Anda baru sahaja mendaftar untuk Edpuzzle, jadi apakah cara terbaik untuk mula menggunakannya? Berikut ialah beberapa cadangan daripada pengguna tegar kami:
- Cuba selama seminggu dan kongsikan! Anda akan melihat peningkatan yang menakjubkan dalam penglibatan pelajar anda. Mulakan dengan mencipta dan memberikan satu atau dua video kepada pelajar anda. Kemudian, kongsikan hasil dapatan dengan rakan sekerja anda. Berikut adalah beberapa tip untuk menarik minat rakan sebaya anda:
- Terangkan langkah mudah untuk membuat video pelajaran, bilik darjah dan tugasan.
- Bantu mereka untuk bermula dan berbincang bersama-sama tentang apa yang mereka boleh lakukan untuk pelajaran seterusnya. Kami syorkan untuk anda guna semula salah satu pelajaran anda – kerja berpasukan!
- Fokus pada mencipta satu blok kandungan setiap bulan. Menjelang akhir tahun, anda akan mempunyai 50% kandungan anda dalam video pelajaran dan bersedia untuk digunakan semula pada tahun hadapan.
- Perkenalkan Edpuzzle kepada pelajar anda dengan perlahan-lahan. Pastikan anda menerangkan cara untuk menonton video pelajaran: mereka mesti memberi perhatian, menonton semula jika mereka tidak memahami sesuatu dan menjawab soalan. Tonton video pertama bersama-sama di dalam kelas, kemudian beralih secara beransur-ansur kepada mereka menonton video pelajaran Edpuzzle secara bebas.
- Tunjukkan kepada pelajar anda maklumat yang anda kumpulkan. Ini adalah cara yang bagus untuk memastikan mereka memahami proses pemarkahan dan menggalakkan mereka melengkapkan pembelajaran mereka.
- Libatkan ibu bapa. Terangkan pada mereka mengapa ia penting dan apa cara yang mereka boleh lakukan untuk membantu anak-anak mereka: tonton pelajaran bersama-sama atau pastikan anak-anak mereka menyelesaikan tugasan tersebut tepat pada masanya. Ia perkara yang menyeronokkan dapat menghabiskan masa belajar bersama keluarga!
- Gunakan video pendek! Ini bergantung kepada pelajar anda, tetapi kami melihat bahawa video 7-9 minit adalah amat berkesan dan lebih-lebih lagi jika ia lebih pendek. Potong video untuk memastikan pelajar anda hanya perlu menonton perkara yang perlu sahaja.
- Rakam suara anda. Kajian menunjukkan bahawa pelajar akan memberi perhatian tiga kali ganda lebih banyak jika mereka mendengar suara yang merka kenali! Cuba masukkan nota audio sebagai sebahagian daripada video pelajaran anda.
- Kongsikan keterujaan anda! Jika pelajar anda belajar melalui video, raikannya! Dengan cara ini, pelajar akan memahami bahawa pembelajaran itu boleh jadi menyeronokkan dan meningkatkan motivasi mereka untuk pelajaran akan datang.
Mencari lebih banyak tip? Hubungi guru di media sosial @edpuzzle atau lihat kursus pembangunan profesional kami.