Bermula

  • Bagaimanakah Edpuzzle berfungsi?

    Edpuzzle direka bentuk untuk memberi anda dan guru anda peluang untuk menjalankan pembelajaran di luar kotak dan menjadikannya pengalaman yang lebih menyeronokkan dan interaktif.

    Cara Edpuzzle berfungsi adalah mudah:

      1. Guru anda membuat video pelajaran dan menugaskannya kepada kelas anda.
      2. Anda menonton video dan menjawab soalan yang diutarakan di sepanjang video. Soalan aneka pilihan akan digredkan semasa anda menjawabnya manakala soalan terbuka akan digredkan kemudian oleh guru anda.
      3. Anda boleh menonton semula bahagian kecil atau keseluruhan video seberapa banyak yang anda mahu atau perlukan.
      4. Guru anda akan memantau perkembangan, jawapan dan gred anda daripada akaun mereka.

    Itu sahaja!

    Anda boleh menonton video pelajaran anda dari mana-mana peranti, di mana-mana sahaja, ini bermaksud menyelesaikan tugasan adalah semudah log masuk dan klik "Mainkan."

  • Bagaimanakah cara saya mendaftar di Edpuzzle sebagai pelajar?

    Terdapat dua cara mudah untuk mendaftar di Edpuzzle sebagai pelajar: Anda boleh menggunakan Log Masuk Google ataupun nama pengguna atau e-mel dengan kata laluan.

    Mendaftar dengan Google:

      1. Daripada edpuzzle.com, klik butang "Daftar" yang berwarna biru di bahagian atas sebelah kanan halaman utama.
      2. Pilih pilihan "Saya seorang Pelajar".
      3. Klik butang "Log masuk dengan Google" dan pilih akaun yang berkaitan daripada tetingkap timbul yang muncul.

    Nota: Jika guru anda menggunakan Google Classroom dengan Edpuzzle, anda mesti menggunakan Log Masuk Google untuk membuat akaun anda dan pastikan anda memilih akaun e-mel yang dipautkan ke Google Classroom anda dalam tetingkap timbul Google Log Masuk.

    Mendaftar dengan nama pengguna dan kata laluan:

      1. Daripada edpuzzle.com, klik butang "Daftar" yang berwarna biru di bahagian atas sebelah kanan halaman utama.
      2. Pilih pilihan "Saya seorang Pelajar".
      3. Klik butang "Daftar dengan Edpuzzle".
      4. Masukkan kod kelas yang diberikan oleh guru anda.
      5. Isikan nama, nama pengguna dan kata laluan anda, kemudian klik "Sertai kelas" untuk melengkapkan persediaan akaun anda.

    Nota: Anda hanya boleh mendaftar di Edpuzzle dengan cara ini jika anda mempunyai kod kelas yang diberikan oleh guru. Akaun pelajar tidak boleh dibuat tanpa menyertai kelas.

  • Bagaimanakah saya boleh log masuk sebagai pelajar?

    Jika anda sudah mempunyai akaun Edpuzzle, log masuk adalah sangat mudah! Ikuti langkah-langkah ini:

      1. Klik butang "Log masuk" di bahagian atas halaman utama.
      2. Pilih "Saya seorang Pelajar".
      3. Kemudian anda ada dua pilihan: log masuk dengan Google atau log masuk dengan Edpuzzle dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan anda.
      4. Pilih pilihan yang anda gunakan untuk mendaftar akaun anda, masukkan maklumat yang diperlukan dan anda sudah boleh mula! 

     

    Nota:  Jika guru anda menggunakan Google Classroom, maka anda perlu log masuk menggunakan butang "Log masuk dengan Google" dan menggunakan e-mel yang sama seperti akaun Google Classroom anda. 

    Anda juga mungkin berminat dengan artikel kami tentang cara membuat akaun Edpuzzle sebagai pelajar

  • Bagaimanakah cara saya menggunakan aplikasi Edpuzzle?

    Mula-mula, anda perlu memuat turun aplikasi Edpuzzle dalam peranti anda:

    Setelah anda memuat turun aplikasi Edpuzzle , amat mudah untuk log masuk dan menonton tugasan video anda! 

    Buka aplikasi pada telefon pintar atau tablet anda dan anda akan diminta untuk log masuk, mendaftar atau memasukkan kod Kelas Terbuka anda.  

    Untuk log masuk, taip nama pengguna dan kata laluan Edpuzzle anda, atau log masuk dengan akaun Google anda.

    Untuk mendaftar dengan Edpuzzle, masukkan kod kelas yang guru anda berikan, isikan nama anda dan pilih nama pengguna dan kata laluan. Sebagai alternatif, anda boleh log masuk dengan Google. 

    Untuk memasukkan kod kelas terbuka, hanya taip kod yang diberikan oleh guru anda dan anda akan dibawa terus ke kelas anda. 

    Selepas anda log masuk, anda akan lihat senarai kelas anda di bawah “Kelas Saya”. Untuk menambah kelas , klik “+ Tambah Kelas” dan masukkan kod kelas anda.

