Mencipta Video Pelajaran
-
Bagaimanakah cara untuk saya mencari video?
Terdapat beberapa cara untuk mencari video bagi pelajaran anda yang seterusnya di Edpuzzle.
Kandungan Saya
Pilih “Kandungan Saya” daripada menu di sebelah kiri untuk mencarii video yang telah anda simpan dalam akaun anda.
Untuk memuat naik kandungan baharu, klik pada butang "Tambah Kandungan" yang berwarna biru di bahagian atas skrin anda. Kemudian pilih "Muat naik video" untuk memuat naik fail video dari komputer atau Google Drive anda atau "Rakam video" untuk menggunakan fungsi rakaman skrin yang disediakan oleh Edpuzzle untuk sambungan Chrome.
Edpuzzle Originals
Edpuzzle mempunyai beberapa koleksi video pelajaran berkualiti tinggi, dihasilkan secara profesional, dan sedia untuk digunakan, yang dipanggil Edpuzzle Originals, ia diatur mengikut tahap subjek dan gred. Video ini menjimatkan banyak masa dan merupakan titik lompatan yang hebat kerana anda sentiasa boleh mengubah suai soalan yang dimasukkan selepas anda menyalin video ke Kandungan anda.
Dengan video baharu yang dihasilkan sepanjang masa, anda pasti akan menemui video pelajaran menarik yang memenuhi keperluan anda.
Rangkaian Saya
Di sinilah anda boleh melihat dan menyalin pelajaran yang telah disimpan oleh guru lain di sekolah atau daerah anda.
Terdapat dua cara untuk mengakses kandungan ini:
- Jika anda sedang mencari kandungan yang disimpan oleh rakan sekerja tertentu, pilih "Rangkaian Saya" daripada menu sebelah kiri dan klik pada nama guru tersebut daripada senarai yang disediakan. Jika anda merupakan sebahagian daripada rangkaian sekolah yang lebih besar, pertama pilih sekolah rakan sekerja itu, kemudian anda akan temui senarai guru di sekolah itu untuk dipilih.
- Jika anda hanya mahu melihat kandungan yang dibuat oleh semua guru di sekolah/daerah anda, atau menyaring mengikut mata pelajaran dan tahap gred, Pilih "Temui" daripada menu sebelah kiri dan kemudian pilih tab "Rangkaian Saya".
Temui
Pilih "Temui" dari menu sebelah kiri untuk mencari video di Edpuzzle.
Tab "Komuniti" akan menunjukkan kepada anda video pelajaran yang telah dicipta oleh guru lain di Edpuzzle.
Taip kata kunci anda ke dalam bar carian di bahagian atas halaman anda dan Edpuzzle akan memaparkan hasil teratas. Tidak menemui apa yang anda cari? Jangan ragu-ragu untuk lebih mengkhususkan istilah carian anda atau gunakan penyaring "Subjek", "Tahap gred," "Negara" dan "Sumber" untuk menyesuaikan penemuan anda.
Pilih tab "YouTube" untuk melayari video dari YouTube sahaja dan gunakan penyaring saluran di bahagian atas halaman untuk mencari kandungan yang dicipta oleh saluran pendidikan popular seperti Khan Academy, National Geographic, Crash Course dan banyak lagi.
Mencari video terus dari YouTube
Anda tidak perlu mencari saluran secara eksklusif di Edpuzzle untuk mencari video YouTube kegemaran anda untuk digunakan sebagai pelajaran di Edpuzzle. Hanya salin URL video YouTube yang anda mahukan dan tampalkannya ke dalam bar carian Edpuzzle untuk mula menyunting.
Jika anda melayari YouTube dan menjumpai video yang anda ingin kongsikan dengan pelajar anda, anda pasti mahu memasang Edpuzzle untuk Sambungan Chrome supaya anda boleh mengimport video terus dari YouTube ke koleksi Edpuzzle anda dengan cepat dan mudah.
Jika anda menjumpai video yang ingin anda gunakan dengan pelajar anda melalui mana-mana jalan ini, anda boleh salinnya ke Kandungan anda dan, jika perlu, menyuntingnya untuk menjadikan video dan/atau soalan tersebut lebih berkaitan dengan perkara yang anda ajar.
