Integrasi LMS
-
Menyambungkan akaun Microsoft anda
Jika sekolah anda menggunakan Microsoft Teams, proses menyambungkan akaun Microsoft anda adalah cepat dan mudah!
Anda boleh menyambungkan akaun Edpuzzle anda ke akaun Microsoft dan Microsoft Teams Anda dengan dua cara.
Menyambungkan akaun Microsoft anda semasa mendaftar:
-
- Dari halaman utama, klik butang "Daftar".
- Pilih "Saya seorang Guru."
- Klik butang "Log masuk dengan Microsoft" dan pilih akaun Microsoft yang berkaitan apabila diminta.
- Kini akaun baharu anda akan disambungkan ke Microsoft secara automatik! Anda boleh menggunakan butang "Log masuk dengan Microsoft" untuk menambahkan lagi privasi dan keselamatan.
Menyambungkan akaun Microsoft anda melalui tetapan:
-
- Log masuk ke akaun Edpuzzle anda dengan e-mel dan kata laluan anda.
- Klik ikon bulat di penjuru kanan sebelah atas halaman anda dan kemudian pada nama anda dalam menu ke bawah.
- Setelah berada di halaman Profil anda, skrol ke bawah di bahagian berlabel "Akaun yang disambungkan."
- Klik "Sambung dengan Microsoft" dan pilih akaun Microsoft yang sesuai apabila diminta.
- Kini akaun anda akan disambungkan secara automatik ke Microsoft! Anda akan dapat menggunakan butang "Log masuk dengan Microsoft" untuk menambahkan lagi privasi dan keselamatan serta mengimport kelas anda dengan mudah daripada Microsoft Teams untuk integrasi yang lancar.
Menyelesaikan masalah Log Masuk Microsoft
Log Masuk Microsoft tidak disokong dalam pelayar Safari buat masa ini.
-
- Jika anda ingin menggunakan Log Masuk Microsoft, pastikan anda menggunakan pelayar lain (seperti Chrome atau Firefox).
- Jika anda ingin terus menggunakan Safari, anda perlu log masuk ke Edpuzzle dengan nama pengguna dan kata laluan atau Log Masuk Google.
Sekolah/daerah anda mungkin perlu meluluskan penggunaan Edpuzzle anda dengan Microsoft SSO. Jika anda menemui mesej ralat yang meminta kelulusan atau kebenaran pentadbir semasa cuba menyambungkan akaun Microsoft anda atau semasa mengimport kelas daripada Microsoft Teams, sila semak dengan bantuan pentadbir IT anda!
Jika anda seorang pentadbir IT yang memerlukan bantuan meluluskan aplikasi Edpuzzle untuk guru anda dalam Microsoft Teams, berikut ialah cara untuk melakukannya:
-
- Pergi ke pusat pentadbir Azure Active Directory.
- Pilih aplikasi Perusahaan.
- Tambahkan aplikasi Edpuzzle (ID Aplikasi: 3540209e-c425-4c2e-b3dc-be79e8c0abee).
- Setelah aplikasi Edpuzzle telah ditambahkan, akses sifat aplikasi dan kemudian pilih "Kebenaran" daripada menu sebelah kiri.
- Klik "Berikan persetujuan pentadbir untuk Edpuzzle."
Nota: E-mel akaun anda dan e-mel akaun Microsoft anda yang disambungkan mungkin adalah berbeza!
Untuk mengetahui tentang integrasi dengan Microsoft Teams, lihat artikel ini.
-
-
Mengintegrasi dengan Microsoft Teams
Terdapat dua kaedah integrasi dengan Microsoft Teams. Yang pertama dikendalikan daripada Microsoft Teams, manakala yang ke dua dikendalikan daripada Edpuzzle.
Kaedah Integrasi 1 (disyorkan)
Dengan kaedah integrasi pertama ini, anda akan menambah aplikasi Edpuzzle pada Microsoft dan membuat tugasan anda di sana.
Untuk menambah aplikasi Edpuzzle pada Microsoft Teams:
-
- Log masuk ke akaun Microsoft Teams anda.
- Pergi ke Gedung Aplikasi Microsoft Teams (klik ikon "Aplikasi" di sudut kanan bawah skrin anda)
- Cari "Edpuzzle" dalam bar carian aplikasi dan klik pada aplikasi tersebut apabila sudah jumpa.
- Klik anak panah ke bawah untuk butang "Tambah" dan pilih "Tambahkan ke Teams".
- Pilih Teams untuk menambah aplikasi pada skrin seterusnya.
- Klik butang "Sediakan" di bahagian bawah tetingkap.
- Jika anda telah menyambungkan akaun Microsoft anda ke akaun Edpuzzle anda sebelum menambahkan aplikasi Edpuzzle pada Microsoft Teams, anda akan segera diminta untuk menambah kelas. Ini akan mencipta kelas berkaitan di Edpuzzle yang mana anda boleh melihat tugasan dan perkembangan/gred pelajar.
- Pilih tahap gred dan subjek kelas, dan tambahkan penerangan, jika mahu.
- Kemudian, klik "Seterusnya" untuk menambah kelas dan "Simpan" untuk menutup tetingkap timbul dan melihat kelas baharu.
Jika anda belum membuat akaun Edpuzzle, anda akan diminta untuk membuat akaun selepas mengklik butang "Sediakan" semasa menambah aplikasi Edpuzzle. Ikut permintaan untuk Mendaftar di edpuzzle.com sebelum kembali ke Microsoft Teams.
Jika anda mempunyai akaun Edpuzzle sedia ada tetapi masih belum menyambungkan akaun Microsoft anda kepadanya, anda akan diminta untuk berbuat demikian selepas mengklik butang "Sediakan" semasa menambah aplikasi Edpuzzle. Caranya ialahi:
-
- Pergi ke halaman profil Edpuzzle anda.
- Skrol ke bawah untuk melihat Akaun Tersambung anda.
- Klik butang "Sambung dengan Microsoft".
- Pilih akaun yang berkaitan dalam tetingkap timbul.
Jika anda telah menyambungkan akaun Microsoft dan Edpuzzle anda selepas menambahkan aplikasi Edpuzzle pada Microsoft Teams, anda boleh menyegerakkan kelas Teams anda menggunakan ciri "Tambah tab":
-
- Pilih kelas yang ingin anda sepadukan daripada senarai kelas Teams anda.
- Klik tanda tambah (+) di bahagian atas halaman untuk menambah tab baharu.
- Cari Edpuzzle di antara aplikasi yang tersedia dan pilihnya apabila sudah jumpa.
- Anda akan segera diminta untuk menambah kelas. Ini akan mencipta kelas yang berkaitan di Edpuzzle di mana anda boleh melihat tugasan dan perkembangan/gred pelajar.
- Pilih tahap gred dan subjek kelas, dan tambahkan penerangan, jika mahu.
- Kemudian, klik "Seterusnya" untuk menambah kelas dan "Simpan" untuk menutup tetingkap timbul dan melihat kelas baharu.
Bagaimanakah pelajar berinteraksi dengan tugasan menggunakan kaedah integrasi ini
Dengan menggunakan kaedah integrasi ini, pelajar akan dapat log masuk ke akaun Microsoft Teams mereka dan melengkapkan video pelajaran Edpuzzle mereka terus dari sana. Mereka tidak perlu membuat akaun Edpuzzle yang berasingan atau meninggalkan Microsoft Teams!
Pelajar anda akan muncul pada senarai tugasan dan kelas anda dalam Edpuzzle selepas mengakses tugasan Edpuzzle pertama mereka dalam Microsoft Teams. Sebaik sahaja mereka mengakses, senarai pelajar akan bertambah secara automatik.
Kaedah Integrasi 2
Dengan kaedah integrasi kedua ini, anda akan mengimport kelas anda daripada Microsoft Teams ke Edpuzzle dan membuat tugasan anda di sana.
Berikut ialah cara untuk menyediakan kelas anda:
-
- Sambungkan akaun Microsoft anda ke akaun Edpuzzle anda, jika anda belum melakukannya. Ikuti langkah ini untuk membuat sambungan.
- Selepas anda memautkan akaun Microsoft anda, klik pada tanda tambah (+) di sebelah "Kelas Saya" dalam menu di sebelah kiri halaman anda.
- Klik butang "Microsoft Teams".
- Senarai kursus Microsoft Teams anda akan dipaparkan. Tandakan kotak di sebelah kelas yang anda ingin import.
- Isi ruangan mata pelajaran dan peringkat gred untuk setiap kelas yang dipilih.
- Klik butang "Import kelas" untuk mengimport.
