Menyelesaikan masalah Edpuzzle dengan LMS anda

Jika anda menghadapi sebarang ralat semasa cuba menyelesaikan tugasan Edpuzzle anda melalui LMS anda, kami ada menyenaraikan beberapa tip asas dan penyelesaian masalah untuk membantu anda. Di bawah ini, anda akan jumpa beberapa LMS yang kami biasa gunakan dan penyelesaian masalah yang berkaitan. Jika anda tidak melihat LMS atau isu anda tersenarai di sini, pastikan anda rujuk guru anda untuk mendapatkan bantuan!

Google Classroom

Jika anda melihat mesej ralat semasa cuba mengakses tugasan anda yang mengatakan anda tidak berada dalam kelas guru anda, terdapat beberapa sebab kenapa perkara ini boleh berlaku:

    1. Anda tidak log masuk ke Edpuzzle dengan e-mel Google Classroom anda. Untuk menyelesaikan masalah ini, log keluar daripada akaun semasa anda dan kemudian log masuk semula dari edpuzzle.com dengan memilih butang "Log Masuk" di bahagian atas halaman, kemudian "Saya seorang Pelajar," dan akhirnya pilihan "Log Masuk dengan Google". Pastikan anda memilih alamat e-mel yang berkaitan dengan akaun Google Classroom anda pada tetingkap timbul Log Masuk Google.

    2. Anda dimasukkan ke senarai Google Classroom guru anda selepas mereka menyambungkan kelas kepada Edpuzzle. Jika anda pelajar baharu di dalam kelas, cuma minta guru anda import semula senarai kelas mereka daripada Google Classroom ke Edpuzzle untuk menambah anda ke dalam kelas. Selepas anda ditambahkan ke dalam kelas Edpuzzle, cuba akses tugasan sekali lagi.

    3. Anda cuba mengakses tugasan daripada kelas lain. Di Edpuzzle, tugasan mempunyai pautan berbeza untuk setiap kelas. Walaupun tugasan adalah sama, setiap kelas akan mempunyai pautan yang berbeza untuk versi tugasan yang dibuat untuk kelas tersebut. Semak dengan guru anda supaya mereka boleh mengesahkan anda telah menerima pautan yang betul.

Untuk memastikan tugasan Edpuzzle anda ditugaskan dengan betul dalam Google Classroom, pastikan anda melawat semula Google Classroom selepas menyelesaikan tugasan anda dalam Edpuzzle untuk mengklik butang "Tandakan Sebagai Selesai" atau "Serah Semula". Ini membantu memberitahu guru anda bahawa anda telah menyelesaikan tugasan.

Canvas

Apabila mengakses tugasan Edpuzzle anda dalam Canvas, pastikan anda sentiasa mencarinya dalam tab Tugasan, bukannya pada paparan kalendar anda atau lokasi lain. Jika anda cuba untuk mengakses tugasan Edpuzzle dari lokasi yang salah, ini boleh menyebabkan masalah yang menghalang video daripada dimuatkan dengan betul.

Jika anda melihat sebarang ralat semasa anda cuba mengakses tugasan anda, cuba muat semula halaman anda beberapa kali. Apabila ralat kecil berlaku, muat semula pantas biasanya akan menghilangkan ralat supaya anda boleh terus mengakses tugasan.

Jika anda masih mengalami masalah, cuba:

    • Bersihkan kuki dan cache pelayar anda.
    • Pastikan penyekat iklan dan tetingkap timbul anda dilumpuhkan untuk Edpuzzle.
    • Membenarkan kuki pihak ketiga.

Schoology

Jika anda melihat sebarang ralat semasa cuba mengakses tugasan anda, cuba muat semula halaman anda beberapa kali. Apabila ralat kecil berlaku, muat semula pantas biasanya akan menghilangkan ralat supaya anda boleh terus mengakses tugasan.

Jika anda masih mengalami masalah, cuba:

    • Bersihkan kuki dan cache pelayar anda.
    • Pastikan penyekat iklan dan tetingkap timbul anda dilumpuhkan untuk Edpuzzle.
    • Membenarkan kuki pihak ketiga.