Integrasi Google Classroom
-
Menyambungkan akaun Google anda
Jika sekolah anda menggunakan Google Classroom atau Google Workspace, menyambungkan akaun Google anda ialah proses yang cepat dan mudah!
Anda boleh menyambungkan akaun Edpuzzle anda ke akaun Google dan Google Classroom anda melalui dua cara.
Menyambungkan akaun Google anda semasa mendaftar:
-
- Di bahagian atas halaman utama Edpuzzle , klik "Daftar".
- Pilih "Saya seorang Guru."
- Klik butang "Log masuk dengan Google" dan pilih akaun Google yang berkenaan apabila diminta.
- Kini akaun baharu anda akan disambungkan ke Google secara automatik! Anda boleh menggunakan butang "Log masuk dengan Google" untuk meningkatkan privasi dan keselamatan.
Menyambungkan akaun Google anda daripada Tetapan anda:
-
- Log masuk ke akaun Edpuzzle anda dengan menggunakan e-mel dan kata laluan anda.
- Klik pada ikon bulat di penjuru kanan sebelah atas halaman anda dan kemudian pada nama anda dalam menu ke bawah.
- Apabila anda berada di halaman Profil anda, skrol ke bawah di bahagian berlabel "Akaun yang disambungkan."
- Klik "Sambung dengan Google" dan pilih akaun Google yang berkenaan apabila diminta.
- Kini akaun anda akan disambungkan ke Google secara automatik! Anda boleh menggunakan butang "Log masuk dengan Google" untuk meningkatkan privasi dan keselamatan serta memudahkan integrasi dengan Google Classroom.
Nota: E-mel akaun anda dan e-mel akaun Google anda yang disambungkan mungkin berbeza!
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang integrasi dengan Google Classroom, lihat artikel ini.
-
-
Integrasi dengan Google Classroom
Ada terdapat dua kaedah pengintegrasian dengan Google Classroom. Kaedah pertama adalah melalui Google Classroom, manakala yang kedua pula adalah melalui Edpuzzle.
Kaedah Integrasi 1 (Tambahan Google Classroom)
Dengan kaedah pertama ini, pentadbir IT anda akan memasang alat tambah Edpuzzle untuk sekolah/daerah anda dan anda akan membuat tugasan serta menguruskannya terus daripada Google Classroom.
Untuk menggunakan tambahan Edpuzzle dalam Google Classroom:
-
- Untuk kaedah integrasi ini, anda perlu memastikan pentadbir anda telah menyediakan tambahan tersebut untuk sekolah/daerah anda. Tidak semua sekolah/daerah mempunyai akses terhadapnya. Jika anda tidak pasti sama ada sekolah anda mempunyai akses atau tidak, sila semak dengan pentadbir anda!
- Log masuk ke dalam akaun Google Classroom anda.
- Tambahan Edpuzzle akan muncul sebagai pilihan untuk sebarang tugasan baharu yang anda buat. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara membuat tugasan menggunakan alat tambah, lihat artikel ini.
Jika anda belum lagi mencipta akaun Edpuzzle, anda akan diminta untuk menciptanya semasa anda mula-mula cuba menggunakan tambahan Edpuzzle. Ikut arahan untuk mendaftar di edpuzzle.com sebelum kembali ke Google Classroom.
Bagaimanakah cara untuk pelajar berinteraksi dengan tugasan menggunakan kaedah integrasi ini
Dengan menggunakan kaedah ini, pelajar akan dapat log masuk ke dalam akaun Google Classroom mereka dan melengkapkan video pelajaran Edpuzzle mereka terus dari sana. Mereka tidak perlu membuat akaun Edpuzzle yang berasingan atau meninggalkan Google Classroom!
Untuk memastikan tugasan Edpuzzle didaftarkan sebagai "Telah dihantar", minta pelajar anda mengklik butang "Hantar" di bahagian atas halaman mereka selepas melengkapkan tugasan edpuzzle mereka.
Pelajar anda akan berada dalam senarai tugasan Edpuzzle anda secara automatik apabila mereka mengakses tugasan dalam Google Classroom. Ini bermakna jika anda menyemak tugasan dalam Edpuzzle dan tidak melihat mana-mana nama pelajar anda dalam tab “Pelajar” (atau jumlah pelajar daripada dalam kelas anda kurang daripada sepatutnya ), ia adalah perkara biasa! Senarai Pelajar dan perkembangan mereka akan dikemaskini secara automatik semasa mereka menyiapkan setiap tugasan.