    Untuk menyelesaikan tugasan , ketik pada kelas, ketik pada video pelajaran yang anda perlu tonton, dan kemudian ketik pada butang main untuk bermula! 

    Untuk log keluar daripada aplikasi, ketik pada "Profil" di bar menu bawah dan kemudian pada "Log keluar".  

     

    Nota: Jika anda menggunakan Edpuzzle melalui aplikasi LMS (Canvas, Schoology, Moodle, dsb.), anda masih perlu memuat turun aplikasi Edpuzzle. Apabila anda pergi ke tugasan Edpuzzle dalam aplikasi LMS anda, anda akan dibawa ke aplikasi Edpuzzle untuk menyelesaikan tugasan. Apabila selesai, anda boleh kembali ke LMS anda.   

Tetapan Akaun

  • Bagaimanakah cara menukar nama pengguna atau kata laluan saya?

    Jika anda ingin menukar nama pengguna atau kata laluan anda, anda boleh lakukannya pada tab "Tetapan". Cari halaman ini dan tukar butiran menggunakan langkah ini:

      1. Klik pada ikon profil anda di penjuru kanan sebelah atas.
      2. Pilih nama anda daripada menu ke bawah.
      3. Seterusnya klik pada "Tetapan".
      4. Di sini anda boleh tukar nama pengguna atau tetapkan semula kata laluan anda.
      5. Klik "Simpan perubahan" setelah anda selesai.

     

    Nota: Anda tidak boleh menukar nama pengguna dan/atau kata laluan anda dalam aplikasi Edpuzzle. Anda perlu menggunakan pelayar internet untuk berbuat begitu.

    Jika anda terlupa nama pengguna atau kata laluan anda, maka anda perlu meminta guru anda mencari nama pengguna anda atau menetapkan semula kata laluan anda untuk anda.

  • Saya terlupa nama pengguna saya.

    Jika anda tidak dapat ingat nama pengguna anda untuk log masuk ke akaun Edpuzzle anda, minta bantuan guru anda!

    Guru anda boleh mencari nama pengguna akaun anda dengan mencari maklumat anda di bawah tab "Ahli kelas" kelas anda dari akaun guru kepunyaan mereka.

    Jika anda perlu menukar nama pengguna anda setelah anda memasuki akaun anda, lihat artikel ini.

  • Saya terlupa atau perlu set semula kata laluan saya.

    Jika anda tidak ingat kata laluan anda, anda perlu minta guru anda set semula kata laluan untuk anda. Anda boleh kongsikan artikel ini dengan mereka yang mempunyai arahan tentang cara menetapkan semula kata laluan pelajar:

    Anda juga mungkin berminat dengan artikel kami tentang cara menukar kata laluan anda semasa log masuk ke akaun anda

  • Apa yang perlu saya lakukan jika saya secara tidak sengaja mendaftar sebagai guru?

    Jika anda telah log masuk ke akaun guru secara tidak sengaja dan bukannya log masuk ke akaun pelajar anda, anda tidak akan dapat mengakses tugasan yang dikongsi dengan anda oleh guru anda.

    Untuk kembali ke akaun pelajar anda:

      1. Log keluar daripada akaun guru (ini adalah pintasan untuk anda log keluar: https://edpuzzle.com/logout). 
      2. Log masuk semula dari edpuzzle.com dengan mengklik Log Masuk di bahagian atas sebelah kanan halaman.
      3. Pilih "Saya seorang Pelajar".
      4. Masukkan maklumat log masuk anda atau gunakan Log Masuk Google.

    Jika anda belum lagi membuat akaun pelajar Edpuzzle, lihat artikel ini tentang cara mendaftar di Edpuzzle sebagai pelajar.

    Untuk menghadkan kekeliruan, jika anda tidak memerlukan akaun guru (kebanyakan pelajar tidak perlukannya!) pastikan anda memadamkan akaun guru yang anda buat secara tidak sengaja tersebut.

    Untuk memadam akaun guru:

      1. Klik pada ikon profil bulat di penjuru kanan sebelah atas.
      2. Pilih nama anda daripada menu yang dipaparkan.
      3. Skrol ke bawah di bahagian bawah halaman dan klik pada butang "Padam akaun".
      4. Baca dan tandakan semua kotak dalam tetingkap timbul, kemudian klik butang "Padam akaun" untuk mengesahkan pemadaman.
  • Bagaimanakah cara saya memadamkan akaun saya?

    Jika anda ingin memadamkan akaun Edpuzzle pelajar anda, anda tidak akan dapat melakukannya sendiri. 

    Untuk memadamkan akaun anda, kami perlu menerima permintaan ini daripada pentadbir sekolah anda. Mereka boleh menghubungi kami di support@edpuzzle.com untuk membuat permintaan.

    Sebagai alternatif, kami akan memadamkan akaun anda secara automatik selepas 18 bulan ia tidak aktif. Ini bermakna jika anda tidak mengakses akaun anda selama 18 bulan, akaun tersebut akan dipadam secara kekal. 

