Menggunakan Edpuzzle Dengan Schoology

Manfaatkan integrasi lancar Edpuzzle dengan Schoology untuk memastikan semua pelajaran dan gred video anda berada di tempat yang sama!

Cara Mengintegrasikan Edpuzzle Pada Schoology

Integrasikan Schoology dan Edpuzzle dengan sendiri dengan mengikut langkah yang diberikan dalam artikel ini atau majukannya kepada pentadbir IT anda untuk memasang integrasi tersebut untuk seluruh sekolah atau daerah anda.

Begini cara memasang apl Edpuzzle

Untuk pentadbir IT:

    1. Log masuk ke Schoology dan klik pada pusat aplikasi (ikon berada di bar menu atas dengan empat petak).
    2. Skrol ke bawah dan klik pada Edpuzzle, yang akan membuka halaman baharu.
    3. Klik pada butang "Pasang LTI" yang berwarna biru dan pilih "Saya setuju" dari tetingkap timbul.
    4. Pilih "Tambah ke Organisasi."
    5. Ini akan membuka halaman baharu. Klik pada "Konfigurasikan."
    6. Kini anda memerlukan dua maklumat: kunci pengguna dan rahsia kongsi. Untuk mencari maklumat ini, buka tab atau tetingkap baharu dan log masuk atau daftar dengan Edpuzzle (lihat artikel kami tentang cara membuat akaun).
    7. Klik pada ikon profil bulat anda di penjuru kanan sebelah atas, pilih nama anda daripada menu ke bawah untuk pergi ke profil anda, kemudian klik pada tab "Sekolah".
    8. Dalam menu ke bawah LMS pada bahagian bawah halaman, pilih Schoology.
    9. Salin kunci pengguna dan rahsia kongsi anda.
    10. Masukkan maklumat tersebut semula ke dalam Schoology apabila diminta.
    11. Sekarang klik butang "Pasang/Alih Keluar", pilih "Semua Kursus" dan semak juga "Pentadbir kursus sahaja." Kemudian klik butang "Serah".

Untuk guru:

    1. Log masuk ke Schoology dan klik pada pusat aplikasi (ikon berada di bar menu atas dengan empat petak).
    2. Skroll ke bawah dan klik pada Edpuzzle, yang akan membuka halaman baharu.
    3. Klik pada butang "Pasang LTI" yang berwarna biru dan pilih "Saya setuju" daripada tetingkap timbul.
    4. Nyahpilih "Tambah ke halaman utama saya" dan pilih kursus yang anda ingin tambahkan Edpuzzle serta pilihan "Pentadbir kursus sahaja" di bawah setiap kursus. Klik "Pasang."
    5. Kini anda memerlukan dua maklumat: kunci pengguna dan rahsia kongsi. Untuk mencari maklumat ini, buka tab atau tetingkap baharu dan log masuk atau daftar dengan Edpuzzle (lihat artikel kami tentang cara membuat akaun).
    6. Klik pada ikon profil bulat anda di penjuru kanan sebelah atas, pilih nama anda daripada menu ke bawah untuk pergi ke profil anda, kemudian klik pada tab "Sekolah".
    7. Dalam menu lke bawah LMS pada bahagian bawah halaman, pilih Schoology.
    8. Salin kunci pengguna dan rahsia kongsi anda.
    9. Kembali ke Schoology.
    10. Buka kursus anda dan klik pada "Pilihan Kursus," kemudian pilih "Sediaan Alatan Luar." Klik pada alatan luar Edpuzzle. Tetingkap timbul akan terbuka dan membolehkan anda memasukkan kunci pengguna dan rahsia kongsi, kemudian klik "Serah."

Cara Menugaskan Video Pelajaran Dalam Schoology

    1. Pergi ke "Kursus" dan pilih kursus yang anda ingin berikan video pelajaran.
    2. Klik pada "Bahan" di menu yang terletak di sebelah kiri halaman anda.
    3. Dalam menu ke bawah "Tambah Bahan", dan pilih "Edpuzzle."
    4. Ini akan membuka tetingkap timbul yang menunjukkan kolek "Kandungan Saya" milik anda di Edpuzzle (atau meminta anda untuk log masuk jika anda belum berbuat demikian).
    5. Pilih video pelajaran anda dengan mengklik pada imej kecil video, kemudian butang "Seterusnya" yang berwarna biru.
    6. Pada skrin seterusnya, pilih sama ada anda mahu mengelakkan langkau atau menghidupkan kapsyen tertutup menggunakan suis togol di sebelah setiap pilihan.
    7. Klik butang "Tugaskan" yang berwarna biru, ia akan mengembalikan anda ke halaman "Bahan".
    8. Sekarang klik pada ikon berbentuk gear di sebelah kanan tugasan yang baru anda buat dan pilih "Edit."
    9. Tandakan kotak "Hidupkan Penggredan" dalam tetingkap timbul, pilih kategori untuk gred anda (iaitu kerja rumah) dan klik butang "Simpan Perubahan" yang berwarna biru. Anda boleh memilih untuk tetapkan tarikh akhir pada saat ini. (Nota: JANGAN masukkan kunci pengguna dan rahsia kongsi dalam tetingkap ini kerana ia akan menyebabkan ralat untuk pelajar anda.)
    10. Kini videp pelajaran anda sudah sedia untuk pelajar anda dalam Schoology! Pelajar anda akan mula muncul pada tugasan Edpuzzle dan senarai kelas anda apabila mereka mengakses pautan tugasan Edpuzzle pertama mereka.