Kaedah Integrasi 2 (Import Google Classroom)
Dengan kaedah kedua ini, anda akan mengimport kelas anda dari Google Classroom ke Edpuzzle dan membuat tugasan anda dalam Edpuzzle.
Berikut ialah cara untuk menyediakan kelas anda:
-
- Sambungkan akaun Google anda ke akaun Edpuzzle anda, dan jika anda belum lagi melakukannya. Sila ikut langkah di sini untuk membuat penyambungan tersebut.
- Selepas anda memautkan akaun Google anda, klik tanda tambah (+) di sebelah "Kelas Saya" dalam menu di sebelah kiri halaman anda.
- Klik butang pada "Google Classroom".
- Senarai kursus Google Classroom anda akan dipaparkan. Tandakan kotak di sebelah kelas yang anda ingin import.
- Isi ruangan mata pelajaran dan peringkat gred untuk setiap kelas yang dipilih.
- Klik butang "Import kelas" untuk melengkapkan import.
- Selepas mengimport kelas anda, anda boleh menyiarkan tugasan untuk pelajar anda dan mengurus perkembangan mereka daripada Edpuzzle.
Bagaimanakah cara untuk pelajar berinteraksi dengan tugasan menggunakan kaedah integrasi ini
Dengan menggunakan kaedah ini, pelajar akan membuat akaun Edpuzzle untuk mengakses dan menyelesaikan tugasan. Apabila mengklik pada siaran tugasan Edpuzzle dalam Google Classroom, tetingkap/tab baharu akan muncul di mana mereka akan diminta untuk log masuk ke akaun Edpuzzle mereka (mereka boleh menggunakan Log Masuk Google) sebelum video pelajaran boleh ditonton.
Pelajar mesti berada dalam senarai kelas anda untuk mendapat akses kepada kelas tertentu dalam Edpuzzle. Apabila anda mula-mula mengimport kelas daripada Google Classroom ke Edpuzzle, semua pelajar dalam senarai Google Classroom akan diimport sekali. Jika mana-mana pelajar baharu ditambahkan pada senarai Google Classroom selepas itu, anda perlu mengimport pelajar baharu tersebut secara manual ke Edpuzzle.
-
-
Bagaimanakah cara saya mengimport kursus Google Classroom saya?
Untuk menambah kelas Google Classroom baharu pada akaun Edpuzzle anda:
-
- Klik tanda tambah (+) di sebelah "Kelas Saya" dalam menu di bahagian sebelah kiri halaman anda.
- Klik pada butang "Google Classroom". Anda mungkin perlu log masuk ke akaun Google anda sekali lagi (atau buat kali pertama) di sini. Jika diminta, hanya log masuk dengan akaun yang berkaitan.
- Senarai kursus Google Classroom anda akan dipaparkan. Tandakan kotak di sebelah kelas yang anda ingin import.
- Isi ruangan mata pelajaran dan peringkat gred untuk setiap kelas yang dipilih.
- Klik pada butang "Import kelas" untuk mengimport.
Ini akan mmasukkan kelas pilihan anda ke Edpuzzle, bersama-sama dengan senarai semasa anda untuk kelas tersebut, ini membolehkan anda menyiarkan video pelajaran dan menyegerakkan gred dengan mudah.
Jika anda menghadapi masalah mengimport kelas anda, lihat artikel ini.
-
-
Mengimport pelajar baharu daripada Google Classroom
Apabila anda menyambungkan Google Classroom anda dengan Edpuzzle, senarai murid akan diimport secara automatik.
Setelah kelas diimport daripada Google Classroom, satu-satunya cara untuk menambah lebih ramai pelajar adalah dengan terlebih dahulu menambahkan pelajar ke Google Classroom dan kemudian mengimport mereka ke Edpuzzle.
Untuk memastikan mana-mana pelajar baharu ditambahkan ke kelas anda dalam Edpuzzle, ikut langkah berikut:
-
- Semak Google Classroom anda untuk memastikan pelajar berada dalam senarai untuk kelas berkenaan. Jika tidak, anda perlu menambahkannya sebelum meneruskan.
- Dalam Edpuzzle, pilih kelas yang dimaksudkan daripada senarai ke bawah "Kelas Saya" dalam menu di sebelah kiri halaman anda.
- Klik tab "Ahli kelas" dan di sebelah kanan, anda akan lihat butang "Import pelajar". Klik butang itu dan senarai anda akan dikemas kini untuk memasukkan mana-mana pelajar baharu daripada Google Classroom yang telah ditambahkan sejak import terakhir anda.