     

    Nota: Apabila akaun anda telah dipadamkan, akaun tersebut, bersama-sama dengan sebarang data yang disimpan (tugasan, perkembangan dan gred), tidak boleh didapatkan semula. Jadi anda mesti benar-benar yakin yang anda mahu akaun tersebut dipadamkan sebelum membuat permintaan atau membiarkan akaun tersebut tamat tempoh.

Menyertai Kelas

  • Bagaimanakah cara untuk saya menyertai kelas?

    Jika anda cuba untukmenyertai kelas baharu, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan.

    Jika anda log masuk ke akaun Edpuzzle anda dan guru anda memberi anda kod kelas:

      1. Klik tanda tambah (+) di sebelah "Kelas Saya" dalam menu di sebelah kiri halaman anda.
      2. Masukkan kod kelas yang diberikan oleh guru anda dalam tetingkap timbul yang muncul.
      3. Klik "Cari kelas."
      4. Apabila nama kelas anda dipaparkan, klik butang "Sertai kelas" dan anda akan didaftarkan.

    Jika anda tidak mempunyai akaun Edpuzzle dan guru anda menggunakan kelas terbuka:

      1. Pergi ke edpuzzle.com
      2. Klik "Buka kelas" di bahagian atas halaman anda.
      3. Masukkan kod kelas yang diberikan oleh guru anda dan kemudian klik butang "Cari kelas".
      4. Masukkan nama anda dalam medan "Nama Panggilan" dan kemudian klik butang "Sertai kelas terbuka". Sebaik sahaja anda menyertai kelas, anda akan dapat lihat sebarang tugasan yang disiarkan untuk anda selesaikan.

    Dalam kedua-kedua keadaan di atas, jika guru anda memberi anda pautan untuk menyertai kelas, dan bukannya kod kelas, cuma ikut pautan itu untuk menyertai kelas mereka.

    Jika guru anda menggunakan Google Classroom untuk menyambung ke Edpuzzle:

    Anda tidak memerlukan kod kelas. Sebaliknya, anda akan didaftarkan secara automatik, selagi anda log masuk ke Edpuzzle menggunakan e-mel sama yang disambungkan ke akaun Google Classroom anda.

     

    Nota: Jika guru anda menggunakan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) lain, seperti Canvas atau Schoology, anda akan sentiasa mengakses tugasan Edpuzzle anda daripada LMS tersebut dan bukan dengan menyertai kelas di edpuzzle.com. Jika anda tidak pasti di mana untuk mencari tugasan anda, minta bantuan guru anda!

     

  • Bagaimanakah cara untuk saya mencari kod kelas saya?

    Jika anda tidak tahu kod kelas Edpuzzle anda, jangan risau! Terdapat dua cara untuk masuk ke dalam kelas:

      1. Jika guru anda berkongsi pautan atau benaman video dengan anda, cuma klik padanya dan klik butang "Sertai" apabila tetingkap timbul dibuka.
      2. Jika anda tidak mempunyai pautan atau video, anda perlu memintakod kelas daripada guru atau rakan sekelas anda. Di sinilah kod itu boleh ditemui:
          • Guru: Dengan mengklik butang "Jemput Pelajar" yang berwarna biru pada tab "Ahli kelas" untuk kelas.
          • Rakan Sekelas: Apabila melihat kelas dalam Edpuzzle, di penjuru kanan sebelah atas.

     

    Nota: Jika guru anda menggunakan Google Classroom, Microsoft Teams atau Clever dengan Edpuzzle, anda tak perlukan kod kelas kerana anda akan didaftarkan secara automatik ke dalam kelas Edpuzzle melalui LMS tersebur. Jika anda diminta kod kelas, semak semula sama ada anda log masuk ke Edpuzzle dengan alamat e-mel sama yang anda gunakan untuk LMS anda.

    Jika anda belum membuat akaun dan perlukan bantuan, lihat artikel ini tentang cara untuk menyertai Edpuzzle.

  • Bagaimanakah kelas terbuka berfungsi?

    Apabila guru anda menggunakan kelas terbuka, ini bermakna anda boleh menyertai kelas dan mengakses tugasan mereka tanpa perlu membuat akaun Edpuzzle anda sendiri.

    Untuk menjemput anda ke kelas terbuka mereka, guru anda akan memberikan anda kod atau pautan kelas.

    Jika anda mempunyai kod kelas:

      1. Pergi ke edpuzzle.com.
      2. Klik "Buka kelas" di bahagian atas halaman anda.
      3. Masukkan kod kelas yang diberikan oleh guru anda dan kemudian klik pada butang "Cari kelas".
      4. Masukkan nama anda dalam medan "Nama Panggilan" dan kemudian klik butang "Sertai kelas terbuka". Sebaik sahaja anda telah menyertai kelas, anda akan melihat sebarang tugasan yang disiarkan untuk anda selesaikan.

    Jika anda mempunyai pautan kelas:

      1. Ikuti pautan tersebut untuk mencari kelas.
      2. Masukkan nama anda dalam medan "Nama panggilan" dan kemudian klik butang "Sertai kelas terbuka". Sebaik sahaja anda menyertai kelas, anda akan lihat sebarang tugasan yang disiarkan untuk anda selesaikan.

