Menyertai Kelas
-
Bagaimanakah cara untuk saya menyertai kelas?
Jika anda cuba untukmenyertai kelas baharu, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan.
Jika anda log masuk ke akaun Edpuzzle anda dan guru anda memberi anda kod kelas:
-
- Klik tanda tambah (+) di sebelah "Kelas Saya" dalam menu di sebelah kiri halaman anda.
- Masukkan kod kelas yang diberikan oleh guru anda dalam tetingkap timbul yang muncul.
- Klik "Cari kelas."
- Apabila nama kelas anda dipaparkan, klik butang "Sertai kelas" dan anda akan didaftarkan.
Jika anda tidak mempunyai akaun Edpuzzle dan guru anda menggunakan kelas terbuka:
-
- Pergi ke edpuzzle.com.
- Klik "Buka kelas" di bahagian atas halaman anda.
- Masukkan kod kelas yang diberikan oleh guru anda dan kemudian klik butang "Cari kelas".
- Masukkan nama anda dalam medan "Nama Panggilan" dan kemudian klik butang "Sertai kelas terbuka". Sebaik sahaja anda menyertai kelas, anda akan dapat lihat sebarang tugasan yang disiarkan untuk anda selesaikan.
Dalam kedua-kedua keadaan di atas, jika guru anda memberi anda pautan untuk menyertai kelas, dan bukannya kod kelas, cuma ikut pautan itu untuk menyertai kelas mereka.
Jika guru anda menggunakan Google Classroom untuk menyambung ke Edpuzzle:
Anda tidak memerlukan kod kelas. Sebaliknya, anda akan didaftarkan secara automatik, selagi anda log masuk ke Edpuzzle menggunakan e-mel sama yang disambungkan ke akaun Google Classroom anda.
Nota: Jika guru anda menggunakan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) lain, seperti Canvas atau Schoology, anda akan sentiasa mengakses tugasan Edpuzzle anda daripada LMS tersebut dan bukan dengan menyertai kelas di edpuzzle.com. Jika anda tidak pasti di mana untuk mencari tugasan anda, minta bantuan guru anda!
-
-
Bagaimanakah cara untuk saya mencari kod kelas saya?
Jika anda tidak tahu kod kelas Edpuzzle anda, jangan risau! Terdapat dua cara untuk masuk ke dalam kelas:
-
- Jika guru anda berkongsi pautan atau benaman video dengan anda, cuma klik padanya dan klik butang "Sertai" apabila tetingkap timbul dibuka.
- Jika anda tidak mempunyai pautan atau video, anda perlu memintakod kelas daripada guru atau rakan sekelas anda. Di sinilah kod itu boleh ditemui:
-
- Guru: Dengan mengklik butang "Jemput Pelajar" yang berwarna biru pada tab "Ahli kelas" untuk kelas.
- Rakan Sekelas: Apabila melihat kelas dalam Edpuzzle, di penjuru kanan sebelah atas.
-
Nota: Jika guru anda menggunakan Google Classroom, Microsoft Teams atau Clever dengan Edpuzzle, anda tak perlukan kod kelas kerana anda akan didaftarkan secara automatik ke dalam kelas Edpuzzle melalui LMS tersebur. Jika anda diminta kod kelas, semak semula sama ada anda log masuk ke Edpuzzle dengan alamat e-mel sama yang anda gunakan untuk LMS anda.
Jika anda belum membuat akaun dan perlukan bantuan, lihat artikel ini tentang cara untuk menyertai Edpuzzle.
-
-
Bagaimanakah kelas terbuka berfungsi?
Apabila guru anda menggunakan kelas terbuka, ini bermakna anda boleh menyertai kelas dan mengakses tugasan mereka tanpa perlu membuat akaun Edpuzzle anda sendiri.
Untuk menjemput anda ke kelas terbuka mereka, guru anda akan memberikan anda kod atau pautan kelas.
Jika anda mempunyai kod kelas:
-
- Pergi ke edpuzzle.com.
- Klik "Buka kelas" di bahagian atas halaman anda.
- Masukkan kod kelas yang diberikan oleh guru anda dan kemudian klik pada butang "Cari kelas".
- Masukkan nama anda dalam medan "Nama Panggilan" dan kemudian klik butang "Sertai kelas terbuka". Sebaik sahaja anda telah menyertai kelas, anda akan melihat sebarang tugasan yang disiarkan untuk anda selesaikan.
Jika anda mempunyai pautan kelas:
-
- Ikuti pautan tersebut untuk mencari kelas.
- Masukkan nama anda dalam medan "Nama panggilan" dan kemudian klik butang "Sertai kelas terbuka". Sebaik sahaja anda menyertai kelas, anda akan lihat sebarang tugasan yang disiarkan untuk anda selesaikan.
Kecuali guru anda mengarahkan anda berbuat sebaliknya, pastikan anda menggunakan nama sebenar anda apabila diminta mengisi nama panggilan. Ini membolehkan guru anda mengenal pasti siapa yang telah menyiapkan tugasan mereka dan supaya anda boleh mendapat kredit yang sesuai untuk kerja anda.
Untuk meninggalkan kelas, klik butang "Tinggalkan Kelas" di bahagian atas halaman anda. Perlu diingatkan oleh kerana anda tidak membuat akaun Edpuzzle, setiap kali anda keluar dan kemudian masuk semula ke kelas yang sama, anda akan masuk sebagai pelajar baru. Ini bermakna jika anda meninggalkan kelas di tengah-tengah tugasan dan ingin kembali menyiapkan tugasan, anda tidak akan dapat menyambungnya dari tempat anda berhenti dan perlu bermula semula.
-
-
Apa yang dimaksudkan apabila kelas diarkibkan?
Apabila kelas diarkibkan, ia akan disimpan dalam bahagian berasingan pada menu "Kelas Saya" kepunyaan anda supaya anda boleh fokus pada kelas aktif semasa anda.
Kelas yang diarkibkan juga bermaksud anda boleh melihat tugasan dalam kelas tersebut, tetapi anda tidak lagi dapat menyelesaikan tugasan atau menyerahkan jawapan bagi sebarang tugasan yang belum anda selesaikan.
Kelas hanya boleh diarkibkan oleh guru kelas tersebut. Jika kelas telah tamat dan anda tidak mahu kelas tersebut muncul dalam kelas aktif anda, berbincang dengan guru anda tentang kemungkinan mengarkibkannya. Jika mereka memerlukan bantuan, mereka boleh mendapatkan arahan tentang cara mengarkibkan kelas di sini.
-
Saya seorang pelajar. Bagaimana cara untuk saya meninggalkan kelas?
Jika anda berada dalam kelas yang salah atau anda ingin meninggalkan kelas yang tidak aktif lagi, anda perlu meminta guru kelas tersebut untuk membantu anda dengan perkara ini.
Anda boleh berkongsi artikel ini dengan mereka untuk mendapatkan arahan tentang bagaimana mereka boleh membantu: