buka kelas" di bahagian atas halaman utama kami dan masukkan kod tersebut apabila diminta.

    Pelajar tidak dapat menyimpan sesi mereka, jadi jika mereka meninggalkan kelas terbuka anda dan kemudian menyertainya semula pada masa yang lain, mereka akan dianggap sebagai pelajar baharu.

     

    Nota: Berbeza dengan kelas klasik, kelas terbuka tidak mempunyai tab "Ahli Kelas". Ini kerana setiap tugasan akan menjana senarai pelajarnya sendiri apabila mereka menyertai kelas terbuka anda.

    Kelas terbuka juga tidak menyertakan ciri Buku Gred, tetapi anda akan dapat lihat perkembangan untuk setiap tugasan individu!

  • Adakah pelajar saya memerlukan akaun Edpuzzle?

    Dengan kelas terbuka, pelajar anda tidak perlu ada akaun Edpuzzle, ini bermaksud mereka tidak perlu membuat nama pengguna atau kata laluan. Untuk maklumat lanjut, lihat artikel kami tentang cara kelas terbuka berfungsi

    Sebaliknya, jika anda ingin merekodkan perkembangan pelajar anda pada tugasan, maka pelajar mesti mempunyai akaun Edpuzzle. Walau bagaimanapun, jika anda hanya berkongsi kandungan anda dengan rakan sekerja atau tidak perlu merekodkan gred mereka, maka orang yang anda hantar pautan itu tidak memerlukan akaun.

    Untuk menjejak perkembangan pelajar anda pada tugasan video, mereka memerlukan akaun Edpuzzle. Apabila mereka menyelesaikan tugasan melalui akaun mereka, anda akan dapat melihat sama ada mereka telah menonton video, memberi jawapan pada kuiz yang diberi dan banyak lagi. Lihat artikel tentang cara menjemput pelajar baharu untuk memberi anda panduan tentang cara menambahkan pelajar ke kelas Edpuzzle anda.

    Jika anda tidak perlu melihat perkembangan, anda boleh berkongsi pautan ke video anda yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja, walaupun tanpa akaun. Anda boleh melakukan ini dengan membuka video dan mengklik pada "Kongsi pratonton." Dari sini, anda boleh berkongsi pautan terus ke video atau memasukkan tugasan pada video. Apabila seseorang membuka pautan pratonton, mereka boleh menonton keseluruhan video dan melihat soalan, tetapi kemajuan dan gred mereka tidak akan direkodkan.

Lihat semua 10 artikel

Mengurus Perkembangan Pelajar Saya

  • Bolehkah saya membenarkan beberapa percubaan?

    Ya! Sewaktu mencipta tugasan, anda punya pilihan untuk memilih seberapa banyak percubaan yang pelajar anda perlukan untuk menyiapkan tugasan tersebut bagi mendapatkan gred terbaik.

    Tetapkan bilangan percubaan

      1. Mulakan proses mencipta tugasan baharu.
      2. Dalam tetingkap penciptaan tugasan, di bawah "Percubaan", gunakan menu lungsur untuk memilih bilangan percubaan yang boleh pelajar ambil untuk menyiapkan tugasan.
      3. Apabila anda selesai memilih semua tetapan tugasan, klik butang "Tugaskan".

    Anda akan dapat llihat bilangan percubaan yang diambil oleh pelajar untuk menyerahkan tugasan di bawah "Percubaan" dalam paparan kemajuan tugasan.

    Perlu diingat bahawa kami hanya akan simpan jawapan daripada percubaan terakhir pelajar!

    Tambah percubaan

    Jika anda mahu pelajar mencuba sekali lagi tugasan selepas menyerahkan tugasan tersebut:

      1. Pilih kelas mereka daripada senarai di bawah "Kelas Saya" dalam menu di sebelah kiri halaman anda.
      2. Pilih tugasan yang dimaksudkan.
      3. Klik pada nama pelajar daripada tab “Pelajar”.
      4. Klik butang "Minta pelajar cuba semula" di sebelah kanan, di atas senarai soalan.

    Bagaimana ia kelihatan pada paparan pelajar?

    Semasa pelajar menyelesaikan tugasan dengan soalan berbilang pilihan, mereka akan punya pilihan untuk kembali dan buat semula mana-mana soalan yang telah mereka salah jawab atau semak sebarang jawapan yang tidak digredkan kepada soalan terbuka. Untuk berbuat demikian, mereka akan klik pada butang "Cuba Semula" apabila diminta. Jika mereka tidak mahu menggunakan sebarang percubaan tambahan, mereka perlu klik pada butang "Serah" untuk menyerahkan tugasan.

    Pelajar sama ada boleh menonton semula keseluruhan video atau melangkau ke hadapan pada soalan yang telah mereka salah jawab untuk menyemak pilihan jawapan mereka.

    Pelajar tidak akan dapat melihat sebarang petunjuk tentang pilihan jawapan aneka pilihan yang betul melainkan pelajar tersebut berada dalam percubaan terakhir mereka. Jika anda telah menetapkan hanya satu percubaan, percubaan tersebut akan dikira sebagai percubaan terakhir.



    Nota: Ciri ini tidak tersedia untuk tugasan tanpa soalan terbenam atau tugasan dengan soalan terbuka sahaja.

    Jika anda berminat untuk menetapkan semula kemajuan pelajar supaya mereka boleh membuat semula keseluruhan tugasan, lihat artikel ini.

  • Bagaimanakah cara untuk saya tambah maklum balas yang diperibadikan untuk pelajar?

    Dalam Edpuzzle, anda boleh tinggalkan komen pada jawapan pelajar terhadap sebarang soalan untuk memberikan pelajar penjelasan, tip berguna ataupun dorongan. 

    Untuk menyiarkan ulasan anda:

    1. Pilih kelas daripada senarai di bawah "Kelas Saya" dalam menu di sebelah kiri halaman anda.
      1. Pilih tugasan.
      2. Pilih pelajar daripada tab "Pelajar" pada tugasan.
      3. Skrol melalui soalan dan serahan maklum balas untuk mencari soalan yang anda ingin ulas.
      4. Klik butang "Ulasan" di sebelah kanan soalan tersebut.
      5. Taip maklum balas anda dalam tetingkap timbul yang muncul dan kemudian klik "Ulasan" untuk menyiarkannya.

    Untuk pelajar melihat ulasan anda:

      1. Pergi semula ke tugasan.
          • Jika anda menggunakan kelas Edpuzzle klasik atau kelas bersambung Google Classroom, pelajar boleh log masuk ke akaun Edpuzzle mereka seperti biasa, cari kelas anda daripada senarai kelas di sebelah kiri halaman mereka, pergi ke tab "Selesai", dan kemudian pilih tugasan yang diberikan.
          • Jika anda menggunakan kelas integrasi LMS (seperti Canvas, Schoology, dll.), pelajar perlu mengakses semula tugasan tersebut daripada LMS anda, seperti biasa.
      2. Klik butang "Tunjukkan Hasil" yang berwarna biru.
      3. Skrol ke bawah untuk melihat semua soalan dan jawapan yang diberikan.
      4. Ulasan anda pada soalan akan dipaparkan betul-betul di bawahnya dengan nama dan cap masa anda.
      5. Pelajar boleh memberi ulasan jika perlu dengan mengklik pada perkataan "Ulasan" di bawah maklum balas anda. Ulasan mereka akan muncul di lokasi yang sama dalam akaun guru anda.

     

    Nota: Komen tidak boleh diedit atau dipadamkan, tetapi anda boleh menambah seberapa banyak yang anda suka. Ini berguna jika anda ingin memasukkan lebih banyak maklumat atau menjelaskan sesuatu daripada ulasan pertama anda.

    Jika anda berminat untuk memberikan maklum balas segera untuk semua pelajar, lihat artikel ini.

  • Bagaimanakah Buku Gred berfungsi?

    Sama seperti yang lain di Edpuzzle, kami cuba memastikan Buku Gred kami mudah, hebat dan berguna. Kami akan terangkan bahagian berikut dengan lebih terperinci: 

    1. Pengiraan Kemajuan
    2. Jumlah markah
    3. Jumlah masa yang dihabiskan
    4. Serahan tugasan "Lewat"
    5. Laporan pelajar individu
    6. Julat tarikh
    7. Muat turun Kemajuan

    Pengiraan kemajuan

    Jika anda memberi tugasan video pelajaran berserta soalan, pastinya anda mahu melihat gred yang diperoleh setiap pelajar dalam setiap video, ia adalah apa yang ditunjukkan oleh Edpuzzle.

    Jika tugasan masih mempunyai soalan terbuka yang belum selesai digredkan, anda akan melihat "..." Sebaik sahaja anda menilai soalan tersebut, Buku Gred akan mengemas kini maklumat tersebut secara automatik.

    Di bawah setiap gred, anda akan lihat garis nipis yang menunjukkan peratusan video yang telah ditonton oleh pelajar tersebut. Ini juga akan memberi anda lebih banyak maklumat tentang tahap penyiapan tugasan.

    Jumlah markah

    Pada permulaan setiap baris pelajar, anda akan lihat "Jumlah markah". Ini ialah purata semua gred yang diperoleh oleh pelajar tersebut untuk tempoh masa yang dipaparkan.

    Adalah penting untuk mengambil perhatian jika video tidak mempunyai soalan, video itu tidak akan disertakan dalam pengiraan "Jumlah markah".

    Jika anda menggunakan Edpuzzle sebagai alat penilaian formatif atau sumatif, maklumat ini tidak ternilai!

    Jumlah masa yang dihabiskan

    Di sebelah "Jumlah markah", anda akan lihat "Jumlah masa yang dihabiskan". Maklumat ini menunjukkan berapa lama setiap pelajar menghabiskan masa untuk menonton video.

    Maklumat ini boleh membantu anda menganalisis sejauh mana usaha yang dilakukan oleh pelajar anda. Jika pelajar menonton semula pelajaran untuk mendapatkan gred yang lebih baik, jumlah masa yang telah dihabiskan akan menjadi lebih tinggi. Kami amat mengesyorkan anda supaya menggalakkan pelajar anda menonton semula bahagian-bahagian tertentu dalam video sebelum menjawab soalan.

    Serahan "Lewat"

    Jika video pelajaran mempunyai tarikh tamat dan pelajar “Lewat” melengkapkan video, anda akan lihat ikon jam berwarna merah di sebelah gred itu. Gred itu masih akan dikira sebagai sebahagian daripada jumlah markah.

    Laporan pelajar individu

    Jika anda klik pada mana-mana nama pelajar, anda akan dapat laporan individu. Anda akan lihat jumlah markah, jumlah masa yang dihabiskan dan kemajuan mereka untuk setiap tugasan. Laporan ini sesuai jika anda ingin membuat pertemuan secara bersemuka dengan pelajar.

    Julat tarikh

    Secara kebiasaannya, anda akan melihat tugasan video pelajaran dari 30 hari yang lalu. Jika anda ingin menukar julat tarikh, klik pada kotak "Tarikh Mula" dan masukkan tarikh pilihan anda.

    Muat turun kemajuan

    Jika anda ingin memuat turun sebarang maklumat daripada Buku Gred untuk digunakan dalam laporan sekolah anda, cuma klik "Eksport Buku Gred." Anda akan dapat fail CSV yang boleh anda buka menggunakan Excel, Google Sheet atau pun memuat naik ke Buku Gred Sekolah dalam talian anda.

  • Bagaimanakah cara untuk saya melihat perkembangan dan menyemak soalan?

    Terdapat empat pilihan berbeza untuk melihat perkembangan dan jawapan pelajar:

    1. Perkembangan pelajar merentasi pelbagai tugasan
    2. Jejaki perkembangan keseluruhan bilik darjah untuk satu tugasan
    3. Jejaki perkembangan pelajar individu untuk satu tugasan
    4. Menyemak soalan

    Perkembangan pelajar merentasi pelbagai tugasan

    Jika anda menggunakan Edpuzzle sebagai alat penilaian formatif atau sumatif, anda akan gembira mendengar bahawa Edpuzzle mempunyai ciri "Buku Gred". Jika anda ingin menyemak perkembangan pelajar merentas semua tugasan di satu tempat, ikut langkah berikut:

      1. Pilih kelas yang anda mahu lihat daripada senarai "Kelas Saya" di sebelah kiri halaman anda.
      2. Pilih tab "Buku Gred" di bahagian atas halaman. Secara automatik, anda akan lihat dapatan daripada video pelajaran yang diberikan sepanjang 30 hari yang lalu.
      3. Jika anda ingin menukar julat tarikh, klik pada kotak "Tarikh Mula" dan "Tarikh Tamat" untuk memasukkan tarikh pilihan anda. Terdapat juga beberapa julat pratetap yang boleh anda pilih. Pastikan anda mengklik butang "Simpan" yang berwarna biru untuk memastikan pemilihan tarikh anda digunakan.

    Jika anda ingin memuat turun gred ini dalam fail CSV, klik butang "Muat turun Buku Gred".

    Jejaki perkembangan keseluruhan kelas untuk satu tugasan

    Jika anda mahu melihat gred dan perkembangan pelajar anda secara umum untuk video tertentu, ikut langkah berikut:

      1. Pilih kelas yang anda mahu lihat daripada senarai "Kelas Saya" di sebelah kiri halaman anda.
      2. Klik pada tugasan.
      3. Anda akan lihat rumusan ringkas perkembangan dan gred untuk pelajar dalam kelas itu.

    Jika anda melihat laporan perkembangan pelajar anda dengan Buku Gred, anda boleh klik pada tajuk tugasan untuk melihat laporan perkembangan bagi video khusus tersebut. 

    Jejaki perkembangan pelajar individu

    Untuk melihat satu laporan pelajar bagi tugasan tertentu, ikut langkah berikut:

      1. Pilih kelas yang anda mahu lihat daripada senarai "Kelas Saya" di sebelah kiri halaman anda.
      2. Klik pada tugasan.
      3. Cari dan klik pada nama pelajar daripada senarai di bawah tab “Pelajar”.
      4. Anda akan lihat laporan penuh tentang kemajuan dan jawapan pelajar anda.

    Berikut ialah tutorial video pantas untuk memandu anda melalui pilihan di atas untuk melihat kemajuan pelajar:

    Menyemak soalan

    Begini adalah cara melihat jawapan pelajar kepada soalan dalam tugasan:

      1. Pilih kelas yang anda mahu lihat daripada senarai "Kelas Saya" di sebelah kiri halaman anda.
      2. Klik pada tugasan.
      3. Di bawah pratonton video, klik tab "Soalan".
      4. Anda akan melihat rumusan bilangan jawapan yang betul untuk setiap soalan.
      5. Pilih mana-mana soalan untuk melihat semua jawapan pelajar kepada soalan yang khusus itu. 

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penggredan respons pelajar, lihat tutorial pantas ini:

    Untuk mencari dengan cepat soalan yang masih perlu dinilai:

      1. Pilih kelas yang anda mahu lihat daripada senarai "Kelas Saya" di sebelah kiri halaman anda.
      2. Klik pada tugasan.
      3. Di bahagian atas halaman, anda akan lihat butang "Jawapan untuk disemak" (jika anda mempunyai jawapan yang tidak disemak). 
      4. Klik butang ini untuk melihat senarai soalan terbuka untuk video dan jawapan pelajar yang masih perlu dinilai. 
      5. Klik "Tunjukkan" di bahagian bawah senarai untuk melihat respons yang telah anda betulkan.
  • Bagaimana saya menetapkan semula tugasan untuk seorang pelajar?

    Menetapkan semula tugasan untuk seorang pelajar individu berguna jika anda mahu mereka mencuba semula atau mengkaji semula bahan tersebut.

