Bagaimanakah cara saya berkongsi tugasan dalam Mesyuarat Microsoft Teams?

Untuk pembelajaran jarak jauh atau hibrid, anda mungkin ingin hadir dan berada bersama pelajar semasa sedang berusaha untuk menyelesaikan video pelajaran mereka. Anda boleh lakukan ini dengan mudah dengan cara berkongsi tugasan Edpuzzle ke Mesyuarat Microsoft Teams anda. Terdapat dua cara untuk melakukannya: 

Semasa membuat Mesyuarat

    1. Ikuti langkah untuk mencipta acara dalam Microsoft Teams.
    2. Selepas mencipta acara, pilih acara tersebut dari kalendar anda dan klik "Edit" pada pilihan yang disediakan.
    3. Di bahagian atas halaman, klik tanda tambah (+) untuk menambah tab baharu.
    4. Cari dan pilih Edpuzzle daripada aplikasi yang tersedia.
    5. Klik "Tambah" untuk mengesahkan pilihan anda.
    6. Pada skrin seterusnya, pilih kelas yang akan anda ajar.
    7. Kemudian, pilih tugasan yang ingin anda kongsikan dalam Mesyuarat dan kemudian klik "Simpan" untuk menyiarkan pautan tugasan dalam Mesyuarat anda.
      Ingat bahawa tugasan adalah khusus untuk kelas yang ditugaskan sahaja. Hanya pelajar dalam kelas yang dipilih sahaja akan dapat melihat tugasan jika anda pilih cara ini. Jika anda mempunyai pelajar atau ahli fakulti lain yang menyertai Mesyuarat anda tetapi mereka tidak berada dalam kelas yang dipilih, mereka tidak akan dapat melihat tugasan dengan menggunakan kaedah ini.
    8. Sebaik sahaja anda telah memulakan Mesyuarat dan pelajar telah menyertainya, klik pada ikon "bentang" untuk melancarkan tugasan Edpuzzle.

Semasa dalam Mesyuarat

    1. Cipta acara dalam Microsoft Teams dan kemudian mulakan Mesyuarat anda setelah bersedia.
    2. Sebelum pelajar menyertai, klik elipsis (...) di bahagian atas halaman dan pilih "+ Tambah aplikasi" daripada menu ke bawah.
    3. Pilih "Edpuzzle" daripada aplikasi yang tersedia dan kemudian klik "Tambah."
    4. Pada skrin seterusnya, pilih kelas yang akan anda ajar.
    5. Kemudian, pilih tugasan yang anda ingin kongsikan dalam Mesyuarat dan kemudian klik "Simpan" untuk menyiarkan pautan tugasan dalam Mesyuarat anda.
      Ingat bahawa tugasan adalah khusus untuk kelas yang ditugaskan sahaja. Hanya pelajar dalam kelas yang dipilih akan dapat melihat tugasan dengan cara ini. Jika anda mempunyai pelajar atau ahli fakulti lain yang menyertai Mesyuarat anda tetapo tidak berada dalam kelas tersebut, mereka tidak akan dapat melihat tugasan dengan menggunakan kaedah ini.
    6. Setelah pelajar menyertai mesyuarat, klik pada ikon "bentang" untuk melancarkan tugasan Edpuzzle.

 

Nota: Ciri ini hanya tersedia semasa menggunakan aplikasi desktop Microsoft Teams. Microsoft Teams tidak membenarkan pelancaran aplikasi luaran daripada Mesyuarat semasa menggunakan pelayar.

Anda juga mungkin berminat dengan artikel kami tentang membuat tugasan menggunakan integrasi Microsoft Teams.