Bagaimana pelajar berinteraksi dengan tugasan menggunakan kaedah integrasi ini
Dengan menggunakan kaedah integrasi ini, pelajar akan membuat akaun Edpuzzle untuk mengakses dan menyelesaikan tugasan. Apabila mengklik pada siaran tugasan Edpuzzle dalam Microsoft Teams, tetingkap/tab baharu akan muncul di mana mereka akan diminta untuk log masuk ke akaun Edpuzzle mereka (mereka akan dapat menggunakan Microsoft Log-In) sebelum video pelajaran muncul.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai integrasi ini, lihat artikel berikut:
-
-
Bagaimanakah cara saya berkongsi tugasan kepada Microsoft Teams?
Terdapat dua laluan untuk mencipta integrasi tugasan Microsoft Teams anda, ia bergantung pada kaedah integrasi yang anda suka.
Untuk membuat tugasan baharu daripada Microsoft Teams:
-
- Pilih kelas yang anda mahu berikan video pelajaran daripada senarai kelas Pasukan anda.
- Klik pada tab "Tugasan" dalam menu sebelah kiri.
- Klik "Buat" dan kemudian pilih "Tugasan" daripada menu ke bawah untuk mula membina tugasan baharu anda.
- Masukkan tajuk tugasan dan arahan, jika mahu.
- Klik pilihan "Aplikasi" di bawah arahan tugasan.
- Cari dan pilih "Edpuzzle" daripada aplikasi pilihan.
- Pilih video pelajaran yang ingin anda tetapkan daripada koleksi Kandungan Saya kepunyaan anda.
- Setelah dipilih, klik butang "Tugaskan".
- Tentukan sama ada anda mahu mencegah langkau atau menghidupkan kapsyen tertutup menggunakan suis togol di sebelah setiap pilihan.
- Kemudian, klik "Tugaskan" dan "Simpan" untuk mengesahkan pilihan anda.
- Setkan "Mata" tugasan kepada 100. Jika medan ini tidak diisi, gred anda tidak akan disegerakkan dengan betul!
- Pilih tarikh akhir tugasan anda.
- Akhir sekali, klik "Tugaskan" untuk menyiarkan tugasan anda!
Dengan kaedah ini, pelajar anda akan melihat tugasan terus daripada Microsoft Teams. Ini memberikan mereka akses yang mudah dan mereka tidak perlu pergi ke tapak web lain untuk menyelesaikan kerja mereka.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang keadaan di mana anda mungkin menggunakan kaedah tugasan ini, lihat artikel ini.
Untuk membuat tugasan baharu daripada Edpuzzle:
-
- Klik pada pustaka "Kandungan Saya" kepunyaan anda daripada menu di sebelah kiri halaman anda.
- Tandakan kotak di bawah video yang ingin anda tetapkan.
- Pilih "Tugaskan" dari menu bawah.
- Pilih kelas yang anda ingin berikan kepada video tersebut.
- Tambah tarikh mula dan tarikh akhir.
- Tentukan sama ada anda mahu mencegah langkau atau menghidupkan kapsyen tertutup menggunakan suis togol di sebelah setiap pilihan.
- Skrol pilihan "Siar pada Microsoft Teams" kepada "Hidup" untuk membenarkan Edpuzzle menyiarkan tugasan secara automatik ke Microsoft Teams.
Jika anda memilih untuk tidak menyiarkan tugasan ke Microsoft Teams, anda sentiasa boleh melakukannya kemudian dengan klik pada butang "Siarkan pada Microsoft Teams" dalam paparan tugasan di Edpuzzle. - Klik "Tugaskan" dan anda telah selesai!
Dengan kaedah ini, pelajar akan diminta untuk melawati epduzzle.com dalam tetingkap/tab yang berasingan untuk menyelesaikan tugasan mereka.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang keadaan di mana anda mungkin menggunakan kaedah tugasan ini, lihat artikel ini.
Tidak kira kaedah penciptaan tugasan mana yang anda pilih, perkembangan dan gred pelajar anda akan dilog masuk ke Edpuzzle dan akan disegerakkan secara automatik ke buku gred Microsoft Teams anda!
-
-
Bagaimanakah cara saya berkongsi tugasan dalam Mesyuarat Microsoft Teams?
Untuk pembelajaran jarak jauh atau hibrid, anda mungkin ingin hadir dan berada bersama pelajar semasa sedang berusaha untuk menyelesaikan video pelajaran mereka. Anda boleh lakukan ini dengan mudah dengan cara berkongsi tugasan Edpuzzle ke Mesyuarat Microsoft Teams anda. Terdapat dua cara untuk melakukannya:
Semasa membuat Mesyuarat
-
- Ikuti langkah untuk mencipta acara dalam Microsoft Teams.
- Selepas mencipta acara, pilih acara tersebut dari kalendar anda dan klik "Edit" pada pilihan yang disediakan.
- Di bahagian atas halaman, klik tanda tambah (+) untuk menambah tab baharu.
- Cari dan pilih Edpuzzle daripada aplikasi yang tersedia.
- Klik "Tambah" untuk mengesahkan pilihan anda.
- Pada skrin seterusnya, pilih kelas yang akan anda ajar.
- Kemudian, pilih tugasan yang ingin anda kongsikan dalam Mesyuarat dan kemudian klik "Simpan" untuk menyiarkan pautan tugasan dalam Mesyuarat anda.
Ingat bahawa tugasan adalah khusus untuk kelas yang ditugaskan sahaja. Hanya pelajar dalam kelas yang dipilih sahaja akan dapat melihat tugasan jika anda pilih cara ini. Jika anda mempunyai pelajar atau ahli fakulti lain yang menyertai Mesyuarat anda tetapi mereka tidak berada dalam kelas yang dipilih, mereka tidak akan dapat melihat tugasan dengan menggunakan kaedah ini. - Sebaik sahaja anda telah memulakan Mesyuarat dan pelajar telah menyertainya, klik pada ikon "bentang" untuk melancarkan tugasan Edpuzzle.
Semasa dalam Mesyuarat
-
- Cipta acara dalam Microsoft Teams dan kemudian mulakan Mesyuarat anda setelah bersedia.
- Sebelum pelajar menyertai, klik elipsis (...) di bahagian atas halaman dan pilih "+ Tambah aplikasi" daripada menu ke bawah.
- Pilih "Edpuzzle" daripada aplikasi yang tersedia dan kemudian klik "Tambah."
- Pada skrin seterusnya, pilih kelas yang akan anda ajar.
- Kemudian, pilih tugasan yang anda ingin kongsikan dalam Mesyuarat dan kemudian klik "Simpan" untuk menyiarkan pautan tugasan dalam Mesyuarat anda.
Ingat bahawa tugasan adalah khusus untuk kelas yang ditugaskan sahaja. Hanya pelajar dalam kelas yang dipilih akan dapat melihat tugasan dengan cara ini. Jika anda mempunyai pelajar atau ahli fakulti lain yang menyertai Mesyuarat anda tetapo tidak berada dalam kelas tersebut, mereka tidak akan dapat melihat tugasan dengan menggunakan kaedah ini. - Setelah pelajar menyertai mesyuarat, klik pada ikon "bentang" untuk melancarkan tugasan Edpuzzle.
Nota: Ciri ini hanya tersedia semasa menggunakan aplikasi desktop Microsoft Teams. Microsoft Teams tidak membenarkan pelancaran aplikasi luaran daripada Mesyuarat semasa menggunakan pelayar.
Anda juga mungkin berminat dengan artikel kami tentang membuat tugasan menggunakan integrasi Microsoft Teams.
-
-
Menggunakan Edpuzzle dengan Clever
Jika sekolah anda menggunakan Clever, proses menyambungkan akaun Edpuzzle anda adalah cepat dan mudah!
Anda boleh menyambungkan akaun Edpuzzle anda ke akaun Clever anda dengan dua cara:
Menyambungkan akaun Clever anda semasa mendaftar
-
- Tambahkan aplikasi Edpuzzle pada akaun Clever anda.
(Aplikasi Edpuzzle dalam Clever ditawarkan hanya untuk guru individu. Aplikasi/integrasi seluruh daerah tidak tersedia.) - Daripada akaun Clever anda, pilih aplikasi Edpuzzle untuk melancarkan Edpuzzle.
- Jika anda belum membuat akaun Edpuzzle lagi, anda akan diminta untuk berbuat demikian.
- Ikuti langkah untuk mencipta akaun Edpuzzle anda.
- Kini akaun baharu anda akan disambungkan ke Clever! Anda boleh menggunakan Edpuzzle terus dari Clever untuk akses mudah dan mengimport kelas anda tanpa sebarang masalah daripada Clever untuk integrasi yang lancar.
- Tambahkan aplikasi Edpuzzle pada akaun Clever anda.
Menyambungkan akaun Clever anda melalui Tetapan
-
- Log masuk ke akaun Edpuzzle anda dengan e-mel dan kata laluan anda.
- Klik ikon bulat di penjuru kanan sebelah atas halaman anda dan kemudian pada nama anda dalam menu ke bawah.
- Setelah berada di halaman profil anda, skrol ke bawah di bahagian berlabel "Akaun yang disambungkan."
