Menguruskan Kelas & Pelajar Saya
-
Bagaimanakah cara untuk saya membuat kelas baharu?
Terdapat dua cara untuk anda membuat kelas Edpuzzle yang baharu: sama ada terus daripada menu "Kelas Saya" di sebelah kiri halaman anda atau semasa proses penciptaan tugasan.
Buat kelas baharu daripada “Kelas Saya”
-
- Klik tanda tambah (+) di sebelah "Kelas Saya" pada sebelah kiri halaman anda.
-
Untuk mencipta kelas Edpuzzle klasik atau terbuka, klik "Buat kelas baharu."
(Jika anda menggunakan Google Classroom, Microsoft Teams atau Clever, anda boleh memilih LMS anda daripada tetingkap timbul dan mengimport kelas anda. Jika anda menggunakan LMS lain, anda perlu membuat kelas anda daripada LMS tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang membuat dan mengimport kelas daripada LMS pilihan anda, lihat artikel ini.) - Masukkan nama kelas dan huraian (huraian adalah pilihan) dan pilih tahap gred kelas dan subjek.
- Tentukan sama ada anda mahu kelas klasik atau terbuka.
- Selepas anda menetapkan semua pilihan anda, klik "Buat kelas" untuk melengkapkan sediaan!
Berikut ialah tutorial video pantas untuk memandu anda melalui langkah di atas:
Buat kelas baharu apabila memberikan pelajaran video
-
- Selepas memilih video daripada koleksi "Kandungan Saya", klik "Tugaskan" untuk membuka tetingkap penciptaan tugasan.
- Klik butang "+ Tambah kelas baharu" di bahagian bawah tetingkap.
- Masukkan nama kelas dan huraian (huraian adalah pilihan) dan pilih tahap gred kelas dan subjek.
- Tentukan sama ada anda mahu kelas klasik atau terbuka.
- Selepas anda menetapkan semua pilihan anda, klik "Buat kelas" untuk melengkapkan sediaan.
- Anda kemudiannya akan dibawa kembali ke tetingkap penciptaan tugasan untuk selesai menugaskan video pelajaran.
Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, lihat artikel kami tentang cara menambah pelajar ke kelas anda.
-
-
Bagaimanakah cara untuk saya menjemput pelajar baharu ke kelas saya?
Setelah anda membuat kelas anda, anda sudah bersedia untuk menjemput pelajar anda! Anda boleh melakukan ini dengan berkongsi sama ada kod kelas anda ataupun pautan kelas secara terus kepada dengan mereka.
Jika anda menggunakan Google Classroom, anda juga boleh mengimport pelajar anda terus dari Google Classroom, lihat artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Menggunakan kod kelas anda
Setiap kelas yang anda buat akan dikaitkan dengan kod kelas unik yang menghubungkan pelajar anda dengan kelas tersebut. Jika pelajar belum mempunyai akaun Edpuzzle lagi, mereka akan diminta untuk membuat akaun bagi menyertai kelas. Begini adalah cara menjemput pelajar anda:
- Pilih kelas daripada menu Kelas Saya di sebelah kiri halaman anda.
- Klik pada tab "Ahli kelas" dan kemudian butang "Jemput pelajar" yang berwarna biru.
Berikut ialah tutorial video pantas untuk memandu anda melalui langkah di atas:
Nota: Jika anda tidak menemui kod kelas anda dan anda kehilangan butang "Jemput pelajar" yang berwarna biru, anda mungkin menggunakan kursus bersepadu LMS, yang beroperasi dengan cara yang sedikit berbeza. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pelajar yang menyertai kelas tersebut, lihat artikel ini.
Kelas terbuka
Dengan kelas terbuka, pelajar anda boleh menyertai kelas dan menyelesaikan tugasan tanpa akaun Edpuzzle! Untuk menjemput pelajar ke kelas, klik pada butang "Jemput pelajar" di penjuru kanan sebelah atas halaman kelas. Anda sama ada boleh berkongsi pautan ataupun kod kelas dengan pelajar anda. Pelajar tidak akan dapat menyimpan sesi mereka , jadi jika mereka meninggalkan kelas terbuka anda dan kemudian menyertainya semula pada masa akan datang, mereka akan dianggap sebagai pelajar baharu.
Berbeza dengan kelas klasik, kelas terbuka tidak mempunyai tab "Ahli kelas". Ini kerana setiap tugasan akan menjana senarai pelajarnya sendiri apabila mereka menyertai kelas terbuka anda.
-
Bagaimanakah cara untuk saya alih keluar pelajar daripada kelas?
