Bagaimanakah cara untuk saya menulis ulasan kepada guru saya?

Terdapat dua cara untuk menulis ulasan kepada guru anda dalam Edpuzzle:

  • Semasa tugasan sedang dibuat.
  • Selepas tugasan telah diserahkan.

Kaedah 1: Ulasan semasa tugasan sedang dibuat

    1. Semasa menonton video pelajaran, sebaik sahaja anda menjawab mana-mana soalan, klik pada teks di bawah jawapan anda yang bertulis "Ingin bertanya atau menambah apa-apa?".
    2. Kotak teks akan muncul di mana anda boleh menulis mesej kepada guru anda. Gunakan kotak ini untuk menambah butiran atau konteks tambahan pada ulasan anda atau untuk bertanyakan soalan yang ada kurang jelas.
    3. Bagi menghantar ulasan anda, klik pada ikon kapal terbang kertas yang terletak di bahagian sebelah kanan.

Kaedah 2: Ulasan selepas tugasan telah dihantar

Dengan kaedah ini, anda sama ada boleh menulis ulasan dan menerangkan kepada guru anda yang anda tidak berpeluang meninggalkan ulasan semasa tugasan sedang dibuat, atau anda boleh membalas ulasan yang ditinggalkan oleh guru anda kepada anda.

    1. Sila akses tugasan sekali lagi dan tatal ke bawah untuk melihat semua soalan dan jawapan anda.
    2. Pada bahagian bawah jawapan untuk setiap soalan, anda akan dapat lihat kotak teks yang mengatakan, "Hantarkan ulasan kepada guru anda..." Gunakan kotak ini untuk menambah butiran atau konteks tambahan pada ulasan anda, untuk bertanyakan soalan yang dapat membantu pemahaman atau untuk membalas ulasan yang ditinggalkan oleh guru anda.
    3. Bagi menghantar ulasan anda, klik pada ikon kapal terbang kertas yang terletak di bahagian sebelah kanan.

Untuk menyunting atau memadam ulasan:

    1. Cari ulasan yang anda ingin sunting atau padamkan.
    2. Tunjuk pada teks dan klik elipsis (...) yang muncul di bahagian sebelah kanan.
    3. Daripada menu lungsur, pilih tindakan yang ingin anda lakukan.
      • Pilih "Sunting ulasan" untuk menyunting ulasan. Pastikan anda klik pada butang "Simpan" untuk menyimpan hasil suntingan anda. 
      • Pilih "Padam ulasan" untuk memadam ulasan. Selepas membuat pilihan tersebut, tetingkap timbul akan muncul dan meminta anda untuk mengesahkan pilihan anda. Klik "Batal" jika anda memutuskan untuk tidak memadamkan ulasan dan klik "Ya, padam" jika anda mahu memadamkan ulasan secara kekal.