    Untuk menetapkan semula tugasan untuk seorang pelajar:

    1. Pilih kelas di mana tugasan tersebut berada dari senarai di bawah “Kelas Saya” di sebelah kiri skrin anda.
    2. Klik anak panah juntai ke kiri tajuk tugasan.
    3. Pilih aktiviti yang sesuai.
    4. Cari nama pelajar dan klik elipsis (...) di sebelah kanan.
    5. Pilih "Tetapkan semula kemajuan" dari menu juntai bawah.

    Ingat bahawa apabila anda menetapkan semula kemajuan pelajar, ini akan memadamkan cubaan pertama mereka terhadap tugasan tersebut sepenuhnya supaya mereka boleh bermula dari awal. Kemajuan/gred asal mereka tidak boleh dipulihkan!

     

    Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui cara menetapkan semula tugasan untuk seluruh kelas.

  • Bagaimanakah cara saya set semula tugasan untuk keseluruhan kelas?

    Menetap semula keseluruhan tugasan untuk seluruh kelas boleh membantu jika anda mahu mengulang kaji pelajaran pada akhir tahun sebagai persediaan menghadapi ujian.

    Ini adalah cara melakukannya:

      1. Pilih kelas di mana tugasan berada daripada senarai di bawah "Kelas Saya" di sebelah kiri skrin anda.
      2. Klik pada tugasan.
      3. Klik elipsis (...) ke arah bahagian atas halaman.
      4. Pilih "Set semula kemajuan pelajar" daripada menu ke bawah.
      5. Ini akan membuka tetingkap timbul di mana anda boleh klik "Ya, set semula" untuk mengesahkan pilihan anda.

    Sebagai alternatif, anda boleh melihat artikel kami tentang cara set semula tugasan untuk pelajar individu.

Lihat semua 13 artikel

Menguruskan Kandungan Saya

  • Bagaimanakah cara untuk menukar tetapan privasi untuk video saya?

    Apabila video ditetapkan kepada Umum, ini bermakna ia akan dapat dilihat dan boleh dicari oleh pengguna Edpuzzle yang lain. Jika anda ingin menjadikan video pelajaran anda tersedia kepada orang lain di sekolah anda atau di seluruh Edpuzzle, tetapkan ia kepada Umum.

    Apabila video ditetapkan kepada Peribadi, ini bermakna hanya anda dan pelajar anda akan dapat melihatnya: Anda boleh melihat pada bila-bila masa dari ruang Kandungan Saya, manakala pelajar anda hanya dapat melihat apabila video tersebut ditugaskan kepada mereka.

    Jika anda ingin berkongsi video pelajaran tertentu dengan rakan sekerja dan anda tidak melihat pilihan "Kongsi Pratonton" semasa menonton video, ini bermakna ia ditetapkan kepada Peribadi. Anda akan melihat "Peribadi" disenaraikan dalam menu di bahagian atas halaman. Klik perkataan "Peribadi" untuk ubah tetapan kepada "Umum" dan pilihan Kongsi Pratonton akan tersedia supaya anda boleh mendapatkan pautan pratonton atau kod benam.

    Sebagai permulaan, semua video anda akan menjadi Umum. Ini adalah cara anda boleh menukar tetapan privasi pada semua video anda:

      1. Pergi ke tab Tetapan dalam profil anda.
      2. Di bawah bahagian Privasi, tukar antara Umum dan Peribadi bagi menetapkan pilihan anda. Mana-mana video baharu yang ditambahkan pada kandungan anda akan disetkan dengan tetapan ini.

     

    Nota: Anda masih boleh menukar tetapan untuk video secara individu menggunakan langkah yang dinyatakan di atas, tanpa mengira tetapan privasi keseluruhan anda.

  • Bolehkah saya muat naik video saya sendiri?

    Sudah tentu! Untuk memuat naik video kepunyaan anda ke Edpuzzle:

      1. Klik pada butang "Tambah Kandungan" yang berwarna biru di bahagian atas halaman anda.
      2. Pilih "Muat naik video" daripada menu ke bawah.
      3. Dari sini anda boleh sama ada menyeret fail video ke dalam kotak yang dibingkai dengan garis putus-putus, dan klik "Pilih fail..." untuk memuat naik fail video dari komputer anda atau klik pada "Google Drive" untuk memuat naik fail video terus dari Google Drive anda.
      4. Sebaik sahaja anda telah memilih fail anda, ia akan mula memuat naik secara automatik dan muncul dalam koleksi "Kandungan Saya" kepunyaan anda.

    Edpuzzle menyokong pelbagai format video termasuk AVI, MOV dan MP4. Tetapi semua fail yang dimuat naik mestilah bersaiz di bawah 1 GB!

     

    Nota: Kandungan yang anda muat naik tidak boleh melanggar Akta Hak Cipta Milenium Digital. Edpuzzle berhak untuk mengenal pasti dan menamatkan akaun pengguna yang melanggar undang-undang ini mengikut Syarat Perkhidmatan kami.

  • Bagaimanakah cara menggunakan senarai main?

    Apa itu senarai main?

    Senarai main Edpuzzle ialah koleksi video pelajaran yang dikumpulkan untuk mencipta satu tugasan. 

    Mencipta senarai main

      1. Klik pada butang biru "+ Tambah Kandungan" di bahagian atas skrin anda dan pilih "Buat senarai main" daripada menu ke bawah yang muncul.
          • Selain itu, anda juga boleh klik pada butang "Buat senarai main" yang berada di bahagian atas skrin semasa berada di koleksi Kandungan Saya kepunyaan anda.
      2. Masukkan nama untuk senarai main anda ke dalam medan "Nama senarai main".
      3. Klik butang "Seterusnya" di bahagian atas halaman anda.
      4. Pilih video yang ingin anda tambahkan pada senarai main dengan menandakan kotak yang terletak di bawah setiap imej kecil video.
      5. Klik butang "Buat senarai main" di bahagian atas halaman anda untuk mengesahkan pilihan anda.
      6. Anda boleh menyusun semula video dalam senarai main anda dengan mengklik pada dua garisan di bahagian kiri video, kemudian seret dan lepaskan video di tempat yang anda kehendaki.
      7. Secara automatik, imej kecil video pertama dalam urutan senarai main akan menjadi imej kecil senarai main. Untuk menukar imej kecil senarai main dengan imej kecil video yang lain, klik pada elipsis (...) di sebelah kanan imej kecil video yang anda ingin guna dan pilih "Tetapkan sebagai imej kecil senarai main" daripada menu ke bawah yang muncul.

    Selepas senarai main telah siap dibuat, anda boleh tetapkannya sama seperti yang anda lakukan pada mana-mana video pelajaran yang lain.

    Menggunakan "Tetapkan urutan"

    Apabila mencipta tugasan dengan menggunakan senarai main, anda boleh memutuskan sama ada anda mahu pelajar anda menonton video dengan mengikut urutan atau tidak.

    Apabila "Tetapkan urutan" disetkan kepada "HIDUP", ini bermakna pelajar mesti menonton video dalam senarai main dengan mengikut urutan yang telah ditetapkan. Pelajar tidak akan dapat menonton video yang seterusnya sehinggalah mereka selesai menonton video yang sedang mereka tonton.

    Apabila "Tetapkan pesanan" disetkan kepada "TUTUP", ini bermakna pelajar boleh menonton mana-mana video dalam senarai main tanpa mengikut urutan, tetapi mereka dikehendaki melengkapkan video yang ditonton sebelum beralih ke video yang lain.

    Anda boleh melaraskan tetapan "Tetapkan urutan" untuk tugasan pada bila-bila masa dengan pergi ke paparan tugasan dan menggunakan suis togol yang berada di sebelah kanan skrin.

    Penggredan senarai main

    Gred untuk setiap video yang terdapat dalam senarai main yang ditugaskan akan digabungkan dan dipuratakan untuk mendapatkan gred keseluruhan bagi tugasan senarai main tersebut (ini ialah gred yang anda dapat lihat dalam Buku Gred anda). Walau bagaimanapun, anda masih boleh menyemak perkembangan dan gred untuk setiap video dalam senarai main dengan pergi ke tab "Video" dalam paparan tugasan.

  • Bagaimanakah saya boleh kongsikan video saya dengan guru yang lain?

    Terdapat dua cara untuk kongsikan video Edpuzzle anda dengan rakan sekerja anda.

    Perkongsian melalui saluran sekolah

    Selagi anda dan rakan sekerja anda berada di sekolah yang sama di Edpuzzle, anda boleh berkongsi kandungan dengan cepat dan mudah!

    Untuk melakukan ini:

      1. Klik "Temui" daripada menu di sebelah kiri halaman anda.
      2. Klik "Sekolah Saya" ke arah bahagian atas halaman.
      3. Gunakan penyaring untuk mencari kandungan yang dicipta oleh rakan sekerja.

    Untuk mencari kandungan rakan sekerja tertentu, pilih "Rangkaian Saya" daripada menu di sebelah kiri halaman anda, kemudian pilih guru untuk melihat semua pelajaran umum mereka.

    Jika anda tidak menemui rakan sekerja anda dan telah memeriksa untuk memastikan anda berada di sekolah yang sama, sama ada anda atau rakan sekerja anda, mungkin tidak mengesahkan e-mel akaun masing-masing. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lihat artikel kami tentang pengesahan e-mel.

    Berkongsi pautan video dengan rakan sekerja

    Anda juga boleh menggunakan pautan untuk berkongsi kandungan video dengan rakan sekerja anda. Daripada pautan ini, guru boleh menyemak atau menyalin video ke koleksi Kandungan Saya kepunyaan masing-masing.

    Untuk mencari pautan pratonton video anda:

      1. Klik pada kandungan yang ingin anda kongsikan dalam koleksi Kandungan Saya kepunyaan anda.
      2. Klik pilihan "Kongsi pratonton" dalam menu di bahagian atas halaman.

    Jika anda tidak melihat ini, ini bermakna video anda telah ditetapkan kepada peribadi dan anda akan melihat perkataan "Peribadi" dengan ikon kunci dalam menu tersebut. Video mestilah terbuka untuk dikongsi dan ditonton oleh orang lain. Untuk menukar tetapan ini, klik "Peribadi" untuk mengubah tetapan kepada "Umum."

      1. Tetingkap timbul akan muncul dan memberikan anda pautan pratonton dan kod benam.
      2. Salin pautan atau masukkan kod untuk berkongsi video.

     

    Nota: Sebarang perkembangan dan jawapan tidak akan direkodkan daripada mereka yang mengakses video menggunakan pautan pratonton, ini kerana tujuan utamanya adalah untuk berkongsi kandungan dengan rakan sekerja dan bukan untuk menugaskan kepada pelajar. Jika anda ingin menugaskan video pelajaran kepada pelajar anda dan merekodkan kemajuan mereka, lihat artikel ini.

  • Bagaimana saya memadam kandungan?

    Untuk memadam aktiviti dari "Kandungan Saya":

    1. Pilih "Kandungan Saya" dalam menu di sebelah kiri halaman anda.
    2. Tandakan kotak untuk aktiviti yang anda ingin padam dan pilih "Padam" dari menu bawah yang muncul.
    3. Ini akan membuka pop-up baru di mana anda akan ditanya sama ada anda pasti mahu memadam aktiviti yang dipilih.
    4. Klik butang "Padam kandungan" untuk memadam aktiviti tersebut. Jika anda memutuskan untuk tidak memadamnya, klik butang "Simpan kandungan". Setelah kandungan dipadam, ia tidak boleh dipulihkan!

    Nota: Apabila anda memadam aktiviti, semua data pelajar yang berkaitan dengannya (gred dan kemajuan) akan tetap kelihatan pada tugasan yang berkaitan dan dalam Buku Gred anda.
     

    Juga ambil perhatian: Aktiviti yang dipadam masih akan dikira terhadap had kandungan anda. Lihat artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara meningkatkan had kandungan anda jika perlu.

  • Bagaimanakah saya boleh mendapatkan lebih banyak ruang storan?

    Jika anda telah menggunakan jumlah maksimum ruang storan anda dan inginkan lebih banyak ruang, kami ingin menunjukkan kepada anda caranya! Had maksimum storan anda adalah fleksibel, ini bermakna anda boleh meningkatkan had 20 video asal secara kekal dengan mengesyorkan pengguna atau dengan menaik taraf kepada pelan Pro.

    Lihat dua pilihan di bawah untuk cara meningkatkan had storan anda:

    1. Syorkan rakan sekerja anda ke Edpuzzle! Adakah anda menikmati Edpuzzle? Kongsikan ia dengan yang lain! Untuk setiap rujukan yang membuat dan mengesahkan akaun Edpuzzle, anda berdua akan menerima ruang untuk tiga lagi video atau projek pelajar! Log masuk ke Edpuzzle dan kemudian klik di sini untuk menjemput mereka.
    2. Berbincang dengan sekolah anda untuk bertukar ke Pro! Mungkin terdapat lebih ramai guru daripada yang anda fikirkan menggunakan Edpuzzle di sekolah anda. Apabila sekolah anda mendapat lesen Pro, pentadbir anda akan mendapat akses kepada kurikulum tersusun untuk PD dan pensijilan pelajar, sekolah anda mendapat sokongan, latihan dan bimbingan khusus serta semua guru menerima ruang storan tanpa had! Kongsikan halaman harga kami dengan pentadbir atau ketua jabatan anda supaya mereka boleh menyemak pilihan pelesenan kos rendah kami dan memohon untuk menjadi Pro.

    Jika anda tidak dapat berkongsi Edpuzzle atau meminta sekolah anda melanggan Pro, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan lesen Guru Pro individu untuk menikmati ruang storan tanpa had.

    Kod promosi

    Ada kalanya, Edpuzzle mungkin mencipta kod promosi unik untuk acara atau peristiwa istimewa. Anda boleh memasukkan kod promosi jika anda berdaftar di sekolah bukan Pro.

    Untuk menggunakan kod promosi anda:

      1. Klik pada menu profil anda (ikon di sudut kanan atas semasa log masuk).
      2. Klik pada nama anda.
      3. Pilih tab “Pelan”.
      4. Skrol ke bawah untuk mencari kotak kod promosi.
      5. Masukkan kod anda dan klik butang "Guna" yang berwarna biru.

    Dengan akaun Edpuzzle Pro, anda akan mempunyai ruang storan video pelajaran tanpa had. Jika sekolah anda sudah bersedia, anda boleh meminta harga untuk rancangan Edpuzzle Pro kami. Pasukan Sekolah Pro kami akan menghubungi anda dan berbesar hati untuk membantu anda di sepanjang perjalanan!

Lihat semua 9 artikel

Teacher Assist

  • Bagaimanakah cara saya menggunakan Autogred untuk soalan terbuka?

    Dengan ciri Autogred Edpuzzle, kami akan membantu anda menyemaki soalan terbuka bagi menjimatkan masa dan tenaga anda. 

    Berikut ialah cara menggunakan Autograde:

      1. Pergi ke tugasan yang anda mahu semak dan klik "X Jawapan untuk disemak" di bahagian atas halaman untuk mengakses sebarang soalan dengan jawapan terbuka yang menunggu untuk disemak.
      2. Klik "Autogred" di bawah soalan.
      3. Masukkan jawapan yang dimahukan kel dalam kotak teks yang muncul.
      4. Klik "Autogred" di sebelah kanan.
      5. Jawapan-jawapan pelajar untuk soalan tersebut akan dibandingkan secara automatik dengan jawapan yang dimasukkan dan kemudian disemak sebagai betul (100 mata) atau salah (0 mata).
      6. Jika anda mahu membuat pelarasan pada markah, anda boleh berbuat demikian pada bila-bila masa dengan menggunakan X dan tanda semak atau pun apa-apa nombor daripada 100 pada sebelah kanan jawapan setiap pelajar.