    Kecuali guru anda mengarahkan anda berbuat sebaliknya, pastikan anda menggunakan nama sebenar anda apabila diminta mengisi nama panggilan. Ini membolehkan guru anda mengenal pasti siapa yang telah menyiapkan tugasan mereka dan supaya anda boleh mendapat kredit yang sesuai untuk kerja anda.

    Untuk meninggalkan kelas, klik butang "Tinggalkan Kelas" di bahagian atas halaman anda. Perlu diingatkan oleh kerana anda tidak membuat akaun Edpuzzle, setiap kali anda keluar dan kemudian masuk semula ke kelas yang sama, anda akan masuk sebagai pelajar baru. Ini bermakna jika anda meninggalkan kelas di tengah-tengah tugasan dan ingin kembali menyiapkan tugasan, anda tidak akan dapat menyambungnya dari tempat anda berhenti dan perlu bermula semula.

  • Apa yang dimaksudkan apabila kelas diarkibkan?

    Apabila kelas diarkibkan, ia akan disimpan dalam bahagian berasingan pada menu "Kelas Saya" kepunyaan anda supaya anda boleh fokus pada kelas aktif semasa anda. 

    Kelas yang diarkibkan juga bermaksud anda boleh melihat tugasan dalam kelas tersebut, tetapi anda tidak lagi dapat menyelesaikan tugasan atau menyerahkan jawapan bagi sebarang tugasan yang belum anda selesaikan.

    Kelas hanya boleh diarkibkan oleh guru kelas tersebut. Jika kelas telah tamat dan anda tidak mahu kelas tersebut muncul dalam kelas aktif anda, berbincang dengan guru anda tentang kemungkinan mengarkibkannya. Jika mereka memerlukan bantuan, mereka boleh mendapatkan arahan tentang cara mengarkibkan kelas di sini.

  • Saya seorang pelajar. Bagaimana cara untuk saya meninggalkan kelas?

    Jika anda berada dalam kelas yang salah atau anda ingin meninggalkan kelas yang tidak aktif lagi, anda perlu meminta guru kelas tersebut untuk membantu anda dengan perkara ini.

    Anda boleh berkongsi artikel ini dengan mereka untuk mendapatkan arahan tentang bagaimana mereka boleh membantu:

Menyiapkan Tugasan

  • Bagaimanakah tugasan saya disusun?

    Bagi pelajar, tugasan dikumpulkan kepada dua kategori:

    Tugasan

    Tab ini menunjukkan tugasan yang sedang aktif atau akan datang. 

    Terdapat dua bahagian yang masuk dalam kategori ini:

      • "Dalam Proses" menunjukkan tugasan yang sedang aktif. Ia juga menunjukkan tugasan yang belum anda selesaikan tetapi tarikh tamatnya telah berlalu.
      • "Tugasan Akan Datang" menunjukkan tugasan yang mempunyai tarikh mula pada masa hadapan. Anda tidak boleh mengakses video ini sebelum sampai tarikh mula.

    Anda juga boleh menapis tugasan dengan menyemak sama ada tugasan tersebut mempunyai tarikh akhir atau tidak. Ini akan membantu anda menentukan tugasan yang mana menjadi keutamaan. Untuk melakukan ini, klik butang untuk "Semua," "Tarikh Akhir," atau "Tiada Tarikh Akhir."

    Selesai

    Tab ini menunjukkan tugasan yang telah anda selesaikan. Anda boleh kembali dan menonton semula tugasan yang telah selesai pada bila-bila masa.

  • Bolehkah saya selesaikan tugasan dalam beberapa sesi?

    Jika anda perlu berehat atau mungkin anda kehabisan masa dalam kelas dan perlu menyiapkan tugasan anda kemudian, anda boleh sahaja buat begitu!

    Edpuzzle akan menyimpan perkembangan anda dan sebarang jawapan yang diserahkan untuk tugasan anda secara automatik, jadi jika anda perlu keluar dari video dan kembali semula, anda boleh menyambung terus dari tempat anda berhenti setiap kali anda kembali.

    Jika anda tidak dapat menyiapkan tugasan hingga selepas tarikh akhir, pastikan anda menyemak dengan guru anda untuk mengetahui sama ada mereka terima tugasan yang lewat. Walaupun anda boleh terus menonton video dan menyerahkan jawapan selepas tarikh akhir, polisi guru anda mengenai hasil kerja lewat akan menentukan sama ada mereka memilih untuk memberi anda kredit penuh untuk tugasan tersebut atau tidak.

  • Bagaimanakah saya merakam jawapan audio?

    Apabila menjawab soalan terbuka, anda mungkin mempunyai peluang untuk merakam jawpan audio, selain daripada atau sebagai tambahan kepada jawpan bertulis. 

