Pembelajaran berbalik Edpuzzle pada asasnya membolehkan anda menugaskan video pelajaram untuk mereka tonton di rumah dan menggunakan masa kelas untuk aktiviti yang lebih bermakna. Pelajar mempelajari konsep asas pelajaran dari rumah menggunakan video Edpuzzle, yang boleh mereka tonton mengikut kelajuan mereka sendiri. Ini memberikan guru lebih masa di dalam bilik darjah untuk menjalankan aktiviti lain yang dapat mengukuhkan pemahaman pelajar tentang topik tersebut. Edpuzzle membolehkan pembelajaran berbalik berfungsi. Teruskan membaca untuk mengetahui caranya!
Matematik atau Sains
Matematik dan sains biasanya diajar dalam dua bahagian: teori dan amali. Ramai guru mengadu bahawa kurikulum adalah sangat luas sehingga mereka menghabiskan sebahagian besar masa mereka untuk menerangkan teori dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk menggabungkan penyelesaian masalah atau projek yang membolehkan mereka menggunakan pengetahuan mereka. Berikut ialah beberapa cara yang video boleh membantu:
- Berikan video tentang teori asas. Kami telah menghasilkan banyak video yang merangkumi teori asas dalam semua mata pelajaran. Anda boleh mencarinya di bahagian "Kurikulum". Tetapkan salah satu daripada pelajaran sedia ada untuk ditonton di rumah dan gunakan masa kelas untuk menjawab sebarang soalan atau menggalakkan pelajar untuk mempelajari konsep utama dengan lebih mendalam. Pelajar boleh menonton seberapa banyak kali yang mereka perlukan, jadi tidak perlu menggunakan masa kelas untuk menerangkan konsep.
- Gunakan video untuk menunjukkan cara menyelesaikan masalah. Tetapkan video yang menerangkan proses asas untuk menyelesaikan masalah, ini memberi peluang kepada pelajar anda untuk berlatih sebelum datang ke kelas. Anda kemudiannya boleh menggunakan masa kelas untuk versi yang lebih mencabar bagi masalah yang sama.
- Libatkan pelajar anda dengan video. Kongsi dokumentari, eksperimen makmal atau mana-mana video lain untuk mencetus dan menarik minat pelajar anda. Kumpulkan soalan/jawapan/pendapat yang mereka ada semasa menonton video dan gunakan data tersebut untuk menetapkan masa anda di dalam bilik darjah.
- Kongsi peraturan kelas melalui video. Biasanya, guru banyak menghabiskan masa untuk menerangkan dan mengulang peraturan kelas (kelakuan, keselamatan makmal). Rakam video dan masukkan soalan untuk menyemak pemahaman. Anda boleh menggunakan video yang sama setiap tahun, menjimatkan masa anda.
Bahasa
Mengajar bahasa adalah satu cabaran yang besar. Membaca, menulis, bercakap dan mendengar ... mengajar mereka semua dalam masa yang terhad adalah hampir mustahil. Walau bagaimanapun, video pelajaran dan pembelajaran berbalik akan menjadikan hidup anda lebih mudah. Ini caranya:
- Semak kefahaman mendengar. Lupakan tentang CD – anda boleh menggunakan mana-mana video yang tersedia di YouTube dan memasukkan soalan untuk menyemak pemahaman. Sertakan soalan terbuka untuk meningkatkan kemahiran menulis atau soalan aneka pilihan untuk menyemak perbendaharaan kata.
- Mulakan perbahasan. Kongsi topik menarik menggunakan video daripada YouTube. Anda boleh memasukkan soalan terbuka yang bertanyakan pandangan mereka dan menggunakan jawapan tersebut untuk memulakan perbahasan dalam kelas.
- Gunakan video untuk membuat lawatan lapangan secara maya. Anda mungkin tidak dapat membawa pelajar anda ke negara di mana bahasa itu dituturkan secara fizikal, tetapi anda boleh pergi ke sana secara maya dengan melalui video, ini membolehkan mereka meneroka budaya dan mendengar perbualan penutur jati.
- Kongsi tatabahasa dan kosa kata baharu. Terdapat beribu-ribu video yang mempunyai peraturan tatabahasa atau perbendaharaan kata. Gunakan Edpuzzle untuk membenarkan pelajar mempelajari konsep ini di rumah dan menggunakan masa di dalam bilik darjah untuk berlatih.