     

    Nota: Jawapan ideal yang ringkas dan padat adalah paling sesuai untuk ciri ini. Jika soalan memerlukan jawapan yang panjang dengan banyak nuansa, mungkin lebih baik untuk menyemak jawapan secara manual.

    Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kemajuan dan pemarkahan pelajar anda, lihat artikel ini.

    Autogred adalah salah satu alat yang tersedia dalam suit alatan Teacher Assist Edpuzzle. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Teacher Assist, lihat video ini.

  • Cara menggunakan Penjana Soalan?

    Dengan Penjana Soalan Edpuzzle, kami akan gunakan maklumat yang diambil daripada video untuk menjana dan memasukkan soalan secara automatik.

    Berikut adalah cara menggunakan Penjana Soalan:

      1. Pilih video yang anda mahu gunakan dan klik "Sunting" untuk membuka penyunting video.
      2. Klik pada tab "Soalan" di atas video.
      3. Klik butang "Hesikan soalan".
      4. Pilih jenis soalan yang anda ingin masukkan. Anda boleh pilih soalan aneka pilihan, terbuka atau pun kedua-duanya. Setelah anda membuat pilihan anda, soalan akan dimasukkan secara automatik ke dalam video.
      5. Anda boleh menyemak dan menyunting soalan pada bar sisi Acara Video atau dengan mengklik soalan tersebut pada garis masa video.
        • Untuk memadamkan mana-mana soalan yang anda tidak mahu dengan pantas, klik butang “Padam” di bawah soalan pada bar sisi Acara Video.
      6. Tugaskan video pelajaran anda!

    Ciri ini hanya boleh digunakan pada video yang belum mempunyai soalan terbenam. Untuk menjana semua soalan terkini bagi video, anda boleh memadamkan sebarang soalan sedia ada, tetapi perlu diingat bahawa apabila soalan telah dipadam, soalan itu tidak boleh didapatkan semula.

     

    Nota: Tidak semua video akan mempunyai pilihan untuk menambah soalan yang dijana secara automatik. Jika kami tidak mempunyai maklumat yang cukup untuk memberikan hasil yang berkualiti, Penjana Soalan mungkin tidak tersedia.

    Penjana Soalan adalah salah satu alat yang tersedia dalam suit alatan Teacher Assist Edpuzzle. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Teacher Assist, lihat video ini.

Tetapan Akaun

  • Bagaimanakah cara untuk saya memadam akaun saya?

    Pertama sekali, kami benar-benar akan merindui anda! Kami berharap anda akan kembali suatu hari nanti.

    Untuk memadam akaun anda:

      1. Klik ikon profil bulat di penjuru kanan sebelah atas.
      2. Pilih nama anda daripada menu yang dipaparkan.
      3. Skrol ke bawah ke bahagian bawah halaman dan klik pada butang "Padam akaun".
      4. Baca dan tandakan semua kotak dalam tetingkap timbul, kemudian klik pada butang "Padam akaun" untuk mengesahkan pemadaman.

    Nota: Apabila anda memadamkan akaun anda, disebabkan oleh Dasar Privasi kami, semua kandungan, kelas, tugasan dan gred pelajar anda akan dipadamkan secara kekal. Kami tidak akan dapat memulihkan mana-mana data ini selepas ia dipadamkan.

  • Saya terlupa kata laluan saya.

    Jika anda seorang guru dan anda terlupa kata laluan anda, klik pada "Terlupa kata laluan anda?" di bawah medan kata laluan.

    Masukkan e-mel Edpuzzle anda dan kami akan hantar arahan untuk menetapkan semula kata laluan anda.

      1. Jika anda tidak menemui e-mel tetapan semula dalam peti masuk anda, pastikan anda menyemak folder spam anda.
      2. Jika anda masih tidak menemuinya, ada kemungkinan anda tidak memberikan alamat e-mel sama yang anda gunakan ketika mendaftar dengan Edpuzzle atau alamat e-mel yang anda gunakan tidak dapat menerima mesej dari luar rangkaian anda.
      3. Jika anda tidak ingat alamat e-mel yang anda gunakan untuk mendaftar, sila semak sejarah e-mel anda untuk melihat akaun yang manakah menerima e-mel dari Edpuzzle pada masa lalu.
  • Bagaimanakah cara saya mengemas kini maklumat peribadi atau pilihan saya?

    Anda boleh menukar nama, e-mel, kata laluan, sekolah dan pilihan anda untuk Edpuzzle semuanya dari profil anda. 

    Mengakses halaman profil anda

    Anda boleh mengakses halaman profil anda sama ada dengan cara pergi terus ke www.edpuzzle.com/profile  atau dengan mengklik pada ikon profil bulat di penjuru kanan sebelah atas skrin anda, kemudian pilih nama anda daripada menu ke bawah

    Menukar nama anda

      1. Dari halaman profil anda, edit medan "Nama Pertama" dan/atau "Nama Keluarga" di bahagian atas halaman anda.
      2. Klik "Simpan perubahan."

    Menukar e-mel akaun anda

      1. Dari halaman profil anda, edit medan "E-mel" di bahagian atas halaman anda.
      2. Klik "Simpan perubahan."
      3. Sahkan e-mel baharu anda.

    Jika anda mempunyai akaun Google atau akaun Microsoft yang disambungkan, pastikan anda mengemas kini akaun tersebut juga! Ini akan memastikan anda boleh terus menggunakan Log Masuk Google atau Log Masuk Microsoft jika alamat e-mel anda berubah.

    Menukar kata laluan anda

      1. Dari halaman profil anda, klik "Tukar kata laluan di bawah bahagian "Kata Laluan".
      2. Dalam tetingkap timbul, masukkan kata laluan semasa anda, diikuti dengan kata laluan baharu anda.
      3. Klik "Tukar kata laluan."

    Menukar sekolah anda

      1. Pergi ke profil anda dan kemudian pilih tab "Sekolah" di bahagian atas halaman.
      2. Di bawah bahagian "Sekolah Saya", klik "Tukar sekolah."
      3. Baca perjanjian dalam tetingkap timbul dan tandakan setiap kotak untuk menunjukkan pemahaman anda.
      4. Klik "Saya setuju."
      5. Masukkan nama sekolah baharu anda dalam medan carian dan pilih sekolah anda daripada senarai ke bawah.
      6. Klik "Teruskan"
      7. Pilih tahap gred dan subjek anda, kemudian klik "Mulakan pengajaran" untuk menyimpan perubahan anda.

    Jika anda tidak menemui sekolah anda dengan mencari, buatnya dengan mengklik "Tambah sekolah atau organisasi saya" di bahagian bawah tetingkap timbul. Dari sana, taipkan nama sekolah anda dan masukkan bandar dan negeri. Kemudian klik “ Tambah sekolah.”

    Mengubah pilihan kenalan anda

    Anda boleh melanggan atau berhenti melanggan senarai e-mel kami pada bila-bila masa dengan mengubah pilihan kenalan anda. Caranya ialahi:

      1. Pergi ke profil anda dan kemudian pilih tab "Tetapan" di bahagian atas halaman.
      2. Skrol ke bawah di bahagian "pilihan kenalan".
      3. Tandakan atau nyahtandakan kotak yang menunjukkan jenis e-mel yang anda ingin terima daripada Edpuzzle. Perubahan anda akan disimpan secara automatik!

    Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang privasi data anda, sila semak Dasar Privasi kami atau e-mel kami di privacy@edpuzzzle.com

  • Bagaimana saya boleh tukar sekolah saya?

    Jika anda telah mendaftar untuk sekolah yang salah ataupun anda telah berpindah ke sekolah lain, anda boleh menukar tetapan sekolah anda dalam profil anda dengan mudah. Di sana anda akan dapat menukar: 

    • Sekolah
    • Alamat emel
    • Subjek

    Kelas, tugasan dan data pelajar anda akan dialih keluar sebaik sahaja anda bertukar sekolah, untuk melindungi privasi pelajar. Kandungan anda akan disimpan, jadi tidak perlu risau tentang kehilangan video!

    Jika anda tahu yang anda akan berpindah sekolah, sila tukar sekolah anda di Edpuzzle secepat mungkin! Jika sekolah lama anda melumpuhkan alamat e-mel anda dan anda tidak dapat log masuk, kami tidak boleh mendapatkan semula akaun anda.

    Untuk menukar sekolah anda:

      1. Klik ikon profil bulat di penjuru kanan sebelah atas.
      2. Klik pada nama anda untuk mengakses profil anda.
      3. Klik pada tab "Sekolah".
      4. Klik butang "Tukar sekolah" yang terdapat di sebelah nama sekolah semasa anda.
      5. Menu tetingkap timbul akan muncul – baca dan semak setiap titik yang disenaraikan, kemudian klik butang "Saya setuju".
      6. Pilih sekolah dan mata pelajaran baharu anda, dan klik pada butang "Sertai sekolah".

    Anda hanya boleh bertukar sekolah enam bulan sekali. Setelah anda menukar sekolah, anda akan melihat mesej dengan tarikh anda boleh menukar sekolah semula.

    Jika anda kehilangan akses kepada akaun Edpuzzle anda kerana anda log masuk dengan menggunakan Google dan e-mel Google anda tidak lagi sah, beritahu kami di support@edpuzzle.com dan kami akan membantu anda masuk semula ke akaun anda supaya anda boleh menyimpan semua video pelajaran hebat anda!

    Akhir sekali, jika anda telah membuat akaun baharu dengan alamat e-mel baharu anda, tetapi anda ingin menggunakan semula alamat e-mel akaun asal anda, anda perlu log masuk ke akaun baharu dan memadamkannya terlebih dahulu. Anda boleh memadamkan akaun dengan menavigasi ke bahagian bawah halaman "Tetapan". (Pastikan anda tidak memadamkan akaun jika anda mempunyai video di dalamnya yang ingin anda simpan!)

     

    Nota: Menukar sekolah anda akan memadamkan semua kelas dan tugasan anda, tetapi bukan kandungan anda. Ini dilakukan untuk melindungi privasi pelajar. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut tentang Dasar Privasi kami jika anda ingin tahu.

  • Bagaimana cara saya log keluar?

    Untuk log keluar dari Edpuzzle, anda perlu klik pada ikon profil anda di sudut kanan sebelah atas, kemudian klik "Log keluar."

    Sebagai alternatif, anda boleh pergi ke www.edpuzzle.com/logout. Semoga berjumpa lagi nanti!

Integrasi Google Classroom

  • Menyambungkan akaun Google anda

    Jika sekolah anda menggunakan Google Classroom atau Google Workspace, menyambungkan akaun Google anda ialah proses yang cepat dan mudah!

    Anda boleh menyambungkan akaun Edpuzzle anda ke akaun Google dan Google Classroom anda melalui dua cara.

    Menyambungkan akaun Google anda semasa mendaftar:

      1. Di bahagian atas halaman utama Edpuzzle , klik "Daftar".
      2. Pilih "Saya seorang Guru."
      3. Klik butang "Log masuk dengan Google" dan pilih akaun Google yang berkenaan apabila diminta.
      4. Kini akaun baharu anda akan disambungkan ke Google secara automatik! Anda boleh menggunakan butang "Log masuk dengan Google" untuk meningkatkan privasi dan keselamatan.

    Menyambungkan akaun Google anda daripada Tetapan anda:

      1. Log masuk ke akaun Edpuzzle anda dengan menggunakan e-mel dan kata laluan anda.
      2. Klik pada ikon bulat di penjuru kanan sebelah atas halaman anda dan kemudian pada nama anda dalam menu ke bawah.
      3. Apabila anda berada di halaman Profil anda, skrol ke bawah di bahagian berlabel "Akaun yang disambungkan."
      4. Klik "Sambung dengan Google" dan pilih akaun Google yang berkenaan apabila diminta.
      5. Kini akaun anda akan disambungkan ke Google secara automatik! Anda boleh menggunakan butang "Log masuk dengan Google" untuk meningkatkan privasi dan keselamatan serta memudahkan integrasi dengan Google Classroom.

    Nota: E-mel akaun anda dan e-mel akaun Google anda yang disambungkan mungkin berbeza! 

    Untuk mengetahui lebih lanjut  tentang integrasi dengan Google Classroom, lihat artikel ini.

  • Integrasi dengan Google Classroom

    Ada terdapat dua kaedah pengintegrasian dengan Google Classroom. Kaedah pertama adalah melalui Google Classroom, manakala yang kedua pula adalah melalui Edpuzzle.

    Kaedah Integrasi 1 (Tambahan Google Classroom)

    Dengan kaedah pertama ini, pentadbir IT anda akan memasang alat tambah Edpuzzle untuk sekolah/daerah anda dan anda akan membuat tugasan serta menguruskannya terus daripada Google Classroom.

    Untuk menggunakan tambahan Edpuzzle dalam Google Classroom:

      1. Untuk kaedah integrasi ini, anda perlu memastikan pentadbir anda telah menyediakan tambahan tersebut untuk sekolah/daerah anda. Tidak semua sekolah/daerah mempunyai akses terhadapnya. Jika anda tidak pasti sama ada sekolah anda mempunyai akses atau tidak, sila semak dengan pentadbir anda!
      2. Log masuk ke dalam akaun Google Classroom anda.
      3. Tambahan Edpuzzle akan muncul sebagai pilihan untuk sebarang tugasan baharu yang anda buat. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara membuat tugasan menggunakan alat tambah, lihat artikel ini.

    Jika anda belum lagi mencipta akaun Edpuzzle, anda akan diminta untuk menciptanya semasa anda mula-mula cuba menggunakan tambahan Edpuzzle. Ikut arahan untuk mendaftar di edpuzzle.com sebelum kembali ke Google Classroom.

    Bagaimanakah cara untuk pelajar berinteraksi dengan tugasan menggunakan kaedah integrasi ini

    Dengan menggunakan kaedah ini, pelajar akan dapat log masuk ke dalam akaun Google Classroom mereka dan melengkapkan video pelajaran Edpuzzle mereka terus dari sana. Mereka tidak perlu membuat akaun Edpuzzle yang berasingan atau meninggalkan Google Classroom!

    Untuk memastikan tugasan Edpuzzle didaftarkan sebagai "Telah dihantar", minta pelajar anda mengklik butang "Hantar" di bahagian atas halaman mereka selepas melengkapkan tugasan edpuzzle mereka.

    Pelajar anda akan berada dalam senarai tugasan Edpuzzle anda secara automatik apabila mereka mengakses tugasan dalam Google Classroom. Ini bermakna jika anda menyemak tugasan dalam Edpuzzle dan tidak melihat mana-mana nama pelajar anda dalam tab “Pelajar” (atau jumlah pelajar daripada dalam kelas anda kurang daripada sepatutnya ), ia adalah perkara biasa! Senarai Pelajar dan perkembangan mereka akan dikemaskini secara automatik semasa mereka menyiapkan setiap tugasan.

    Kaedah Integrasi 2 (Import Google Classroom)

    Dengan kaedah kedua ini, anda akan mengimport kelas anda dari Google Classroom ke Edpuzzle dan membuat tugasan anda dalam Edpuzzle.