    Untuk berbuat demikian:

      1. Klik pada ikon mikrofon di sebelah "Jawab dengan audio" di bawah kotak teks jawpan. Jika pelayar anda belum mempunyai kebenaran untuk menggunakan mikrofon komputer anda, anda perlu memberikannya kebenaran pada ketika ini. Anda akan terima permintaan di bahagian atas pelayar anda jika akses perlu diberikan. Ikut permintaan untuk membenarkan penggunaan mikrofon anda.
      2. Sebaik sahaja anda klik pada ikon mikrofon, rakaman anda akan bermula. 
      3. Untuk menghentikan rakaman, klik pada kotak merah yang berkelip.
      4. Anda boleh memainkan semula jawapan audio anda dengan mengklik butang mainkan di sebelah kiri rakaman anda.
      5. Jika anda tidak berpuas hati dengan jawapan anda, klik pada ikon tong sampah di sebelah kanan untuk memadamkannya dan kemudian rekodkan jawapan baharu dengan klik pada mikrofon sekali lagi.
      6. Setelah anda selesai merakam dan berpuas hati dengan jawapan anda, klik "Serah" untuk meneruskan video.

    Guru anda akan memutuskan sama ada untuk membenarkan jawapan audio bagi setiap soalan terbuka atau tidak. Jika anda merasakan jawapan audio adalah kemudahan yang diperlukan untuk anda, berbincang dengan guru anda tentang mendayakan pilihan ini.

    Jika anda tidak pasti sama ada anda perlu menyerahkan jawapan audio, jawapan bertulis atau kedua-duanya, rujuk guru anda untuk mendapatkan arahan!

  • Bagaimanakah cara untuk saya menghidupkan kapsyen tertutup atau sari kata?

    Sesetengah video di YouTube mempunyai sari kata atau kapsyen tertutup. Jika tugasan video anda mempunyai kapsyen tertutup, anda boleh menghidupkannya di Edpuzzle.

    Untuk menghidupkan kapsyen tertutup, ikuti langkah mudah ini:

      1. Pergi ke video pelajaran yang anda ingin tonton.
      2. Mula memainkan video.
      3. Klik pada butang "CC" untuk menghidupkan  sari kata. Sesetengah video mempunyai kapsyen tertutup dalam berbilang bahasa, jadi anda boleh memilih bahasa pilihan anda.

    Nota: Tidak semua video mempunyai kapsyen tertutup atau sari kata, itulah sebabnya butang "CC" tidak akan muncul jika ia tidak tersedia.

    Jika anda memerlukan kapsyen tertutup, minta guru anda menggunakan carian lanjutan YouTube untuk menyaring video dengan kapsyen tertutup apabila mereka mencari video untuk kelas.

  • Bagaimanakah saya boleh membuat semula tugasan saya?

    Jika anda ingin membuat semula tugasan, anda boleh meminta guru anda untuk set semula kemajuan anda. Mengeset semula kemajuan anda akan memadamkan percubaan asal anda pada tugasan tersebut supaya anda boleh mencuba lagi.

    Jika anda ingin menukar jawapan anda untuk soalan terbuka atau menjawab dengan lebih terperinci pada mana-mana soalan, rujuk guru anda untuk tahu cara mereka mengendalikan situasi ini. Kemajuan hanya boleh diset semula untuk keseluruhan tugasan dan bukan hanya untuk soalan individu dalam video.

    Setelah kemajuan anda diset semula, kami tidak dapat mengembalikan gred atau jawapan daripada percubaan pertama anda, jadi pastikan anda bersedia untuk menonton semula semua video dan menjawab semua soalan sekali lagi sebelum meminta guru anda berbuat demikian.

    Jika guru anda memerlukan bantuan untuk set semula kemajuan anda, mereka boleh jumpa cara-caranya di sini.

  • Bagaimanakah cara untuk saya menulis ulasan kepada guru saya?

    Terdapat dua cara untuk menulis ulasan kepada guru anda dalam Edpuzzle:

    • Semasa tugasan sedang dibuat.
    • Selepas tugasan telah diserahkan.

    Kaedah 1: Ulasan semasa tugasan sedang dibuat

      1. Semasa menonton video pelajaran, sebaik sahaja anda menjawab mana-mana soalan, klik pada teks di bawah jawapan anda yang bertulis "Ingin bertanya atau menambah apa-apa?".
      2. Kotak teks akan muncul di mana anda boleh menulis mesej kepada guru anda. Gunakan kotak ini untuk menambah butiran atau konteks tambahan pada ulasan anda atau untuk bertanyakan soalan yang ada kurang jelas.
      3. Bagi menghantar ulasan anda, klik pada ikon kapal terbang kertas yang terletak di bahagian sebelah kanan.

    Kaedah 2: Ulasan selepas tugasan telah dihantar

    Dengan kaedah ini, anda sama ada boleh menulis ulasan dan menerangkan kepada guru anda yang anda tidak berpeluang meninggalkan ulasan semasa tugasan sedang dibuat, atau anda boleh membalas ulasan yang ditinggalkan oleh guru anda kepada anda.

