Cara terbaik untuk mempertingkatkan lagi soalan dan nota anda ialah dengan memasukkan gambar, pautan, dokumen dan juga formula ke dalam video pelajaran anda! Untuk mempertingkatkan soalan dan nota anda, klik pada tab "Soalan" dalam penyunting video di atas video anda. Dari sana, anda boleh:
Masukkan pautan
Anda boleh masukkan pautan ke tapak web lain seperti Google Drive atau artikel yang berkaitan. Untuk berbuat demikian, ikuti langkah berikut:
-
- Di atas medan teks untuk soalan atau nota anda, klik pada ikon pautan.
- Seterusnya, taip atau tampal URL untuk laman web yang ingin anda kongsikan dan teks yang anda mahu paparkan.
- Klik "OK" dan anda akan kembali ke edit soalan/nota.
Sisipkan gambar
Untuk memasukkan gambar ke dalam soalan atau nota dengan cara memuat naik daripada komputer anda atau menggunakan URL, ikut langkah berikut:
-
- Di atas medan teks untuk soalan atau nota anda, klik pada ikon gambar.
- Anda boleh pilih untuk memuat naik gambar dari komputer anda atau menaip atau menampal URL.
- Seterusnya, anda boleh pilih tajuk dan saiz gambar.
- Klik "OK" dan anda akan kembali ke edit soalan/nota.
Buat formula
Anda boleh memasukkan formula pada soalan atau nota dengan penyunting persamaan. Untuk memasukkkan formula, ikuti langkah berikut:
-
- Di atas medan teks untuk soalan atau nota anda, klik pada ikon "fx".
- Klik pada simbol matematik yang anda perlukan untuk mencipta formula anda.
- Klik "OK" dan anda akan kembali ke edit soalan/nota.
Tambahkan teks kaya
Untuk menambahkan teks kaya pada soalan (tebal, bergaris atau condong), ikuti langkah berikut:
-
- Di atas medan teks untuk soalan atau nota anda, klik B, I atau U untuk menambah teks kaya pilihan anda.
- Apabila anda selesai menaip, klik ikon yang sama untuk kembali ke teks biasa.
Anda juga mungkin berminat dengan artikel kami tentang cara memasukkan soalan.