Menyiapkan Tugasan
-
Bagaimanakah tugasan saya disusun?
Bagi pelajar, tugasan dikumpulkan kepada dua kategori:
Tugasan
Tab ini menunjukkan tugasan yang sedang aktif atau akan datang.
Terdapat dua bahagian yang masuk dalam kategori ini:
-
- "Dalam Proses" menunjukkan tugasan yang sedang aktif. Ia juga menunjukkan tugasan yang belum anda selesaikan tetapi tarikh tamatnya telah berlalu.
- "Tugasan Akan Datang" menunjukkan tugasan yang mempunyai tarikh mula pada masa hadapan. Anda tidak boleh mengakses video ini sebelum sampai tarikh mula.
Anda juga boleh menapis tugasan dengan menyemak sama ada tugasan tersebut mempunyai tarikh akhir atau tidak. Ini akan membantu anda menentukan tugasan yang mana menjadi keutamaan. Untuk melakukan ini, klik butang untuk "Semua," "Tarikh Akhir," atau "Tiada Tarikh Akhir."
Selesai
Tab ini menunjukkan tugasan yang telah anda selesaikan. Anda boleh kembali dan menonton semula tugasan yang telah selesai pada bila-bila masa.
-
-
Bolehkah saya selesaikan tugasan dalam beberapa sesi?
Jika anda perlu berehat atau mungkin anda kehabisan masa dalam kelas dan perlu menyiapkan tugasan anda kemudian, anda boleh sahaja buat begitu!
Edpuzzle akan menyimpan perkembangan anda dan sebarang jawapan yang diserahkan untuk tugasan anda secara automatik, jadi jika anda perlu keluar dari video dan kembali semula, anda boleh menyambung terus dari tempat anda berhenti setiap kali anda kembali.
Jika anda tidak dapat menyiapkan tugasan hingga selepas tarikh akhir, pastikan anda menyemak dengan guru anda untuk mengetahui sama ada mereka terima tugasan yang lewat. Walaupun anda boleh terus menonton video dan menyerahkan jawapan selepas tarikh akhir, polisi guru anda mengenai hasil kerja lewat akan menentukan sama ada mereka memilih untuk memberi anda kredit penuh untuk tugasan tersebut atau tidak.
-
Bagaimanakah saya merakam jawapan audio?
Apabila menjawab soalan terbuka, anda mungkin mempunyai peluang untuk merakam jawpan audio, selain daripada atau sebagai tambahan kepada jawpan bertulis.
Untuk berbuat demikian:
-
- Klik pada ikon mikrofon di sebelah "Jawab dengan audio" di bawah kotak teks jawpan. Jika pelayar anda belum mempunyai kebenaran untuk menggunakan mikrofon komputer anda, anda perlu memberikannya kebenaran pada ketika ini. Anda akan terima permintaan di bahagian atas pelayar anda jika akses perlu diberikan. Ikut permintaan untuk membenarkan penggunaan mikrofon anda.
- Sebaik sahaja anda klik pada ikon mikrofon, rakaman anda akan bermula.
- Untuk menghentikan rakaman, klik pada kotak merah yang berkelip.
- Anda boleh memainkan semula jawapan audio anda dengan mengklik butang mainkan di sebelah kiri rakaman anda.
- Jika anda tidak berpuas hati dengan jawapan anda, klik pada ikon tong sampah di sebelah kanan untuk memadamkannya dan kemudian rekodkan jawapan baharu dengan klik pada mikrofon sekali lagi.
- Setelah anda selesai merakam dan berpuas hati dengan jawapan anda, klik "Serah" untuk meneruskan video.
Guru anda akan memutuskan sama ada untuk membenarkan jawapan audio bagi setiap soalan terbuka atau tidak. Jika anda merasakan jawapan audio adalah kemudahan yang diperlukan untuk anda, berbincang dengan guru anda tentang mendayakan pilihan ini.
Jika anda tidak pasti sama ada anda perlu menyerahkan jawapan audio, jawapan bertulis atau kedua-duanya, rujuk guru anda untuk mendapatkan arahan!
-
-
Bagaimanakah cara untuk saya menghidupkan kapsyen tertutup atau sari kata?