      1. Sila akses tugasan sekali lagi dan tatal ke bawah untuk melihat semua soalan dan jawapan anda.
      2. Pada bahagian bawah jawapan untuk setiap soalan, anda akan dapat lihat kotak teks yang mengatakan, "Hantarkan ulasan kepada guru anda..." Gunakan kotak ini untuk menambah butiran atau konteks tambahan pada ulasan anda, untuk bertanyakan soalan yang dapat membantu pemahaman atau untuk membalas ulasan yang ditinggalkan oleh guru anda.
      3. Bagi menghantar ulasan anda, klik pada ikon kapal terbang kertas yang terletak di bahagian sebelah kanan.

    Untuk menyunting atau memadam ulasan:

      1. Cari ulasan yang anda ingin sunting atau padamkan.
      2. Tunjuk pada teks dan klik elipsis (...) yang muncul di bahagian sebelah kanan.
      3. Daripada menu lungsur, pilih tindakan yang ingin anda lakukan.
        • Pilih "Sunting ulasan" untuk menyunting ulasan. Pastikan anda klik pada butang "Simpan" untuk menyimpan hasil suntingan anda. 
        • Pilih "Padam ulasan" untuk memadam ulasan. Selepas membuat pilihan tersebut, tetingkap timbul akan muncul dan meminta anda untuk mengesahkan pilihan anda. Klik "Batal" jika anda memutuskan untuk tidak memadamkan ulasan dan klik "Ya, padam" jika anda mahu memadamkan ulasan secara kekal.
Lihat semua 10 artikel

Sistem Pengurusan Pembelajaran

  • Apa itu Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS)?

    Anda mungkin ada melihat akronim "LMS" yang disebut dalam Pusat Bantuan kami dan dalam beberapa tempat lain sepanjang pendidikan anda, terutamanya sekarang dengan peningkatan pembelajaran digital.

    LMS bermaksud Sistem Pengurusan Pembelajaran. Ia adalah alat yang digunakan oleh sekolah untuk mentadbir, memantau dan menjejak kursus, pelajaran, gred dan banyak lagi. Antara LMS yang paling popular termasuk Google Classroom, Microsoft Teams, Canvas, Schoology, Blackboard dan Moodle.

    Edpuzzle menawarkan integrasi dengan beberapa LMS untuk membantu anda dan guru anda menjimatkan masa dan tenaga mereka semasa menggunakan Edpuzzle. Maksudnya guru anda boleh menyambungkan LMS mereka ke Edpuzzle untuk menyiarkan tugasan dengan mudah. Ini juga bermakna anda tidak perlu meninggalkan LMS anda (dalam kebanyakan kes) untuk menonton video pelajaran yang diberikan kepada anda.

    Edpuzzle kini berintegrasi dengan LMS yang berikut:

    • Google Classroom
    • Microsoft Teams
    • Canvas
    • Schoology
    • Moodle
    • Blackboard
    • Blackbaud
    • PowerSchool
    • Clever
    • ClassLink
    • D2L Brightspace
    • eKadence

    Kebanyakan LMS di atas tidak memerlukan anda untuk membuat akaun Edpuzzle bagi melihat pelajaran anda. Sebaliknya, anda akan menonton video yang ditugaskan terus dari LMS anda, menjadikannya sangat mudah untuk anda menyelesaikan tugasan anda.

    Jika anda tidak pasti di mana hendak mencari video pelajaran Edpuzzle anda atau cara menyelesaikannya, minta bantuan dari guru anda!

  • Menggunakan Edpuzzle dengan LMS anda

    Edpuzzle menawarkan integrasi dengan beberapa Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) untuk membantu anda dan guru anda menjimatkan masa dan tenaga mereka semasa menggunakan Edpuzzle. 

    Apabila guru anda telah menyambungkan LMS mereka kepada Edpuzzle, video pelajaran akan disiarkan dan dapat dilihat terus daripada LMS. 

    Untuk mengakses video pelajaran:

      1. Pergi ke siaran tugasan dalam LMS anda. 
      2. Buka tugasan yang disediakan.
      3. Klik butang main untuk memulakan video.

    Itu sahaja! 

    Jika anda perlu menyelesaikan tugasan dalam beberapa sesi atau jika anda ingin menonton semula video untuk tujuan semakan, anda hanya perlu mencari tugasan itu semula. Perkembangan dan jawapan anda akan disimpan jika anda perlu menyelesaikan tugasan pada masa yang akan datang dan selepas anda menyelesaikan tugasan, anda boleh menontonnya semula seberapa banyak yang anda suka.

    Jika anda menghadapi sebarang masalah untuk mengakses atau menyelesaikan tugasan anda, lihat artikel ini untuk beberapa penyelesaian masalah pantas.

Penyelesaian masalah

  • Apa yang perlu saya lakukan jika video disekat atau terhad?

    Apabila menonton video Edpuzzle yang datang dari YouTube, anda mungkin menerima ralat. Biasanya, ralat sebegini mempunyai penyelesaian mudah atau sebab ia muncul. Antara mesej ralat "terhad" yang paling biasa diterima adalah seperti di bawah.

