Bagaimanakah cara untuk memindahkan soalan, nota atau suara latar?

Bagaimana untuk memindahkan soalan atau nota anda

Untuk memindahkan soalan atau nota anda ke tempat lain di dalam video, ikut langkah berikut:

    1. Dalam penyunting video, pilih soalan atau nota yang anda mahu pindahkan daripada lajur "Acara video" di sebelah kiri.
    2. Di bawah video, anda akan lihat soalan atau nota anda dan di sebelah kiri pula, adalah masa ia muncul di dalam video.
    3. Klik pada masa dan taip bila anda mahukan soalan atau nota anda dipaparkan. Sebagai alternatif, anda boleh tarik dan lepaskan soalan atau ulasan anda dalam bar garis masa video.

Cara memindahkan suara latar anda

Untuk memindahkan suara latar anda ke tempat lain di dalam video, ikut langkah ini:

    1. Dalam penyunting video, klik pada tab "Suara Latar".
    2. Di sebelah kiri rakaman suara latar anda dan di bawah butang "Mulakan rakaman" yang berwarna merah, anda akan llihat masa ia muncul di dalam video.
    3. Klik pada masa dan taip bila anda mahu suara latar anda muncul. Sebagai alternatif, anda boleh tarik dan lepaskan soalan atau ulasan anda dalam bar garis masa video.