    Berikut ialah cara untuk menyediakan kelas anda:

      1. Sambungkan akaun Google anda ke akaun Edpuzzle anda, dan jika anda belum lagi melakukannya. Sila ikut langkah di sini untuk membuat penyambungan tersebut.
      2. Selepas anda memautkan akaun Google anda, klik tanda tambah (+) di sebelah "Kelas Saya" dalam menu di sebelah kiri halaman anda.
      3. Klik butang pada "Google Classroom". 
      4. Senarai kursus Google Classroom anda akan dipaparkan. Tandakan kotak di sebelah kelas yang anda ingin import.
      5. Isi ruangan mata pelajaran dan peringkat gred untuk setiap kelas yang dipilih.
      6. Klik butang "Import kelas" untuk melengkapkan import.
      7. Selepas mengimport kelas anda, anda boleh menyiarkan tugasan untuk pelajar anda dan mengurus perkembangan mereka daripada Edpuzzle.

    Bagaimanakah cara untuk pelajar berinteraksi dengan tugasan menggunakan kaedah integrasi ini

    Dengan menggunakan kaedah ini, pelajar akan membuat akaun Edpuzzle untuk mengakses dan menyelesaikan tugasan. Apabila mengklik pada siaran tugasan Edpuzzle dalam Google Classroom, tetingkap/tab baharu akan muncul di mana mereka akan diminta untuk log masuk ke akaun Edpuzzle mereka (mereka boleh menggunakan Log Masuk Google) sebelum video pelajaran boleh ditonton.

    Pelajar mesti berada dalam senarai kelas anda untuk mendapat akses kepada kelas tertentu dalam Edpuzzle. Apabila anda mula-mula mengimport kelas daripada Google Classroom ke Edpuzzle, semua pelajar dalam senarai Google Classroom akan diimport sekali. Jika mana-mana pelajar baharu ditambahkan pada senarai Google Classroom selepas itu, anda perlu mengimport pelajar baharu tersebut secara manual ke Edpuzzle

  • Bagaimanakah cara saya mengimport kursus Google Classroom saya?

    Untuk menambah kelas Google Classroom baharu pada akaun Edpuzzle anda:

      1. Klik tanda tambah (+) di sebelah "Kelas Saya" dalam menu di bahagian sebelah kiri halaman anda.
      2. Klik pada butang "Google Classroom". Anda mungkin perlu log masuk ke akaun Google anda sekali lagi (atau buat kali pertama) di sini. Jika diminta, hanya log masuk dengan akaun yang berkaitan.
      3. Senarai kursus Google Classroom anda akan dipaparkan. Tandakan kotak di sebelah kelas yang anda ingin import.
      4. Isi ruangan mata pelajaran dan peringkat gred untuk setiap kelas yang dipilih.
      5. Klik pada butang "Import kelas" untuk mengimport.

    Ini akan mmasukkan kelas pilihan anda ke Edpuzzle, bersama-sama dengan senarai semasa anda untuk kelas tersebut, ini membolehkan anda menyiarkan video pelajaran dan menyegerakkan gred dengan mudah.

    Jika anda menghadapi masalah mengimport kelas anda, lihat artikel ini.

  • Mengimport pelajar baharu daripada Google Classroom

    Apabila anda menyambungkan Google Classroom anda dengan Edpuzzle, senarai murid akan diimport secara automatik.

    Setelah kelas diimport daripada Google Classroom, satu-satunya cara untuk menambah lebih ramai pelajar adalah dengan terlebih dahulu menambahkan pelajar ke Google Classroom dan kemudian mengimport mereka ke Edpuzzle.

    Untuk memastikan mana-mana pelajar baharu ditambahkan ke kelas anda dalam Edpuzzle, ikut langkah berikut:

      1. Semak Google Classroom anda untuk memastikan pelajar berada dalam senarai untuk kelas berkenaan. Jika tidak, anda perlu menambahkannya sebelum meneruskan.
      2. Dalam Edpuzzle, pilih kelas yang dimaksudkan daripada senarai ke bawah "Kelas Saya" dalam menu di sebelah kiri halaman anda.
      3. Klik tab "Ahli kelas" dan di sebelah kanan, anda akan lihat butang "Import pelajar". Klik butang itu dan senarai anda akan dikemas kini untuk memasukkan mana-mana pelajar baharu daripada Google Classroom yang telah ditambahkan sejak import terakhir anda.

     

    Nota: Jika senarai anda dalam Edpuzzle tidak dikemas kini secara automatik selepas melengkapkan langkah di atas, lihat artikel ini.

  • Bagaimanakah cara untuk saya mengongsikan tugasan ke Google Classroom?

    Ada dua cara yang anda boleh gunakan untuk menyiarkan tugasan terus ke Google Classroom daripada Edpuzzle.

    Menggunakan Tambahan Edpuzzle dalam Google Classroom:

    Tidak semua sekolah/daerah mempunyai akses kepada alat tambah. Jika anda tidak pasti sama ada sekolah anda mempunyainya, sila semak dahulu dengan pentadbir anda!

      1. Log masuk ke akaun Google Classroom anda.
      2. Pilih kelas yang anda ingin tugaskan video pelajaran anda.
      3. Klik pada tab "Kerja Kelas".
      4. Klik pada butang "+Cipta" dan kemudian pilih "Tugasan" untuk mula membuat tugasan baharu.
      5. Tambahkan tajuk tugasan anda dan sebarang arahan yang dikehendaki.
      6. Pilih "Edpuzzle" daripada bahagian "Tambahan". 
      7. Jika ini kali pertama anda menyambungkan kelas ke Edpuzzle, anda akan diminta untuk menambah beberapa butiran kelas sebelum anda boleh meneruskan. Ini akan mencipta kelas yang berkaitan di dalam Edpuzzle di mana anda boleh melihat tugasan dan perkembangan/gred pelajar. Isikan medan yang diperlukan dan klik "Seterusnya." Jika anda pernah menyambungkan kelas ini ke Edpuzzle sebelum ini, anda hanya perlu log masuk ke dalam akaun Edpuzzle anda untuk meneruskan.
      8. Pilih video pelajaran yang anda ingin tugaskan daripada koleksi Kandungan Saya kepunyaan anda dengan mengklik pada imej kecil video, kemudian klik "Tugaskan" di bahagian bawah sebelah kanan untuk mengesahkan pilihan anda.
      9. Pada skrin seterusnya, pilih sama ada anda mahu mencegah langkau atau menghidupkan kapsyen tertutup menggunakan suis togol di sebelah setiap pilihan.
      10. Klik "Tugaskan" untuk menyimpan pilihan anda. Tetingkap timbul akan ditutup secara automatik dan membawa anda kembali untuk melengkapkan parameter tugasan Google Classroom anda yang lain. 
      11. Selepas menyiarkan tugasan, tugasan tersebut akan dipaparkan di bawah Kerja Kelas dalam Google Classroom untuk anda dan pelajar anda!

    Nota: Semasa menggunakan tambahan Edpuzzle dalam Google Classroom, sebarang tarikh akhir yang anda pilih untuk tugasan tidak akan dipindahkan ke Edpuzzle.

    Menggunakan kursus Google Classroom yang diimport:

    Dengan kaedah ini, anda mesti mengimport kursus anda terlebih dahulu daripada Google Classroom ke Edpuzzle. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang proses itu, lihat artikel ini.

      1. Log masuk ke akaun Edpuzzle anda.
      2. Klik pada koleksi "Kandungan Saya" kepunyaan anda daripada menu di sebelah kiri halaman anda.
      3. Tandakan kotak di bawah video yang anda ingin tugaskan.
      4. Pilih "Tugaskan" dari menu bawah.
      5. Pilih kelas yang anda mahu tugaskan video tersebut. 
      6. Isikan tarikh mula dan tarikh akhir (jika perlu) dan pilih sama ada anda mahu mencegah langkau atau menghidupkan kapsyen tertutup.
      7. Togol pilihan "Siar di Google Classroom" kepada "Dihidupkan." Ini akan menyiarkan tugasan pada kursus dalam Google Classroom dan memastikan perkembangan dan gred daripada Edpuzzle akan disegerakkan ke dalam buku gred Google Classroom anda.
      8. Klik "Tugaskan" dan selesai!

    Nota: Jika anda ingin menjadualkan tugasan untuk masa hadapan, ingat untuk menetapkan tarikh mula SEBELUM anda menyiarkan tugasan anda ke Google Classroom.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang integrasi dengan Google Classroom, lihat artikel ini.

  • Bagaimanakah cara saya mengeksport gred ke Google Classroom?

    Gred dieksport secara automatik untuk pelajar anda apabila mereka menyelesaikan tugasan dan anda menilai semua jawapan mereka. Anda juga boleh mengeksport gred secara manual dan pada bila-bila masa dengan mengikuti langkah berikut:

      1. Pilih kelas yang anda ingin eksport gred daripada senarai di bawah "Kelas Saya" dalam menu di sebelah kiri halaman anda.
      2. Pilih tugasan.
      3. Klik elipsis (...) di bahagian atas halaman dan pilih "Eksport gred ke LMS" daripada menu ke bawah.

    Perlu diingat bahawa apabila anda mengeksport gred Edpuzzle anda ke Google Classroom, gred tersebut akan muncul dalam salah satu daripada dua cara:

    • "Dipulangkan." Ini bermakna tugasan pada Edpuzzle telah disiapkan oleh pelajar dan dinilai oleh guru, termasuk soalan terbuka. Gred ini akan kelihatan kepada pelajar di Google Classroom . Ambil perhatian bahawa gred akan dieksport secara automatik setelah pelajar menyelesaikan tugasan dan semua soalan telah digredkan.
    • "Draf." Ini bermakna tugasan pada Edpuzzle sama ada TIDAK disiapkan oleh pelajar atau guru masih mempunyai soalan untuk disemak. Gred ini TIDAK akan kelihatan oleh pelajar lain di Google Classroom.

    Untuk menukar gred daripada "Draf" kepada "Dikembalikan" supaya pelajar dapat melihatnya, anda hanya boleh menaip gred dalam Google Classroom dan menukar status secara manual kepada "Dikembalikan."

     

    Nota: Apabila anda mengeksport gred Edpuzzle, jangan risau jika gred tersebut muncul sebagai "Tidak diserahkan" di Google Classroom. Ini semata-mata kerana pelajar tidak menyiapkan tugasan secara manual Google Classroom. Untuk menukar ini, minta pelajar gklik "Tandakan sebagai Selesai" pada tugasan dalam Google Classroom.. 

Lihat semua 9 artikel

Integrasi LMS

  • Menyambungkan akaun Microsoft anda

    Jika sekolah anda menggunakan Microsoft Teams, menyambungkan akaun Microsoft anda adalah proses yang cepat dan mudah!

    Anda boleh menyambungkan akaun Edpuzzle anda ke akaun Microsoft dan Microsoft Teams dengan dua cara.

    Menyambungkan akaun Microsoft anda semasa mendaftar:

    1. Dari halaman utama, klik butang "Daftar".
    2. Pilih "Saya seorang Guru."
    3. Klik butang "Log masuk dengan Microsoft" dan pilih akaun Microsoft yang sesuai apabila diminta.
    4. Kini akaun baru anda secara automatik disambungkan ke Microsoft! Anda akan dapat menggunakan butang "Log masuk dengan Microsoft" untuk privasi dan keselamatan tambahan.

    Menyambungkan akaun Microsoft anda dari tetapan:

    1. Log masuk ke akaun Edpuzzle anda dengan emel dan kata laluan anda.
    2. Klik ikon bulat di penjuru kanan atas halaman anda dan kemudian pada nama anda dalam menu lungsur.
    3. Setelah berada di halaman Profil anda, tatal ke bawah ke bahagian yang bertanda "Akaun yang disambungkan."
    4. Klik "Sambung dengan Microsoft" dan pilih akaun Microsoft yang sesuai apabila diminta.
    5. Kini akaun anda secara automatik disambungkan ke Microsoft! Anda akan dapat menggunakan butang "Log masuk dengan Microsoft" untuk privasi dan keselamatan tambahan, serta mudah mengimport kelas anda dari Microsoft Teams untuk integrasi yang lancar.

    Menangani masalah Log Masuk Microsoft

    Sekolah/daerah anda mungkin perlu meluluskan penggunaan Edpuzzle dengan SSO Microsoft. Jika anda menghadapi mesej ralat yang meminta kelulusan atau kebenaran pentadbir semasa cuba menyambungkan akaun Microsoft anda atau semasa mengimport kelas dari Microsoft Teams, sila semak dengan pentadbir IT anda untuk bantuan!

    Jika anda seorang pentadbir IT yang memerlukan bantuan untuk meluluskan aplikasi Edpuzzle bagi guru-guru anda dalam Microsoft Teams, berikut adalah caranya:

    1. Pergi ke Microsoft Entra ID pusat pentadbiran.
    2. Pilih Aplikasi perusahaan.
    3. Tambah aplikasi Edpuzzle (ID Aplikasi: 3540209e-c425-4c2e-b3dc-be79e8c0abee).
    4. Setelah aplikasi Edpuzzle ditambah, akses sifat aplikasi dan kemudian pilih “Kebenaran” dari menu sebelah kiri.
    5. Klik “Berikan persetujuan pentadbir untuk Edpuzzle.” 

     

    Nota: Emel akaun anda dan emel akaun Microsoft yang disambungkan boleh berbeza! 

    Untuk mempelajari tentang integrasi dengan Microsoft Teams, sila lihat artikel ini.

  • Mengintegrasi dengan Microsoft Teams

    Terdapat dua kaedah integrasi dengan Microsoft Teams. Yang pertama dikendalikan daripada Microsoft Teams, manakala yang ke dua dikendalikan daripada Edpuzzle. 

    Kaedah Integrasi 1 (disyorkan)

    Dengan kaedah integrasi pertama ini, anda akan menambah aplikasi Edpuzzle pada Microsoft dan membuat tugasan anda di sana.

    Untuk menambah aplikasi Edpuzzle pada Microsoft Teams:

      1. Log masuk ke akaun Microsoft Teams anda.
      2. Pergi ke Gedung Aplikasi Microsoft Teams (klik ikon "Aplikasi" di sudut kanan bawah skrin anda)
      3. Cari "Edpuzzle" dalam bar carian aplikasi dan klik pada aplikasi tersebut apabila sudah jumpa.
      4. Klik anak panah ke bawah untuk butang "Tambah" dan pilih "Tambahkan ke Teams".
      5. Pilih Teams untuk menambah aplikasi pada skrin seterusnya.
      6. Klik butang "Sediakan" di bahagian bawah tetingkap.
      7. Jika anda telah menyambungkan akaun Microsoft anda ke akaun Edpuzzle anda sebelum menambahkan aplikasi Edpuzzle pada Microsoft Teams, anda akan segera diminta untuk menambah kelas. Ini akan mencipta kelas berkaitan di Edpuzzle yang mana anda boleh melihat tugasan dan perkembangan/gred pelajar.
      8. Pilih tahap gred dan subjek kelas, dan tambahkan penerangan, jika mahu.
      9. Kemudian, klik "Seterusnya" untuk menambah kelas dan "Simpan" untuk menutup tetingkap timbul dan melihat kelas baharu.

    Jika anda belum membuat akaun Edpuzzle, anda akan diminta untuk membuat akaun selepas mengklik butang "Sediakan" semasa menambah aplikasi Edpuzzle. Ikut permintaan untuk Mendaftar di edpuzzle.com sebelum kembali ke Microsoft Teams.

    Jika anda mempunyai akaun Edpuzzle sedia ada tetapi masih belum menyambungkan akaun Microsoft anda kepadanya, anda akan diminta untuk berbuat demikian selepas mengklik butang "Sediakan" semasa menambah aplikasi Edpuzzle. Caranya ialahi:

      1. Pergi ke halaman profil Edpuzzle anda.
      2. Skrol ke bawah untuk melihat Akaun Tersambung anda.
      3. Klik butang "Sambung dengan Microsoft".
      4. Pilih akaun yang berkaitan dalam tetingkap timbul.