Jika anda perlu mengalih keluar pelajar daripada kelas Edpuzzle anda, ikut langkah berikut:
-
- Pilih kelas pelajar daripada senarai yang berada di bawah "Kelas Saya" dalam menu di sebelah kiri halaman anda.
- Pergi ke tab "Ahli kelas".
- Cari nama pelajar dan klik elipsis (...) di sebelah kanan.
- Pilih "Alih keluar daripada kelas" dalam menu ke bawah.
- Sahkan pemadaman dalam tetingkap timbul yang muncul.
Jika anda perlu mengalih keluar beberapa pelajar serentak, tandakan kotak di sebelah kiri nama pelajar dan pilih "Alih keluar daripada kelas" daripada bar di bahagian bawah yang muncul.
Mengalih keluar pelajar adalah berguna jika mereka telah membuat akaun tambahan secara tidak sengaja. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa apabila pelajar telah dialih keluar daripada kelas, semua perkembangn dan data berkaitan mereka untuk kelas anda juga akan dipadamkan dan tidak dapat dipulihkan. Jadi, berhati-hati apabila memadam pelajar!
Anda juga mungkin berminat dengan artikel kami tentang cara mengedit nama pelajar atau menukar kata laluan mereka.
-
-
Cara menyediakan kelas bersama
Menyediakan kelas bersama ialah proses yang mudah: Apabila anda dan rakan guru anda mengkonfigurasikan penyepaduan Edpuzzle bagi kelas yang sama, anda dan rakan guru anda akan menjadi guru bersama!
Dengan berkongsi kelas dalam Edpuzzle, ia membolehkan setiap guru untuk:
-
- Menugaskan video pelajaran
- Melihat video pelajaran yang ditugaskan oleh guru bersama anda
- Melihat kemajuan/gred pelajar untuk tugasan yang anda dan guru bersama anda hasilkan
- Menggredkan jawapan pelajar untuk tugasan yang anda dan guru bersama anda hasilkan
Ciri ini tersedia untuk kelas-kelas yang disepadukan dengan kebanyakan LMS di dalam Edpuzzle. Penyepaduan LMS yang berikut mempunyai ciri guru bersama:
- Google Classroom
- Microsoft Teams
- Canvas
- Schoology
- Moodle
- D2L Brightspace
- Clever
- ClassLink
Untuk maklumat tentang cara mengkonfigurasi penyepaduan untuk LMS anda, klik pautan yang sesuai di atas.
Nota: Ciri guru bersama tidak tersedia untuk kelas Edpuzzle klasik atau kelas Edpuzzle terbuka buat masa ini.
-
-
Bolehkah saya membenamkan tugasan ke dalam LMS, blog atau tapak web?
Dengan Edpuzzle, anda boleh memasukkan tugasan video anda dengan mudah di laman web atau LMS anda!
Cara menggunakan Edpuzzle dengan LMS anda
Jika anda menggunakan Canvas, Schoology, Microsoft Teams, Moodle, Blackboard, PowerSchool atau Blackbaud, antara lain, anda boleh menikmati semua faedah Edpuzzle dari dalam LMS anda.
Dengan integrasi Edpuzzle, anda boleh berkongsi video pelajaran anda dengan kelas LMS anda dan pelajar anda akan dapat menyelesaikannya terus dalam LMS anda, tanpa perlu membuat akaun Edpuzzle.
Lihat artikel ini untuk membimbing anda melalui proses sediaan:
- Menggunakan Edpuzzle Dengan Canvas
- Menggunakan Edpuzzle Dengan Schoology
- Menggunakan Edpuzzle Dengan Microsoft Teams
- Menggunakan Edpuzzle Dengan Moodle
- Menggunakan Edpuzzle Dengan Blackboard
- Menggunakan Edpuzzle Dengan PowerSchool
- Menggunakan Edpuzzle Dengan Blackbaud
- Menggunakan Edpuzzle Dengan D2L Brightspace
Cara memasukkan tugasan Edpuzzle pada blog atau laman web anda
Anda boleh memasukkan tugasan Edpuzzle ke dalam hampir mana-mana laman web atau blog. Pelajar anda boleh menonton video dari satu tempat dan anda dapat mengumpulkan perkembangan serta jawapan mereka dalam Edpuzzle.
Untuk mencari kod benam, ikuti langkah berikut:
-
- Pilih kelas daripada menu Kelas Saya di sebelah kiri halaman anda.
- Klik pada tugasan yang ingin anda masukkan.
- Apabila melihat tugasan, klik butang "Kongsi Tugasan" di bahagian atas halaman. Untuk kelas integrasi Google Classroom dan Microsoft Teams, cuma klik elipsis (...) di bahagian atas halaman dan pilih "Kongsi Tugasan" daripada menu ke bawah. Jika anda menggunakan integrasi LMS yang lain, ciri ini tidak tersedia.
