Jika anda tidak tahu kod kelas Edpuzzle anda, jangan risau! Terdapat dua cara untuk masuk ke dalam kelas:
-
- Jika guru anda berkongsi pautan atau benaman video dengan anda, cuma klik padanya dan klik butang "Sertai" apabila tetingkap timbul dibuka.
- Jika anda tidak mempunyai pautan atau video, anda perlu memintakod kelas daripada guru atau rakan sekelas anda. Di sinilah kod itu boleh ditemui:
-
- Guru: Dengan mengklik butang "Jemput Pelajar" yang berwarna biru pada tab "Ahli kelas" untuk kelas.
- Rakan Sekelas: Apabila melihat kelas dalam Edpuzzle, di penjuru kanan sebelah atas.
-
Nota: Jika guru anda menggunakan Google Classroom, Microsoft Teams atau Clever dengan Edpuzzle, anda tak perlukan kod kelas kerana anda akan didaftarkan secara automatik ke dalam kelas Edpuzzle melalui LMS tersebur. Jika anda diminta kod kelas, semak semula sama ada anda log masuk ke Edpuzzle dengan alamat e-mel sama yang anda gunakan untuk LMS anda.
Jika anda belum membuat akaun dan perlukan bantuan, lihat artikel ini tentang cara untuk menyertai Edpuzzle.