Anda cuba untuk meyakinkan sekolah anda untuk menjadi Pro? Kami telah membantu ratusan sekolah menaik taraf kepada Pro, dan apa yang kami dapati ialah suara anda adalah yang paling penting sekali!
Apa yang anda perlu lakukan ialah berbual dengan salah seorang pentadbir anda dan terangkan cara Edpuzzle membantu anda di dalam kelas dan membantu pelajar anda mendapat markah yang lebih baik. Jika Edpuzzle memberikan anda hasil yang hebat, bukankah elok jika anda dapat berkongsi sumber tersebut dengan guru lain juga?
Dengan Edpuzzle Pro School , bukan sahaja anda dan rakan sekerja anda akan memperoleh ruang storan video tanpa had, tetapi sekolah anda juga akan mendapat manfaat seperti berikut:
- Jika sekolah anda ingin melaksanakan pembelajaran berbalik dan teradun, cara terbaik untuk bermula adalah dengan menerapkannya pada Pembangunan Profesional dan bengkel. Kami mempunyai banyak sumber kurikulum untuk Pembangunan Profesional yang dapat membuatnya lebih mudah untuk bermula. Gunakan kursus Pembangunan Profesional dalam talian kami yang sedia ada atau gunakannya sebagai templat untuk membina anda punya sendiri!
- Kebiasaannya, sekolah dan daerah dikehendaki memberi sijil pada pelajar bagi topik seperti Kewarganegaraan Digital, Kepintaran Emosi atau Kewangan Peribadi. Kami ada mencipta program tentang topik berkenaan dan banyak lagi jadi tiada siapa perlu risau untuk membuat kursus penting ini!
- Sewaktu anda dan rakan sekerja anda mencipta kandungan anda dalam Edpuzzle, anda juga membina pangkalan data kurikulum video tersuai untuk sekolah anda. Dengan menjadikan sekolah anda sebagai Pro, anda menggalakkan kerjasama antara guru dan penciptaan kurikulum untuk tujuan pengkayaan pangkalan data yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja di sekolah anda.
Jika anda ingin berbual dengan kami sebelum memperkenalkan Edpuzzle kepada salah seorang penyelia anda, cuma e-mel kami di support@edpuzzle.com dan kami amat berbesar hati dapat membantu!