Nota: Jika senarai anda dalam Edpuzzle tidak dikemas kini secara automatik selepas melengkapkan langkah di atas, lihat artikel ini.
-
-
Bagaimanakah cara untuk saya mengongsikan tugasan ke Google Classroom?
Ada dua cara yang anda boleh gunakan untuk menyiarkan tugasan terus ke Google Classroom daripada Edpuzzle.
Menggunakan Tambahan Edpuzzle dalam Google Classroom:
Tidak semua sekolah/daerah mempunyai akses kepada alat tambah. Jika anda tidak pasti sama ada sekolah anda mempunyainya, sila semak dahulu dengan pentadbir anda!
-
- Log masuk ke akaun Google Classroom anda.
- Pilih kelas yang anda ingin tugaskan video pelajaran anda.
- Klik pada tab "Kerja Kelas".
- Klik pada butang "+Cipta" dan kemudian pilih "Tugasan" untuk mula membuat tugasan baharu.
- Tambahkan tajuk tugasan anda dan sebarang arahan yang dikehendaki.
- Pilih "Edpuzzle" daripada bahagian "Tambahan".
- Jika ini kali pertama anda menyambungkan kelas ke Edpuzzle, anda akan diminta untuk menambah beberapa butiran kelas sebelum anda boleh meneruskan. Ini akan mencipta kelas yang berkaitan di dalam Edpuzzle di mana anda boleh melihat tugasan dan perkembangan/gred pelajar. Isikan medan yang diperlukan dan klik "Seterusnya." Jika anda pernah menyambungkan kelas ini ke Edpuzzle sebelum ini, anda hanya perlu log masuk ke dalam akaun Edpuzzle anda untuk meneruskan.
- Pilih video pelajaran yang anda ingin tugaskan daripada koleksi Kandungan Saya kepunyaan anda dengan mengklik pada imej kecil video, kemudian klik "Tugaskan" di bahagian bawah sebelah kanan untuk mengesahkan pilihan anda.
- Pada skrin seterusnya, pilih sama ada anda mahu mencegah langkau atau menghidupkan kapsyen tertutup menggunakan suis togol di sebelah setiap pilihan.
- Klik "Tugaskan" untuk menyimpan pilihan anda. Tetingkap timbul akan ditutup secara automatik dan membawa anda kembali untuk melengkapkan parameter tugasan Google Classroom anda yang lain.
- Selepas menyiarkan tugasan, tugasan tersebut akan dipaparkan di bawah Kerja Kelas dalam Google Classroom untuk anda dan pelajar anda!
Nota: Semasa menggunakan tambahan Edpuzzle dalam Google Classroom, sebarang tarikh akhir yang anda pilih untuk tugasan tidak akan dipindahkan ke Edpuzzle.
Menggunakan kursus Google Classroom yang diimport:
Dengan kaedah ini, anda mesti mengimport kursus anda terlebih dahulu daripada Google Classroom ke Edpuzzle. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang proses itu, lihat artikel ini.
-
- Log masuk ke akaun Edpuzzle anda.
- Klik pada koleksi "Kandungan Saya" kepunyaan anda daripada menu di sebelah kiri halaman anda.
- Tandakan kotak di bawah video yang anda ingin tugaskan.
- Pilih "Tugaskan" dari menu bawah.
- Pilih kelas yang anda mahu tugaskan video tersebut.
- Isikan tarikh mula dan tarikh akhir (jika perlu) dan pilih sama ada anda mahu mencegah langkau atau menghidupkan kapsyen tertutup.
- Togol pilihan "Siar di Google Classroom" kepada "Dihidupkan." Ini akan menyiarkan tugasan pada kursus dalam Google Classroom dan memastikan perkembangan dan gred daripada Edpuzzle akan disegerakkan ke dalam buku gred Google Classroom anda.
- Klik "Tugaskan" dan selesai!
Nota: Jika anda ingin menjadualkan tugasan untuk masa hadapan, ingat untuk menetapkan tarikh mula SEBELUM anda menyiarkan tugasan anda ke Google Classroom.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang integrasi dengan Google Classroom, lihat artikel ini.
-
-
Bagaimanakah cara saya mengeksport gred ke Google Classroom?
Gred dieksport secara automatik untuk pelajar anda apabila mereka menyelesaikan tugasan dan anda menilai semua jawapan mereka. Anda juga boleh mengeksport gred secara manual dan pada bila-bila masa dengan mengikuti langkah berikut:
-
- Pilih kelas yang anda ingin eksport gred daripada senarai di bawah "Kelas Saya" dalam menu di sebelah kiri halaman anda.