- Tetingkap timbul akan muncul dan memberikan anda pautan tugasan dan kod benam.
- Salin kod benam dan tampalkannya ke laman web atau blog pilihan anda.
Anda boleh menampal kod benam ke dalam kebanyakan blog dan platform laman web peribadi. Ia juga akan berfungsi untuk hampir mana-mana LMS di pasaran (contonya Haiku atau Edmodo).
Jika anda pengguna WordPress, anda boleh berkongsi tugasan dengan pautan, yang akan membawa pelajar anda ke Edpuzzle. Buat masa ini ciri benam tidak disokong untuk laman web WordPress.
Nota: Pautan tugasan adalah khusus pada satu kelas, bermakna jika anda telah memperuntukkan video kepada beberapa kelas, setiap kelas akan mempunyai pautan tugasan unik yang hanya berfungsi untuk pelajar dalam kelas tersebut.
Jika anda memerlukan bantuan untuk memasukkan pelajaran anda ke dalam LMS anda, beritahu kami dengan menghubungi kami di support@edpuzzle.com.
-
Bagaimanakah kelas terbuka berfungsi?
Dengan kelas terbuka, pelajar anda boleh menyertai kelas dan menyelesaikan tugasan tanpa akaun Edpuzzle. Ini menjadikan penggunaan kelas terbuka pilihan yang bagus untuk pelajar yang lebih muda, kumpulan pelajar satu kali dan banyak lagi!
Untuk membuat kelas terbuka:
-
- Klik tanda tambah (+) di sebelah "Kelas Saya" pada bahagian sebelah kiri halaman anda.
- Klik pada "Buat kelas baharu."
- Tambahkan nama untuk kelas anda dan perihalan (pilihan), kemudian aras kelas dan subjek.
- Pilih "Buka" di bawah "Jenis kelas."
Harap maklum bahawa sebaik sahaja anda memilih jenis kelas anda, anda tidak boleh lagi mengubahnya.
Anda boleh pilih untuk membenarkan pelajar anda mencipta nama panggilan mereka sendiri atau meminta Edpuzzle menciptanya secara automatik. Untuk menggunakan nama panggilan yang dijana secara rawak, tandakan pada kotak yang mengatakan "Biarkan Edpuzzle menjana nama panggilan pelajar." Ini bermakna anda akan lihat kemajuan dan gred pada tugasan untuk sesiapa sahaja yang menyelesaikan tugasan itu, tetapi tugasan itu akan menjadi tanpa nama.
Jika anda tidak menanda kotak ini, pelajar perlu memasukkan nama panggilan apabila menyertai kelas anda. Jika anda ingin memastikan anda boleh mengenal pasti siapa mereka, kami syorkan supaya anda memberikan arahan dengan jelas kepada pelajar anda untuk memasukkan nama sebenar mereka.
Anda sentiasa boleh menukar tetapan ini kemudian dengan mengklik pada elipsis (...) di sebelah nama kelas pada bahagian atas halaman anda dan memilih "Edit kelas" di menu ke bawah. Kemudian skrol ke bawah untuk menanda atau menyahtanda kotak yang sama.
Untuk mengetahui tentang memberikan pelajaran video kepada kelas terbuka, lihat artikel ini.
Untuk menjemput pelajar ke kelas:
-
- Klik pada butang "Jemput pelajar" di bahagian penjuru kanan sebelah atas halaman kelas.
- Anda boleh, sama ada berkongsi pautan kelas atau kod kelas dengan pelajar anda untuk meminta mereka menyertai kelas. Jika menggunakan pautan, pelajar hanya perlu mengklik pautan untuk menyertai kelas. Jika menggunakan kod kelas, pelajar perlu ke edpuzzle.com, klik "Buka kelas" di bahagian atas halaman utama kami dan masukkan kod tersebut apabila diminta.
Pelajar tidak dapat menyimpan sesi mereka, jadi jika mereka meninggalkan kelas terbuka anda dan kemudian menyertainya semula pada masa yang lain, mereka akan dianggap sebagai pelajar baharu.
Nota: Berbeza dengan kelas klasik, kelas terbuka tidak mempunyai tab "Ahli Kelas". Ini kerana setiap tugasan akan menjana senarai pelajarnya sendiri apabila mereka menyertai kelas terbuka anda.
Kelas terbuka juga tidak menyertakan ciri Buku Gred, tetapi anda akan dapat lihat perkembangan untuk setiap tugasan individu!