    Sekatan Umur

    Apabila video menunjukkan yang ia mempunyai sekatan umur, ini adalah berdasarkan klasifikasi yang dibuat oleh pihak YouTube. Sekatan ini membuatkan video tidak boleh ditonton di tapak pihak ketiga seperti Edpuzzle. 

    Malangnya, tiada apa yang boleh kita lakukan mengenai perkara ini. Jika anda melihat mesej ini, beritahu guru anda supaya mereka boleh membuat pelajaran baharu menggunakan video yang tidak termasuk dalam sekatan yang sama atau buat kemudahan lain.

    ID main semula: XXXXXXX (“Sila cuba lagi kemudian.”)

    Selalunya ralat ini timbul apabila penyekat iklan didayakan dalam pelayar anda. Pastikan untuk melumpuhkan sebarang penyekat iklan untuk edpuzzle.com dan ia sepatutnya akan menyelesaikan isu tersebut.

    Jika masalah ini berterusan, ia mungkin disebabkan oleh isu dalam penapis rangkaian sekolah anda. Dalam kes itu, maklumkan kepada guru anda tentang ralat tersebut supaya kami boleh bekerjasama dengan mereka untuk menyelesaikan isu berkenaan.

    Video Peribadi

    Jika video menunjukkan bahawa ia adalah "Peribadi", ini bermakna pemilik asal yang menyiarkan video tersebut di YouTube telah menghadkan akses kepadanya. Video peribadi tidak boleh dilihat oleh sesiapa selain pemilik video YouTube dan pemilik video boleh memutuskan untuk menjadikan video tersebut peribadi pada bila-bila masa.

    Malangnya, tiada apa yang boleh kita lakukan mengenai perkara ini. Jika anda melihat mesej ini, beritahu guru anda supaya mereka boleh membuat pelajaran baharu menggunakan video yang tidak termasuk dalam sekatan yang sama atau buat kemudahan lain.

    Mod Sekatan (“Hubungi Pentadbir Google Workspace”)

    Ralat ini menunjukkan bahawa sekolah anda menggunakan Mod Sekatan di YouTube untuk membantu menapis kandungan yang mungkin tidak sesuai untuk pelajar. Video tersebut sama ada perlu diluluskan oleh guru anda atau anda perlu log masuk ke YouTube dengan alamat e-mel sekolah anda sebelum dapat melihat video dalam Edpuzzle.

    Mula-mula, log masuk ke youtube.com menggunakan alamat e-mel sekolah anda. Semak semula untuk memastikan anda tidak log masuk ke YouTube atau pelayar anda (jika menggunakan Chrome) dengan akaun peribadi.

    Setelah anda log masuk ke YouTube dengan akaun yang berkaitan, cuba untuk melihat tugasan Edpuzzle sekali lagi. 

    Jika anda masih menerima ralat, rujuk dengan guru anda untuk meminta mereka meluluskan video untuk pelajar melalui Mod Sekatan YouTube.

    Apabila ragu-ragu, tanya guru anda! Jika anda tidak dapat menyelesaikan mana-mana ralat ini dengan sendiri atau anda menerima mesej ralat yang berbeza, pastikan anda memberitahu guru anda yang anda tidak dapat menyelesaikan tugasan dan sebabnya. Setelah mereka mengetahui apa yang berlaku, mereka boleh cuba bekerjasama dengan kami untuk menyelesaikan isu tersebut atau mengubah tugasan supaya anda boleh meneruskan kerja anda.

  • Menyelesaikan masalah Edpuzzle dengan LMS anda

    Jika anda menghadapi sebarang ralat semasa cuba menyelesaikan tugasan Edpuzzle anda melalui LMS anda, kami ada menyenaraikan beberapa tip asas dan penyelesaian masalah untuk membantu anda. Di bawah ini, anda akan jumpa beberapa LMS yang kami biasa gunakan dan penyelesaian masalah yang berkaitan. Jika anda tidak melihat LMS atau isu anda tersenarai di sini, pastikan anda rujuk guru anda untuk mendapatkan bantuan!

    Google Classroom

    Jika anda melihat mesej ralat semasa cuba mengakses tugasan anda yang mengatakan anda tidak berada dalam kelas guru anda, terdapat beberapa sebab kenapa perkara ini boleh berlaku:

      1. Anda tidak log masuk ke Edpuzzle dengan e-mel Google Classroom anda. Untuk menyelesaikan masalah ini, log keluar daripada akaun semasa anda dan kemudian log masuk semula dari edpuzzle.com dengan memilih butang "Log Masuk" di bahagian atas halaman, kemudian "Saya seorang Pelajar," dan akhirnya pilihan "Log Masuk dengan Google". Pastikan anda memilih alamat e-mel yang berkaitan dengan akaun Google Classroom anda pada tetingkap timbul Log Masuk Google.