Berikut ialah tutorial video pantas untuk memandu anda melalui pilihan di atas:
-
Saya jumpa video yang saya mahu - sekarang apa yang perlu saya buat?
Memandangkan anda telah menemui video anda, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan: menyunting video, menonton video atau menyalin video.
- Sunting video
Dengan menandakan kotak di bawah video dan pilih "Edit" dari menu di bawah, anda boleh menyunting video dan menyesuaikannya mengikut keperluan pelajar anda. Anda boleh potong video, masukkan soalan, masukkan nota berserta audio, tambah suara atau menukar tajuk.
Suntingan video secara automatik akan disimpan ke kandungan anda dan membawa anda terus ke penyunting video.
- Tonton video
Dengan mengllik pada butang main di video, ia membolehkan anda melihat pratonton video, jadi anda boleh menyemak dan melihat sama ada ia sesuai untuk pelajar anda.
- Salin video
Tandakan kotak di bawah video kemudian pilih "Salin" dari menu di bawah untuk menyalin video ke kandungan anda. Video akan disimpan secara automatik ke kandungan anda. Ini membolehkan anda menyuntingnya kemudian dan memberi anda peluang untuk terus mencari video.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lihat artikel kami tentang jenis soalan yang boleh anda masukkan.
- Sunting video
-
Bagaimanakah cara untuk saya memotong video?
Anda jumpa video yang ideal tetapi hanya perlu guna sebahagian daripadanya? Anda boleh potong video tersebut dengan Edpuzzle! Anda boleh gunakan ciri potong dalam bahagian penyuntingan dan cuma simpan bahagian anda perlukan.
Untuk memotong video, ikuti langkah berikut:
-
- Dalam suntingan video, klik pada tab "Potong".
- Di bawah video anda, anda akan lihat bar biru. Seret garis menegak putih di kedua-dua sisi bar untuk memangkas dari permulaan atau penghujung video anda.
- Jika anda ingin menambah potongan lain pada video anda (contohnya, jika anda ingin memotong bahagian dari tengah), klik butang "Tambah potongan". Anda boleh ulang langkah ini seberapa banyak yang anda suka!
- Apabila selesai, bahagian yang telah anda potong akan muncul dengan warna kelabu dan baki video akan muncul dengan warna biru dalam bar.
- Untuk pratonton video anda bagi melihat bagaimana ia kelihatan selepas potongan dibuat, seret bola hitam kembali ke permulaan video.
Memandangkan anda telah mempunyai video pelajaran anda pada kepanjangan yang sempurna, lihat artikel ini untuk mengetahui jenis soalan yang boleh anda tambahkan bagi menarik minat pelajar anda.
-
-
Bagaimanakah saya boleh memasukkan soalan pada video saya?
Jika anda ingin memasukkan soalan ke dalam video anda, pilih video yang ingin anda gunakan dan klik "Edit" untuk membuka penyunting video.
-
- Klik pada tab "Soalan" di atas video.
- Dalam garis masa di bawah video, klik pada tempat yang anda ingin masukkan soalan atau nota.
- Pilih "Soalan aneka pilihan", "Soalan terbuka" atau "Nota" daripada pilihan di sebelah kanan.
- Tambahkan soalan atau nota anda dan klik pada butang "Simpan" yang berwarna biru.
- Untuk menambahkan soalan atau nota lain pada titik yang sama dalam video, klik pada ikon "+" untuk jenis soalan atau nota pilihan anda di bawah teks "Tambah nota atau soalan lain di sini".
Selepas anda menambahkan soalan anda, anda boleh klik pada butang main untuk memastikan bahawa soalan tersebut muncul dalam video pada tempat yang betul. Jika masanya adalah salah, anda boleh seret kotak soalan di sepanjang garis masa ke kiri atau kanan sehingga anda dapat masa yang tepat, atau anda hanya klik pada kotak masa di sebelah kiri soalan atau nota anda untuk memasukkan minit dan saat yang tepat.
Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, lihat artikel kami tentang cara menyemak soalan pelajar setelah pelajar anda menonton pelajaran.
-
-
Apakah jenis soalan yang boleh saya tambah?