- Klik "berhubung dengan Clever" dan pilih akaun Clever yang berkaitani apabila diminta.
- Pilih halaman di dalam Clever yang anda ingin paparkan aplikasi Edpuzzle dan kemudian klik "Benarkan dan teruskan" untuk melengkapkan pemasangan.
- Kini akaun anda akan disambungkan ke Clever! Anda boleh melancarkan Edpuzzle terus dari Clever untuk akses mudah dan mengimport kelas anda dengan mudah daripada Clever untuk integrasi yang lancar.
Bagaimanakah Pelajar menggunakan Edpuzzle melalui Clever
Kami akan mencipta akaun Edpuzzle baharu untuk pelajar secara automatik apabila mereka mengakses aplikasi Edpuzzle buat kali pertama melalui Clever. Oleh kerana mereka tidak akan mencipta nama pengguna dan kata laluan yang berasingan, pelajar mesti sentiasa mengakses Edpuzzle melalui Clever, dan tidak cuba untuk log masuk dari edpuzzle.com secara terus.
Dengan integrasi Clever, anda boleh:
- Lancarkan Edpuzzle terus dari Clever.
- Import kelas dan senarai pelajar anda daripada Clever ke Edpuzzle.
Nota: E-mel akaun anda dan e-mel akaun Clever anda yang disambungkan mungkin berbeza!
-
-
Bagaimanakah cara saya mengimport kursus Clever saya?
Untuk menambah kelas Clever yang baharu pada akaun Edpuzzle anda:
-
- Klik tanda tambah (+) di sebelah "Kelas Saya" dalam menu di sebelah kiri halaman anda.
- Klik butang "Clever". Jika anda belum menyambung ke akaun Clever anda, anda perlu berbuat demikian sebelum bergerak ke hadapan. Ketahui cara menyambungkan akaun anda di sini.
- Senarai kursus Clever anda akan dipaparkan. Tandakan kotak di sebelah kelas yang anda ingin import.
- Isi ruangan mata pelajaran dan peringkat gred untuk setiap kelas yang dipilih.
- Klik butang "Import kelas" untuk menyelengkapkan import.
Ini akan menambah kelas pilihan anda ke Edpuzzle untuk susunan lebih mudah!
-
-
Menggunakan Edpuzzle dengan ClassLink
Jika sekolah anda menggunakan ClassLink, proses menyambung akaun Edpuzzle anda adalah cepat dan mudah!
Anda boleh menyambungkan akaun Edpuzzle anda ke akaun ClassLink anda dengan dua cara:
Menyambungkan akaun ClassLink anda semasa mendaftar
-
- Minta pentadbir IT anda menambahkan aplikasi Edpuzzle ke ClassLink LaunchPad anda.
- Untuk Pentadbir Penyewa: Pastikan bahawa "OAuth2" ditunjukkan di bawah aplikasi Edpuzzle dalam Pusat Aplikasi ClassLink sebelum menambahkannya ke Pustaka Aplikasi anda.
- Dari akaun ClassLink anda, pilih aplikasi Edpuzzle untuk melancarkan Edpuzzle.
- Jika anda masih belum membuat akaun Edpuzzle, anda akan diminta untuk berbuat demikian.
- Ikuti langkah-langkah untuk menyediakan akaun Edpuzzle anda.
- Sekarang, akaun baharu anda akan disambungkan ke ClassLink! Anda dapat melancarkan Edpuzzle terus dari ClassLink untuk akses mudah dan boleh mengimport kelas anda daripada ClassLink untuk integrasi yang lancar tanpa sebarang masalah.
- Minta pentadbir IT anda menambahkan aplikasi Edpuzzle ke ClassLink LaunchPad anda.
Menyambungkan akaun ClassLink anda dari Tetapan
-
- Log masuk ke akaun Edpuzzle anda dengan menggunakan e-mel dan kata laluan anda (atau guna Google atau Microsoft Log-In).
- Klik pada ikon berbentuk bulat di sudut kanan sebelah atas halaman dan kemudian pada nama anda dalam menu ke bawah.
- Setelah berada di halaman profil anda, tatal ke bawah pada bahagian berlabel "Akaun tersambung."
- Klik "Sambung dengan ClassLink" dan pilih akaun ClassLink yang sesuai apabila diminta.
- Sekarang, akaun baharu anda akan disambungkan ke ClassLink! Anda dapat melancarkan Edpuzzle terus dari ClassLink untuk akses mudah dan boleh mengimport kelas anda daripada ClassLink untuk integrasi yang lancar tanpa sebarang masalah.
Nota: Integrasi ini hanya tersedia untuk pengguna dengan peranan berikut dalam ClassLink: Guru, Pelajar, Ibu Bapa atau Penjaga. Jika akaun ClassLink anda merupakan Pentadbir Penyewa, anda akan menerima ralat "Permintaan Buruk" jika anda cuba mengkonfigurasi integrasi untuk akaun Edpuzzle anda.
Mengimport kelas anda daripada ClassLink
-
- Klik tanda tambah (+) di sebelah "Kelas Saya" dalam menu di sebelah kiri halaman anda.
- Klik butang "ClassLink". Jika anda belum menyambungkan akaun ClassLink anda, anda perlu melakukannya terlebih dahulu sebelum meneruskan.
- Senarai kursus ClassLink anda akan terpapar. Tandakan kotak di sebelah kelas yang anda ingin import.
- Isikan mata pelajaran dan peringkat tahap untuk setiap kelas yang dipilih.
- Klik butang "Import kelas" untuk menyudahkan import.
Ini akan menambah kelas yang anda pilih ke dalam Edpuzzle untuk pengisian senarai mudah!
Untuk mengetahui cara berkongsi kelas dengan guru bersama, lihat artikel ini.
Cara pelajar menggunakan Edpuzzle melalui ClassLink
Kami akan buat akaun baharu untuk pelajar secara automatik apabila anda mengimport kelas mereka ke Edpuzzle dari ClassLink. Oleh kerana mereka tidak akan mencipta nama pengguna dan kata laluan yang berasingan, pelajar perlu sentiasa mengakses Edpuzzle melalui ClassLink, dan tidak mencuba untuk log masuk secara terus dari edpuzzle.com.
Dengan integrasi ClassLink, anda boleh:
- Melancarkan Edpuzzle secara terus darip ClassLink.
- Mengimport kelas dan senarai pelajar anda dari ClassLink ke Edpuzzle.
Nota: E-mel akaun anda dan e-mel akaun ClassLink anda yang disambungkan mungkin berbeza!
-
-
Menggunakan Edpuzzle Dengan Canvas
Manfaatkan integrasi lancar Edpuzzle dengan Canvas untuk memastikan semua pelajaran dan gred video anda berada di tempat yang sama!
Cara Mengintegrasikan Edpuzzle Pada Canvas
Integrasikan Canvas dan Edpuzzle dengan sendiri dengan mengikut langkah yang diberikan dalam artikel ini atau majukannya kepada pentadbir IT anda untuk memasang integrasi tersebut untuk seluruh sekolah atau daerah anda.
-
- Log masuk ke Canvas, pergi ke "Kursus", dan pilih kelas.
- Klik pada "Tetapan" dari bar menu di sebelah kiri halaman anda.
- Klik pada tab "Aplikasi".
- Cari aplikasi Edpuzzle dalam App Center (taipkannya dalam bar carian atau skrol ke bawah sehingga anda menemuinya), dan klik padanya.
- Klik pada butang biru "+ Tambah Aplikasi". Ini akan membuka tetingkap timbul.
- Kini anda memerlukan dua maklumat: kunci pengguna dan rahsia kongsi. Untuk mencari maklumat ini, buka tab atau tetingkap baharu dan log masuk atau daftar dengan Edpuzzle (lihat artikel kami tentang cara membuat akaun).
- Klik pada ikon profil bulat anda di penjuru kanan sebelah atas, pilih nama anda di menu ke bawah untuk pergi ke profil anda, kemudian klik pada tab "Sekolah".
- Dalam menu ke bawah LMS pada bahagian bawah halaman, pilih Canvas.
- Salin kunci pengguna dan rahsia kongsi anda.
- Sekarang kembali ke Canvas.
- Isikan medan dengan "Kunci Pengguna" dan "Rahsia Dikongsi" dan klik butang "Tambah Aplikasi" yang berwarna biru.
- Muat semula halaman, dan kini Edpuzzle akan muncul dalam senarai aplikasi luar anda!
Jika ini tidak berjaya, hanya minta pentadbir IT anda untuk mengikut langkah yang sama daripada panel Pentadbir mereka di Canvas. Anda mungkin tiada kebenaran sebagai guru untuk menambah aplikasi luaran.
Setelah Edpuzzle ditambahkan pada Canvas, anda hanya perlu memilih kursus pilihan anda dan kemudian klik pada "Edpuzzle" pada menu sisi. Anda akan diminta untuk log masuk, dan kemudian buat kelas baharu. Masukkan butiran kelas anda dan kemudian "Buat kelas" untuk melengkapkan sediaan!