- Pilih tugasan.
- Klik elipsis (...) di bahagian atas halaman dan pilih "Eksport gred ke LMS" daripada menu ke bawah.
Perlu diingat bahawa apabila anda mengeksport gred Edpuzzle anda ke Google Classroom, gred tersebut akan muncul dalam salah satu daripada dua cara:
- "Dipulangkan." Ini bermakna tugasan pada Edpuzzle telah disiapkan oleh pelajar dan dinilai oleh guru, termasuk soalan terbuka. Gred ini akan kelihatan kepada pelajar di Google Classroom . Ambil perhatian bahawa gred akan dieksport secara automatik setelah pelajar menyelesaikan tugasan dan semua soalan telah digredkan.
- "Draf." Ini bermakna tugasan pada Edpuzzle sama ada TIDAK disiapkan oleh pelajar atau guru masih mempunyai soalan untuk disemak. Gred ini TIDAK akan kelihatan oleh pelajar lain di Google Classroom.
Untuk menukar gred daripada "Draf" kepada "Dikembalikan" supaya pelajar dapat melihatnya, anda hanya boleh menaip gred dalam Google Classroom dan menukar status secara manual kepada "Dikembalikan."
Nota: Apabila anda mengeksport gred Edpuzzle, jangan risau jika gred tersebut muncul sebagai "Tidak diserahkan" di Google Classroom. Ini semata-mata kerana pelajar tidak menyiapkan tugasan secara manual Google Classroom. Untuk menukar ini, minta pelajar gklik "Tandakan sebagai Selesai" pada tugasan dalam Google Classroom..
-
-
Bagaimanakah cara untuk saya menambah guru bersama daripada Google Classroom?
Jika anda telah mengintegrasikan Edpuzzle dan Google Classroom, menambah guru bersama ke kelas dalam Edpuzzle adalah mudah!
Untuk menyediakan kelas kongsi dalam Edpuzzle, ikut langkah berikut:
-
- Tambahkan guru bersama anda pada Google Classroom anda, jika mereka belum ditambah lagi. Google ada menyediakab panduan untuk menambahkan seorang atau lebih guru pada kelas anda.
- Log masuk ke Edpuzzle dan buat kelas integrasi Google Classroom dengan mengklik tanda tambah (+) di sebelah "Kelas Saya" di sebelah kiri halaman anda dan kemudian tab "Sambungkan kelas LMS" dalam tetingkap timbul yang muncul. Klik butang Google Classroom. Dari sana, anda boleh memilih kelas yang anda mahu kongsikan dengan guru bersama anda untuk diimport. Anda mungkin perlu log masuk ke akaun Google anda sekali lagi (atau buat kali pertama) di sini. Jika diminta, hanya log masuk dengan akaun yang dipautkan ke Google Classroom anda. Jika anda telah mengimport kelas anda dari Google Classroom ke Edpuzzle, langkau langkah ini.
- Minta guru bersama anda log masuk ke Edpuzzle (atau buat akaun Edpuzzle, jika mereka belum melakukannya) dan import kursus yang sama ke dalam akaun mereka menggunakan Langkah 2.
Setelah anda dan guru bersama menambahkan kelas pada Edpuzzle, anda dan guru bersama akan dapat memberikan pelajaran kepada pelajar yang anda kongsi, melihat dan menyemak jawapan mereka, dan menambah atau mengeluarkan pelajar daripada kelas sebagai guru bersama.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel kami tentang menggunakan Edpuzzle dengan Google Classroom.
-
-
Pelajar Google Classroom saya menerima pesanan yang menyatakan mereka tiada dalam kelas saya.
Jika anda menggunakan kelas sambungan Google Classroom dan pelajar menerima pesanan ralat yang menunjukkan bahawa mereka tidak berada dalam kelas anda atau mereka perlu ditambahkan pada kelas anda semasa cuba mengakses tugasan, terdapat beberapa perkara yang mungkin terjadi:
Pelajar anda tidak log masuk ke Edpuzzle dengan menggunakan e-mel Google Classroom mereka.
Untuk menyelesaikan masalah ini, minta pelajar log keluar daripada akaun semasa mereka dan kemudian log masuk semula dari edpuzzle.com dengan memilih butang "Log Masuk" di bahagian atas halaman, kemudian klik "Saya seorang Pelajar," dan akhirnya " Pilihan Log Masuk dengan Google". Pastikan mereka memilih alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun Google Classroom mereka dalam tetingkap timbul Log Masuk Google.