    Jika anda telah menyambungkan akaun Microsoft dan Edpuzzle anda selepas menambahkan aplikasi Edpuzzle pada Microsoft Teams, anda boleh menyegerakkan kelas Teams anda menggunakan ciri "Tambah tab":

      1. Pilih kelas yang ingin anda sepadukan daripada senarai kelas Teams anda.
      2. Klik tanda tambah (+) di bahagian atas halaman untuk menambah tab baharu.
      3. Cari Edpuzzle di antara aplikasi yang tersedia dan pilihnya apabila sudah jumpa.
      4. Anda akan segera diminta untuk menambah kelas. Ini akan mencipta kelas yang berkaitan di Edpuzzle di mana anda boleh melihat tugasan dan perkembangan/gred pelajar.
      5. Pilih tahap gred dan subjek kelas, dan tambahkan penerangan, jika mahu.
      6. Kemudian, klik "Seterusnya" untuk menambah kelas dan "Simpan" untuk menutup tetingkap timbul dan melihat kelas baharu.

    Bagaimanakah pelajar berinteraksi dengan tugasan menggunakan kaedah integrasi ini

    Dengan menggunakan kaedah integrasi ini, pelajar akan dapat log masuk ke akaun Microsoft Teams mereka dan melengkapkan video pelajaran Edpuzzle mereka terus dari sana. Mereka tidak perlu membuat akaun Edpuzzle yang berasingan atau meninggalkan Microsoft Teams!

    Pelajar anda akan muncul pada senarai tugasan dan kelas anda dalam Edpuzzle selepas mengakses tugasan Edpuzzle pertama mereka dalam Microsoft Teams. Sebaik sahaja mereka mengakses, senarai pelajar akan bertambah secara automatik.

    Kaedah Integrasi 2

    Dengan kaedah integrasi kedua ini, anda akan mengimport kelas anda daripada Microsoft Teams ke Edpuzzle dan membuat tugasan anda di sana.

    Berikut ialah cara untuk menyediakan kelas anda:

      1. Sambungkan akaun Microsoft anda ke akaun Edpuzzle anda, jika anda belum melakukannya. Ikuti langkah ini untuk membuat sambungan.
      2. Selepas anda memautkan akaun Microsoft anda, klik pada tanda tambah (+) di sebelah "Kelas Saya" dalam menu di sebelah kiri halaman anda.
      3. Klik butang "Microsoft Teams".
      4. Senarai kursus Microsoft Teams anda akan dipaparkan. Tandakan kotak di sebelah kelas yang anda ingin import.
      5. Isi ruangan mata pelajaran dan peringkat gred untuk setiap kelas yang dipilih.
      6. Klik butang "Import kelas" untuk mengimport.

    Bagaimana pelajar berinteraksi dengan tugasan menggunakan kaedah integrasi ini

    Dengan menggunakan kaedah integrasi ini, pelajar akan membuat akaun Edpuzzle untuk mengakses dan menyelesaikan tugasan. Apabila mengklik pada siaran tugasan Edpuzzle dalam Microsoft Teams, tetingkap/tab baharu akan muncul di mana mereka akan diminta untuk log masuk ke akaun Edpuzzle mereka (mereka akan dapat menggunakan Microsoft Log-In) sebelum video pelajaran muncul.

     

    Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai integrasi ini, lihat artikel berikut:

  • Bagaimanakah cara saya berkongsi tugasan kepada Microsoft Teams?

    Terdapat dua laluan untuk mencipta integrasi tugasan Microsoft Teams anda, ia bergantung pada kaedah integrasi yang anda suka. 

    Untuk membuat tugasan baharu daripada Microsoft Teams:

      1. Pilih kelas yang anda mahu berikan video pelajaran daripada senarai kelas Pasukan anda.
      2. Klik pada tab "Tugasan" dalam menu sebelah kiri.
      3. Klik "Buat" dan kemudian pilih "Tugasan" daripada menu ke bawah untuk mula membina tugasan baharu anda.
      4. Masukkan tajuk tugasan dan arahan, jika mahu.
      5. Klik pilihan "Aplikasi" di bawah arahan tugasan.
      6. Cari dan pilih "Edpuzzle" daripada aplikasi pilihan.
      7. Pilih video pelajaran yang ingin anda tetapkan daripada koleksi Kandungan Saya kepunyaan anda.
      8. Setelah dipilih, klik butang "Tugaskan".
      9. Tentukan sama ada anda mahu mencegah langkau atau menghidupkan kapsyen tertutup menggunakan suis togol di sebelah setiap pilihan.
      10. Kemudian, klik "Tugaskan" dan "Simpan" untuk mengesahkan pilihan anda.
      11. Setkan "Mata" tugasan kepada 100. Jika medan ini tidak diisi, gred anda tidak akan disegerakkan dengan betul!
      12. Pilih tarikh akhir tugasan anda.
      13. Akhir sekali, klik "Tugaskan" untuk menyiarkan tugasan anda!

    Dengan kaedah ini, pelajar anda akan melihat tugasan terus daripada Microsoft Teams. Ini memberikan mereka akses yang mudah dan mereka tidak perlu pergi ke tapak web lain untuk menyelesaikan kerja mereka.

    Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang keadaan di mana anda mungkin menggunakan kaedah tugasan ini, lihat artikel ini.

    Untuk membuat tugasan baharu daripada Edpuzzle:

      1. Klik pada pustaka "Kandungan Saya" kepunyaan anda daripada menu di sebelah kiri halaman anda.
      2. Tandakan kotak di bawah video yang ingin anda tetapkan.
      3. Pilih "Tugaskan" dari menu bawah.
      4. Pilih kelas yang anda ingin berikan kepada video tersebut.
      5. Tambah tarikh mula dan tarikh akhir.
      6. Tentukan sama ada anda mahu mencegah langkau atau menghidupkan kapsyen tertutup menggunakan suis togol di sebelah setiap pilihan.
      7. Skrol pilihan "Siar pada Microsoft Teams" kepada "Hidup" untuk membenarkan Edpuzzle menyiarkan tugasan secara automatik ke Microsoft Teams.
        Jika anda memilih untuk tidak menyiarkan tugasan ke Microsoft Teams, anda sentiasa boleh melakukannya kemudian dengan klik pada butang "Siarkan pada Microsoft Teams" dalam paparan tugasan di Edpuzzle.
      8. Klik "Tugaskan" dan anda telah selesai!

    Dengan kaedah ini, pelajar akan diminta untuk melawati epduzzle.com dalam tetingkap/tab yang berasingan untuk menyelesaikan tugasan mereka.

    Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang keadaan di mana anda mungkin menggunakan kaedah tugasan ini, lihat artikel ini.

    Tidak kira kaedah penciptaan tugasan mana yang anda pilih, perkembangan dan gred pelajar anda akan dilog masuk ke Edpuzzle dan akan disegerakkan secara automatik ke buku gred Microsoft Teams anda!

  • Bagaimanakah cara saya berkongsi tugasan dalam Mesyuarat Microsoft Teams?

    Untuk pembelajaran jarak jauh atau hibrid, anda mungkin ingin hadir dan berada bersama pelajar semasa sedang berusaha untuk menyelesaikan video pelajaran mereka. Anda boleh lakukan ini dengan mudah dengan cara berkongsi tugasan Edpuzzle ke Mesyuarat Microsoft Teams anda. Terdapat dua cara untuk melakukannya: 

    Semasa membuat Mesyuarat

      1. Ikuti langkah untuk mencipta acara dalam Microsoft Teams.
      2. Selepas mencipta acara, pilih acara tersebut dari kalendar anda dan klik "Edit" pada pilihan yang disediakan.
      3. Di bahagian atas halaman, klik tanda tambah (+) untuk menambah tab baharu.
      4. Cari dan pilih Edpuzzle daripada aplikasi yang tersedia.
      5. Klik "Tambah" untuk mengesahkan pilihan anda.
      6. Pada skrin seterusnya, pilih kelas yang akan anda ajar.
      7. Kemudian, pilih tugasan yang ingin anda kongsikan dalam Mesyuarat dan kemudian klik "Simpan" untuk menyiarkan pautan tugasan dalam Mesyuarat anda.
        Ingat bahawa tugasan adalah khusus untuk kelas yang ditugaskan sahaja. Hanya pelajar dalam kelas yang dipilih sahaja akan dapat melihat tugasan jika anda pilih cara ini. Jika anda mempunyai pelajar atau ahli fakulti lain yang menyertai Mesyuarat anda tetapi mereka tidak berada dalam kelas yang dipilih, mereka tidak akan dapat melihat tugasan dengan menggunakan kaedah ini.
      8. Sebaik sahaja anda telah memulakan Mesyuarat dan pelajar telah menyertainya, klik pada ikon "bentang" untuk melancarkan tugasan Edpuzzle.

    Semasa dalam Mesyuarat

      1. Cipta acara dalam Microsoft Teams dan kemudian mulakan Mesyuarat anda setelah bersedia.
      2. Sebelum pelajar menyertai, klik elipsis (...) di bahagian atas halaman dan pilih "+ Tambah aplikasi" daripada menu ke bawah.
      3. Pilih "Edpuzzle" daripada aplikasi yang tersedia dan kemudian klik "Tambah."
      4. Pada skrin seterusnya, pilih kelas yang akan anda ajar.
      5. Kemudian, pilih tugasan yang anda ingin kongsikan dalam Mesyuarat dan kemudian klik "Simpan" untuk menyiarkan pautan tugasan dalam Mesyuarat anda.
        Ingat bahawa tugasan adalah khusus untuk kelas yang ditugaskan sahaja. Hanya pelajar dalam kelas yang dipilih akan dapat melihat tugasan dengan cara ini. Jika anda mempunyai pelajar atau ahli fakulti lain yang menyertai Mesyuarat anda tetapo tidak berada dalam kelas tersebut, mereka tidak akan dapat melihat tugasan dengan menggunakan kaedah ini.
      6. Setelah pelajar menyertai mesyuarat, klik pada ikon "bentang" untuk melancarkan tugasan Edpuzzle.

     

    Nota: Ciri ini hanya tersedia semasa menggunakan aplikasi desktop Microsoft Teams. Microsoft Teams tidak membenarkan pelancaran aplikasi luaran daripada Mesyuarat semasa menggunakan pelayar.

    Anda juga mungkin berminat dengan artikel kami tentang membuat tugasan menggunakan integrasi Microsoft Teams.

  • Menggunakan Edpuzzle dengan Clever

    Jika sekolah anda menggunakan Clever, proses menyambungkan akaun Edpuzzle anda adalah cepat dan mudah!

    Anda boleh menyambungkan akaun Edpuzzle anda ke akaun Clever anda dengan dua cara:

    Menyambungkan akaun Clever anda semasa mendaftar 

      1. Tambahkan aplikasi Edpuzzle pada akaun Clever anda.
        (Aplikasi Edpuzzle dalam Clever ditawarkan hanya untuk guru individu. Aplikasi/integrasi seluruh daerah tidak tersedia.)
      2. Daripada akaun Clever anda, pilih aplikasi Edpuzzle untuk melancarkan Edpuzzle.
      3. Jika anda belum membuat akaun Edpuzzle lagi, anda akan diminta untuk berbuat demikian.
      4. Ikuti langkah untuk mencipta akaun Edpuzzle anda.
      5. Kini akaun baharu anda akan disambungkan ke Clever! Anda boleh menggunakan Edpuzzle terus dari Clever untuk akses mudah dan mengimport kelas anda tanpa sebarang masalah daripada Clever untuk integrasi yang lancar.

    Menyambungkan akaun Clever anda melalui Tetapan

      1. Log masuk ke akaun Edpuzzle anda dengan e-mel dan kata laluan anda.
      2. Klik ikon bulat di penjuru kanan sebelah atas halaman anda dan kemudian pada nama anda dalam menu ke bawah.
      3. Setelah berada di halaman profil anda, skrol ke bawah di bahagian berlabel "Akaun yang disambungkan."
      4. Klik "berhubung dengan Clever" dan pilih akaun Clever yang berkaitani apabila diminta.
      5. Pilih halaman di dalam Clever yang anda ingin paparkan aplikasi Edpuzzle dan kemudian klik "Benarkan dan teruskan" untuk melengkapkan pemasangan.
      6. Kini akaun anda akan disambungkan ke Clever! Anda boleh melancarkan Edpuzzle terus dari Clever untuk akses mudah dan mengimport kelas anda dengan mudah daripada Clever untuk integrasi yang lancar.

    Bagaimanakah Pelajar menggunakan Edpuzzle melalui Clever

    Kami akan mencipta akaun Edpuzzle baharu untuk pelajar secara automatik apabila mereka mengakses aplikasi Edpuzzle buat kali pertama melalui Clever. Oleh kerana mereka tidak akan mencipta nama pengguna dan kata laluan yang berasingan, pelajar mesti sentiasa mengakses Edpuzzle melalui Clever, dan tidak cuba untuk log masuk dari edpuzzle.com secara terus.

    Dengan integrasi Clever, anda boleh:

     

    Nota: E-mel akaun anda dan e-mel akaun Clever anda yang disambungkan mungkin berbeza!

  • Bagaimanakah cara saya mengimport kursus Clever saya?

    Untuk menambah kelas Clever yang baharu pada akaun Edpuzzle anda:

      1. Klik tanda tambah (+) di sebelah "Kelas Saya" dalam menu di sebelah kiri halaman anda.
      2. Klik butang "Clever". Jika anda belum menyambung ke akaun Clever anda, anda perlu berbuat demikian sebelum bergerak ke hadapan. Ketahui cara menyambungkan akaun anda di sini.
      3. Senarai kursus Clever anda akan dipaparkan. Tandakan kotak di sebelah kelas yang anda ingin import.
      4. Isi ruangan mata pelajaran dan peringkat gred untuk setiap kelas yang dipilih.
      5. Klik butang "Import kelas" untuk menyelengkapkan import.

    Ini akan menambah kelas pilihan anda ke Edpuzzle untuk susunan lebih mudah!

Lihat semua 17 artikel

Tip dan Panduan

  • Cara membalikkan bilik darjah anda dengan Edpuzzle

    Pembelajaran berbalik Edpuzzle pada asasnya membolehkan anda menugaskan video pelajaram untuk mereka tonton di rumah dan menggunakan masa kelas untuk aktiviti yang lebih bermakna. Pelajar mempelajari konsep asas pelajaran dari rumah menggunakan video Edpuzzle, yang boleh mereka tonton mengikut kelajuan mereka sendiri. Ini memberikan guru lebih masa di dalam bilik darjah untuk menjalankan aktiviti lain yang dapat mengukuhkan pemahaman pelajar tentang topik tersebut. Edpuzzle membolehkan pembelajaran berbalik berfungsi. Teruskan membaca untuk mengetahui caranya!

