Integrasi dengan Google Classroom

Ada terdapat dua kaedah pengintegrasian dengan Google Classroom. Kaedah pertama adalah melalui Google Classroom, manakala yang kedua pula adalah melalui Edpuzzle.

Kaedah Integrasi 1 (Tambahan Google Classroom)

Dengan kaedah pertama ini, pentadbir IT anda akan memasang alat tambah Edpuzzle untuk sekolah/daerah anda dan anda akan membuat tugasan serta menguruskannya terus daripada Google Classroom.

Untuk menggunakan tambahan Edpuzzle dalam Google Classroom:

    1. Untuk kaedah integrasi ini, anda perlu memastikan pentadbir anda telah menyediakan tambahan tersebut untuk sekolah/daerah anda. Tidak semua sekolah/daerah mempunyai akses terhadapnya. Jika anda tidak pasti sama ada sekolah anda mempunyai akses atau tidak, sila semak dengan pentadbir anda!
    2. Log masuk ke dalam akaun Google Classroom anda.
    3. Tambahan Edpuzzle akan muncul sebagai pilihan untuk sebarang tugasan baharu yang anda buat. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara membuat tugasan menggunakan alat tambah, lihat artikel ini.

Jika anda belum lagi mencipta akaun Edpuzzle, anda akan diminta untuk menciptanya semasa anda mula-mula cuba menggunakan tambahan Edpuzzle. Ikut arahan untuk mendaftar di edpuzzle.com sebelum kembali ke Google Classroom.

Bagaimanakah cara untuk pelajar berinteraksi dengan tugasan menggunakan kaedah integrasi ini

Dengan menggunakan kaedah ini, pelajar akan dapat log masuk ke dalam akaun Google Classroom mereka dan melengkapkan video pelajaran Edpuzzle mereka terus dari sana. Mereka tidak perlu membuat akaun Edpuzzle yang berasingan atau meninggalkan Google Classroom!

Untuk memastikan tugasan Edpuzzle didaftarkan sebagai "Telah dihantar", minta pelajar anda mengklik butang "Hantar" di bahagian atas halaman mereka selepas melengkapkan tugasan edpuzzle mereka.

Pelajar anda akan berada dalam senarai tugasan Edpuzzle anda secara automatik apabila mereka mengakses tugasan dalam Google Classroom. Ini bermakna jika anda menyemak tugasan dalam Edpuzzle dan tidak melihat mana-mana nama pelajar anda dalam tab “Pelajar” (atau jumlah pelajar daripada dalam kelas anda kurang daripada sepatutnya ), ia adalah perkara biasa! Senarai Pelajar dan perkembangan mereka akan dikemaskini secara automatik semasa mereka menyiapkan setiap tugasan.

Kaedah Integrasi 2 (Import Google Classroom)

Dengan kaedah kedua ini, anda akan mengimport kelas anda dari Google Classroom ke Edpuzzle dan membuat tugasan anda dalam Edpuzzle.

Berikut ialah cara untuk menyediakan kelas anda:

    1. Sambungkan akaun Google anda ke akaun Edpuzzle anda, dan jika anda belum lagi melakukannya. Sila ikut langkah di sini untuk membuat penyambungan tersebut.
    2. Selepas anda memautkan akaun Google anda, klik tanda tambah (+) di sebelah "Kelas Saya" dalam menu di sebelah kiri halaman anda.
    3. Klik butang pada "Google Classroom". 
    4. Senarai kursus Google Classroom anda akan dipaparkan. Tandakan kotak di sebelah kelas yang anda ingin import.
    5. Isi ruangan mata pelajaran dan peringkat gred untuk setiap kelas yang dipilih.
    6. Klik butang "Import kelas" untuk melengkapkan import.
    7. Selepas mengimport kelas anda, anda boleh menyiarkan tugasan untuk pelajar anda dan mengurus perkembangan mereka daripada Edpuzzle.

Bagaimanakah cara untuk pelajar berinteraksi dengan tugasan menggunakan kaedah integrasi ini

Dengan menggunakan kaedah ini, pelajar akan membuat akaun Edpuzzle untuk mengakses dan menyelesaikan tugasan. Apabila mengklik pada siaran tugasan Edpuzzle dalam Google Classroom, tetingkap/tab baharu akan muncul di mana mereka akan diminta untuk log masuk ke akaun Edpuzzle mereka (mereka boleh menggunakan Log Masuk Google) sebelum video pelajaran boleh ditonton.

Pelajar mesti berada dalam senarai kelas anda untuk mendapat akses kepada kelas tertentu dalam Edpuzzle. Apabila anda mula-mula mengimport kelas daripada Google Classroom ke Edpuzzle, semua pelajar dalam senarai Google Classroom akan diimport sekali. Jika mana-mana pelajar baharu ditambahkan pada senarai Google Classroom selepas itu, anda perlu mengimport pelajar baharu tersebut secara manual ke Edpuzzle