Mendapatkan kebenaran ibu bapa

Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita fahamkan semula apa itu Edpuzzle. 

Edpuzzle ialah platform pembelajaran dalam talian yang mengsasarkan guru dan institusi pendidikan (termasuk juga organisasi lain yang terlibat dalam latihan atau pengajaran). Ia membolehkan pelajar melihat video pelajaran interaktif - yang ditugaskan oleh guru mereka- sama ada di dalam kelas atau pun di rumah. 

Guru tidak boleh menjemput pelajar ke kelas Edpuzzle tanpa bersetuju dengan Syarat Perkhidmatan dan Dasar Privasi Edpuzzle serta mengesahkan alamat e-mel mereka. Pelajar pula hanya dapat menggunakan perkhidmatan dan mengakses Edpuzzle atas arahan guru dan jika guru mereka memberikan kod kelas kepada mereka.

Ini bermakna, guru dan institusi pendidikan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap maklumat peribadi pelajar dan mesti mengambil semua langkah yang perlu untuk melindungi maklumat tersebut. Selain itu, sekolah juga bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pelajar dan ibu bapa tentang jenis data yang dikumpul, tujuan pengumpulan data, cara data digunakan dan pihak ketiga yang terlibat dalam pengumpulan data.

Pelajar dari semua peringkat umur boleh menggunakan Edpuzzle. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah situasi, bergantung pada undang-undang dan peraturan yang terpakai di tempat anda menetap,, anda mungkin perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa terlebih dahulu sebelum memberikan Edpuzzle akses kepada data pelajar. 

Apakah kebenaran ibu bapa?

Undang-undang dan/atau peraturan privasi kebiasaannya memerlukan persetujuan ibu bapa (atau penjaga yang sah) sebelum maklumat pengenalan peribadi (PII) anak mereka didedahkan kepada pihak ketiga.

Dalam bidang edtech, ini bermaksud bahawa guru dan sekolah mesti mempunyai bukti kebenaran ibu bapa sebelum pelajar memberikan sebarang maklumat peribadi kepada pihak ketiga seperti Edpuzzle.

Umur Minimum Kebenaran Ibu Bapa (Mengikut Negara)

Secara am, kebenaran ibu bapa bergantung kepada keperluan umur yang ditetapkan oleh undang-undang negara masing-masing. Contohnya:

    • Amerika Syarikat (AS): Di bawah Akta Hak dan Privasi Pendidikan Persekutuan (FERPA), kebenaran ibu bapa untuk pendedahan rekod pedidikan pelajar diperlukan sehingga pelajar berumur 18 tahun atau menghadiri mana-mana institusi pascamenengah, di mana hak itu dipindahkan kepada pelajar. Di bawah Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak (COPPA) pula, kebenaran ibu bapa diperlukan untuk pengumpulan maklumat peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun oleh perkhidmatan dalam talian komersial. Namun begitu, jika perkhidmatan sedemikian digunakan oleh sekolah untuk tujuan pendidikan, sekolah—bukan ibu bapa—boleh memberikan persetujuan, di bawah keperluan tertentu (diterangkan dengan lebih lanjut di bawah). 
    • Eropah (EU/EEA): Di bawah peraturan Eropah, pemprosesan data peribadi kanak-kanak berdasarkan persetujuan adalah sah jika kanak-kanak itu berumur sekurang-kurangnya 16 tahun. Namun terdapat beberapa negara Eropah yang menurunkan had umur  ini kepada 13 tahun. 
    • United Kingdom (UK): Di UK, kanak-kanak berumur 13 tahun boleh memberikan kebenaran untuk pemprosesan data peribadi mereka berhubung dengan maklumat khidmat masyarakat, ini bermaksud bagi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, persetujuan ibu bapa diperlukan.
    • Kanada : persetujuan ibu bapa diperlukan bagi tujuan mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi kanak-kanak di bawah undang-undang privasi persekutuan dan wilayah kerana jika kanak-kanak tersebut berumur bawah 13 tahun, mereka dianggap belum cukup matang untuk memberikan persetujuan.

Bagaimanakah persetujuan ibu bapa berfungsi dalam bidang edtech? 

Berkenaan dengan persetujuan ibu bapa, peraturan di negara yang berbeza mempunyai keperluan yang berbeza. Di sesetengah negara, persetujuan ibu bapa tidak diperlukan. Sebagai contoh, sila lihat di bawah:

AS : Di AS, privasi pelajar dikawal terutamanya oleh dua undang-undang persekutuan, FERPA dan COPPA. 

    • FERPA melarang sekolah daripada mendedahkan maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi daripada rekod pendidikan pelajar kepada pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau pelajar yang layak. Lazimnya, sekolah dikecualikan daripada mendapatkan kebenaran ibu bapa di bawah FERPA apabila Edpuzzle dikenal pasti sebagai "pegawai sekolah", ini bermakna Edpuzzle sedang mejalankan perkhidmatan seperti mana sekolah menggunakan pekerjanya sendiri.
    • COPPA: memerlukan penyedia perkhidmatan dalam talian seperti Edpuzzle mendapatkan bukti kebenaran ibu bapa dan memberikan mereka notis makluman sebelum mengumpul, menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, kecuali dalam senario tertentu. Senario demikian berlaku apabila Edpuzzle digunakan dalam konteks pendidikan (iaitu menggunakan Edpuzzle untuk kegunaan sekolah dan bukan untuk tujuan komersial lain). Dalam konteks pendidikan ini, Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) membenarkan pendidik, sekolah dan daerah sekolah (secara kolektif “Sekolah” atau “Institusi Pendidikan”) untuk bertindak sebagai ejen ibu bapa dan bersetuju dengan pengumpulan maklumat peribadi pelajar bagi pihak ibu bapa (ini biasanya dirujuk sebagai “Kebenaran Sekolah”). Sebagai tambahan, anda diberi akses ke Notis Makluman COPPA ke Institusi Pendidikan di Pusat Amanah Edpuzzle kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kebenaran ibu bapa. 

