Kepada Ibu bapa dan penjaga yang dihormati,
Dari satu ibu bapa kepada ibu bapa yang lain, kami tahu adalah sukar untuk memberi kepercaya pada anak anda menggunakan komputer atau telefon pintar, terutama sekali melayari laman web seperti YouTube di mana agak sukar untuk menapis kandungan yang tidak sesuai.
Dalam masa yang sama, kami juga tahu bahawa belajar menggunakan video adalah merupakan kemahiran abad ke-21 yang amat penting. Itulah sebabnya kami membina platform yang sangat selamat untuk pelajar dan membolehkan guru menjadikan mana-mana video sebagai pelajaran mereka. Pelajar juga boleh menonton video sebagai sumber pendidikan yang menarik dengan selamat.
Dengan Edpuzzle, pelajar hanya boleh menonton video pelajaran yang ditugaskan oleh guru. Dalam erti kata lain, guru akan menapis kandungan daripada YouTube supaya pelajar hanya boleh melihat kandungan berkaitan pendidikan. Guru memasukkan soalan mereka sendiri dalam video dan pelajar akan menerima maklum balas segera yang membolehkan mereka mengenalpasti sama ada mereka telah memahami pelajaran tersebut atau tidak.
Untuk ketenangan fikiran anda, kami amat mengambil berat tentang keselamatan dan privasi di Edpuzzle. Kami telah dianugerahkan dengan beberapa pensijilan berkaitan keselamatan dan pematuhan kami terhadap perlindungan privasi. Di Edpuzzle, anda dapat menikmati persekitaran selamat yang akan membantu anak anda untuk menguasai pembelajaran mereka satu video pada satu masa.
Selamat berjaya,
Pasukan Edpuzzle