Pelajar anda mencipta akaun Edpuzzle baharu secara tidak sengaja dan menggunakan alamat e-mel yang berbeza daripada e-mel Google Classroom mereka.
Sama seperti penyelesaian di atas, beritahu pelajar untuk log masuk ke Edpuzzle menggunakan Log Masuk Google dan memilih alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun Google Classroom mereka. Tidak perlu memadamkan akaun baharu yang mereka buat, kerana akaun itu akan dinyahaktifkan secara automatik jika tidak digunakan.
Pelajar itu tiada dalam senarai Google Classroom anda apabila kelas itu diimport ke Edpuzzle.
Untuk mengemas kini senarai kelas anda supaya setara dengan jumlah Google Classroom semasa anda, pilih kelas daripada senarai “Kelas Saya” milik anda. Pergi ke tab "Ahli kelas". Di sebelah kanan, klik butang "Import pelajar". Setelah dikemas kini, pelajar seharusnya dapat mengakses tugasan mereka dengan log masuk ke Edpuzzle menggunakan e-mel yang sama mereka gunakan untuk Google Classroom.
Pelajar cuba mengakses tugasan yang salah atau tugasan daripada kelas lain.
Dalam Edpuzzle, tugasan mempunyai pautan berbeza untuk setiap kelas. Walaupun tugasan adalah sama, setiap kelas akan mempunyai pautan yang berbeza untuk versi tugasan yang dibuat bagi kelas tersebut. Pastikan anda telah berkongsi pautan tugasan khusus untuk kelas pelajar tersebut dengan mereka.
Untuk membantu mengelakkan ralat seperti ini, sentiasa gunakan pilihan "Siar di Google Classroom" semasa membuat tugasan. Dengan fungsi ini, sistem kami akan berkongsi pautan tugasan yang betul secara automatik merentas kelas anda.
-
Saya tidak boleh mengimport kelas Google Classroom atau pelajar saya ke Edpuzzle.
Jika anda tidak boleh mengimport kelas anda daripada Google Classroom atau anda menghadapi masalah semasa cuba menyiarkan atau mengemas kini tugasan atau menyegerakkan gred, mungkin terdapat masalah dengan kebenaran Google.
Biasanya, ini berlaku apabila kebenaran akaun Google anda untuk Edpuzzle telah tamat tempoh. Ini biasanya berlaku pada permulaan kursus atau selepas tempoh tidak aktif dan Edpuzzle tidak lagi dapat mengakses maklumat daripada akaun Google Classroom anda.
Untuk menyelesaikan isu ini, langkah pertama ialah memutuskan sambungan akaun Google anda daripada Edpuzzle dan kemudian menyambungkannya semula. Begini cara melakukan ini:
-
- Lawati profil Edpuzzle anda (www.edpuzzle.com/profile).
- Tatal ke bawah di bahagian "Akaun yang disambungkan".
- Klik pada butang "Putuskan sambungan" di sebelah akaun Google anda.
- Kemudian, klik pada butang "Sambung dengan Google" di lokasi yang sama dan pilih akaun yang berkaitan dalam tetingkap timbul.
- Lawati Edpuzzle dan cuba lagi!
Jika ini tidak menyelesaikan isu, sila lakukan perkara berikut:
-
- Lawati https://myaccount.google.com/permissions.
- Pilih Edpuzzle dan kemudian klik pada butang "BUANG AKSES". Anda mungkin perlu skrol ke bawah dan ulangi proses untuk bahagian-bahagian lain.
- Lawati Edpuzzle, dan cuba lagi. Anda perlu memberikan kebenaran sekali lagi kepada akaun Google anda.
Di sesetengah sekolah, kebenaran ditetapkan oleh jabatan IT. Dalam kes ini, kami memerlukan anda menghubungi pentadbir IT anda dan meminta mereka menetapkan semula kebenaran Google Classroom anda untuk Edpuzzle. Daripada tapak Pentadbir Google, pentadbir IT anda hendaklah mengikuti langkah berikut:
- Pilih akaun pengguna yang terjejas > Keselamatan > Aplikasi Tersambung > buang kebenaran Edpuzzle.
Setelah pentadbir IT telah membuang kebenaran ini, anda boleh log masuk semula. Anda akan diminta untuk mengklik butang kebenaran "Benarkan" bagi mengakses Google Classroom dan semuanya akan disegerakkan semula dengan sempurna.
Nota: Langkah ini tidak akan menjejaskan atau mengubah suai kelas sedia ada anda.
-