Cara Menugaskan Video Pelajaran di Canvas
-
- Pergi ke "Kursus" dan pilih kursus yang anda ingin tugaskan video pelajaran.
- Pilih "Tugasan" daripada bar menu di sebelah kiri halaman anda.
- Klik butang "+ Tugasan".
- Beri nama tugasan anda dan dalam menu ke bawah "Jenis Penyerahan", pilih "Alatan Luar".
- Klik butang "Cari", yang akan membuka tetingkap timbul "Konfigurasi Alatan Luar". Pilih Edpuzzle.
- Ini akan membuka satu lagi tetingkap timbul yang menunjukkan koleksi "Kandungan Saya" milik anda di Edpuzzle (atau meminta anda untuk log masuk jika anda belum berbuat demikian).
- Pilih video pelajaran anda dengan mengklik pada imej kecil video, kemudian butang "Seterusnya" yang berwarna biru.
- Pada skrin seterusnya, pilih sama ada anda mahu mengelakkan langkau atau menghidupkan kapsyen tertutup menggunakan suis togol di sebelah setiap pilihan.
- Klik butang "Tugaskan" yang berwarna biru, ini akan mengembalikan anda ke tetingkap timbul "Konfigurasi Alatan Luar".
- Klik butang "Pilih" yang berwarna biru untuk mengesahkan tugasan anda dan menutup tetingkap timbul.
- Kemudian anda boleh menetapkan tarikh akhir dan klik butang "Simpan" untuk menyimpan tugasan (yang tidak dapat dilihat oleh pelajar anda), atau butang "Simpan & Terbitkan" untuk menghantarnya kepada pelajar anda.
- Sekarang video pelajaran anda akan muncul dalam senarai tugasan anda di Canvas! Pelajar anda akan mula muncul pada tugasan Edpuzzle dan senarai kelas anda apabila mereka mengakses pautan tugasan Edpuzzle mereka yang pertama.
Paling penting, sebaik sahaja pelajar meyelesaikan video pelajaran, gred mereka akan disegerakkan secara automatik dengan Canvas!
Nota: Jika anda seorang guru yang menggunakan aplikasi Canvas, sila ambil perhatian bahawa anda tidak akan dapat melihat video pelajaran dengan menggunakan peranti mudah alih. Walau bagaimanapun, anda boleh melihatnya pada tablet.
Bagaimanakah Cara Untuk Pelajar Menggunakan Edpuzzle Melalui Canvas
Pelajar anda akan dapat log masuk ke akaun Canvas dan melengkapkan video pelajaran Edpuzzle anda terus dari sana! Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diingat bergantung pada peranti yang mereka gunakan:
-
- Untuk komputer riba/peribadi: Pelajar hanya perlu log masuk ke Canvas dan klik pada tugasan untuk melihat video pelajaran anda.
- Untuk tablet: Pelajar perlu menggunakan aplikasi Canvas untuk melihat video pelajaran anda.
- Untuk peranti mudah alih (telefon bimbit): Pelajar perlu menggunakan kedua-dua aplikasi Canvas dan Edpuzzle. Apabila mereka menonton video pelajaran melalui aplikasi Canvas, mereka akan mendapat tetingkap timbul yang meminta mereka untuk memuat turun aplikasi Edpuzzle jika mereka belum berbuat demikian, atau jika mereka telah memuat turun aplikasi Edpuzzle, mereka akan diminta untuk membuka video dalam aplikasi tersebut. Apabila mereka sudah selesai, mereka boleh kembali ke aplikasi Canvas.
Menyelesaikan masalah Integrasi Edpuzzle pada Canvas
Berikut ialah beberapa isu biasa yang mungkin timbul semasa anda menggunakan integrasi Edpuzzle dengan Canvas dan cara menyelesaikannya.
Di manakah saya boleh mencari projek pelajar?
Buat masa ini, ciri projek pelajar tidak tersedia untuk integrasi Canvas.
Mengapa bahagian saya tidak muncul dalam Edpuzzle?
Jika anda telah menyediakan beberapa bahagian daripada kelas yang sama dalam Canvas, apabila anda melihat Buku Gred anda di Edpuzzle, semua pelajar akan muncul seolah-olah mereka berada dalam kelas yang sama. Ini kerana kami tidak mempunyai ciri Bahagian pada Edpuzzle, tetapi jangan risau – bahagian dan buku gred anda dalam Canvas masih akan berfungsi dengan sempurna!
Ciri Canvas Yang Tidak Tersedia Dengan Integrasi Edpuzzle
Beberapa ciri adalah tidak disokong dengan Integrasi Canvas Edpuzzle. Ini termasuk:
-
- Penggred laju. Anda masih boleh menyemak dengan mudah jawapan pelajar anda dengan pergi ke tugasan dan klik pada "X jawapan untuk digredkan."
- Mengguna semula, mengklon atau mengimport kelas atau tugasan sebelumnya. Untuk kelas dan tugasan Edpuzzle, ciri ini tidak tersedia buat masa ini.
Sebarang pertanyaan? Hubungi kami di support@edpuzzle.com
-
-
Menggunakan Edpuzzle Dengan Schoology
Manfaatkan integrasi lancar Edpuzzle dengan Schoology untuk memastikan semua pelajaran dan gred video anda berada di tempat yang sama!
Cara Mengintegrasikan Edpuzzle Pada Schoology
Integrasikan Schoology dan Edpuzzle dengan sendiri dengan mengikut langkah yang diberikan dalam artikel ini atau majukannya kepada pentadbir IT anda untuk memasang integrasi tersebut untuk seluruh sekolah atau daerah anda.
Begini cara memasang apl Edpuzzle:
Untuk pentadbir IT:
-
- Log masuk ke Schoology dan klik pada pusat aplikasi (ikon berada di bar menu atas dengan empat petak).
- Skrol ke bawah dan klik pada Edpuzzle, yang akan membuka halaman baharu.
- Klik pada butang "Pasang LTI" yang berwarna biru dan pilih "Saya setuju" dari tetingkap timbul.
- Pilih "Tambah ke Organisasi."
- Ini akan membuka halaman baharu. Klik pada "Konfigurasikan."
- Kini anda memerlukan dua maklumat: kunci pengguna dan rahsia kongsi. Untuk mencari maklumat ini, buka tab atau tetingkap baharu dan log masuk atau daftar dengan Edpuzzle (lihat artikel kami tentang cara membuat akaun).
- Klik pada ikon profil bulat anda di penjuru kanan sebelah atas, pilih nama anda daripada menu ke bawah untuk pergi ke profil anda, kemudian klik pada tab "Sekolah".
- Dalam menu ke bawah LMS pada bahagian bawah halaman, pilih Schoology.
- Salin kunci pengguna dan rahsia kongsi anda.
- Masukkan maklumat tersebut semula ke dalam Schoology apabila diminta.
- Sekarang klik butang "Pasang/Alih Keluar", pilih "Semua Kursus" dan semak juga "Pentadbir kursus sahaja." Kemudian klik butang "Serah".
Untuk guru:
-
- Log masuk ke Schoology dan klik pada pusat aplikasi (ikon berada di bar menu atas dengan empat petak).
- Skroll ke bawah dan klik pada Edpuzzle, yang akan membuka halaman baharu.
- Klik pada butang "Pasang LTI" yang berwarna biru dan pilih "Saya setuju" daripada tetingkap timbul.
- Nyahpilih "Tambah ke halaman utama saya" dan pilih kursus yang anda ingin tambahkan Edpuzzle serta pilihan "Pentadbir kursus sahaja" di bawah setiap kursus. Klik "Pasang."
- Kini anda memerlukan dua maklumat: kunci pengguna dan rahsia kongsi. Untuk mencari maklumat ini, buka tab atau tetingkap baharu dan log masuk atau daftar dengan Edpuzzle (lihat artikel kami tentang cara membuat akaun).
- Klik pada ikon profil bulat anda di penjuru kanan sebelah atas, pilih nama anda daripada menu ke bawah untuk pergi ke profil anda, kemudian klik pada tab "Sekolah".
- Dalam menu lke bawah LMS pada bahagian bawah halaman, pilih Schoology.
- Salin kunci pengguna dan rahsia kongsi anda.
- Kembali ke Schoology.
- Buka kursus anda dan klik pada "Pilihan Kursus," kemudian pilih "Sediaan Alatan Luar." Klik pada alatan luar Edpuzzle. Tetingkap timbul akan terbuka dan membolehkan anda memasukkan kunci pengguna dan rahsia kongsi, kemudian klik "Serah."
Cara Menugaskan Video Pelajaran Dalam Schoology
-
- Pergi ke "Kursus" dan pilih kursus yang anda ingin berikan video pelajaran.