    Matematik atau Sains 

    Matematik dan sains biasanya diajar dalam dua bahagian: teori dan amali. Ramai guru mengadu bahawa kurikulum adalah sangat luas sehingga mereka menghabiskan sebahagian besar masa mereka untuk menerangkan teori dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk menggabungkan penyelesaian masalah atau projek yang membolehkan mereka menggunakan pengetahuan mereka. Berikut ialah beberapa cara yang video boleh membantu:

    1. Berikan video tentang teori asas.  Kami telah menghasilkan banyak video yang merangkumi teori asas dalam semua mata pelajaran. Anda boleh mencarinya di bahagian "Kurikulum". Tetapkan salah satu daripada pelajaran sedia ada untuk ditonton di rumah dan gunakan masa kelas untuk menjawab sebarang soalan atau menggalakkan pelajar untuk mempelajari konsep utama dengan lebih mendalam. Pelajar boleh menonton seberapa banyak kali yang mereka perlukan, jadi tidak perlu menggunakan masa kelas untuk menerangkan konsep.
    2. Gunakan video untuk menunjukkan cara menyelesaikan masalah.  Tetapkan video yang menerangkan proses asas untuk menyelesaikan masalah, ini memberi peluang kepada pelajar anda untuk berlatih sebelum datang ke kelas. Anda kemudiannya boleh menggunakan masa kelas untuk versi yang lebih mencabar bagi masalah yang sama.
    3. Libatkan pelajar anda dengan video.  Kongsi dokumentari, eksperimen makmal atau mana-mana video lain untuk mencetus dan menarik minat pelajar anda. Kumpulkan soalan/jawapan/pendapat yang mereka ada semasa menonton video dan gunakan data tersebut untuk menetapkan masa anda di dalam bilik darjah.
    4. Kongsi peraturan kelas melalui video.  Biasanya, guru banyak menghabiskan masa untuk menerangkan dan mengulang peraturan kelas (kelakuan, keselamatan makmal). Rakam video dan masukkan soalan untuk menyemak pemahaman. Anda boleh menggunakan video yang sama setiap tahun, menjimatkan masa anda.

    Bahasa

    Mengajar bahasa adalah satu cabaran yang besar. Membaca, menulis, bercakap dan mendengar ... mengajar mereka semua dalam masa yang terhad adalah hampir mustahil. Walau bagaimanapun, video pelajaran dan pembelajaran berbalik akan menjadikan hidup anda lebih mudah. Ini caranya:

    1. Semak kefahaman mendengar.  Lupakan tentang CD – anda boleh menggunakan mana-mana video yang tersedia di YouTube dan memasukkan soalan untuk menyemak pemahaman. Sertakan soalan terbuka untuk meningkatkan kemahiran menulis atau soalan aneka pilihan untuk menyemak perbendaharaan kata.
    2. Mulakan perbahasan.  Kongsi topik menarik menggunakan video daripada YouTube. Anda boleh memasukkan soalan terbuka yang bertanyakan pandangan mereka dan menggunakan jawapan tersebut untuk memulakan perbahasan dalam kelas.
    3. Gunakan video untuk membuat lawatan lapangan secara maya.  Anda mungkin tidak dapat membawa pelajar anda ke negara di mana bahasa itu dituturkan secara fizikal, tetapi anda boleh pergi ke sana secara maya dengan melalui video, ini membolehkan mereka meneroka budaya dan mendengar perbualan penutur jati.
    4. Kongsi tatabahasa dan kosa kata baharu. Terdapat beribu-ribu video yang mempunyai peraturan tatabahasa atau perbendaharaan kata. Gunakan Edpuzzle untuk membenarkan pelajar mempelajari konsep ini di rumah dan menggunakan masa di dalam bilik darjah untuk berlatih.

    Kajian Sosial

    Piawaian kajian sosial sentiasa berubah dan sangat luas sehingga sukar untuk merangkumi semua kurikulum yang diperlukan dengan jumlah masa yang terhad. Sukar juga untuk menjadi pakar dalam setiap bidang. Gunakan Edpuzzle untuk:

    1. Bawa masuk pakar.  Terdapat banyak video pakar TED Talks sedia ada yang membincangkan pelbagai topik kajian sosial. Anda boleh menetapkan video tersebut untuk ditonton di rumah dan meminta pandangan pelajar atau meringkaskan kandungannya. Gunakan masa kelas untuk membangunkan idea utama atau menjawab sebarang soalan.
    2. Hidupkan buku anda.  Gunakan video untuk membuat kandungan yang dibaca oleh pelajar lebih interaktif. Kukuhkan topik yang baru mereka pelajari atau bina topik tersebut menggunakan kandungan digital. Terdapat banyak sumber menarik sudah tersedia dalam talian. Anda boleh memasukkan beberapa soalan untuk menyemak pemahaman dan menggunakan masa kelas untuk berbincang dan berkongsi pendapat.
    3. Tukar slaid anda menjadi video.  Terdapat banyak alatan dalam talian yang membolehkan anda merakam persembahan slaid dengan cepat dan memuat naiknya ke Edpuzzle. Anda kini boleh menetapkan kuliah anda sebagai kerja rumah dan anda boleh menggunakan masa yang terluang di dalam bilik darjah untuk menjawab soalan atau menjalankan projek.
    4. Memberi tutor percuma untuk pelajar anda.  Terdapat sumber video yang sangat baik dan percuma untuk digunakan di Edpuzzle. Dengan satu klik, anda boleh menggunakan video hebat daripada Crash Course atau Khan Academy untuk memberi pelajar anda cara alternatif untuk mempelajari konsep yang diajar dalam kelas atau mengukuhkan topik tertentu. Dengan Edpuzzle, anda boleh memastikan pelajar anda lebih bertanggungjawab dan mengenal pasti sebarang soalan atau ketidakfahaman dengan cepat.

    Pendidikan Khas

    Pelajar pendidikan khas memerlukan perhatian individu, tetapi agak sukar untuk mengikut kurikulum dan menyediakan masa individu tambahan untuk setiap pelajar. Berikut ialah beberapa cara Edpuzzle boleh membantu: 

    1. Buat stesen pembelajaran.  Kami syorkan untuk mengatur dua atau tiga stesen dan menggerakkan pelajar anda mengunjungi setiap stesn. Untuk stesen video anda, sediakan fon kepala untuk pelajar anda dan sediakan satu atau lebih video. Dengan menggunakan fon kepala dan sumber visual seperti video, pelajar dapat meningkatkan tumpuan dan mengekalkan maklumat mereka. Stesen lain pula disediakan dengan lembaran kerja, projek DIY, atau melibatkan masa bersemuka dengan guru. Itu akan memberi anda masa tambahan untuk memberikan perhatian individu kepada pelajar anda.
    2. Bincangkan perbuatan boleh diterima atau tidak boleh diterima.  Ramai guru pendidikan khas menghabiskan banyak masa untuk menerangkan senario dunia sebenar. Mungkin sukar bagi pelajar anda untuk menggambarkan situasi atau konteks tertentu tersebut. Dengan menggunakan video pelajaran, anda boleh memberikan contoh visual situasi sosial tertentu.

    Lain-lain 

    Tidak kira apa subjek yang anda ajar, anda boleh memanfaatkan Edpuzzle dengan menggunakan kuasa video dalam kelas anda. Anda juga boleh menggunakan Edpuzzle untuk:

    1. Membantu guru ganti.  Jika anda sakit atau melancong dan anda mahu pelajar anda terus belajar walaupun anda tiada di kelas, anda boleh menetapkan beberapa video pelajaran untuk dilengkapkan semasa guru ganti berada di sana. Anda boleh meminta mereka bertanggungjawab, membaca jawapan mereka dan meneruskan pelajaran tanpa gangguan apabila anda kembali.
    2. Mewujudkan pelajaran berbalik di dalam kelas.  Jika sesetengah pelajar tidak mempunyai akses kepada internet di rumah atau anda mahu mereka memanfaatkan komputer riba/tablet yang tersedia di dalam bilik darjah, kami amat mengesyorkan kaedah ini. Pelajaran berbalik dalam kelas ialah model stesen putaran di mana salah satu stesen dikhaskan untuk menonton video pelajaran Edpuzzle. Pelajar akan berpindah ke stesen seterusnya pada setiap 15-20 minit (2-3 video). Anda boleh menyediakan stesen yang berbeza di mana pelajar mempelajari konsep yang sama menggunakan pendekatan yang berbeza: pembelajaran rakan sekelas, masalah menulis/latihan, kelas berpusatkan guru, pembelajaran berasaskan projek atau eksperimen secara langsung.
    3. Bahasa isyarat. Guru Bahasa Isyarat menyukai video pelajaran kerana ia merupakan sumber visual untuk belajar cara membuat isyarat. Lebih-lebih lagi, anda boleh memasukkan soalan untuk memastikan pelajar memahami konteks perbualan atau maksud tanda tertentu. Anda juga boleh menetapkan video untuk ditonton di rumah dan kemudian memantau perkembangan pelajar dan sejarah tontonan.
    4. Pendidikan Jasmani.  Jurulatih dan guru PE menyukai video pelajaran dan telah menggunakannya selama bertahun-tahun untuk menyemak teknik dan strategi serta memotivasikan pelajar mereka. Dengan Edpuzzle, anda boleh memastikan atlet dan pelajar tersebut bertanggungjawab. Anda boleh menggunakan video yang menerangkan peraturan asas sukan yang anda ingin latih pelajar anda atau berkongsi taktik serangan permainan tertentu yang ingin anda bincangkan semasa latihan. Tiada yang mustahil!
    5. Pembangunan Profesional. Guru juga adalah pelajar, tetapi apabila tiba masanya untuk menjalankan pembangunan profesional, anda mungkin letih atau memikirkan tentang sejuta perkara lain yang perlu anda usahakan. Anda boleh membalikkan  Pembangunan Profesional dengan menugaskan video untuk ditonton di rumah dan menggunakan masa kelas untuk menjawab soalan dan memberi masa kepada guru untuk merancang cara mereka mahu melaksanakan konsep baharu dalam bilik darjah mereka. Anda boleh menyelia kerja dan sumbang saran dengan mereka.
    6. Muzik. Video ialah sumber audio yang sangat baik. Ramai guru muzik menggunakan Edpuzzle untuk memperkenalkan instrumen atau muzikal. Bergantung pada tahap pelajar anda, anda boleh menetapkan video untuk berlatih di rumah dan menggunakan masa kelas untuk berlatih sebagai satu pasukan.

    Tip

    Dalam pelajaran berbalik, adalah penting untuk memahami dua perkara yang akan kami terangkan dengan lebih mendalam:

    1. Pelajar sukakan YouTube, tetapi belajar daripada video ialah kemahiran yang perlu mereka kembangkan.
    2. Perubahan memerlukan kesabaran.

    Ajar Pelajar Cara Belajar Dengan Video Pelajaran 

    Kami amat mengesyorkan untuk menerangkan objektif anda bagi pelajaran berbalik kepada pelajar anda, ibu bapa mereka, guru-guru lain dan pengetua anda. Jika mereka memahami matlamat akhir, adalah lebih mudah untuk membuat mereka memberi kerjasama.

    Semasa kelas pertama, anda boleh menetapkan video untuk ditonton di dalam bilik darjah. Anda boleh sama ada menonton sebagai kumpulan atau meminta pelajar menonton secara individu. Kenal pasti dan terangkan cara-cara pembelajaran yang diingini sebelum video bermula, seperti memberhentikan video sementara, menonton semula bahagian tertentu video untuk meningkatkan pemahaman, cara duduk yang betul di hadapan komputer riba dan cara mengambil nota.

    Kemudian, setelah pelajar berlatih beberapa kali dengan video dan memahami cara-cara  yang diharapkan daripada mereka, kami amat mengesyorkan agar anda menetapkan satu atau dua video setiap minggu untuk ditonton di rumah. Ukur bilangan tugasan yang disiapkan dan dapatkan maklum balas daripada pelajar tentang panjang video, kesukaran soalan dan kandungan pelajaran.

    Selepas satu atau dua unit anda pasti tidak mahu kembali kepada cara pengajaran tradisional!

    Perubahan Mengambil Masa

    Ramai guru berfikir bahawa mereka perlu membalik semua pelajaran mereka. Itu tidak benar. Kami mengesyorkan anda untuk membalikkan satu atau dua unit pada tahun pertama anda dan bekerja dalam beberapa unit lagi pada tahun kedua.

    Mempunyai orang lain di jabatan atau sekolah anda yang ingin menukar kelas mereka juga sangat membantu. Berkongsi kandungan dan amalan terbaik menjadikan keseluruhan proses lebih mudah.

    Pelajar mungkin keberatan pada mulanya - mereka perlu memberi perhatian kepada video dan menjawab soalan, dan ini bukan lagi pengalaman pasif yang mudah untuk mereka. Walau bagaimanapun, dalam jangka masa panjang, pelajar akan mula melihat perubahan dalam pemahaman dan gred mereka. Jangan berputus asa – anda akan melihat hasilnya!

  • Bagaimanakah saya boleh membuat pelajar saya bertanggungjawab?

    Edpuzzle mempunyai beberapa ciri yang membolehkan guru memastikan pelajar mereka bertanggungjawab dan memastikan pelajar mereka menonton tugasan yang diberikan dan memahami kandungan tugasan tersebut.

    Benarkan atau Cegah Langkau 

    Ciri "Cegah Langkau" Edpuzzle ialah alat yang berkesan untuk memastikan pelajar anda menonton keseluruhan video yang anda tugaskan kepada mereka.

    Untuk menggunakan ciri ini, tandakan pada gelangsar "Cegah Langkau" sewaktu anda menugaskan video. Jadi, jika pelajar anda perlu menyelesaikan tontonan video pada waktu yang kemudian, mereka hanya boleh kembali ke tempat terakhir mereka berhenti sahaja.

    Papan Pemuka Tugasan

    Anda juga boleh menyemak perkembangan setiap pelajar untuk video yang anda tugaskan kepada mereka. Untuk berbuat demikian:

      1. Pilih kelas daripada senarai ke bawah "Kelas Saya" di sebelah kiri skrin anda.
      2. Klik pada tugasan yang ingin anda semak.

    Papan pemuka tugasan mempunyai dua tab: "Pelajar" dan "Soalan." Dalam tab "Pelajar", anda mempunyai gambaran keseluruhan tentang jangka masa setiap pelajar menonton video, kali terakhir mereka menonton video dan masa mereka menyerahkan tugasan yang telah dilengkapkan. Mengklik pada nama pelajar akan memberikan data individu. Dalam tab "Soalan", anda boleh melihat gambaran keseluruhan semua soalan yang dimasukkan ke dalam video dan dengan cepat melihat bilangan pelajar yang menjawab dengan betul. Klik pada soalan untuk melihat pelajar mana yang menjawab soalan dengan betul dan yang mana memberi jawapan salah.

     Video Berhenti Sementara Secara Automatik

    Apabila pelajar anda mula memainkan video di Edpuzzle dan menukar tab dalam pelayar mereka, video tersebut akan berhenti secara automatik sehinggalah mereka kembali ke tab Edpuzzle. Dengan cara ini, pelajar mesti menonton video untuk menyelesaikan tugasan dan tidak dapat melakukan aktiviti lain dalam pelayar mereka semasa video sedang dimainkan.

  • Apakah jenis pembangunan profesional yang ditawarkan oleh Edpuzzle?

    Edpuzzle sangat mudah digunakan, anda boleh belajar cara menggunakan Edpuzzle, melalui Edpuzzle itu sendiri. Ia ibarat Edpuzzle dalam Edpuzzle!

    Kami telah mencipta beberapa kursus kendiri berkaitan topik seperti penggunaan Edpuzzle, pembelajaran berasaskan projek, pelajaran berbalik, gamifikasi dan banyak lagi.  Kursus dibahagikan kepada beberapa modul, setiap satu mengandungi senarai video pelajaran yang dicipta khas untuk membantu anda mempelajari cara menggunakan platform.

    Terdapat tiga kursus Edpuzzle khusus yang tersedia dan berbeza bergantung pada tahap familiariti anda dengan Edpuzzle.