Paling penting, sebaik sahaja pelajar meyelesaikan video pelajaran, gred mereka akan disegerakkan secara automatik dengan Schoology!

Nota: Jika anda seorang guru yang menggunakan aplikasi Schoology, sila ambil perhatian bahawa anda tidak akan dapat melihat video pelajaran menggunakan peranti mudah alih. Walau bagaimanapun, anda boleh melihatnya dengan tablet.

Bagaimana Cara Untuk Pelajar Menggunakan Edpuzzle Melalui Schoology

Pelajar anda akan dapat log masuk ke akaun Schoology mereka dan melengkapkan video pelajaran Edpuzzle anda terus dari sana! Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diingat bergantung pada peranti yang mereka gunakan:

    • Untuk komputer riba/peribadi: Pelajar hanya perlu log masuk ke Schoology dan klik pada tugasan untuk melihat video pelajaran anda.
    • Untuk tablet: Pelajar perlu menggunakan aplikasi Schoology untuk melihat video pelajaran anda.
    • Untuk peranti mudah alih (telefon bimbit): Pelajar perlu menggunakan kedua-dua aplikasi Schoology dan Edpuzzle. Apabila mereka menonton video pelajaran melalui aplikasi Schoology, mereka akan mendapat tetingkap timbul yang meminta mereka memuat turun aplikasi Edpuzzle jika mereka belum berbuat demikian, aatau jika mereka telah memuat turun aplikasi Edpuzzle, mereka akan diminta untuk membuka video dalam aplikasi tersebut. Apabila mereka sudah selesai, mereka boleh kembali ke aplikasi Schoology.

Menyelesaikan masalah Integrasi Edpuzzle Pada Schoology

Berikut adalah beberapa isu biasa yang mungkin timbul semasa anda menggunakan integrasi Edpuzzle dengan Schoology dan cara menyelesaikannya.

  • Kelas terpaut. Jika anda mengajar kelas yang sama dan memecahkannya kepada beberapa bahagian/tempoh, anda boleh menggunakan kelas terpaut di Schoology. Harap maklum bahawa jika anda melihat pelajar anda dalam Edpuzzle, mereka semua akan muncul dalam satu kelas yang besar dan bukannya dalam kelas terpaut anda yang berasingan (namun, gred anda akan diisih dengan betul dalam Schoology, jadi jangan risau).
    • Selain itu, anda TIDAK boleh menggunakan menu ke bawah "Bahagian" dalam Schoology untuk memilih bahagian kelas anda yang berbeza. Jika anda secara tidak sengaja menggunakan menu ke bawah dan klik pada bahagian lain, ini akan mencipta kelas Edpuzzle yang baharu, ia akan menghasilkan ralat untuk anda dan pelajar anda. Jika ini berlaku, ikut langkah dalam artikel ini untuk memadamkan kelas pendua (versi kelas yang tidak mempunyai tugasan yang disenaraikan).
  • Pelajar diminta untuk mengesahkan alamat e-mel mereka. Apabila anda menyediakan integrasi Edpuzzle, jika anda tidak mengklik pada butang "Pentadbir kursus sahaja" (lihat Bahagian I, Untuk guru, langkah 4), pelajar anda akan diminta untuk mengesahkan semula alamat e-mel mereka. Anda perlu kembali dan ulang proses integrasi, kali ini pastikan anda memilih kotak pilihan untuk "Pentadbir kursus sahaja."
  • Anda boleh melihat gred pelajar anda, tetapi bukan nama mereka pada senarai tugasan anda. Ini boleh berlaku jika terdapat ralat konfigurasi pada integrasi antara Edpuzzle dan Schoology.
    • Pastikan anda telah memasang integrasi Edpuzzle dengan betul (lihat Bahagian I). Semak bahawa tetapan "Privasi" ditetapkan kepada "Hantar Nama dan E-mel/Nama Pengguna yang melancarkan alatan ini". Selain itu, sila pastikan anda memberikan tugasan dengan betul (lihat Bahagian II).
    • Pastikan medan "Kunci Pengguna" dan "Rahsia kongsi" kosong semasa mengedit tugasan (lihat Bahagian II). Jika medan perlu dikosongkan, sahkan bahawa medan tersebut kosong sebelum pelajar mengakses tugasan semula. Pelajar perlu mengakses tugasan yang baru diedit untuk nama yang akan dieksport ke Edpuzzle.
  • Pelajar melihat ralat "Op! Nampaknya terdapat beberapa isu konfigurasi. Minta nasihat Pentadbir IT anda". Ini boleh datang dari dua masalah yang berbeza:
    • Jika anda menggunakan kelas terpaut dan ralat hanya muncul untuk beberapa kelas: semak titik tumpu pertama bahagian penyelesaian masalah ini.
    • Jika anda tidak menggunakan kelas terpaut dan ralat muncul untuk semua pelajar: pastikan medan "Kunci Pengguna" dan "Rahsia Dikongsi" kosong semasa mengedit tugasan (lihat Bahagian II).
  • Di manakah saya boleh mencari projek pelajar? Pada masa ini, ciri projek pelajar tidak tersedia untuk integrasi Schoology.
  • Mengguna semula, mengklon atau mengimport kelas atau tugasan sebelumnya. Untuk kelas dan tugasan Edpuzzle, ciri ini tidak tersedia pada masa ini.

 

Sebarang pertanyaan? Hubungi kami di support@edpuzzle.com