Sesetengah video di YouTube mempunyai sari kata atau kapsyen tertutup. Jika tugasan video anda mempunyai kapsyen tertutup, anda boleh menghidupkannya di Edpuzzle.
Untuk menghidupkan kapsyen tertutup, ikuti langkah mudah ini:
-
- Pergi ke video pelajaran yang anda ingin tonton.
- Mula memainkan video.
- Klik pada butang "CC" untuk menghidupkan sari kata. Sesetengah video mempunyai kapsyen tertutup dalam berbilang bahasa, jadi anda boleh memilih bahasa pilihan anda.
Nota: Tidak semua video mempunyai kapsyen tertutup atau sari kata, itulah sebabnya butang "CC" tidak akan muncul jika ia tidak tersedia.
Jika anda memerlukan kapsyen tertutup, minta guru anda menggunakan carian lanjutan YouTube untuk menyaring video dengan kapsyen tertutup apabila mereka mencari video untuk kelas.
-
-
Bagaimanakah saya boleh membuat semula tugasan saya?
Jika anda ingin membuat semula tugasan, anda boleh meminta guru anda untuk set semula kemajuan anda. Mengeset semula kemajuan anda akan memadamkan percubaan asal anda pada tugasan tersebut supaya anda boleh mencuba lagi.
Jika anda ingin menukar jawapan anda untuk soalan terbuka atau menjawab dengan lebih terperinci pada mana-mana soalan, rujuk guru anda untuk tahu cara mereka mengendalikan situasi ini. Kemajuan hanya boleh diset semula untuk keseluruhan tugasan dan bukan hanya untuk soalan individu dalam video.
Setelah kemajuan anda diset semula, kami tidak dapat mengembalikan gred atau jawapan daripada percubaan pertama anda, jadi pastikan anda bersedia untuk menonton semula semua video dan menjawab semua soalan sekali lagi sebelum meminta guru anda berbuat demikian.
Jika guru anda memerlukan bantuan untuk set semula kemajuan anda, mereka boleh jumpa cara-caranya di sini.
-
Bagaimanakah cara untuk saya menulis ulasan kepada guru saya?
Terdapat dua cara untuk menulis ulasan kepada guru anda dalam Edpuzzle:
- Semasa tugasan sedang dibuat.
- Selepas tugasan telah diserahkan.
Kaedah 1: Ulasan semasa tugasan sedang dibuat
-
- Semasa menonton video pelajaran, sebaik sahaja anda menjawab mana-mana soalan, klik pada teks di bawah jawapan anda yang bertulis "Ingin bertanya atau menambah apa-apa?".
- Kotak teks akan muncul di mana anda boleh menulis mesej kepada guru anda. Gunakan kotak ini untuk menambah butiran atau konteks tambahan pada ulasan anda atau untuk bertanyakan soalan yang ada kurang jelas.
- Bagi menghantar ulasan anda, klik pada ikon kapal terbang kertas yang terletak di bahagian sebelah kanan.
Kaedah 2: Ulasan selepas tugasan telah dihantar
Dengan kaedah ini, anda sama ada boleh menulis ulasan dan menerangkan kepada guru anda yang anda tidak berpeluang meninggalkan ulasan semasa tugasan sedang dibuat, atau anda boleh membalas ulasan yang ditinggalkan oleh guru anda kepada anda.
-
- Sila akses tugasan sekali lagi dan tatal ke bawah untuk melihat semua soalan dan jawapan anda.
- Pada bahagian bawah jawapan untuk setiap soalan, anda akan dapat lihat kotak teks yang mengatakan, "Hantarkan ulasan kepada guru anda..." Gunakan kotak ini untuk menambah butiran atau konteks tambahan pada ulasan anda, untuk bertanyakan soalan yang dapat membantu pemahaman atau untuk membalas ulasan yang ditinggalkan oleh guru anda.
- Bagi menghantar ulasan anda, klik pada ikon kapal terbang kertas yang terletak di bahagian sebelah kanan.
Untuk menyunting atau memadam ulasan:
-
- Cari ulasan yang anda ingin sunting atau padamkan.
- Tunjuk pada teks dan klik elipsis (...) yang muncul di bahagian sebelah kanan.