-
-
Adakah pelajar saya memerlukan akaun Edpuzzle?
Dengan kelas terbuka, pelajar anda tidak perlu ada akaun Edpuzzle, ini bermaksud mereka tidak perlu membuat nama pengguna atau kata laluan. Untuk maklumat lanjut, lihat artikel kami tentang cara kelas terbuka berfungsi.
Sebaliknya, jika anda ingin merekodkan perkembangan pelajar anda pada tugasan, maka pelajar mesti mempunyai akaun Edpuzzle. Walau bagaimanapun, jika anda hanya berkongsi kandungan anda dengan rakan sekerja atau tidak perlu merekodkan gred mereka, maka orang yang anda hantar pautan itu tidak memerlukan akaun.
Untuk menjejak perkembangan pelajar anda pada tugasan video, mereka memerlukan akaun Edpuzzle. Apabila mereka menyelesaikan tugasan melalui akaun mereka, anda akan dapat melihat sama ada mereka telah menonton video, memberi jawapan pada kuiz yang diberi dan banyak lagi. Lihat artikel tentang cara menjemput pelajar baharu untuk memberi anda panduan tentang cara menambahkan pelajar ke kelas Edpuzzle anda.
Jika anda tidak perlu melihat perkembangan, anda boleh berkongsi pautan ke video anda yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja, walaupun tanpa akaun. Anda boleh melakukan ini dengan membuka video dan mengklik pada "Kongsi pratonton." Dari sini, anda boleh berkongsi pautan terus ke video atau memasukkan tugasan pada video. Apabila seseorang membuka pautan pratonton, mereka boleh menonton keseluruhan video dan melihat soalan, tetapi kemajuan dan gred mereka tidak akan direkodkan.
-
Bagaimanakah cara untuk saya memindahkan pelajar ke kelas lain?
Jika anda ingin memindahkan pelajar ke kelas lain, anda perlu mengalih keluar mereka daripada kelas semasa mereka dan menjemput mereka ke kelas baharu. Walau bagaimanapun, ini akan memadamkan mana-mana perkembangan dan gred sedia ada pelajar daripada kelas asal mereka. Perkembangan dan gred pelajar tidak akan dipindahkan ke kelas baharu.
Untuk mengalih keluar pelajar daripada kelas:
-
- Pilih kelas semasa pelajar daripada senarai di bawah "Kelas Saya" dalam menu di sebelah kiri halaman anda.
- Pergi ke tab "Ahli kelas".
- Cari nama pelajar dan klik elipsis (...) di sebelah kanan.
- Pilih "Alih keluar daripada kelas" dalam menu ke bawah.
- Sahkan pemadaman dalam tetingkap timbul yang muncul.
Untuk menambah pelajar ke kelas baharu mereka:
-
- Pilih kelas baharu pelajar daripada senarai di bawah "Kelas Saya" dalam menu di sebelah kiri halaman anda.
- Pergi ke tab "Ahli kelas".
- Klik butang "Jemput pelajar" untuk melihat kod kelas anda.
- Kongsi kod kelas atau pautan dengan pelajar anda.
- Apabila pelajar telah menyertai kelas baharu, anda telah berjaya memindahkan mereka dari satu kelas ke kelas yang lain. Jika mereka memerlukan bantuan untuk menyertai kelas, berikut ialah artikel ringkas beserta arahan yang mudah diikuti.
Nota: Jika anda menggunakan kelas bersepadu LMS, proses untuk menambah pelajar ke kelas baharu akan kelihatan sedikit berbeza. Lihat artikel kami tentang menggunakan Edpuzzle dengan integrasi LMS yang berbeza untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara pelajar ditambahkan pada jenis kelas tersebut.
-
-
Bagaimanakah cara menukar kata laluan atau nama pelajar?
Untuk menetapkan semula kata laluan pelajar atau mengedit nama pelajar di Edpuzzle, ikut langkah berikut:
Menetapkan semula kata laluan
-
- Pilih kelas pelajar daripada senarai di bawah "Kelas Saya" dalam menu di sebelah kiri halaman anda.
- Pergi ke tab "Ahli kelas".
- Cari nama pelajar dan klik elipsis (...) di sebelah kanan.
- Pilih "Tetapkan semula kata laluan" dalam menu ke bawah.
- Masukkan kata laluan baharu dalam tetingkap timbul yang muncul.
- Klik butang "Simpan kata laluan baharu" untuk mengesahkan perubahan.
- Arahkan pelajar untuk log masuk ke edpuzzle.com dengan menggunakan kelayakan baharu mereka untuk memastikan semuanya berfungsi dengan baik.