Kajian Sosial
Piawaian kajian sosial sentiasa berubah dan sangat luas sehingga sukar untuk merangkumi semua kurikulum yang diperlukan dengan jumlah masa yang terhad. Sukar juga untuk menjadi pakar dalam setiap bidang. Gunakan Edpuzzle untuk:
- Bawa masuk pakar. Terdapat banyak video pakar TED Talks sedia ada yang membincangkan pelbagai topik kajian sosial. Anda boleh menetapkan video tersebut untuk ditonton di rumah dan meminta pandangan pelajar atau meringkaskan kandungannya. Gunakan masa kelas untuk membangunkan idea utama atau menjawab sebarang soalan.
- Hidupkan buku anda. Gunakan video untuk membuat kandungan yang dibaca oleh pelajar lebih interaktif. Kukuhkan topik yang baru mereka pelajari atau bina topik tersebut menggunakan kandungan digital. Terdapat banyak sumber menarik sudah tersedia dalam talian. Anda boleh memasukkan beberapa soalan untuk menyemak pemahaman dan menggunakan masa kelas untuk berbincang dan berkongsi pendapat.
- Tukar slaid anda menjadi video. Terdapat banyak alatan dalam talian yang membolehkan anda merakam persembahan slaid dengan cepat dan memuat naiknya ke Edpuzzle. Anda kini boleh menetapkan kuliah anda sebagai kerja rumah dan anda boleh menggunakan masa yang terluang di dalam bilik darjah untuk menjawab soalan atau menjalankan projek.
- Memberi tutor percuma untuk pelajar anda. Terdapat sumber video yang sangat baik dan percuma untuk digunakan di Edpuzzle. Dengan satu klik, anda boleh menggunakan video hebat daripada Crash Course atau Khan Academy untuk memberi pelajar anda cara alternatif untuk mempelajari konsep yang diajar dalam kelas atau mengukuhkan topik tertentu. Dengan Edpuzzle, anda boleh memastikan pelajar anda lebih bertanggungjawab dan mengenal pasti sebarang soalan atau ketidakfahaman dengan cepat.
Pendidikan Khas
Pelajar pendidikan khas memerlukan perhatian individu, tetapi agak sukar untuk mengikut kurikulum dan menyediakan masa individu tambahan untuk setiap pelajar. Berikut ialah beberapa cara Edpuzzle boleh membantu:
- Buat stesen pembelajaran. Kami syorkan untuk mengatur dua atau tiga stesen dan menggerakkan pelajar anda mengunjungi setiap stesn. Untuk stesen video anda, sediakan fon kepala untuk pelajar anda dan sediakan satu atau lebih video. Dengan menggunakan fon kepala dan sumber visual seperti video, pelajar dapat meningkatkan tumpuan dan mengekalkan maklumat mereka. Stesen lain pula disediakan dengan lembaran kerja, projek DIY, atau melibatkan masa bersemuka dengan guru. Itu akan memberi anda masa tambahan untuk memberikan perhatian individu kepada pelajar anda.
- Bincangkan perbuatan boleh diterima atau tidak boleh diterima. Ramai guru pendidikan khas menghabiskan banyak masa untuk menerangkan senario dunia sebenar. Mungkin sukar bagi pelajar anda untuk menggambarkan situasi atau konteks tertentu tersebut. Dengan menggunakan video pelajaran, anda boleh memberikan contoh visual situasi sosial tertentu.
Lain-lain
Tidak kira apa subjek yang anda ajar, anda boleh memanfaatkan Edpuzzle dengan menggunakan kuasa video dalam kelas anda. Anda juga boleh menggunakan Edpuzzle untuk:
- Membantu guru ganti. Jika anda sakit atau melancong dan anda mahu pelajar anda terus belajar walaupun anda tiada di kelas, anda boleh menetapkan beberapa video pelajaran untuk dilengkapkan semasa guru ganti berada di sana. Anda boleh meminta mereka bertanggungjawab, membaca jawapan mereka dan meneruskan pelajaran tanpa gangguan apabila anda kembali.
- Mewujudkan pelajaran berbalik di dalam kelas. Jika sesetengah pelajar tidak mempunyai akses kepada internet di rumah atau anda mahu mereka memanfaatkan komputer riba/tablet yang tersedia di dalam bilik darjah, kami amat mengesyorkan kaedah ini. Pelajaran berbalik dalam kelas ialah model stesen putaran di mana salah satu stesen dikhaskan untuk menonton video pelajaran Edpuzzle. Pelajar akan berpindah ke stesen seterusnya pada setiap 15-20 minit (2-3 video). Anda boleh menyediakan stesen yang berbeza di mana pelajar mempelajari konsep yang sama menggunakan pendekatan yang berbeza: pembelajaran rakan sekelas, masalah menulis/latihan, kelas berpusatkan guru, pembelajaran berasaskan projek atau eksperimen secara langsung.
