Projek pelajar ialah peluang untuk mencipta video pelajaran Edpuzzle anda sendiri. Apabila guru anda menugaskan projek pelajar, ia akan muncul bersama semua tugasan anda yang lain bagi kelas itu. Apabila anda melihat tugasan, anda akan melihat matlamat projek, arahan khas daripada guru anda dan tarikh mula juga tarikh akhir (jika ada).
Apabila anda sudah bersedia untuk memulakan projek, klik pada butang "Mulakan projek". Kemudian pilih tempat untuk mencari video yang anda ingin gunakan daripada pilihan yang disediakan. Anda boleh mencari di koleksi video YouTube kami atau memuat naik video anda sendiri terus ke Edpuzzle. Guru anda akan memutuskan sama ada anda boleh menggunakan video YouTube, memuat naik video anda sendiri atau jika anda boleh memilih salah satu daripadanya.
Berikut ialah cara untuk mencipta projek anda menggunakan kedua-dua pilihan:
Mencari video YouTube
-
- Selepas klik pada "Mulakan projek", pilih "Cari video YouTube" daripada menu ke bawah.
- Semak imbas video yang disediakan atau gunakan bar carian untuk mencari video yang anda ingin gunakan untuk projek anda. (Anda juga boleh menyalin dan menampal pautan video tertentu daripada YouTube ke dalam bar carian di bahagian atas halaman.)
- Untuk memilih video untuk projek anda, klik pada video untuk melihatnya dan kemudian klik "Gunakan untuk projek ini."
- Gunakan editor untuk memotong video mengikut keperluan dan tambah soalan dan/atau nota.
- Apabila anda selesai, klik butang "Selesai" di bahagian atas halaman anda.
- Untuk mennyerahkan projek, klik butang "Hantar" di bahagian bawah halaman.
- Jika anda perlu membuat sebarang perubahan terakhir sebelum penyerahan, klik butang "Edit" untuk teruskan kerja.
Memuat naik video
-
- Selepas klik pada "Mulakan projek", pilih "Muat naik video" daripada menu ke bawah.
- Sama ada seret fail video ke dalam kotak dengan garis putus-putus, klik "Pilih fail..." untuk memuat naik fail video daripada komputer anda atau klik "Google Drive" untuk memuat naik fail video terus dari Google Drive anda.
- Sebaik sahaja anda telah memilih fail anda ia akan mula memuat naik dan memproses secara automatik.
- Setelah video selesai disediakan, klik "Edit" di bahagian atas halaman untuk memotong video mengikut keperluan dan menambah soalan dan/atau nota.
- Apabila anda selesai, klik butang "Selesai" di bahagian atas halaman anda.
- Untuk menyerahkan projek, klik butang "Hantar" di bahagian atas halaman.
- Jika anda perlu membuat sebarang perubahan terakhir sebelum penyerahan, klik butang "Edit" untuk teruskan kerja.
Sebaik sahaja anda telah menyerahkan projek anda, guru anda akan menilai kerja anda.