- Klik pada "Bahan" di menu yang terletak di sebelah kiri halaman anda.
- Dalam menu ke bawah "Tambah Bahan", dan pilih "Edpuzzle."
- Ini akan membuka tetingkap timbul yang menunjukkan kolek "Kandungan Saya" milik anda di Edpuzzle (atau meminta anda untuk log masuk jika anda belum berbuat demikian).
- Pilih video pelajaran anda dengan mengklik pada imej kecil video, kemudian butang "Seterusnya" yang berwarna biru.
- Pada skrin seterusnya, pilih sama ada anda mahu mengelakkan langkau atau menghidupkan kapsyen tertutup menggunakan suis togol di sebelah setiap pilihan.
- Klik butang "Tugaskan" yang berwarna biru, ia akan mengembalikan anda ke halaman "Bahan".
- Sekarang klik pada ikon berbentuk gear di sebelah kanan tugasan yang baru anda buat dan pilih "Edit."
- Tandakan kotak "Hidupkan Penggredan" dalam tetingkap timbul, pilih kategori untuk gred anda (iaitu kerja rumah) dan klik butang "Simpan Perubahan" yang berwarna biru. Anda boleh memilih untuk tetapkan tarikh akhir pada saat ini. (Nota: JANGAN masukkan kunci pengguna dan rahsia kongsi dalam tetingkap ini kerana ia akan menyebabkan ralat untuk pelajar anda.)
- Kini videp pelajaran anda sudah sedia untuk pelajar anda dalam Schoology! Pelajar anda akan mula muncul pada tugasan Edpuzzle dan senarai kelas anda apabila mereka mengakses pautan tugasan Edpuzzle pertama mereka.
Paling penting, sebaik sahaja pelajar meyelesaikan video pelajaran, gred mereka akan disegerakkan secara automatik dengan Schoology!
Nota: Jika anda seorang guru yang menggunakan aplikasi Schoology, sila ambil perhatian bahawa anda tidak akan dapat melihat video pelajaran menggunakan peranti mudah alih. Walau bagaimanapun, anda boleh melihatnya dengan tablet.
Bagaimana Cara Untuk Pelajar Menggunakan Edpuzzle Melalui Schoology
Pelajar anda akan dapat log masuk ke akaun Schoology mereka dan melengkapkan video pelajaran Edpuzzle anda terus dari sana! Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diingat bergantung pada peranti yang mereka gunakan:
-
- Untuk komputer riba/peribadi: Pelajar hanya perlu log masuk ke Schoology dan klik pada tugasan untuk melihat video pelajaran anda.
- Untuk tablet: Pelajar perlu menggunakan aplikasi Schoology untuk melihat video pelajaran anda.
- Untuk peranti mudah alih (telefon bimbit): Pelajar perlu menggunakan kedua-dua aplikasi Schoology dan Edpuzzle. Apabila mereka menonton video pelajaran melalui aplikasi Schoology, mereka akan mendapat tetingkap timbul yang meminta mereka memuat turun aplikasi Edpuzzle jika mereka belum berbuat demikian, aatau jika mereka telah memuat turun aplikasi Edpuzzle, mereka akan diminta untuk membuka video dalam aplikasi tersebut. Apabila mereka sudah selesai, mereka boleh kembali ke aplikasi Schoology.
Menyelesaikan masalah Integrasi Edpuzzle Pada Schoology
Berikut adalah beberapa isu biasa yang mungkin timbul semasa anda menggunakan integrasi Edpuzzle dengan Schoology dan cara menyelesaikannya.
- Kelas terpaut. Jika anda mengajar kelas yang sama dan memecahkannya kepada beberapa bahagian/tempoh, anda boleh menggunakan kelas terpaut di Schoology. Harap maklum bahawa jika anda melihat pelajar anda dalam Edpuzzle, mereka semua akan muncul dalam satu kelas yang besar dan bukannya dalam kelas terpaut anda yang berasingan (namun, gred anda akan diisih dengan betul dalam Schoology, jadi jangan risau).
- Selain itu, anda TIDAK boleh menggunakan menu ke bawah "Bahagian" dalam Schoology untuk memilih bahagian kelas anda yang berbeza. Jika anda secara tidak sengaja menggunakan menu ke bawah dan klik pada bahagian lain, ini akan mencipta kelas Edpuzzle yang baharu, ia akan menghasilkan ralat untuk anda dan pelajar anda. Jika ini berlaku, ikut langkah dalam artikel ini untuk memadamkan kelas pendua (versi kelas yang tidak mempunyai tugasan yang disenaraikan).
- Pelajar diminta untuk mengesahkan alamat e-mel mereka. Apabila anda menyediakan integrasi Edpuzzle, jika anda tidak mengklik pada butang "Pentadbir kursus sahaja" (lihat Bahagian I, Untuk guru, langkah 4), pelajar anda akan diminta untuk mengesahkan semula alamat e-mel mereka. Anda perlu kembali dan ulang proses integrasi, kali ini pastikan anda memilih kotak pilihan untuk "Pentadbir kursus sahaja."
- Anda boleh melihat gred pelajar anda, tetapi bukan nama mereka pada senarai tugasan anda. Ini boleh berlaku jika terdapat ralat konfigurasi pada integrasi antara Edpuzzle dan Schoology.
- Pastikan anda telah memasang integrasi Edpuzzle dengan betul (lihat Bahagian I). Semak bahawa tetapan "Privasi" ditetapkan kepada "Hantar Nama dan E-mel/Nama Pengguna yang melancarkan alatan ini". Selain itu, sila pastikan anda memberikan tugasan dengan betul (lihat Bahagian II).
- Pastikan medan "Kunci Pengguna" dan "Rahsia kongsi" kosong semasa mengedit tugasan (lihat Bahagian II). Jika medan perlu dikosongkan, sahkan bahawa medan tersebut kosong sebelum pelajar mengakses tugasan semula. Pelajar perlu mengakses tugasan yang baru diedit untuk nama yang akan dieksport ke Edpuzzle.
- Pelajar melihat ralat "Op! Nampaknya terdapat beberapa isu konfigurasi. Minta nasihat Pentadbir IT anda". Ini boleh datang dari dua masalah yang berbeza:
- Jika anda menggunakan kelas terpaut dan ralat hanya muncul untuk beberapa kelas: semak titik tumpu pertama bahagian penyelesaian masalah ini.
- Jika anda tidak menggunakan kelas terpaut dan ralat muncul untuk semua pelajar: pastikan medan "Kunci Pengguna" dan "Rahsia Dikongsi" kosong semasa mengedit tugasan (lihat Bahagian II).
- Di manakah saya boleh mencari projek pelajar? Pada masa ini, ciri projek pelajar tidak tersedia untuk integrasi Schoology.
- Mengguna semula, mengklon atau mengimport kelas atau tugasan sebelumnya. Untuk kelas dan tugasan Edpuzzle, ciri ini tidak tersedia pada masa ini.
Sebarang pertanyaan? Hubungi kami di support@edpuzzle.com.
-
-
Menggunakan Edpuzzle Dengan Moodle
Simpan semua pelajaran dan gred video anda di tempat yang sama dengan integrasi lancar antara Edpuzzle dan Moodle.
Sediakan integrasi dengan sendiri dan ikut langkah yang diberikan dalam artikel ini atau majukannya kepada pentadbir IT atau pekerja sokongan teknologi anda bagi memasang integrasi untuk seluruh sekolah atau daerah anda!
I. Cara Mengintegrasikan Edpuzzle Dengan Moodle
Ikuti langkah ini untuk Mengintegrasikan Edpuzzle dengan Moodle:
-
- Log masuk ke Moodle dan klik pada tab "Pentadbiran tapak".
- Klik pada tab "Palam".
- Skrol ke bawah dan pilih "Urus alatan" (di bawah "Alatan luar").
- Dalam bahagian "Tambah alatan", klik pada hiperpautan "konfigurasikan alatan secara manual."
- Pada skrin "Konfigurasi alatan luar", isikan medan untuk "Nama alatan" (Edpuzzle), "URL Alatan" (https://lticonfig.edpuzzle.com/moodle/admin_config.xml), "Kunci pengguna" dan " Rahsia kongsi.” (Kunci pengguna dan rahsia kongsi boleh didapati di tab Sekolah dalam profil anda di Edpuzzle.)
- Untuk medan "Penggunaan konfigurasi alatan", pilih pilihan ketiga: "Tunjukkan dalam pemilih aktiviti dan sebagai alat prakonfigurasi."
- Untuk medan "Bekas pelancaran lalai", pilih "Masukkan, tanpa sekatan" dan pastikan anda menanda kotak untuk "Mesej Item Kandungan".
- Kembangkan bahagian "Privasi" dan pilih "Sentiasa" pada medan "Kongsi nama pelancar dengan alatan", "Kongsi e-mel pelancar dengan alatan" dan "Terima gred daripada alatan".