- Daripada menu lungsur, pilih tindakan yang ingin anda lakukan.
- Pilih "Sunting ulasan" untuk menyunting ulasan. Pastikan anda klik pada butang "Simpan" untuk menyimpan hasil suntingan anda.
- Pilih "Padam ulasan" untuk memadam ulasan. Selepas membuat pilihan tersebut, tetingkap timbul akan muncul dan meminta anda untuk mengesahkan pilihan anda. Klik "Batal" jika anda memutuskan untuk tidak memadamkan ulasan dan klik "Ya, padam" jika anda mahu memadamkan ulasan secara kekal.
-
Bagaimanakah saya melihat ulasan guru saya?
Dalam Edpuzzle, guru anda boleh mengulas jawpan anda pada sebarang soalan untuk memberikan maklumat yang jelas, maklum balas atau tip berguna untuk pengayaan pembelajaran anda.
Untuk melihat ulasan guru anda:
-
- Pergi semula ke tugasan.
-
- Jika anda log masuk terus ke Edpuzzle untuk menyelesaikan tugasan anda, log masuk ke akaun anda seperti biasa, cari kelas yang betul daripada senarai kelas di sebelah kiri halaman anda, pergi ke tab "Selesai", dan kemudian pilih tugasan .
- Jika anda mengakses tugasan anda daripada LMS (seperti Canvas, Schoology, Blackboard, dll.) akses semula tugasan daripada LMS, seperti biasa.
-
- Klik butang "Tunjukkan Hasil" yang berwarna biru.
- Skrol ke bawah untuk melihat semua soalan dan jawapan yang diberikan.
- Ulasan guru anda pada soalan akan dipaparkan betul-betul di bawah soalan tersebut dengan nama dan cap masa mereka.
- Pergi semula ke tugasan.
-
-
Bagaimanakah cara menyiapkan projek pelajar?
Projek pelajar ialah peluang untuk mencipta video pelajaran Edpuzzle anda sendiri. Apabila guru anda menugaskan projek pelajar, ia akan muncul bersama semua tugasan anda yang lain bagi kelas itu. Apabila anda melihat tugasan, anda akan melihat matlamat projek, arahan khas daripada guru anda dan tarikh mula juga tarikh akhir (jika ada).
Apabila anda sudah bersedia untuk memulakan projek, klik pada butang "Mulakan projek". Kemudian pilih tempat untuk mencari video yang anda ingin gunakan daripada pilihan yang disediakan. Anda boleh mencari di koleksi video YouTube kami atau memuat naik video anda sendiri terus ke Edpuzzle. Guru anda akan memutuskan sama ada anda boleh menggunakan video YouTube, memuat naik video anda sendiri atau jika anda boleh memilih salah satu daripadanya.
Berikut ialah cara untuk mencipta projek anda menggunakan kedua-dua pilihan:
Mencari video YouTube
-
- Selepas klik pada "Mulakan projek", pilih "Cari video YouTube" daripada menu ke bawah.
- Semak imbas video yang disediakan atau gunakan bar carian untuk mencari video yang anda ingin gunakan untuk projek anda. (Anda juga boleh menyalin dan menampal pautan video tertentu daripada YouTube ke dalam bar carian di bahagian atas halaman.)
- Untuk memilih video untuk projek anda, klik pada video untuk melihatnya dan kemudian klik "Gunakan untuk projek ini."
- Gunakan editor untuk memotong video mengikut keperluan dan tambah soalan dan/atau nota.
- Apabila anda selesai, klik butang "Selesai" di bahagian atas halaman anda.
- Untuk mennyerahkan projek, klik butang "Hantar" di bahagian bawah halaman.
- Jika anda perlu membuat sebarang perubahan terakhir sebelum penyerahan, klik butang "Edit" untuk teruskan kerja.
Memuat naik video
-
- Selepas klik pada "Mulakan projek", pilih "Muat naik video" daripada menu ke bawah.
- Sama ada seret fail video ke dalam kotak dengan garis putus-putus, klik "Pilih fail..." untuk memuat naik fail video daripada komputer anda atau klik "Google Drive" untuk memuat naik fail video terus dari Google Drive anda.