Dengan Edpuzzle, anda boleh menyesuaikan pelajaran anda untuk setiap kelas dengan mencipta soalan dan nota anda sendiri. Anda boleh menambah:
- Soalan terbuka
Ini sesuai jika anda mahukan pelajar anda memberikan jawapan yang lebih bernas dan kreatif. Soalan ini tidak digredkan secara automatik kerana jawapan setiap pelajar adalah berbeza.
- Aneka pilihan
Di sini anda boleh memilih jawapan yang betul atau salah. Uji pemahaman pelajar anda dengan semua jenis format soalan, seperti betul/salah, jawapan tunggal, jawapan lebih daripada satu dan banyak lagi. Ia dinilai secara automatik. - Nota
Nota ini ialah alat untuk memberitahu pelajar anda apa sahaja yang anda perlu mereka tahu tentang video tersebut. Tambahkan konteks, berikan arahan atau tambahkan fakta yang menarik!
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, lihat artikel kami tentang cara menambahkan teks kaya dan memasukkan imej atau media menarik yang lain pada soalan anda.
- Soalan terbuka
-
Bagaimanakah cara membuat soalan audio?
Soalan audio membolehkan anda menambah baik atau menggantikan soalan bertulis yang dibenamkan dalam video pelajaran anda.
Berikut ialah cara menambahkan audio pada soalan anda semasa menggunakan penyunting video:
-
- Klik pada tab "Soalan" di atas video.
- Pada garis masa di bawah video, klik tempat yang anda ingin tambahkan soalan.
- Pilih "Soalan aneka pilihan" atau "Soalan terbuka" daripada pilihan yang tertera di sebelah kanan.
- Untuk mula merakam audio bagi soalan atau pun pilihan jawapan (untuk soalan aneka pilihan) yang anda mahu, klik pada ikon mikrofon yang berada di bahagian kiri bawah kotak teks yang berkaitan.
- Untuk berhenti merakam, klik pada petak merah yang berkelip.
- Mainkan semula audio untuk memastikan anda berpuas hati dengan rakaman anda. Jika anda ingin rakam semula atau membuang rakaman, klik tong sampah di sebelah kanan audio anda untuk memadamkannya.
- Klik butang "Simpan" berwarna biru untuk selesai menambah atau mengedit soalan.
Anda juga mungkin berminat untuk menambah audio pada nota anda atau membenarkan pelajar merakam ulasan audio.
-
-
Bolehkah pelajar menjawab soalan dengan audio?
Untuk soalan terbuka, anda boleh memberi pilihan untuk pelajar merakam jawapan audio, selain daripada atau sebagai tambahan kepada jawapan bertulis.
Semasa mengedit video pelajaran anda, setiap soalan terbuka akan mempunyai suis togol yang boleh digunakan untuk membolehkan pelajar memberikan rakaman audio. Untuk mengaktifkan ciri ini pada soalan, aktifkan pilihan "Benarkan jawapan dengan audio" kepada "Hidup."
Jawapan audio pelajar akan muncul bersama sebarang jawpan bertulis tambahan semasa menggred tugasan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggredan jawapan pelajar, lihat artikel ini.
-
Bagaimanakah cara untuk saya merakam audio dengan nota saya?
Mengapa masukkan audio? Kajian menunjukkan bahawa pelajar memberi lebih perhatian kepada maklumat jika mereka mendengarnya daripada suara yang dikenali.
Ikuti langkah ini untuk merakam audio bersama nota anda:
-
- Dalam penyunting video, klik pada tab "Soalan".
- Pilih "Nota" daripada menu di sebelah kanan.
- Klik pada ikon mikrofon di bawah kotak teks untuk mula merakam.
- Apabila anda selesai merakam, klik pada petak merah yang berkelip untuk menghentikan rakaman.
- Klik pada butang "Simpan" yang berwarna biru, dan anda sudah selesai!
Anda juga mungkin berminat dengan artikel kami tentang cara merakam suara latar.
-
-
Bagaimanakah cara untuk saya merakam suara latar?
Jika anda tertanya-tanya mengapa anda perlu menambahkan audio, kajian menunjukkan bahawa pelajar akan memberi lebih perhatian kepada maklumat jika mereka mendengarnya daripada suara yang dikenali!