- Kemudian, pastikan anda menandakan kotak "SSL Paksa
- Klik pada butang "Simpan perubahan" yang berwarna biru.
- Kini Edpuzzle akan muncul di dalam alatan anda!
II. Cara Menugaskan Video Pelajaran di Moodle
Setelah anda mengintegrasikan Edpuzzle, anda perlu mengikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan edpuzzle dalam Moodle:
-
- Jika anda belum berbuat demikian, pastikan anda telah menghidupkan "mod Edit" menggunakan suis togol di bahagian atas halaman anda.
- Cari kelas yang anda ingin tetapkan video pelajaran dan klik "+ Tambah aktiviti atau sumber."
- Daripada tetingkap timbul, pilih Edpuzzle.
- Pada skrin seterusnya, klik pada butang "Pilih kandungan" yang berwarna kelabu.
- Jika ini kali pertama anda membuat tugasan menggunakan integrasi ini, anda akan diminta untuk log masuk ke dalam akaun Edpuzzle anda dan membuat kelas baharu. Isikan butiran kelas dan kemudian klik butang "Buat kelas" di bahagian atas tetingkap.
- Pada skrin seterusnya, anda akan melihat koleksi Kandungan Saya anda. Pilih video pelajaran anda dengan mengklik pada imej kecil video, kemudian pada butang "Seterusnya" yang berwarna biru.
- Pada skrin berikutnya, pilih sama ada anda mahu mencegah langkau atau menghidupkan kapsyen tertutup menggunakan suis togol di sebelah setiap pilihan.
- Klik butang "Tugaskan" yang berwarna biru untuk mengesahkan pilihan anda dan menutup tetingkap timbul.
- Kembangkan bahagian Privasi dan pastikan kotak untuk setiap pilihan ini ditanda: "Kongsi nama pelancar dengan alatan", "Kongsi e-mel pelancar dengan alaant" dan "Terima gred daripada alatan".
- Pilih sama ada untuk "Simpan dan kembali ke kursus" atau "Simpan dan paparkan."
- Sekarang video pelajaran vnda akan muncul untuk kelas anda di Moodle dan gred anda akan disegerakkan secara automatik!
-
-
Menggunakan Edpuzzle Dengan Blackboard
Manfaatkan integrasi Edpuzzle dengan Blackboard supaya pelajar anda boleh menonton dan melengkapkan edpuzzle mereka terus daripada LMS anda dan gred akan disegerakkan secara automatik!
I. Cara Mengintegrasikan Edpuzzle Dengan Blackboard
Cuma minta Pentadbir IT anda mengikuti langkah-langkah ini untuk menyediakan Edpuzzle bagi seluruh sekolah atau daerah anda:
-
- Log masuk ke Blackboard dan pergi ke "Panel Pentadbir."
- Klik pada "Daftar Domain Penyedia" di bawah "Penyedia Alat LTI."
- Dalam medan "Domain Penyedia", taip "edpuzzle.com."
- Dalam medan "Konfigurasi Lalai", pilih "Tetapkan secara global."
- Masukkan Kunci Penyedia Alatan dan Rahsia Penyedia Alatan yang diberikan kepada anda oleh Edpuzzle. (Boleh juga ditemui dalam tab " Sekolah " pada profil anda di Edpuzzle.)
- Di bawah "Polisi Institusi", pilih "Hantar data pengguna melalui sebarang sambungan" dan tandakan ketiga-tiga kotak semakan ("Peranan dalam Kursus," "Nama," dan "Alamat E-mel") di bawah "Medan Pengguna untuk Dihantar."
- Klik butang "Serah" yang berwarna hitam.
- Di bawah "TOOL/PROVIDER", pilih kotak di sebelah "edpuzzle.com."
- Daripada menu ke bawah, pilih "Uruskan Penempatan."
- Klik butang "Buat Penempatan".
- Dalam medan "Label", taip "Edpuzzle."
- Dalam medan "Kendalian", taip "Edpuzzle."
- Dalam medan "Jenis", pilih "Alatan kandungan kursus" dan tandakan kotak di sebelah "Membenarkan penggredan."
- Dalam "URL Penyedia Alat", taip https://edpuzzle.com/lti/assignments/launch
- Semak dan pastikan Kunci Penyedia Alatan dan Rahsia Penyedia Alatan adalah betul.
- Klik butang "Serah" yang berwarna hitam untuk melengkapkan proses persediaan.
Nota: Sila pastikan anda telah menghidupkan penggredan untuk pembekal Alat LTI dengan memilih: Penyedia Alat LTI > Urus Sifat Global > Hidupkan penggredan.
II. Cara Menugaskan Video Pelajaran di Blackboard
Untuk guru , apabila anda ingin menetapkan edpuzzle pertama anda daripada Blackboard , berikut adalah langkah untuk melakukannya!
-
- Log masuk ke Blackboard dan pilih kelas yang anda ingin tetapkan edpuzzle.
- Klik pada tab "Bina Kandungan".
- Pilih "Edpuzzle" daripada menu ke bawah.
- Dalam medan "Nama", taipkan nama untuk tugasan anda.
- Di bawah "PENGREDAN", taipkan bilangan maksimum mata dalam medan "Markah" (iaitu 100, 10, dsb.).
- Tentukan sama ada anda ingin menetapkan tarikh akhir, dan kemudian klik pada butang "Serah" yang berwarna hitam.
- Sekarang, anda akan melihat nama tugasan anda – klik padanya.
- Ini akan membuka Edpuzzle dalam Blackboard di mana anda akan melihat semua kandungan anda. Klik pada video pelajaran yang ingin anda tetapkan.
- Klik butang "Tugaskan" yang berwarna biru, tentukan sama ada anda mahu mencegah langkau atau menghidupkan kapsyen tertutup, dan kemudian klik butang "Tugaskan" yang berwarna biru untuk mengesahkan.
- Selepas tugasan diterbitkan, klik elipsis (...) di sebelah kanan siaran tugasan dan pilih "Edit" daripada menu lungsur yang muncul.
- Pastikan pilihan "Buat entri buku gred untuk item ini" ditandakan. Ini akan membolehkan gred disegerakkan daripada Edpuzzle ke Blackboard.
- Klik butang "Simpan" untuk mengesahkan tetapan tugasan anda.
- Sekarang edpuzzle anda akan muncul untuk pelajar anda terus dari dalam Blackboard!
-
-
Menggunakan Edpuzzle Dengan PowerSchool
Apabila anda mengintegrasikan Edpuzzle dengan PowerSchool, guru akan dapat memberikan video pelajaran untuk dilengkapkan oleh pelajar, semuanya dari dalam PowerSchool!
Cara Mengintegrasikan Edpuzzle Dengan PowerSchool
Anda perlu meminta Pentadbir IT anda menyediakan integrasi untuk seluruh sekolah atau daerah anda dengan mengikut langkah berikut:
-
- Log masuk ke PowerSchool dan pergi ke "Kawalan Domain."
- Klik pada tab "Aplikasi".
- Pilih “Alatan LTI” daripada menu.
- Klik pada "+ Tambah Alat LTI."
- Taipkan "Edpuzzle" untuk nama konfigurasi.
- Dalam medan "Hos", masukkan: https://edpuzzle.com/lti/assignments/launch
- Masukkan Kunci Konfigurasi dan Rahsia Dikongsi (cari ini dalam tab "Sekolah" profil anda di Edpuzzle).
- Tandakan kotak "Privasi" yang menyatakan "Kongsi nama dan alamat e-mel dengan alatan."
- Klik "Simpan."
- Jika alatan itu dilumpuhkan, klik pada "Urus Alatan" dan pilih "Hidupkan."
Cara Menugaskan Video Pelajaran di PowerSchool
Untuk guru, apabila anda ingin membuat tugasan Edpuzzle di PowerSchool , ikut langkah berikut:
-
- Log masuk ke PowerSchool dan klik pada kelas yang anda ingin tetapkan edpuzzle.
- Pilih "Aktiviti" daripada bar menu berwarna putih dan pilih "LTI & SCORM" daripada menu ke bawah.
- Klik pada butang "+ Tambah Tugasan", yang akan membuka tetingkap timbul.
- Klik pada "Edpuzzle."
- Masukkan tajuk untuk tugasan anda, kemudian klik "Simpan & Konfigurasikan."
- Klik pada edpuzzle yang ingin anda tetapkan.
- Apabila anda telah memutuskan sama ada anda ingin mencegah langkau atau menghidupkan kapsyen tertutup, klik pada butang "Serah" yang berwarna biru.
- Dalam bar menu ke bawah, klik pada butang "Terbitkan".
- Tetingkap timbul baharu akan dibuka di mana anda boleh memilih tarikh mula dan tarikh akhir tugasan anda, membenarkan penyerahan lewat, mencipta entri buku gred, memilih lokasi tugasan pada halaman anda dan juga cara anda mahu memaparkan tugasan (dalam pautan atau tertanam dalam LMS anda).