Tukar nama pelajar
-
- Pilih kelas pelajar daripada senarai di bawah "Kelas Saya" dalam menu di sebelah kiri halaman anda.
- Pergi ke tab "Ahli kelas".
- Cari nama semasa pelajar dan klik elipsis (...) di sebelah kanan.
- Pilih "Edit nama" dalam menu lungsur.
- Masukkan pertukaran nama dalam tetingkap timbul yang muncul.
- Klik butang "Simpan nama" untuk mengesahkan perubahan.
Jika anda perlu mengalih keluar pelajar daripada kelas anda, lihat artikel ini.
-
-
Bagaimanakah saya boleh memadam, mengarkibkan atau memulihkan bilik darjah saya?
Selepas anda membuat kelas anda, anda akan ada beberapa pilihan untuk mengurusnya. Artikel ini akan menunjukkan kepada anda cara memadamkan kelas, mengarkibkan kelas dan memulihkan kelas yang telah diarkibkan.
Padamkan kelas
Jika anda ingin memadamkan kelas setelah anda memulakan semester baharu atau setelah anda tidak lagi memerlukannya, sila ikut langkah di bawah. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa sebaik sahaja anda memadamkan kelas, semua data yang berkaitan termasuk tugasan dan perkembangan/gred pelajar akan dialih keluar secara kekal dan tidak boleh didapatkan semula.
-
- Tunjuk pada nama kelas dalam menu "Kelas Saya" di sebelah kiri halaman anda.
- Klik elipsis (...).
- Pilih "Padam kelas" daripada menu ke bawah.
- Klik butang "Padam" berwarna merah untuk mengesahkan pemadaman anda.
Arkibkan kelas
Jika anda ingin mengarkibkan kelas setelah anda memulakan semester baharu atau setelah anda tidak memerlukannya lagi, anda boleh mengikuti langkah di bawah. Kelas yang telah diarkibkan masih tersedia untuk semakan oleh pelajar dan guru bersama anda, namun, tiada pengeditan atau jawapan baharu akan dapat dibuat melainkan kelas tersebut telah dipulihkan. Semua kelas yang diarkibkan akan disimpan di bawah bahagian "Kelas Diarkibkan" pada menu di sebelah kiri halaman anda.
-
- Tunjuk pada nama kelas dalam menu "Kelas Saya" di sebelah kiri halaman anda.
- Klik elipsis (...).
- Pilih "Arkibkan kelas" daripada menu ke bawah.
- Klik butang "Arkib" untuk mengesahkan pilihan anda.
Pulihkan kelas
Apabila anda memulihkan kelas yang telah diarkibkan, pelajar dan guru bersama anda akan mendapat semula akses kepada kelas tersebut. Ingat, kelas yang telah dipadam tidak boleh dipulihkan. Jika anda ingin memulihkan kelas yang telah diarkibkan, ikut langkah di bawah.
-
- Tunjuk pada nama kelas dalam menu "Diarkibkan" di sebelah kiri halaman anda.
- Klik elipsis (...).
- Pilih "Pulihkan Kelas" daripada menu ke bawah.
- Klik butang "Pulihkan" untuk mengesahkan pilihan anda.
Sebagai alternatif, anda juga boleh memadam atau mengarkibkan kelas dengan:
-
- Memilih kelas daripada menu "Kelas Saya" di sebelah kiri halaman anda.
- Mengklik elipsis (...) di bahagian atas halaman.
- Memilih pilihan yang sesuai daripada menu ke bawah.
-
-
Bagaimanakah cara saya untuk meninggalkan kelas LMS yang dikongsi?
Jika anda tidak lagi memerlukan atau mengajar kelas bersepadu LMS yang dikongsi, anda boleh meninggalkan kelas dan mengalih keluar kelas tersebut daripada senarai Kelas Saya milik anda. Meninggalkan kelas tidak akan memadamkan kandungan kelas untuk guru lain yang masih berada di dalam kelas tersebut!
Untuk meninggalkan kelas, ikuti langkah berikut:
-
- Tunjuk pada nama kelas dalam senarai "Kelas Saya" di menu yang terletak di bahagian sebelah kiri halaman anda.
- Klik elipsis (...).
- Pilih "Tinggalkan kelas" daripada menu ke bawah.
Nota: Jika anda adalah satu-satunya guru dalam kelas bersepadu LMS anda, anda hanya akan ada pilihan untuk memadamkan kelas tersebut. Sebaik sahaja anda memadamkan kelas, data kelas (termasuk semua tugasan dan kemajuan/gred pelajar) akan dipadamkan secara kekal dan tidak boleh dipulihkan.
-