Suara latar ialah rakaman audio yang dimainkan di atas audio asal video.
Untuk merakam suara latar, pilih video anda daripada "Kandungan Saya" dan klik pada "Edit" untuk membuka penyunting video.
Kemudian, ikuti langkah berikut:
-
- Klik pada tab "Suara Latar" di atas video.
- Pilih tempat di dalam video yang anda mahu rakamkan audio dengan mengklik pada bar garis masa di bawah video.
- Klik pada butang"Mulakan rakaman" yang berwarna.
- Jika ini adalah kali pertama anda merakamkan audio di Edpuzzle, tetingkap timbul akan muncul dalam pelayar anda dan bertanya sama ada anda mahu membenarkan Edpuzzle mengakses mikrofon anda. Klik "Benarkan" supaya audio anda boleh dirakam.
- Apabila anda selesai, klik pada butang "Hentikan rakaman" yang berwarna merah.
- Untuk pratonton rakaman anda, klik pada butang main di bawah "Mulakan rakaman". (Jika anda ingin memadamkan rakaman anda, cuma klik ikon tong sampah di sebelah kanan bar.)
- Untuk pratonton video dengan suara latar anda yang digabungkan, klik pada butang main di bawah video.
Anda boleh memasukkan seberapa banyak suara latar pada video anda seberapa banyak yang anda mahu!
Untuk lebih banyak pilihan audio, anda juga boleh melihat artikel kami tentang cara merakam audio dengan nota.
Nota: Disebabkan pengemaskinian dalam Syarat Perkhidmatan YouTube, kami tidak lagi boleh menawarkan pilihan untuk menambah suara latar pada video YouTube dalam Edpuzzle. Pilihan suara latar kini hanya tersedia untuk video yang dimuat naik terus ke Edpuzzle. Untuk mengetahui jika video boleh dimasukkan suara latar, cari penunjuk "Muat Naik Guru" pada bahagian bawah video.
-
-
Bagaimanakah cara untuk saya masukkan formula, imej, pautan atau PDF ke dalam soalan dan nota?
Cara terbaik untuk mempertingkatkan lagi soalan dan nota anda ialah dengan memasukkan gambar, pautan, dokumen dan juga formula ke dalam video pelajaran anda! Untuk mempertingkatkan soalan dan nota anda, klik pada tab "Soalan" dalam penyunting video di atas video anda. Dari sana, anda boleh:
Masukkan pautan
Anda boleh masukkan pautan ke tapak web lain seperti Google Drive atau artikel yang berkaitan. Untuk berbuat demikian, ikuti langkah berikut:
-
- Di atas medan teks untuk soalan atau nota anda, klik pada ikon pautan.
- Seterusnya, taip atau tampal URL untuk laman web yang ingin anda kongsikan dan teks yang anda mahu paparkan.
- Klik "OK" dan anda akan kembali ke edit soalan/nota.
Sisipkan gambar
Untuk memasukkan gambar ke dalam soalan atau nota dengan cara memuat naik daripada komputer anda atau menggunakan URL, ikut langkah berikut:
-
- Di atas medan teks untuk soalan atau nota anda, klik pada ikon gambar.
- Anda boleh pilih untuk memuat naik gambar dari komputer anda atau menaip atau menampal URL.
- Seterusnya, anda boleh pilih tajuk dan saiz gambar.
- Klik "OK" dan anda akan kembali ke edit soalan/nota.
Buat formula
Anda boleh memasukkan formula pada soalan atau nota dengan penyunting persamaan. Untuk memasukkkan formula, ikuti langkah berikut:
-
- Di atas medan teks untuk soalan atau nota anda, klik pada ikon "fx".
- Klik pada simbol matematik yang anda perlukan untuk mencipta formula anda.
- Klik "OK" dan anda akan kembali ke edit soalan/nota.
Tambahkan teks kaya
Untuk menambahkan teks kaya pada soalan (tebal, bergaris atau condong), ikuti langkah berikut:
-
- Di atas medan teks untuk soalan atau nota anda, klik B, I atau U untuk menambah teks kaya pilihan anda.
- Apabila anda selesai menaip, klik ikon yang sama untuk kembali ke teks biasa.