UK : Di UK, kebenaran ibu bapa mungkin tidak diperlukan kerana persetujuan kebiasaannya tidak menjadi asas yang sah bagi sekolah memproses data peribadi pelajar -termasuk apabila menggunakan perkhidmatan edtech. Kebanyakan sekolah UK bergantung pada asas "tugas awam" yang sah. 

EU/EEA : Keizinan ibu bapa tidak selalunya diperlukan di bawah Peraturan (EU) 2016/679 (GDPR), kerana asas sah lain untuk memproses data peribadi mungkin terpakai bergantung pada undang-undang negara negara anggota yang melengkapi GDPR. Di Sepanyol, sebagai contoh, bergantung pada jenis institusi pendidikan, asas sah yang digunakan untuk memproses data peribadi pelajar adalah mematuhi kewajipan undang-undang atau dijalankan demi kepentingan awam.

SEKOLAH DI NEGARA BERBEZA MEMPUNYAI PERATURAN DAN PENDEKATAN YANG BERBEZA, DAN EDPUZZLE TIDAK DAPAT MENASIHATI ANDA MENGENAI PEMATUHAN UNDANG-UNDANG KHUSUS UNTUK SEKOLAH ANDA. ANDA PERLU MENDAPATKAN SEBARANG PERSETUJUAN IBU BAPA YANG DIPERLUKAN DENGAN CARA YANG MEMATUHI UNDANG-UNDANG BIDANG KUASA ANDA DAN PERATURAN/ DASAR SEKOLAH ANDA.

Jika diperlukan, bagaimana cara mendapatkan kebenaran ibu bapa?

Hubungi pentadbir IT anda – atau sesiapa sahaja di sekolah anda yang bertanggungjawab terhadap perlindungan data – ini merupakan langkah pertama. Jika sekolah tidak menguruskan hal ini, anda perlu meminta persetujuan ibu bapa SETIAP pelajar yang anda jemput ke Edpuzzle.

Edpuzzle menyediakan templat berikut untuk membantu sekolah mendapatkan kebenaran ibu bapa (dilampirkan pada artikel ini). Templat ini merupakan rujukan umum dan bertujuan menyampaikan maklumat sahaja; ia tidak memberi nasihat undang-undang yang khusus. Anda harus berbincang dengan pentadbir IT anda atau individu berkaitan di sekolah anda yang bertanggungjawab terhadap perlindungan data atau jabatan undang-undang anda bagi menentukan cara terbaik untuk menggunakan templat. Lengkapkan templat dengan maklumat sekolah dan maklumat perkhidmatan yang didayakan oleh sekolah, dan kongsikannya bersama Syarat Perkhidmatan dan Dasar Privasi Edpuzzle .

Dengan bersetuju menerima Syarat Perkhidmatan dan Dasar Privasi Edpuzzle semasa mendaftarkan akaun guru anda, anda mengakui bahawa anda telah memahami kewajipan anda atau kewajipan institusi pendidikan anda untuk mendapatkan kebenaran ibu bapa, jika perlu.

Bagaimana jika saya tidak memerlukan kebenaran ibu bapa atau dikecualikan daripada mendapatkannya?

Jika anda percaya—atau telah dinasihatkan—bahawa kebenaran ibu bapa tidak diperlukan, atau terdapat pengecualian undang-undang,, tiada tindakan lanjut diperlukan berkaitan persetujuan. Walau bagaimanapun, anda mungkin masih tertakluk di bawah keperluan privasi lain dalam bidang kuasa anda. Kami syorkan untuk anda memaklumkan kepada wakil sekolah sebelum menggunakan Edpuzzle untuk memastikan ketelusan dan pematuhan.

Ada soalan tentang kebenaran ibu bapa? Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami di support@edpuzzle.com

PENAFIAN: MAKLUMAT YANG DIBERIKAN DI SINI BUKAN, DAN TIDAK BERTUJUAN, MENJADI NASIHAT UNDANG-UNDANG. SEBALIKNYA, SEMUA MAKLUMAT, KANDUNGAN DAN BAHAN YANG TERSEDIA DALAM ARTIKEL INI ADALAH UNTUK TUJUAN MAKLUMAT AM SAHAJA, DAN MUNGKIN JUGA BUKAN MAKLUMAT UNDANG-UNDANG (ATAU LAIN-LAIN) TERKINI. KAMI MENSYORKAN ANDA MENDAPATKAN BIMBINGAN DARIPADA JABATAN UNDANG-UNDANG/PEGAWAI PERLINDUNGAN DATA YANG DILANTIK SEKOLAH JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG KEBIMBANGAN ATAU PERTANYAAN BERKAITAN PEMATUHAN PERATURAN PRIVASI YANG BERKENAAN.