    • Tahap 1 : Jika anda tidak pernah menggunakan Edpuzzle atau anda tidak ingat dengan tepat cara menggunakannya, pensijilan ini adalah untuk anda. Kami menerangkan tentang perkara asas berkaitan platform: cara membuat video pelajaran, cara membuat kelas dan menjemput pelajar anda, dan cara mencari dan menggunakan data yang terkumpul dalam Edpuzzle. Kursus ini merupakan cara terbaik untuk melatih guru baharu di Edpuzzle.
    • Tahap 2 : Jika anda telah menggunakan Edpuzzle beberapa kali atau anda ingin mengetahui ciri rahsia yang anda boleh gunakan dalam Edpuzzle, kursus ini adalah untuk anda. Kami mengajarkan ciri rahsia untuk guru yang mahukan lebih lagi dari Edpuzzle, seperti: cara menyusun kandungan, cara bekerjasama, ciri lanjutan apabila anda memasukkan soalan dan cara meminta pelajar membuat video pelajaran mereka sendiri.
    • Jurulatih : Pensijilan Jurulatih Edpuzzle adalah sesuai untuk guru yang ingin membantu guru lain berubah daripada kosong kepada pakar. Kami merangkumkan semua topik daripada Tahap 1 dan Tahap 2 supaya anda mengetahui setiap butiran tentang platform, kemudian mendalami dengan lebih terperinci tentang penggunaan dan perkongsian Edpuzzle.

    Mengapa anda perlu melakukannya?

    • Ia 100% kawalan sendiri, jadi anda boleh menonton video di rumah, semasa anda menyediakan makan malam, di dalam bas, atau semasa makan tengah hari. Anda boleh melengkapkan satu modul setiap minggu, atau semua sekaligus. Anda sendiri putuskan bila masa untuk menyelesaikan kursus.
    • Anda akan mendapat sijil LinkedIn dengan jumlah masa yang diambil untuk menonton pelajaran. Guru biasanya menggunakan PDF rasmi ini untuk mengesahkan waktu Pembangunan Profesional.
    • Anda juga akan dapat lencana yang hebat! Anda boleh gunakannya untuk meningkatkan kurikulum vitae atau tandatangan e-mel anda.
    • Anda akan menjadi sebahagian daripada komuniti guru yang turut meminati Edpuzzle sama seperti anda! Kita berkongsi amalan terbaik, idea dan peluang.

    Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang semua kursus yang kami tawarkan, lawati halaman Pembangunan Profesional Dalam Talian kami.

  • Bolehkah saya membuat akaun pelajar jika saya seorang guru?

    Anda boleh sahaja mempunyai kedua-dua akaun guru dan akaun pelajar! Anda juga boleh menggunakan e-mel atau Log Masuk Google sama yang anda gunakan untuk akaun guru anda bagi membuat akaun pelajar anda. Ikuti sahaja langkah ini: 

      1. Log keluar daripada akaun guru anda di Edpuzzle.
      2. Klik butang "Daftar" yang berwarna biru di penjuru kanan sebelah atas halaman web.
      3. Klik “Saya Seorang Pelajar”.
      4. Gunakan kaedah pendaftaran pilihan anda untuk membuat akaun pelajar anda.

    Itu sahaja! Jangan lupa untuk menambah kod kelas supaya anda boleh melihat video yang ditugaskan – ini adalah satu cara yang baik untuk melihat apa yang pelajar anda lihat!

  • Bagaimanakah saya boleh menggunakan Edpuzzle untuk Pembangunan Profesional, bengkel, latihan dan pembentangan?

    Edpuzzle ialah alat yang hebat untuk menghasilkan dan membentangkan isi pembangunan profesional kepada rakan sekerja. Jika anda berminat menggunakan Edpuzzle untuk pembangunan profesional, bengkel, latihan atau pembentangan anda, kami mempunyai beberapa sumber yang sedia ada untuk membantu anda membentang dengan lebih hebat. 

    Pembangunan Profesional dalam talian

    Jika anda sedang mencari sumber dalam talian untuk keperluan pembangunan profesional anda, Edpuzzle ada di sini untuk anda! Kami menawarkan beberapa kursus kendiri dalam talian di mana anda boleh mempelajari pelbagai kemahiran. Klik di sini untuk melihat senarai kursus. Pastikan anda bertanya kepada penyelia anda jika kursus tersebut layak untuk masa pensijilan semula – kelayakan adalah berbeza mengikut negeri dan daerah. 

    Jika anda membuat pembangunan profesional dalam talian untuk rakan sekerja anda, Edpuzzle ialah platform yang mudah untuk anda gunakan.

    Persembahan

    Memperkenalkan Edpuzzle di sekolah anda atau di persidangan? Klik di sini untuk mendapatkan sumber yang dapat membantu anda untuk bermula – anda juga boleh mengisi borang ini untuk mendapatkan beberapa Edpuzzle swag (Maklumat yang kami ada) untuk diedarkan.

    Terima kasih atas sokongan anda! Jika kami boleh membantu dalam apa jua cara, sila hubungi support@edpuzzle.com

  • Bagaimanakah saya boleh menggunakan Edpuzzle dengan murid sekolah rendah?

    Edpuzzle boleh membantu anda mengajar murid sekolah rendah dengan lebih berkesan! Video pelajaran interaktif mempunyai banyak faedah di dalam dan juga di luar bilik darjah, ia memberikan anda lebih masa untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada murid anda. Antara kelebihan untuk murid sekolah rendah termasuk:

    Melibatkan ibu bapa

    Tugaskan video untuk murid tonton di rumah dan minta ibu bapa menguruskan akaun murid anda. Kami telah melihat kesan dan perubahan yang ketara terhadap pembelajaran dan tingkah laku murid apabila guru menggunakan teknik ini. Ibu bapa juga lebih seiring dengan guru dan murid lebih memahami pelajaran.

    Nama pengguna yang mudah

    Murid boleh membuat akaun Edpuzzle mereka sendiri dengan nama pengguna dan kata laluan. Bagi murid yang mungkin sukar mengingati butiran ini, kami cadangkan menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang mudah – sesuatu yang menyeronokkan, mudah diingati dan selamat untuk pelajar anda!

    ... atau tiada nama pengguna sama sekali!

    Buat Kelas Terbuka untuk mengelakkan terus penggunaan nama pengguna dan kata laluan untuk murid anda! Lihat artikel kami tentang bagaimana Kelas Terbuka berfungsi untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

    Menonton video bersama-sama

    Menggunakan lima minit untuk menonton pelajaran dan menjawab soalan bersama-sama juga merupakan cara terbaik untuk menggunakan Edpuzzle. Dengan cara ini, murid tidak perlu membuat akaun dan mereka boleh berhenti dan menjawab soalan dalam kumpulan atau secara individu.

    Video ringkas

    Gunakan video visual pendek untuk menarik perhatian murid. Apabila anda menambah soalan, cuba gunakan soalan aneka pilihan untuk memudahkan pembelajaran.

Lihat semua 11 artikel

Penyelesaian masalah

  • Lembaran Spesifikasi Edpuzzle

    Senarai Benar

    Perkhidmatan dan domain berikut perlu dibuka sekatan oleh rangkaian sekolah atau daerah sekolah untuk menjamin prestasi Edpuzzle yang betul:

    Perkhidmatan Domain Tujuan

    Edpuzzle

    www.edpuzzle.com 
    edpuzzle.com 
    *.edpuzzle.com
    edpuzzle.imgix.net 
    api.edpuzzle.com
    assets.edpuzzle.com
    audio-streaming.edpuzzle.com
    blog.edpuzzle.com
    copies.edpuzzle.com
    gradebook-exports.edpuzzle.com
    image.edpuzzle.com
    images-legacy.edpuzzle.com
    images.edpuzzle.com
    libs.edpuzzle.com
    lticonfig.edpuzzle.com
    s-files.edpuzzle.com
    s-images.edpuzzle.com
    t-files.edpuzzle.com
    t-images.edpuzzle.com
    thumbnails.edpuzzle.com
    video-streaming.edpuzzle.com
    video-uploads-streaming.edpuzzle.com

    Email 
    *@edpuzzle.com
    *@ext.edpuzzle.com

    Fungsi utama laman web dan komunikasi

    YouTube

    Pemain 
    https://www.youtube.com/iframe_api 

    Penstriman 
    googlevideo.com 
    youtubeeducation.com 
    youtube-nocookie.com 
    youtube.com/embedded 
    youtube.com/embed 
    youtube.com (untuk guru) 

    Gambar Kecil 
    ytimg.com
    i.ytimg.com

    Menyemat dan memainkan video dari YouTube

    Amazon Web Services

    Penstriman Audio dan Video serta muat naik
    https://d28xzasi0ukh2h.cloudfront.net 
    audio-uploads-us-standard.s3.amazonaws.com
    audio-uploads-us-standard.s3.us-east-1.amazonaws.com 
    video-uploads-us-standard.s3.amazonaws.com

    Perlindungan firewall dan bot
    *.awswaf.com
    5k3vufy1vh.execute-api.us-east-1.amazonaws.com
    edpuzzle-prod-student-images-cdk.s3.amazonaws.com 
    edpuzzle-prod-student-images-cdk.s3.us-east-1.amazonaws.com
    edpuzzle-prod-teacher-images-cdk.s3.amazonaws.com 
    edpuzzle-prod-teacher-images-cdk.s3.us-east-1.amazonaws.com
    edpuzzle-prod-teacher-files-cdk.s3.amazonaws.com
    edpuzzle-prod-teacher-files-cdk.s3.us-east-1.amazonaws.com
    edpuzzle-prod-student-files-cdk.s3.amazonaws.com
    edpuzzle-prod-student-files-cdk.s3.us-east-1.amazonaws.com

    Menyemat dan memainkan video yang disimpan dalam perkhidmatan hosting peribadi Edpuzzle, yang terletak di Pelayan Amazon Web Services dan diedarkan melalui CDN CloudFront

    Log Masuk Google

    apis.google.com 
    accounts.google.com
    *.googleapis.com


    Fungsi Log Masuk Aplikasi Google

    Log Masuk Microsoft

    login.microsoftonline.com
    res.cdn.office.net

    Fungsi Log Masuk Microsoft

    Perkhidmatan Google

    Google Classroom
    content-classroom.googleapis.com

    Google Slides
    googleusercontent.com

    Google Maps
    maps.googleapis.com

    Integrasi Google Classroom

    Import dari Google Slides

    Google Maps untuk mencari Sekolah anda

    Formula Latex

    latex.codecogs.com
    legacy.codecogs.com


    Perkhidmatan imej yang menyediakan kami dengan imej formula Matematik yang kami paparkan di seluruh laman web

    Captcha

    service.mtcaptcha.com 
    service2.mtcaptcha.com

    Langkah keselamatan untuk menghalang bot dan menentukan sama ada pengguna adalah manusia sebenar


    Stripe

    js.stripe.com

    Pembayaran untuk langganan Pro


    Datadog

    browser-intake-datadoghq.com

    Laporan prestasi dan kerosakan

     

    Kuki

    Polisi kuki berikut disyorkan untuk digunakan dalam Edpuzzle:


    Kuki pihak pertama

    Diaktifkan

    Fungsi utama laman web


    Kuki pihak ketiga

    Diaktifkan atau Dinonaktifkan, dengan pengecualian untuk accounts.google.com

    Fungsi Log Masuk Aplikasi Google


    Pelayar

    Pelayar web berikut disyorkan untuk digunakan dengan Edpuzzle:

    Google Chrome https://www.google.com/chrome 
    Firefox https://www.mozilla.org/firefox/new 
    Safari https://www.apple.com/safari 

    Pastikan anda menggunakan versi terkini di https://www.whatismybrowser.com/ 
    Jika anda menggunakan Chromebook, sila pastikan ia dikemas kini ke versi terkini yang tersedia.


    Edpuzzle di Mudah Alih

    Aplikasi mudah alih Edpuzzle disokong oleh sistem operasi berikut:

    Apple iOS Versi 11.0 dan ke atas
    Android Versi 7.0 dan ke atas
  • Isu berkenaan sambungan perakam skrin Edpuzzle

    Penggunaan sambungan perakam skrin Edpuzzle untuk Google Chrome sepatutnya merupakan proses yang lancar, tetapi jika anda ada menghadapi sebarang masalah, ia mungkin disebabkan oleh tetapan kebenaran peranti atau pelayar web anda.

    Di bawah ini, anda akan temui senarai beberapa kemungkinan penyebab ralat dan penyelesaiannya untuk membantu anda menangani sebarang isu.

    Kamera dan/atau mikrofon anda disekat.

    Anda mungkin melihat ikon kamera atau mikrofon dengan garis miring di bahagian atas sebelah kanan pelayar web anda. Klik ikon tersebut untuk membenarkan Chrome menggunakan kamera atau mikrofon anda. Sebagai alternatif, anda boleh klik pada tiga titik menegak di bahagian atas sebelah kanan pelayar web anda dan kemudian pergi ke: Tetapan > Privasi dan keselamatan > Tetapan tapak > Kamera/Mikrofon, dan pilih tetapan pilihan anda.

    Jika masalah masih berterusan, semak tetapan peranti anda untuk memastikan Chrome mempunyai kebenaran untuk mengakses kedua-dua kamera dan mikrofon anda.

      • Cari arahan untuk melakukan ini pada Mac di sini.
      • Cari arahan untuk melakukan ini pada PC Windows di sini.

    Ralat "Maaf, sesuatu telah berlaku." semasa cuba merakam desktop anda.

    Peranti anda mungkin menyekat keupayaan Chrome untuk merakam skrin pada desktop anda dan anda perlu mengaktifkan kebenaran Chrome untuk berbuat demikian. Ini khusus untuk Mac sahaja.

      • Cari arahan untuk melakukan ini di sini.

    Ralat "Hampir sedia! Anda akan dapat merakam skrin anda setelah laman web selesai dimuatkan.” semasa cuba merakam tab atau tetingkap pelayar.

    Ini mungkin bermaksud kelajuan sambungan internet anda agak perlahan. Cuba muat semula halaman anda atau semak sambungan/kelajuan Internet anda. Anda juga boleh cuba menyambung melalui kabel ethernet dan bukannya WiFi untuk sambungan yang lebih stabil.

    Satu lagi penyebab kepada ralat ini ialah sambungan Edpuzzle tidak mempunyai akses kepada laman web yang anda cuba rakam. Untuk membetulkannya:

      1. Klik pada simbol teka teki di bahagian atas sebelah kanan pelayar web anda.
      2. Pilih "Urus Sambungan" daripada menu ke bawah.
      3. Cari Edpuzzle di antara senarai sambungan anda dan klik butang "Butiran".
      4. Dalam bahagian "Akses Halaman", gunakan menu ke bawah untuk memilih "Pada semua halaman" atau tambahkan halaman khusus yang ingin anda rakamkan pada senarai yang dibenarkan dengan mengklik "Tambah halaman baharu".

    Ralat “Aduh! Sambungan rakaman skrin tidak berfungsi pada tapak web ini.”

    Ralat ini biasa terjadi di halaman tapak web Simulasi Interaktif PhET atau laman web dengan fungsi yang serupa. Malangnya, perakam skrin kami tidak dapat merakam halaman seperti ini buat masa ini.

  • Video YouTube disekat atau disekat.

    Jika anda atau pelajar anda mengalami masalah mengakses video YouTube melalui Edpuzzle, lihatlah senarai masalah umum ini dan cara menyelesaikannya.

    Masalah 1: Sekolah Anda menggunakan penyaring

    Jika anda melihat layar putih, wajah sedih, atau pesanan yang menyatakan "sambungan ini diset semula" semasa anda mencuba untuk menonton video, maka sekolah anda perlu masukkan www.youtube.com untuk guru dan www.youtube-nocookie.com untuk pelajar ke dalam senarai putih.

    Hubungi pentadbir IT Anda, dan berikan artikel tentang cara memasukkan YouTube ke dalam senarai putih sekolah Anda begitu juga dengan lembaran spesifikasi kami kepada mereka.