- Klik "Selesai."
Kini pelajar anda boleh melihat dan menyelesaikan tugasan Edpuzzle anda terus dari dalam PowerSchool! Setelah pelajar anda menyelesaikan tugasan mereka dan anda telah selesai menyemak semua jawapan mereka, anda boleh masukkan gred dalam entri yang berkaitan dengan gred PowerSchool anda.
Perlukan bantuan dengan sesuatu? Hubungi kami di support@edpuzzle.com.
-
-
Menggunakan Edpuzzle Dengan Blackbaud
Integrasikan Edpuzzle dengan LMS anda supaya guru boleh menetapkan video pelajaran untuk diselesaikan terus oleh pelajar dari dalam Blackbaud!
Cara Mengintegrasikan Edpuzzle Dengan Blackbaud
Anda perlu meminta Pentadbir IT anda untuk menyediakan pengintegrasian bagi seluruh sekolah atau daerah anda. (Jika mereka memerlukan sebarang bantuan, mereka boleh menghubungi kami di alamat e-mel yang disenaraikan di bahagian bawah artikel ini.) Untuk berbuat demikian, mereka perlu mengikuti langkah berikut:
-
- Daripada menu atas, pilih "Teras" kemudian "Tetapan" (dengan ikon gear), kemudian "Tetapan integrasi" dan akhir sekali pilih tab "Alatan pembelajaran".
- Klik pada butang "+ Tambah Penyedia" di sebelah kanan, yang akan membuka tetingkap timbul.
- Daripada menu ke bawah "Jenis Penyedia", pilih "Penyedia Lain."
- Pilih "alat LTI 1.1"
- Masukkan "Edpuzzle" sebagai Nama Pembekal.
- Di bawah "Maklumat sambungan", pilih "Tetap."
- Dalam medan "Lancarkan URL ", taipkan URL ini: https://edpuzzle.com/lti/assignments/launch .
- Cari "Kunci Pengguna" dan "Rahsia Dikongsi" dalam profil Edpuzzle anda di bawah tab "Sekolah". Masukkan maklumat ini dalam medan yang sepadan dalam tetingkap persediaan pembekal dalam Blackbaud.
- Klik butang "Simpan".
Cara Menugaskan Video Pelajaran pada Blackbaud
Untuk guru, apabila anda ingin membuat tugasan Edpuzzle di Blackbaud , ikut langkah berikut:
-
- Log masuk ke dalam Blackbaud dan pilih kelas yang anda ingin masukkan Edpuzzle.
- Pilih tab "Tugasan", kemudian klik pada butang "+ Tugasan" dalam menu di sebelah kanan.
- Ini akan membuka tetingkap timbul. Berikan tugasan anda tajuk dan penerangan (pilihan), dan kemudian pilih jenis tugasan anda daripada menu ke bawah "Jenis".
- Pilih "Edpuzzle" daripada menu ke bawah "Alatan Pembelajaran", dan klik pada butang "Simpan" yang berwarna biru yang akan menutup tetingkap timbul.
- Sekarang klik pada tugasan Edpuzzle baharu anda di bawah "Kerja Kursus."
- Pada skrin seterusnya, klik butang "Lancarkan", yang akan membuka Edpuzzle.
- Klik pada video pelajaran pilihan anda, dan kemudian klik pada butang "Tugaskan" yang berwarna biru.
Kini pelajar anda boleh melihat dan menyelesaikan tugasan Edpuzzle anda terus dari Blackbaud !
Setelah pelajar anda menyelesaikan tugasan mereka dan anda telah menyemak semua jawapan mereka, anda boleh masukkan gred pada entri yang berkaitan dalam buku gred Blackbaud anda.
-
-
Menggunakan Edpuzzle dengan D2L Brightspace
Apabila anda mengintegrasikan Edpuzzle dengan D2L Brightspace, guru akan dapat menugaskan video pelajaran untuk pelajar selesaikan, terus dari dalam D2L Brightspace!
Bagaimana cara untuk mengintegrasikan Edpuzzle dengan D2L Brightspace
Guru perlu meminta pentadbir IT mereka untuk menyediakan integrasi kepada seluruh sekolah atau daerah anda dengan mengikut langkah-langkah berikut:
-
- Dari akaun pentadbir Brightspace anda, klik pada ikon gear di penjuru kanan sebelah atas skrin bagi mengakses Tetapan anda.
- Pilih "Pemalam Jauh" daripada senarai ke bawah yang muncul.
- Klik butang "Pemalam Jauh Baharu" di bahagian atas halaman.
- Dalam menu ke bawah Jenis Pemalam, pilih "Pautan Pantas (CIM)". Kemudian tetapkan Lebar kepada "800" dan Ketinggian kepada "750".
- Dalam medan Nama, taip "Edpuzzle".
- Dalam medan URL Titik Pelancaran, masukkan yang berikut: https://edpuzzle.com/lti/assignments/create
- Masukkan Kunci Pengguna anda dalam medan Kunci LTI dan Rahsia Dikongsi dalam medan Rahsia LTI. Untuk mencari kod ini, buka tab atau tetingkap baharu dan log masuk atau daftar ke Edpuzzle (lihat artikel kami tentang cara membuat akaun, jika perlu). Klik pada ikon profil bulat anda di penjuru kanan sebelah atas, pilih nama anda daripada menu ke bawah untuk pergi ke profil anda, kemudian klik pada tab "Sekolah". Dalam menu ke bawah LMS di bahagian bawah halaman, pilih D2L Brightspace. Kemudian, salin dan tampal kod ke dalam medan yang sesuai dalam Brightspace.
- Dalam menu ke bawah Kaedah Tandatangan OAuth, pilih "HMAC-SHA1".
- Dalam medan URL Ikon Kecil, masukkan yang berikut: https://edpuzzle.imgix.net/favicons/favicon-32.png
- Klik butang "Tambah Unit Org" dan tandakan setiap unit yang anda ingin sediakan untuk Edpuzzle, kemudian klik butang "Sisipkan" untuk mengesahkan pilihan anda.
- Klik butang "Simpan" di bahagian bawah halaman untuk menyelesaikan konfigurasi Pemalam Jauh.
Selepas mengkonfigurasi Pemalam Jauh Edpuzzle, anda perlu mengkonfigurasi tetapan Keselamatan untuk Pembekal Alatan Edpuzzle:
-
- Dari akaun pentadbir Brightspace anda, klik pada ikon gear di penjuru kanan sebelah atas skrin anda untuk mengakses Tetapan anda.
- Pilih "Alatan Pembelajaran Luaran" dari senarai ke bawah yang muncul.
- Pilih "Urus Penyedia Alatan".
- Klik pada Titik Pelancaran Edpuzzle.
- Skrol ke bawah untuk mencari bahagian Tetapan Keselamatan dan pastikan anda mendayakan yang berikut:
-
- Hantar maklumat pengguna alatan kepada pembekal alatan
- Hantar maklumat konteks kepada pembekal alatan
- Hantar ID pengguna LTI dan senarai peranan LTI kepada pembekal alatan
- Hantar nama pengguna kepada pembekal alatan
-
- Klik "Simpan dan tutup" untuk memuktamadkan tetapan.
Menambah Edpuzzle pada bar navigasi (Navbar) kursus
Menambah Alatan Pembelajaran Edpuzzle pada palang navigasi kursus akan membolehkan guru melihat tugasan Edpuzzle dengan mudah dan menjejak perkembangan pelajar, semuanya dari dalam Brightspace. Ini adalah proses dua bahagian. Bahagian pertama mesti dilengkapkan oleh pentadbir IT, dan bahagian kedua oleh setiap guru.
Untuk Pentadbir IT:
-
- Dari akaun pentadbir Brightspace anda, klik pada ikon gear di penjuru kanan sebelah atas skrin untuk mengakses Tetapan anda.
- Pilih "Pemalam Jauh" daripada senarai ke bawah yang muncul.
- Klik butang "Pemalam Jauh Baharu" di bahagian atas halaman.
- Dalam menu ke bawah Jenis Pemalam, pilih "Navbar". Kemudian, dalam menu ke bawah Sasaran, pilih "Bingkai Sama".
- Dalam medan Nama, taip "Edpuzzle".
- Dalam medan URL Titik Pelancaran, masukkan yang berikut: https://edpuzzle.com/lti/courses/launch
- Masukkan Kunci Pengguna anda dalam medan Kunci LTI dan Rahsia Dikongsi dalam medan Rahsia LTI. Anda akan menggunakan kod yang sama seperti yang anda gunakan untuk konfigurasi integrasi. (Lihat Langkah 7 di atas.)
- Dalam menu ke bawah Kaedah Tandatangan OAuth, pilih "HMAC-SHA1".