Anda juga mungkin berminat dengan artikel kami tentang cara memasukkan soalan.
-
-
Bagaimanakah cara membuat rakaman skrin dalam Edpuzzle?
Dengan sambungan Edpuzzle untuk Google Chrome, anda boleh merakam, memotong dan memuat naik rakaman skrin, video kamera web atau gabungan kedua-duanya.
Untuk merakam video:
-
- Buka sambungan Edpuzzle, sama ada secara manual melalui pelayar anda atau dengan mengklik butang "Tambah Kandungan" di bahagian atas skrin anda dan kemudian "Rakam video" daripada menu yang dipaparkan.
- Pilih kandungan yang anda mahu rakam. Jika anda tidak mahu merakam audio daripada mikrofon atau video daripada kamera web anda, klik ikon di sebelah input tersebut untuk mematikannya.
-
- "Tab" hanya akan merekodkan tab pelayar yang sedang anda lihat.
- "Desktop" akan membolehkan anda memilih untuk merakam semua aktiviti pada skrin anda atau tetingkap tertentu.
- "Kamera sahaja" akan merakam hanya dari kamera web anda.
-
- Gunakan alat kawalan rakaman untuk menghidupkan dan mematikan mikrofon dan kamera web anda dan untuk menghenti sementara, meneruskan, menghentikan atau memadamkan rakaman. Oleh kerana fungsi rakaman ini boleh dilakukan disebabkan oleh sambungan Chrome, alat kawalan hanya akan muncul dalam tetingkap pelayar anda. Ini bermakna jika anda merakam tetingkap yang bukan pelayar anda, anda perlu kembali ke Chrome untuk menghentikan rakaman, dsb.
- Apabila anda selesai merakam, klik pada ikon segi empat sama "Berhenti merakam" dalam alat kawalan (had masa adalah dua jam setiap video). Ini akan membawa anda ke skrin baharu yang membolehkan anda melihat pratonton video anda, menamakannya, mengeditnya, memilih imej kecil dan menetapkan tahap privasi.
- Klik butang "Seterusnya" di bahagian atas halaman anda untuk beralih ke editor video Edpuzzle di mana anda boleh membuat potongan lanjut (jika perlu) dan menambah soalan/nota anda sebelum menugasjan pelajaran kepada kelas anda.
Nota: Buat masa ini, rakaman skrin tidak tersedia jika menggunakan pelayar selain Google Chrome (seperti Safari atau Firefox).
Untuk menambah sambungan Edpuzzle pada pelayar anda, klik di sini.
-
-
Bolehkah pelajar saya menghasilkan video pelajaran?
Ya! Bila anda mahu membuat tugasan di mana pelajar anda perlu menghantar video pelajaran mereka sendiri, ia dipanggil projek pelajar.
Projek pelajar membolehkan anda melibatkan diri dengan pelajar anda menggunakan kaedag pembelajaran berasaskan projek dan ini merupakan cara terbaik untuk menilai pengetahuan mereka tentang sesuatu topik.
Inilah cara untuk menyediakan projek pelajar:
-
- Klik pada butang "+ Tambah Kandungan" yang berwarna biru di bahagian atas skrin anda.
- Pilih "Projek pelajar" daripada menu ke bawah.
- Isikan medan untuk Subjek (nama projek), Matlamat projek dan Arahan.
- Pilih sumber video dengan menandakan kotak di sebelah pilihan yang anda mahu tersedia kepada pelajar anda.
-
- "Cari video YouTube" akan membolehkan pelajar anda mencari melalui saluran YouTube kami atau menampal URL video YouTube ke dalam bar carian jika mereka mempunyai video tersebut dalam fikiran mereka.
- "Muat naik video" akan membolehkan pelajar anda memuat naik video mereka sendiri terus ke Edpuzzle. Mereka boleh memuat naik fail video daripada komputer ataupun Google Drive mereka.
-
- Klik "Simpan projek" untuk menyimpannya dan kembali ke koleksi Kandungan Saya kepunyaan anda, atau klik "Simpan dan Tugaskan" untuk menyerahkan projek kepada pelajar anda dengan segera.
Kini, projek pelajar akan muncul secara automatik dalam koleksi Kandungan Saya kepunyaan anda, di bawah video pelajaran anda yang lain. Anda boleh menugaskan projek pelajar sama seperti anda menugaskan video pelajaran.
