Bolehkah pelajar saya menghasilkan video pelajaran?

Ya! Bila anda mahu membuat tugasan di mana pelajar anda perlu menghantar video pelajaran mereka sendiri, ia dipanggil projek pelajar.

Projek pelajar membolehkan anda melibatkan diri dengan pelajar anda menggunakan kaedag pembelajaran berasaskan projek dan ini merupakan cara terbaik untuk menilai pengetahuan mereka tentang sesuatu topik.

Inilah cara untuk menyediakan projek pelajar:

    1. Klik pada butang "+ Tambah Kandungan" yang berwarna biru di bahagian atas skrin anda.
    2. Pilih "Projek pelajar" daripada menu ke bawah.
    3. Isikan medan untuk Subjek (nama projek), Matlamat projek dan Arahan.
    4. Pilih sumber video dengan menandakan kotak di sebelah pilihan yang anda mahu tersedia kepada pelajar anda.
        • "Cari video YouTube" akan membolehkan pelajar anda mencari melalui saluran YouTube kami atau menampal URL video YouTube ke dalam bar carian jika mereka mempunyai video tersebut dalam fikiran mereka.
        • "Muat naik video" akan membolehkan pelajar anda memuat naik video mereka sendiri terus ke Edpuzzle. Mereka boleh memuat naik fail video daripada komputer ataupun Google Drive mereka.
    5. Klik "Simpan projek" untuk menyimpannya dan kembali ke koleksi Kandungan Saya kepunyaan anda, atau klik "Simpan dan Tugaskan" untuk menyerahkan projek kepada pelajar anda dengan segera.

Kini, projek pelajar akan muncul secara automatik dalam koleksi Kandungan Saya kepunyaan anda, di bawah video pelajaran anda yang lain. Anda boleh menugaskan projek pelajar  sama seperti anda menugaskan video pelajaran.

Jika pelajar anda memerlukan bantuan bagi menghasilkan projek mereka, anda boleh kongsikan artikel ini dengan mereka untuk dijadikan rujukan tentang bagaimana ia berfungsi dari sisi mereka.