- Bahasa isyarat. Guru Bahasa Isyarat menyukai video pelajaran kerana ia merupakan sumber visual untuk belajar cara membuat isyarat. Lebih-lebih lagi, anda boleh memasukkan soalan untuk memastikan pelajar memahami konteks perbualan atau maksud tanda tertentu. Anda juga boleh menetapkan video untuk ditonton di rumah dan kemudian memantau perkembangan pelajar dan sejarah tontonan.
- Pendidikan Jasmani. Jurulatih dan guru PE menyukai video pelajaran dan telah menggunakannya selama bertahun-tahun untuk menyemak teknik dan strategi serta memotivasikan pelajar mereka. Dengan Edpuzzle, anda boleh memastikan atlet dan pelajar tersebut bertanggungjawab. Anda boleh menggunakan video yang menerangkan peraturan asas sukan yang anda ingin latih pelajar anda atau berkongsi taktik serangan permainan tertentu yang ingin anda bincangkan semasa latihan. Tiada yang mustahil!
- Pembangunan Profesional. Guru juga adalah pelajar, tetapi apabila tiba masanya untuk menjalankan pembangunan profesional, anda mungkin letih atau memikirkan tentang sejuta perkara lain yang perlu anda usahakan. Anda boleh membalikkan Pembangunan Profesional dengan menugaskan video untuk ditonton di rumah dan menggunakan masa kelas untuk menjawab soalan dan memberi masa kepada guru untuk merancang cara mereka mahu melaksanakan konsep baharu dalam bilik darjah mereka. Anda boleh menyelia kerja dan sumbang saran dengan mereka.
- Muzik. Video ialah sumber audio yang sangat baik. Ramai guru muzik menggunakan Edpuzzle untuk memperkenalkan instrumen atau muzikal. Bergantung pada tahap pelajar anda, anda boleh menetapkan video untuk berlatih di rumah dan menggunakan masa kelas untuk berlatih sebagai satu pasukan.
Tip
Dalam pelajaran berbalik, adalah penting untuk memahami dua perkara yang akan kami terangkan dengan lebih mendalam:
- Pelajar sukakan YouTube, tetapi belajar daripada video ialah kemahiran yang perlu mereka kembangkan.
- Perubahan memerlukan kesabaran.
Ajar Pelajar Cara Belajar Dengan Video Pelajaran
Kami amat mengesyorkan untuk menerangkan objektif anda bagi pelajaran berbalik kepada pelajar anda, ibu bapa mereka, guru-guru lain dan pengetua anda. Jika mereka memahami matlamat akhir, adalah lebih mudah untuk membuat mereka memberi kerjasama.
Semasa kelas pertama, anda boleh menetapkan video untuk ditonton di dalam bilik darjah. Anda boleh sama ada menonton sebagai kumpulan atau meminta pelajar menonton secara individu. Kenal pasti dan terangkan cara-cara pembelajaran yang diingini sebelum video bermula, seperti memberhentikan video sementara, menonton semula bahagian tertentu video untuk meningkatkan pemahaman, cara duduk yang betul di hadapan komputer riba dan cara mengambil nota.
Kemudian, setelah pelajar berlatih beberapa kali dengan video dan memahami cara-cara yang diharapkan daripada mereka, kami amat mengesyorkan agar anda menetapkan satu atau dua video setiap minggu untuk ditonton di rumah. Ukur bilangan tugasan yang disiapkan dan dapatkan maklum balas daripada pelajar tentang panjang video, kesukaran soalan dan kandungan pelajaran.
Selepas satu atau dua unit anda pasti tidak mahu kembali kepada cara pengajaran tradisional!
Perubahan Mengambil Masa
Ramai guru berfikir bahawa mereka perlu membalik semua pelajaran mereka. Itu tidak benar. Kami mengesyorkan anda untuk membalikkan satu atau dua unit pada tahun pertama anda dan bekerja dalam beberapa unit lagi pada tahun kedua.
Mempunyai orang lain di jabatan atau sekolah anda yang ingin menukar kelas mereka juga sangat membantu. Berkongsi kandungan dan amalan terbaik menjadikan keseluruhan proses lebih mudah.
Pelajar mungkin keberatan pada mulanya - mereka perlu memberi perhatian kepada video dan menjawab soalan, dan ini bukan lagi pengalaman pasif yang mudah untuk mereka. Walau bagaimanapun, dalam jangka masa panjang, pelajar akan mula melihat perubahan dalam pemahaman dan gred mereka. Jangan berputus asa – anda akan melihat hasilnya!