Jika pelajar anda memerlukan bantuan bagi menghasilkan projek mereka, anda boleh kongsikan artikel ini dengan mereka untuk dijadikan rujukan tentang bagaimana ia berfungsi dari sisi mereka.
-
-
Bolehkah saya sertakan maklum balas segera ke dalam soalan?
Adakah anda ingin memberi maklum balas segera kepada pelajar anda? Kami mempunyai ciri yang membolehkan anda menulis mesej yang akan muncul secara automatik selepas pelajar menjawab soalan. Ini amat berguna jika anda ingin menerangkan kenapa jawapan yang diberikan adalah salah atau memberi galakan kepada pelajar anda.
Untuk menyertakan maklum balas ke dalam soalan anda, sila ikuti langkah berikut:
-
- Pilih soalan terbuka, soalan aneka pilihan atau pilihan nota dan tuliskan soalan/nota anda.
- Klik pada teks "Maklum Balas" di sudut kanan bawah medan teks, yang akan menjadikan medan teks berwarna kuning.
- Taip ulasan yang ingin anda paparkan sebagai maklum balas kepada jawapan pelajar.
- Untuk kembali kepada soalan anda, klik pada "Soalan."
Perhatikan bahawa anda juga boleh memasukkan maklum balas segera untuk setiap jawapan aneka pilihan.
-
-
Bolehkah saya muat naik fail audio ke Edpuzzle?
Fail audio tidak boleh dimuat naik ke Edpuzzle.
Jika anda ingin menggunakan fail audio untuk edpuzzle, anda boleh tukarkannya terlebih dahulu kepada fail video dan kemudian memuat naik fail video tersebut.
Terdapat banyak program atau platform yang boleh membantu anda menukar format fail daripada audio kepada video. Cari yang sesuai untuk anda dan sediakan fail anda.
Setelah anda lakukan ini, anda boleh muat naik fail video dengan menggunakan langkah yang disenaraikan di sini.
-
Bagaimanakah cara untuk saya padam soalan, nota atau suara latar?
Untuk memadamkan soalan, ikuti langkah berikut:
-
- Dalam penyunting video, klik pada soalan atau nota yang ingin anda padamkan daripada lajur "Acara video" di sebelah kiri. Ia akan dipaparkan di sebelah kanan video.
- Klik pada ikon tong sampah di bawah soalan atau nota, dan anda sudah selesai!
Untuk memadamkan suara latar, ikut langkah berikut:
-
- Dalam penyunting video, klik pada tab “Suara Latar".
- Klik pada ikon tong sampah di sebelah rakaman yang ingin anda padamkan, dan anda sudah selesai.
-
-
Bolehkah saya masukkan beberapa soalan pada titik yang sama dalam video?
Ya! Jika anda ingin memasukkan beberapa soalan pada titik yang sama, ikuti langkah ini:
-
- Dalam penyunting video, klik pada tab "Soalan" di atas video.
- Tambahkan soalan atau nota.
- Setelah selesai, klik pada ikon "+" untuk jenis soalan atau nota pilihan anda di bawah teks "Tambah nota atau soalan lain di sini".
- Anda boleh menambah seberapa banyak soalan dan ulasan di tempat yang sama sehingga anda selesai dengan mengulangi langkah 3 seberapa banyak yang anda perlukan.
-
-
Bagaimanakah saya boleh menyimpan video pelajaran saya setelah selesai menyunting?
Setelah anda selesai menyunting video anda, klik pada butang "Selesai" yang berwarna biru di penjuru kanan sebelah atas halaman edit.
Selepas klik "Selesai", anda boleh tugaskan video pelajaran kepada kelas dengan segera atau mengemudi keluar dan menugaskannya kemudian.
Jangan risau – anda tidak akan kehilangan kerja anda jika anda tertutup halaman secara tidak sengaja semasa menyunting video anda! Video Pelajaran disimpan secara automatik setiap lima saat supaya anda tidak perlu menyimpan perubahan anda secara manual!
-
Bagaimanakah cara untuk memindahkan soalan, nota atau suara latar?