    Jika ia masih tidak boleh, Anda boleh tetapkan video untuk ditonton di rumah, di mana pelajar anda akan menggunakan sambungan internet mereka sendiri.

    Masalah 2: Mode Terbatas

    Jika anda mendapat pesanan yang menyatakan, "Video tidak tersedia. Video ini dibatasi. Sila periksa pentadbir Google Workspace dan/atau pembatasan pentadbir," Anda perlu semak hal-hal yang berikut:

    1. Pastikan anda membenarkan video di YouTube semasa log masuk dengan menggunakan akaun guru Anda.
    2. Masuk ke YouTube dengan akaun Google anda dan matikan Mod Terbatas (di bahagian bawah menu ke bawah ikon profil anda).
    3. Minta pelajar anda masuk ke youtube.com menggunakan alamat e-mel yang berkaitan dengan akaun sekolah mereka sebelum mencuba untuk melihat tugas mereka sekali lagi. Periksa semula bahawa mereka tidak masuk dengan akaun peribadi mereka.
    4. Berikan lembaran spesifikasi Edpuzzle kepada pentadbir IT anda untuk memastikan tiada masalah penyaring.

    Masalah 3: Pelajar masih tidak dapat menonton video walaupun setelah mengikut langkah-langkah di Masalah 2

    Amat jarang berlaku, tetapi terdapat juga beberapa pelajar yang tidak dapat menonton video YouTube di Edpuzzle kerana konfigurasi saluran mereka di YouTube. Untuk menyelesaikan masalah ini, pelajar anda perlu melakukan hal yang berikut:

      1. Kunjungi https://www.youtube.com/account_advanced
      2. Skrol ke bahagian bawah halaman dan klik butang "DELETE CHANNEL". Ini akan menyelesaikan masalah!

    Masalah 4: Ralat main semula

    Jika anda menerima pesanan yang menyatakan, "Sila cuba lagi nanti. (Playback ID:xxxxxxx)", masalah ini selalunya berlaku disebabkan oleh sambungan pelayar web yang menghalang iklan seperti AdBlock, PoperBlocker, uBlock, dll. Sama ada hentikan sementara atau nyahaktifkan sambungan (pergi ke pengaturan pelayar web anda dan kemudian ke sambungan) semasa anda menggunakan Edpuzzle untuk melihat apakah ini dapat menyelesaikan masalah.

    Masalah 5: Sekatan lain

    Ada kalanya, anda mungkin mendapat pesanan yang menyatakan, "Video ini mengandungi kandungan daripada [....]. Video ini dihadkan untuk dimainkan di tapak tertentu..." Malangnya, ini bermakna video itu dihadkan kepada tapak pihak ketiga. , jadi anda tidak akan dapat melihatnya dalam Edpuzzle.

    Jika anda melihat wajah sedih YouTube dan menerima pesanan bahawa kandungan itu tidak tersedia, ia mungkin disebabkan oleh isu hak cipta, sekatan geo ataupun kerana pemuat naik mengalih keluar video tersebut. Jadi ia mustahil untuk menonton video dalam kes ini.

    Jika YouTube tidak dibenarkan di sekolah anda

    Anda boleh memuat naik video terus ke Edpuzzle, supaya ia tidak akan disekat atau cuba mencari video yang ditandakan "Muat Naik Guru" atau Edpuzzle Originals untuk digunakan untuk tugasan anda. Kedua-dua muat naik guru dan video Edpuzzle Originals yang telah dimuat naik terus ke Edpuzzle supaya mereka tidak tertakluk pada sekatan penapisan yang sama seperti YouTube.

    Untuk mencari video bertanda "Muat Naik Guru":

      1. Cari topik anda menggunakan bar carian Edpuzzle di bahagian atas halaman anda.
      2. Klik penyaring "Sumber".
      3. Pilih "Muat Naik Guru"
      4. Klik butang "Simpan" untuk mengemas kini carian anda.

    Anda juga boleh cuba membuat kelas luar bilik darjah. Ini bermakna anda menetapkan video untuk ditonton oleh pelajar di rumah jadi anda dapat lebih banyak masa dalam kelas.

  • Cara membenarkan YouTube di sekolah anda

    Kami mengambil serius privasi pelajar. Oleh itu, apabila pelajar menonton video di Edpuzzle, mereka akan menstrim sama ada dari www.youtubeeducation.com, menggunakan Pemain YouTube untuk Pendidikan, atau www.youtube-nocookie.com, bukannya menstrim video secara langsung dari www.youtube.com. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang Pemain YouTube untuk Pendidikan di sini dan tentang kerjasama kami dengan YouTube di sini.

    Untuk menggunakan YouTube dalam Edpuzzle di sekolah anda, anda mungkin perlu meminta bantuan pentadbir IT anda. Anda boleh berkongsi Lembaran Spesifikasi kami dengan mereka serta arahan bagaimana untuk mengkonfigurasi penapis anda seperti yang diterangkan di bawah:


    Konfigurasi penapis untuk pelajar

    Ini bermakna semasa menonton video YouTube yang diberikan melalui Edpuzzle, pelajar hanya akan dapat melihat video tertentu tersebut. Mereka tidak akan dapat mencari video secara langsung di YouTube.

    Lawati laman ujian pelajar ini untuk memastikan penapis anda dikonfigurasi dengan betul.


    Konfigurasi penapis untuk guru

    Dengan cara ini, guru akan dapat mencari video YouTube di Edpuzzle tanpa masalah.

    Lawati laman ujian guru ini untuk memastikan penapis anda dikonfigurasi dengan betul.

     

    Nota: Jika anda menghadapi masalah menstrim video YouTube di dalam Edpuzzle walaupun dengan URL yang dibenarkan yang betul, kami mengesyorkan supaya anda membersihkan kuki dan cache dari pelayar anda, kemudian segarkan halaman dan cuba lagi kerana ini boleh membantu menyelesaikan kesilapan kecil.

    Jika anda mempunyai sebarang soalan tambahan tentang konfigurasi penapis rangkaian anda, sila emel kami di support@edpuzzle.com dan kami akan dengan senang hati membantu!

  • Saya tidak menemui e-mel pengesahan saya.

    Mengesahkan alamat e-mel anda ialah langkah keselamatan penting yang memastikan data perkembangan pelajar yang tersimpan dalam akaun anda adalah selamat dan ini membolehkan Edpuzzle mematuhi dasar keselamatan tempatan dan antarabangsa.

    Jika anda telah meminta e-mel pengesahan tetapi masih belum menerimanya, cuba langkah yang berikut:

      1. Semak folder spam dan folder yang dikuarantin dalam alamat e-mel yang anda gunakan untuk membuat akaun Edpuzzle.
      2. Semak tetapan akaun anda untuk memastikan anda menggunakan alamat e-mel yang betul: https://edpuzzle.com/profile
      3. Jika sekolah anda menggunakan dua e-mel, satu untuk log masuk dan satu lagi untuk mesej, pastikan anda menggunakan e-mel yang boleh menerima mesej.
      4. Tunggu 30 minit hingga satu jam – Ada kalanya, e-mel mengambil masa lebih lama untuk sampai kepada anda.
      5. Minta pentadbir IT sekolah anda menyenarai putih alamat e-mel no-reply@edpuzzle.com kami dan pastikan saringan rangkaian anda diselaraskan dengan Lembaran Spesifikasi kami untuk memastikan ia tidak menyekat mana-mana aplikasi atau tapak yang Edpuzzle perlukan bagi berfungsi dengan baik.

    Jika anda telah mencuba semua langkah di atas atau e-mel akaun Edpuzzle anda tidak boleh menerima e-mel, anda perlu menukar e-mel anda kepada e-mel yang boleh berbuat demikian. Lihat artikel kami tentang cara menukar e-mel akaun anda untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

     

    Nota: Jika anda telah menyambungkan akaun Google atau Microsoft ke akaun Edpuzzle anda, menukar e-mel akaun anda tidak akan menjejaskan akaun yang disambungkan itu.

  • Saya tidak boleh log masuk / mendaftar.

    Untuk log masuk ke Edpuzzle, anda perlu memastikan bahawa pelayar web anda membenarkan kuki dan tetingkap timbul.

    Kuki menyimpan maklumat terus kepada pelayar web anda, dan anda memerlukannya untuk log masuk atau mendaftar dengan Edpuzzle. Kuki didayakan secara lalai untuk kebanyakan pelayar web, tetapi anda perlu menyemak untuk kepastian.

    Untuk memastikan kuki dihidupkan, anda perlu menyemak tetapan keselamatan pelayar web anda. Untuk berbuat demikian, ikuti langkah ini untuk pelayar web anda:

    Selain itu, pastikan kuki pihak ketiga didayakan untuk accounts.google.com jika anda menggunakan Log masuk Google.

    Edpuzzle menggunakan tetingkap timbul untuk berinteraksi dengan tapak web yang lain, seperti semasa anda log masuk dengan Google. Untuk membenarkan tetingkap timbul, ikut langkah di bawah mengikut pelayar web anda:

    Ada kalanya, sambungan pelayar web boleh menyekat beberapa ciri kami. Anda boleh menguji cara Edpuzzle berfungsi tanpa sebarang sambungan dengan mengikuti langkah berikut:

    Jika semuanya berfungsi dengan menggunakan tetingkap inkognito atau mod selamat, kami mengesyorkan agar anda menguji dan melumpuhkan sambungan anda untuk mengetahui sambungan yang mana menyebabkan isu tersebut. Setiap pelayar web membenarkan anda untuk melumpuhkan dan mendayakan setiap sambungan secara individu:

    Akhir sekali, jika anda masih mengalami masalah untuk log masuk, kami syorkan anda untuk mengosongkan cache pelayar web anda bagi memadamkan sebarang data lama yang mungkin mengganggu. Ikuti langkah ini untuk berbuat demikian:

    Jika pelayar web anda tiada dalam senarai ini atau anda masih tidak dapat log masuk ke Edpuzzle, hanya e-mel kepada kami di support@edpuzzle.com dan kami akan meneliti isu tersebut untuk anda!

Lihat semua 21 artikel

Percuma vs Pro

  • Apakah pembiayaan yang boleh saya gunakan untuk membawa Edpuzzle ke sekolah atau daerah saya?

    Edpuzzle selaras dengan objektif pembiayaan Title I, II, III, dan IV, dan disahkan ESSA tahap III! 
    Hubungi kami di support@edpuzzle.com jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang cara memulakan.

    Title funding qualifications@3x.png

     

     

  • Berapakah kos Edpuzzle dan bagaimanakah saya boleh menambah ruang storan saya?

    Edpuzzle adalah 100% percuma untuk guru dan pelajar. Matlamat kami ialah untuk tidak mengenakan bayaran kepada guru yang menggunakan Edpuzzle kerana, sebagai bekas guru, kami tidak mahu anda mengeluarkan wang dari poket untuk mendapatkan sumber yang anda gunakan di dalam kelas.

    Dengan Pelan Asas percuma kami, anda boleh menyimpan sehingga 20 video dalam akaun anda. Walau bagaimanapun, sesetengah guru kami mempunyai ratusan video yang disimpan dalam akaun mereka! Begini adalah cara yang anda boleh lakukan untuk mendapat kelebihan yang sama:

    1. Syorkan rakan sekerja anda kepada Edpuzzle. Adakah anda seronok menggunakan Edpuzzle? Jika ya, kongsikan kegembiraan tersebut dengan rakan yang lain! Bagi setiap guru yang anda syorkan, jika mereka membuat akaun Edpuzzle dan mengesahkan alamat e-mel mereka, anda berdua akan menerima ruang tambahan untuk tiga video pelajaran lagi. Anda boleh menjemput mereka di sini .
    2. Berbincang dengan sekolah anda tentang menjadi Pro. Mungkin terdapat lebih ramai guru daripada yang anda fikirkan menggunakan Edpuzzle di sekolah anda. Apabila sekolah anda mendapat lesen Pro, pentadbir anda akan mendapat akses kepada kurikulum yang dibuat dengan teliti untuk Pembangunan Profesional dan pensijilan pelajar, sekolah anda mendapat sokongan, latihan dan bimbingan khusus serta semua guru menerima ruang storan tanpa had! Kongsi halaman ini dengan pentadbir anda supaya mereka boleh menyemak pilihan pelesenan kami yang berpatutan dan mendaftar untuk menjadi Pro.

    Jika anda tidak dapat berkongsi Edpuzzle atau meminta sekolah anda melanggan Pro, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan lesen Guru Pro individu untuk menikmati ruang storan tanpa had. 

  • Bagaimanakah ruang storan berfungsi?

    Sebagai seorang guru, anda mempunyai akses kepada semua ciri yang ditawarkan oleh Edpuzzle. Walau bagaimanapun, terdapat had dari segi ruang storan dan setiap guru hanya boleh menyimpan sehingga 20 video dalam akaun mereka. 

    Apakah yang dikira dalam had storan anda?

    Semua yang disimpan dalam "Kandungan Saya." Ini termasuk:

      1. Semua video pelajaran anda, sama ada anda memuat naiknya sendiri atau menemuinya dalam mana-mana saluran yang kami tawarkan.
      2. Semua projek pelajar yang anda buat.

    Apakah yang tidak dikira dalam had storan anda?

      1. Folder: buat seberapa banyak folder yang anda perlukan untuk menyusun kandungan anda.
      2. Tugasan: tugaskan pelajaran kepada seberapa banyak kelas yang anda mahu, seberapa banyak kali yang anda suka. Tugasan tidak dikira dalam had.

    Bolehkah saya meningkatkan had storan saya?

    Ya, dan ia amat mudah dilakukan! Lihat artikel kami tentang cara meningkatkan ruang storan anda.

  • Mengapa saya mempunyai kandungan yang tidak tersedia?

    Apabila anda mencapai had storan anda, video tambahan yang anda cipta akan dikelabukan dan diletakkan di bawah bahagian "Semua kandungan saya yang tidak tersedia" dalam koleksi "Kandungan Saya" anda.

    Anda tidak akan dapat menugaskan video tersebut kepada pelajar anda melainkan anda menambah ruang storan anda. 

    Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat artikel kami tentang cara meningkatkan ruang storan anda.

  • Di manakah saya boleh mencari kod peningkatan sekolah saya?

    Pentadbir sekolah anda mempunyai kod peningkatan sekolah anda. Jika mereka belum memberikannya kepada anda, sila minta dari mereka! Juga sila ambil perhatian bahawa atas sebab keselamatan, kami tidak dapat memberikan kod tersebut dan hanya pentadbir anda sahaja yang boleh memberikannya kepada anda.

  • Bagaimanakah saya boleh syorkan guru lain?

    Terima kasih banyak kerana membantu kami menyebarkan berita – anda memang hebat!

    Setiap kali anda mengesyorkan rakan sekerja ke Edpuzzle, anda berdua akan menerima ruang storan untuk 3 pelajaran lagi. Caranya ialah rakan sekerja anda perlu mendaftar melalui URL rujukan unik anda. Berikut merupakan beberapa cara untuk untuk anda kongsikan URL tersebut:

    • Melalui e -mel: Hantar jemputan e-mel terus kepada rakan sekerja anda.
    • Di bengkel atau persidangan: Sertakan URL rujukan unik anda pada papan putih dan pastikan anda memberitahu rakan sekerja anda bahawa dengan mendaftar melalui pautan ini mereka akan mendapat ruang storan tambahan!
    • Kongsi pautan anda di Facebook.
    • Kongsi pautan anda di Twitter

    Anda boleh mencari pilihan ini dengan pergi ke tab Pelan dalam profil anda dan klik pada "Jemput guru."

Lihat semua 10 artikel