Bagaimanakah saya boleh menggunakan Edpuzzle dengan pelajar kolej atau pelajar dewasa saya?

Jika anda seorang pensyarah kolej, anda boleh menggunakan Edpuzzle untuk membuat atau menetapkan kerja rumah dan juga menjadikan pembelajaran lebih menarik untuk pelajar anda. Berikut ialah beberapa contoh penggunaan Edpuzzle yang memberi impak sangat berkesan.

Buat Konsep menjadi interaktif

Profesor kolej boleh menggunakan animasi dan ilustrasi dalam video Edpuzzle untuk membantu mengajar konsep yang kompleks, terutamanya dalam mata pelajaran seperti kejuruteraan dan perubatan.

Memastikan Akauntabiliti Pelajar

Ramai pelajar terlepas kuliah kerana tidak sempat atau ada komitmen lain, dan kebiasaannya pensyarah menyiarkan kuliah dalam talian untuk ditonton oleh pelajar mereka. Dengan Edpuzzle, pensyarah boleh memastikan yang pelajar mereka benar-benar menonton kuliah dan bukan hanya membaca nota kepunyaan rakan mereka.

Luangkan Masa Kelas untuk Pengaplikasian

Dengan membalikkan pelajaran anda menggunakan Edpuzzle, pensyarah mempunyai lebih banyak masa untuk membiarkan pelajar mereka meneroka kandungan melalui aplikasi praktikal, bukannya hanya sekadar belajar teori.

Edpuzzle juga boleh digunakan untuk pelajar dewasa bagi tujuan pendidikan berterusan. Mana-mana jurulatih boleh menggunakan Edpuzzle untuk mencipta video kursus yang lebih menarik dan fleksibel berbanding kaedah pendidikan berterusan/latihan kerjaya konvensional, dengan keupayaan tambahan yang dapat memeriksa sama ada kelas anda telah menonton dan memahami isi kandungan video.