Bagaimana untuk memindahkan soalan atau nota anda
Untuk memindahkan soalan atau nota anda ke tempat lain di dalam video, ikut langkah berikut:
-
- Dalam penyunting video, pilih soalan atau nota yang anda mahu pindahkan daripada lajur "Acara video" di sebelah kiri.
- Di bawah video, anda akan lihat soalan atau nota anda dan di sebelah kiri pula, adalah masa ia muncul di dalam video.
- Klik pada masa dan taip bila anda mahukan soalan atau nota anda dipaparkan. Sebagai alternatif, anda boleh tarik dan lepaskan soalan atau ulasan anda dalam bar garis masa video.
Cara memindahkan suara latar anda
Untuk memindahkan suara latar anda ke tempat lain di dalam video, ikut langkah ini:
-
- Dalam penyunting video, klik pada tab "Suara Latar".
- Di sebelah kiri rakaman suara latar anda dan di bawah butang "Mulakan rakaman" yang berwarna merah, anda akan llihat masa ia muncul di dalam video.
- Klik pada masa dan taip bila anda mahu suara latar anda muncul. Sebagai alternatif, anda boleh tarik dan lepaskan soalan atau ulasan anda dalam bar garis masa video.
-
-
Bagaimanakah saya boleh Masukkan tajuk pada video saya?
Masukkan tajuk pada mana-mana video pelajaran untuk rujukan lebih mudah dengan mengikut langkah berikut:
-
- Pilih video daripada Kandungan Saya.
- Klik "Edit" di bahagian atas halaman.
- Klik ikon pensel di bahagian atas halaman, bersebelahan dengan tajuk video semasa.
- Buat perubahan anda.
- Klik "Simpan tajuk" untuk pastikan perubahan anda dilakukan.
Untuk menukar tajuk video setelah ia ditugaskan:
-
- Pilih kelas daripada menu Kelas Saya di sebelah kiri halaman anda.
- Klik pada tugasan yang berkaitan.
- Klik "Edit video yang diberikan" di bahagian atas halaman.
- Klik "Edit nama" di bawah tajuk semasa.
- Buat perubahan anda.
- Klik "Tukar nama" untuk menyimpan perubahan anda.
Nota: Menukar tajuk video akan mengemaskini nama semua tugasan yang berkaitan.
-
-
Bagaimanakah cara untuk saya menghidupkan kapsyen tertutup atau sari kata pada video pelajaran saya?
Kapsyen tertutup tersedia untuk mana-mana video YouTube di Edpuzzle yang asalnya diberi kapsyen dalam YouTube, serta untuk Edpuzzle Originals dan kebanyakan kandungan yang dimuat naik oleh guru.
Mendayakan kapsyen tertutup
Apabila anda menetapkan video pelajaran anda, anda boleh buat pilihan untuk "Hidupkan CC" bagi menghidupkan kapsyen tertutup.
Apabila pelajar menonton video pelajaran yang mempunyai kapsyen tertutup, butang "CC" akan muncul di bawah video. Mereka boleh mengklik pada butang tersebut untuk menghidupkan atau mematikan sari kata.
Menghidupkan sari kata dalam bahasa yang berbeza
Sesetengah video mungkin mempunyai sari kata dalam bahasa yang berbeza. Untuk membuat pilihan, klik pada butang "CC".
Ambil perhatian bahawa jika pemilik video YouTube telah menambahkan sari kata secara manual, maka anda hanya akan dapat mengakses sari kata yang dijana secara manual tersebut dan sebarang kapsyen tertutup yang dijana secara automatik tidak akan tersedia dalam Edpuzzle.
Tiada kapsyen tertutup tersedia
Jika video tidak mempunyai sari kata yang tersedia, butang "CC" tidak akan muncul di bahagian bawah video.
Menjadikan kapsyen tertutup sebagai tetapan kekal
Jika anda sentiasa mahukan kapsyen tertutup untuk muncul (apabila tersedia), cuma klik pada ikon profil anda di penjuru kanan sebelah atas, pilih nama anda daripada menu ke bawah dan klik pada tab "Tetapan". Di sebelah "Kapsyen Tertutup", togol suis kepada "Hidup". Itu sahaja – pilihan anda akan disimpan secara automatik!