- Sebaik sahaja anda telah memilih fail anda ia akan mula memuat naik dan memproses secara automatik.
- Setelah video selesai disediakan, klik "Edit" di bahagian atas halaman untuk memotong video mengikut keperluan dan menambah soalan dan/atau nota.
- Apabila anda selesai, klik butang "Selesai" di bahagian atas halaman anda.
- Untuk menyerahkan projek, klik butang "Hantar" di bahagian atas halaman.
- Jika anda perlu membuat sebarang perubahan terakhir sebelum penyerahan, klik butang "Edit" untuk teruskan kerja.
Sebaik sahaja anda telah menyerahkan projek anda, guru anda akan menilai kerja anda.
-
-
Bagaimanakah Mod Langsung berfungsi?
Dengan ciri Mod Langsung Edpuzzle, guru anda boleh menayangkan video pelajaran secara langsung di hadapan seluruh kelas semasa anda dan rakan sekelas anda menjawab soalan dalam masa nyata pada peranti anda sendiri.
Untuk memasuki sesi Mod Langsung, log masuk ke akaun Edpuzzle anda dan pergi ke kelas anda. Ini secara automatik akan membawa anda ke tugasan Langsung anda. (Jika anda mengakses tugasan Edpuzzle anda daripada LMS seperti Canvas, Schoology, Blackboard, dll. cuma pergi ke tugasan seperti biasa.)
Anda akan berada dalam ruang menunggu sehingga semua rakan sekelas anda telah menyertai dan guru anda memulakan video, kemudian video tersebut akan dimainkan pada skrin projektor. Anda tidak lagi dapat menyertai setelah guru anda memulakan video jadi pastikan anda menyertai apabila diarahkan dan berkomunikasi dengan guru anda dengan segera jika anda menghadapi sebarang masalah.
Soalan akan muncul pada skrin anda dan juga pada skrin projektor. Jawab soalan apabila diminta. Apabila semua pelajar telah menjawab soalan, guru anda akan memutuskan bila untuk bergerak ke hadapan.
Apabila tugasan selesai, atau guru anda telah memutuskan untuk menghentikan pelajaran, mereka akan menutup sesi Langsung untuk seluruh kelas.
Apabila sesi Langsung ditamatkan sebelum video selesai, anda boleh meneruskan sendiri kemudian dengan mengakses tugasan seperti biasa. Semua perkembangan anda semasa menonton video sebagai kumpulan akan disimpan supaya anda boleh menyambung dari tempat anda berhenti. Pastikan anda bertanya pada guru anda untuk mengetahui sama ada anda perlu menyiapkan tugasan mengikut masa anda sendiri atau jika mereka mempunyai rancangan lain!
Nota: Buat masa ini, Mod Langsung tidak serasi dengan aplikasi Android. Jika anda menggunakan telefon pintar atau tablet, cuba gunakan pelayar web mudah alih dan bukan aplikasi Edpuzzle untuk sesi Langsung.
-
Saya tidak jumpa tugasan saya.
Jika anda sudah mempunyai akaun Edpuzzle dan ini kali pertama anda menyelesaikan tugasan, ikuti langkah berikut:
-
- Pastikan anda log masuk dengan nama pengguna atau e-mel yang sama yang anda gunakan untuk membuat akaun anda, terutamanya jika anda telah menyertai kelas sebelum ini. Untuk berbuat demikian, lawati www.edpuzzle.com/logout dan log masuk semula dengan nama pengguna dan kata laluan yang sama yang anda buat sebelum ini. Kalau sudah lupa, sila tanya guru anda!
- Klik pada pautan atau video terbenam yang diberikan oleh guru anda kepada anda.
- Klik butang "Sertai" jika ia adalah kelas yang anda ingin sertai.
- Apabila berada di dalam kelas, anda akan dapat melihat semua tugasan anda bagi kelas tersebut!
Untuk menyelesaikan tugasan pertama anda di Edpuzzle, anda perlu membuat akaun.
Jika guru anda menggunakan integrasi LMS dengan Edpuzzle, lihat artikel ini untuk mengetahui cara menyelesaikan tugasan anda menggunakan platform tersebut.
-