      2. Anda dimasukkan ke senarai Google Classroom guru anda selepas mereka menyambungkan kelas kepada Edpuzzle. Jika anda pelajar baharu di dalam kelas, cuma minta guru anda import semula senarai kelas mereka daripada Google Classroom ke Edpuzzle untuk menambah anda ke dalam kelas. Selepas anda ditambahkan ke dalam kelas Edpuzzle, cuba akses tugasan sekali lagi.

      3. Anda cuba mengakses tugasan daripada kelas lain. Di Edpuzzle, tugasan mempunyai pautan berbeza untuk setiap kelas. Walaupun tugasan adalah sama, setiap kelas akan mempunyai pautan yang berbeza untuk versi tugasan yang dibuat untuk kelas tersebut. Semak dengan guru anda supaya mereka boleh mengesahkan anda telah menerima pautan yang betul.

    Untuk memastikan tugasan Edpuzzle anda ditugaskan dengan betul dalam Google Classroom, pastikan anda melawat semula Google Classroom selepas menyelesaikan tugasan anda dalam Edpuzzle untuk mengklik butang "Tandakan Sebagai Selesai" atau "Serah Semula". Ini membantu memberitahu guru anda bahawa anda telah menyelesaikan tugasan.

    Canvas

    Apabila mengakses tugasan Edpuzzle anda dalam Canvas, pastikan anda sentiasa mencarinya dalam tab Tugasan, bukannya pada paparan kalendar anda atau lokasi lain. Jika anda cuba untuk mengakses tugasan Edpuzzle dari lokasi yang salah, ini boleh menyebabkan masalah yang menghalang video daripada dimuatkan dengan betul.

    Jika anda melihat sebarang ralat semasa anda cuba mengakses tugasan anda, cuba muat semula halaman anda beberapa kali. Apabila ralat kecil berlaku, muat semula pantas biasanya akan menghilangkan ralat supaya anda boleh terus mengakses tugasan.

    Jika anda masih mengalami masalah, cuba:

      • Bersihkan kuki dan cache pelayar anda.
      • Pastikan penyekat iklan dan tetingkap timbul anda dilumpuhkan untuk Edpuzzle.
      • Membenarkan kuki pihak ketiga.

    Schoology

    Jika anda melihat sebarang ralat semasa cuba mengakses tugasan anda, cuba muat semula halaman anda beberapa kali. Apabila ralat kecil berlaku, muat semula pantas biasanya akan menghilangkan ralat supaya anda boleh terus mengakses tugasan.

    Jika anda masih mengalami masalah, cuba:

      • Bersihkan kuki dan cache pelayar anda.
      • Pastikan penyekat iklan dan tetingkap timbul anda dilumpuhkan untuk Edpuzzle.
      • Membenarkan kuki pihak ketiga.
  • Apa yang perlu saya lakukan jika melihat ralat 403 semasa log masuk?

    Jika anda menggunakan peranti peribadi, dan bukannya peranti yang disediakan oleh sekolah anda, ralat ini mungkin berlaku jika ibu bapa/penjaga anda mendayakan Family Link pada peranti yang menyekat Log Masuk Google di tapak web kami.

    Kongsi pautan ini dengan ibu bapa anda untuk meminta mereka membuang sekatan tersebut: https://support.google.com/families/answer/9204736?hl=ms

    Jika anda terus menghadapi masalah, berbincang dengan guru anda dan minta mereka tetapkan kata laluan untuk akaun anda supaya anda boleh mengakses Edpuzzle dengan log masuk menggunakan e-mel anda dan kata laluan tersebut, dan bukannya dengan menggunakan Log Masuk Google.

    Guru anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang cara menetapkan kata laluan anda di sini.

  • Sebarang isu atau soalan?

    Jika anda tidak melihat isu anda yang khusus disenaraikan dalam artikel kami, berikut ialah beberapa langkah penyelesaian masalah asas yang boleh membantu menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin anda hadapi.

    Untuk hasil terbaik, pastikan anda menggunakan salah satu daripada yang berikut:

    Jika anda menggunakan pelayar:

      • Kosongkan kuki dan cache pelayar anda.
      • Pastikan anda penyekat iklan dan penyekat tetingkap timbul anda dilumpuhkan untuk Edpuzzle.
      • Benarkan kuki pihak ketiga.

    Semak sambungan internet anda.

    Isu yang berkaitan dengan video atau soalan menimbal ataupun tidak dimuatkan dengan betul mungkin disebabkan oleh sambungan internet yang perlahan. Kami syorkan tonton video selepas anda memula semula peranti anda dan memastikan semua tab dan tetingkap pelayar lain ditutup. Anda juga boleh cuba menyambung ke Internet menggunakan kabel ethernet jika ada dan bukannya Wi-Fi.

    Gunakan titik akses yang berbeza.

    Cuba tukar peranti atau pelayar. 

    Jika anda menggunakan pelayar web pada peranti mudah alih (seperti telefon atau tablet) muat turun dan gunakan aplikasi Edpuzzle dan bukannya pelayar.

     

    Untuk sebarang soalan yang tidak dibincangkan di sini atau kesulitan berterusan walaupun selepas mengikuti langkah penyelesaian masalah kami, minta bantuan guru anda!