- Dalam medan URL Ikon, masukkan yang berikut: https://edpuzzle.imgix.net/favicons/favicon-32.png
- Klik butang "Tambah Unit Org" dan tandakan setiap unit yang anda ingin sediakan untuk Edpuzzle, kemudian klik butang "Sisipkan" untuk mengesahkan pilihan anda.
- Klik butang "Simpan" di bahagian bawah halaman untuk menyelesaikan konfigurasi Pemalam Jauh.
Selepas mengkonfigurasi Pemalam Jauh Edpuzzle untuk Palang Navigasi kursus, anda perlu mengkonfigurasi tetapan Keselamatan untuk Pembekal Alatan Edpuzzle:
-
- Dari akaun pentadbir Brightspace anda, klik pada ikon gear di penjuru kanan sebelah atas skrin anda untuk mengakses Tetapan anda.
- Pilih "Alatan Pembelajaran Luaran" daripada senarai kei bawah yang muncul.
- Pilih "Urus Penyedia Alatan".
- Klik pada Titik Pelancaran Edpuzzle.
- Skrol ke bawah untuk mencari bahagian Tetapan Keselamatan dan pastikan anda mendayakan yang berikut:
-
- Hantar maklumat pengguna alat kepada pembekal alatan
- Hantar maklumat konteks kepada pembekal alatan
- Hantar ID pengguna LTI dan senarai peranan LTI kepada pembekal alatan
-
- Klik "Simpan dan tutup" untuk memuktamadkan tetapan.
Untuk Guru
Untuk Palang Navigasi (Navbar) setiap kursus yang anda ingin sertakan Alatan Pembelajaran Edpuzzle, lengkapkan langkah berikut:
-
- Pilih kelas daripada halaman utama Brightspace anda.
- Gerakkan tetikus anda di atas NavbarClick anda dan klik elipsis (...) yang muncul di sebelah kanan.
- Pilih "Edit Navbar ini" daripada menu lungsur yang muncul.
- Dalam bahagian Pautan, klik butang "Tambah Pautan".
- Gunakan bar carian dalam tetingkap timbul untuk mencari "Edpuzzle" dan pilihnya.
- Klik butang "Tambah" untuk mengesahkan pilihan anda.
- Anda boleh sahaja menyusun semula pautan dalam Navbar anda dengan menyeret dan melepaskannya ke urutan pilihan anda dalam bahagian Pautan. Jika anda akan menggunakan Edpuzzle dengan kerap, ini akan menjadikan Alatan Pembelajaran lebih mudah diakses!
- Klik "Simpan dan tutup" untuk memuktamadkan tetapan.
Bagaimana cara untuk menetapkan video pelajaran Edpuzzle di dalam D2L Brightspace
-
- Pilih kelas yang anda ingin tugaskan video pelajaran Edpuzzle dari halaman utama Brightspace anda.
- Klik pada "Tugasan" dalam Navbar di bahagian atas halaman anda.
- Klik butang "Tugasan Baharu".
- Namakan tugasan anda dan tetapkan nilai mata dalam medan "Markah Daripada".
-
- Jika medan "Markah Daripada" ditetapkan kepada "Tidak Disemak", kami tidak akan dapat menyegerakkan gred pelajar daripada Edpuzzle ke buku gred Brightspace anda.
-
- Dalam bahagian Arahan, klik pada imej pautan untuk menambah Pautan Pantas.
- Skrol ke bawah di bahagian "Pihak Ketiga" pada tetingkap timbul dan pilih "Edpuzzle".
- Anda kemudiannya akan melihat koleksi Kandungan Saya di Edpuzzle anda.
-
- Jika ini kali pertama anda membuat tugasan menggunakan integrasi ini, anda pada mulanya akan diminta untuk log masuk ke akaun Edpuzzle anda dan kemudian mencipta kelas baharu. Log masuk menggunakan akses Edpuzzle anda dan isikan medan yang diperlukan untuk kelas yang diminta, kemudian klik "Cipta kelas" untuk teruskan.
-
- Pilih video pelajaran anda dengan mengklik pada imej kecil video, kemudian pada butang "Seterusnya" yang berwarna biru.
- Pada skrin seterusnya, pilih sama ada anda mahu mencegah langkau atau menghidupkan kapsyen tertutup menggunakan suis togol di sebelah setiap pilihan.
- Klik butang "Tugaskan" berwarna yang biru, yang akan membawa anda kembali ke halaman penciptaan tugasan di mana anda akan melihat pautan ke video pelajaran Edpuzzle muncul dalam medan Arahan.
- Klik "Simpan dan tutup" untuk menyiarkan tugasan anda.
Bagaimana pelajar boleh menggunakan Edpuzzle melalui D2L Brightspace
Pelajar anda akan dapat log masuk ke akaun D2L Brightspace mereka dan melengkapkan video pelajaran Edpuzzle anda terus dari sana. Apabila mereka mengklik pada pautan tugasan Edpuzzle, video akan dibuka dalam tab baharu, sedia untuk dimainkan (tidak perlu pelajar membuat atau log masuk ke akaun Edpuzzle). Selepas pelajar menamatkan video pelajaran, mereka boleh menutup tab tersebut dan kembali ke papan pemuka Brightspace mereka.
Semua perkembangan pelajar seharusnya disegerakkan secara automatik ke buku gred Brightspace anda!
-
-
Penyelesaian masalah LMS
Dalam artikel ini, anda akan menemui beberapa penyelesaian masalah asas untuk membantu anda menangani beberapa isu yang paling biasa terjadi apabila menggunakan Edpuzzle dengan LMS.
I. Saya tidak boleh log masuk dan saya menggunakan Safari
Safari mempunyai ciri yang dipanggil "Cegah penjejakan merentas tapak." Ciri ini menghalang LMS daripada dapat menyambung ke Edpuzzle dan boleh menghasil beberapa ralat termasuk masalah tidak dapat log masuk.
Jika anda menggunakan Safari di Macbook:
- Buka Safari.
- Di bar atas, klik pada "Safari" dan kemudian pada "Keutamaan..."
- Dalam tetingkap baharu, pergi ke tab "Privasi".
- Nyahtanda pilihan "Cegah penjejakan merentas tapak".
- Log keluar daripada LMS anda dan tutup Safari.
- Buka Safari sekali lagi dan log masuk ke dalam LMS anda.
Jika anda menggunakan iPhone atau iPad:
- Pergi ke aplikasi "Tetapan".
- Skrol ke bawah dan cari Safari. Klik pada Safari.
- Cari bahagian "Privasi & Keselamatan".
- Matikan pilihan "Cegah penjejakan merentas tapak".
II. Saya tidak boleh log masuk dan saya tidak menggunakan Safari ATAU penyelesaian I tidak berfungsi
Mula-mula, muat semula laman web. Jika ia masih tidak berfungsi, kembali semula ke halaman utama kelas LMS anda dan cuba akses tugasan itu sekali lagi.
Akhir sekali, sila pastikan bahawa kuki dan tetingkap timbul dibenarkan pada laman web dengan mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan di sini: Saya tidak boleh log masuk / mendaftar.
III. Saya ada isu lain
Sila semak bahagian penyelesaian masalah untuk LMS anda:
Jika ralat yang anda alami tidak disenaraikan di sini atau anda memerlukan sebarang bantuan lanjut, sila hubungi kami di support@edpuzzle.com.
-
Bagaimanakah cara saya mengeksport gred ke LMS saya?
Dengan Edpuzzle, mengimport gred bagi tugasan adalah mudah. Malah, ia hampir automatik!
Untuk Google Classroom, Microsoft Teams, Canvas, Schoology, Moodle, dan D2L Brightspace:
Gred dieksport secara automatik untuk semua tugasan yang anda buat terus daripada LMS anda. Hanya klik pada kursus dan pergi ke buku gred.
Apabila anda berada di ruangan buku gred LMS anda, tanda sempang atau ruang putih memberi maksud pelajar tersebut masih belum menyelesaikan tugasan yang diberikan. Jawapan terbuka akan dikira sebagai "0" sehingga anda menyemaknya.
Gred pada Edpuzzle berjulat dari 0-100. Walau bagaimanapun, pada LMS anda, anda boleh mengkonfigurasi bilangan mata yang anda mahu berikan pada setiap tugasan dan buku gred akan membuat penukaran secara automatik.
Anda juga boleh menukar gred pelajar anda secara manual dalam buku gred, tetapi perubahan tersebut tidak akan kelihatan pada Edpuzzle.
Untuk mengeksport gred ke LMS anda secara manual:
-
- Pilih kelas yang anda ingin eksport gred daripada senarai ke bawah "Kelas Saya" dalam menu di sebelah kiri halaman anda.
- Pilih tugasan yang anda ingin eksport grednya.
- Klik elipsis (...) di bahagian atas halaman dan pilih "Eksport gred ke LMS" daripada menu ke bawah.
Jika anda perlu memuat turun gred dalam fail CSV daripada Edpuzzle, lihat artikel ini.
-